Berpuasa adalah ibadah yang dilakukan oleh penganut agama Islam. Ia lazimnya dilaksanakan selama 30 hari sepanjang bulan Ramadan berlangsung. Ia bukanlah perkara asing, tetapi mendapat banyak komentar dan pandangan positif terutamanya melibatkan pandangan dari mereka di Barat khususnya. Selain manfaatnya dari sudut agama, puasa juga memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan. Berikut adalah 10 fakta menarik tentang puasa dan manfaatnya.

1. Berpuasa membantu anda kurus
Tidak dapat dinafikan fakta ini sememangnya benar. Sebagai contoh, budaya diet Intermittent Fasting (IF) sudah diterima pakai oleh mereka di Barat. Dengan berpuasa selama beberapa jam memberi ruang kepada tubuh untuk membakar lemak lebih efektif berbanding dengan teknik diet yang lain. IF juga menggalakkan penggunaan lemak berbanding tenaga daripada gula dalam tubuh. Kebanyakan atlet juga mula membudayakan IF sebagai sebahagian daripada regim diet harian
mereka.

2. Berpuasa meningkatkan kadar sensitif insulin
Kajian mendapati, mereka yang berpuasa memberi kesan kepada kadar sensitif insulin tubuh badannya. Berpuasa memberi tubuh anda untuk bertoleransi dengan penggunaan karbohidrat jauh lebih baik, dibandingkan dengan ketika tidak berpuasa. Kajian juga merekodkan, kadar insulin menjadi lebih efektif sebaik berpuasa. Menarik bukan?

3. Puasa meningkatkan kadar metabolisme
Berpuasa sebenarnya memberikan ruang rehat kepada sistem pencernaan tubuh anda. Secara tidak langsung melonjakkan metabolisme tubuh dan membakar kalori dengan lebih efisien. Jika sistem pencernaan anda berstatus lemah, ianya akan memberi kesan kepada kemampuan metabolisme untuk membakar lemak. Berpuasa akan membantu sistem pencernaan anda lebih lancar dan meningkat fungsi metabolik.

Ads

4. Puasa dan panjang umur
Percaya atau tidak, lebih kurang anda makan…lebih lanjut usia dan kesihatan anda lebih baik. Kajian menunjukkan mereka yang menjalani kehidupan seperti mengamalkan puasa dan makan mengikut kadar sepatutnya akan hidup lebih lama. Impak daripada amalan berpuasa akan memberikan anda kelebihan dari segi penuaan yang lebih lewat memandangkan kadar metabolisme tubuh anda lebih rendah. Lebih muda usia tubuh anda, lebih pantas metabolisme tubuh anda. Makan apa yang perlu sahaja. Elakkan makan berlebihan yang mengundang lebih banyak penyakit.

Berpuasa Bantu Lebih Disiplin Khususnya Mereka Yang Suka Makan Tak Kira Masa

Ads

5. Berpuasa membuatkan anda lambat lapar
Mungkin d awal proses berpuasa, anda akan tidak selesa dan lapar. Tahukah anda, dengan berpuasa seperti satu butang ‘reset’, yang membantu anda memperbetulkan hormon tubuh kepada lebih baik. Ia juga umpama satu sesi detoks membantu anda untuk makan lebih teratur pada waktunya dan dalam amaun secukupnya sahaja.

6. Berpuasa membetulkan pola makan anda
Tahukah anda, berpuasa dapat membantu anda lebih disiplin khususnya buat mereka yang suka makan tak mengira masa. Berlapar hampir separuh hari, dan hanya makan sebaik melepasi 16 jam pada mulanya agak sukar. Usaha yang berterusan dan hasil daripada diet versi berpuasa ini pasti membuatkan anda gembira dengan hasilnya.

Ads

7. Berpuasa membuatkan otak lebih cerdas
Berpuasa telah membuktikan ia mampu meningkatkan kadar kecerdasan otak. ini kerana proses berpuasa membuatkan penghasilan sejenis protein yang dikenali sebagai brain-derived neurotrophic factor (BDNF). Protein ini penting bagi mengekalkan fungsi otak untuk mengelak risiko berlakunya penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson.

8. Puasa meningkatkan sistem imun
IF telah terbukti mampu meningkatkan sistem imun tubuh. Ini kerana ia mampu mengurangkan risiko radikal bebas , mengurangkan berlakunya keradangan dan mengekang pertumbuhan sel kanser. Secara alami, ada haiwan yang tidak makan sekiranya sakit. Tindakan semula jadi itu, memberi impak kurang tekanan dan memberi ruang kepada sistem dalam tubuh untuk melawan apa jua jangkitan kuman. Ini adalah naluri semula jadi yang dilakukan oleh haiwan terutamanya apabila mereka sakit.

9. Singkirkan jerawat dengan berpuasa
Tanpa kita sedari, rutin makan harian menjadikan ada waktunya kita terlalu membebankan tubuh. Dengan berpuasa, kita memberi ruang kepada organ dalaman untuk berehat dan menyingkirkan toksin. Hasilnya kulit lebih segar, sihat usai tubuh anda melalui proses detoks. Mahukan kulit wajah bebas dari belenggu minyak berlebihan dan juga jerawat? Mulakan dengan berpuasa. Peka dengan apa yang anda makan, hidup dengan tenang dan jangan pegang wajah dengan tangan yang tidak bersih. Pasti anda tampil menawan menjelang Syawal nanti.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI