Malang tak berbau, rakam selfie sebelum terjatuh, lima beranak lemas jeti kayu runtuh kerana tidak mampu menampung berat berlebihan.
Dikatakan ketika kejadian, jeti ini telah ditutup kepada orang ramai dan kejadian ini bukan pertama kali berlaku kerana beberapa minggu lepas telah berlaku kejadian yang sama.
Lima Beranak Lemas Jeti Kayu Runtuh
Lima anggota sebuah keluarga di Indonesia lemas apabila jeti tempat mereka merakam swafoto runtuh, kata polis hari ini, beberapa minggu selepas kemalangan maut serupa berlaku.
Keluarga besar terdiri daripada 14 anggota itu berada di Tasik Kandi, Sumatera Barat dan berkumpul di atas binaan kayu tersebut untuk bergambar, namun berat keseluruhan mereka menyebabkan jeti itu runtuh, kata polis.
Seorang remaja berumur 17 tahun merupakan antara lima mangsa yang lemas, manakala semua anggota keluarga lain terselamat dalam nahas tersebut semalam.
“Mereka merakam swafoto di atas jeti apabila kemalangan berlaku,” kata ketua polis tempatan, Junaidi Nur.
Kejadian Berlaku Selepas Jeti Ditutup
Katanya, pengawal keselamatan tiada tempat itu kerana kejadian berlaku selepas jeti ditutup.
“Usaha menyelamat kemudian menemui mayat mangsa, manakala siasatan sedang dilakukan,” kata Junaidi.
Pada bulan ini, sembilan pelancong lemas apabila bot lebih muatan yang dinaiki terbalik apabila mereka cuba merakam swafoto.
Ads
Kejadian berlaku di sebuah ketika pusat takungan air di Pulau Jawa. – AFP.
MW: Sudah takdir. Di saat sedang gembira bersama keluarga kejadian sebegini berlaku sudah tentu amat memilukan hati untuk menerima kenyataan.
Sumber: Kosmo Online
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Sebagai wanita adalah penting mengetahui jenis warna darah haid yang dialami pada setiap bulan kerana ia menentukan tahap kesihatan yang dihadapi.Hakikatnya, warna darah haid mempunyai maksud yang tersendiri. Rupa-rupanya, setiap warna yang berbeza menerangkan apa yang kurang dan apa yang terlebih dalam badan kita.
Ini antara simbolik warna tersebut;
1. Warna Merah Jambu
Jika warna darah ke arah merah jambu atau ‘pinkish’, ini bermakna anda mengalami tahap estrogen yang rendah. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mempunyai tahap estrogen yang rendah, ini bermakna anda terlebih bersenam. Bila terlebih bersenam, ia akan menjejaskan peredaran haid anda. Jangan ambil mudah kerana, tahap estrogen yang rendah boleh menyebabkan anda mengalami osteoporosis jika tidak dirawat dengan segera. Jadi, selepas ini kalau agak-agak nak dekat dengan ‘period’ tu, kurangkan aktiviti bersenam ya!
2. Warna Cair
Warna darah haid yang cair ini bermaksud bahawa anda kekurangan nutrisi. Kajian dari Mount Sinai School of Medicine di New York mengatakan bahawa jika darah haid adalah cair dan seperti cecair, ini bermakna anda telah tergolong dalam kalangan orang yang boleh mendapat penyakit anemia. Tambah pula jika semakin hari semakin cair darah haid tersebut. Oleh itu, kalau keadaan berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
3. Warna Coklat Gelap
Kurang membuang air kecil adalah salah satu penyebab kenapa darah haid berwarna coklat gelap. Ini kerana, darah yang berlebihan akan lebih lama tersimpan dan tidak melalui proses pembuangan air kecil. Jangan risau, situasi ini adalah normal. Kitaran dan warna haid bagi setiap wanita itu adalah berlainan. Jika anda dapati darah haid berwarna coklat gelap, ketahuilah bahawa ini adalah proses biasa pada awal haid dan hujung kitaran haid.
4. Warna Merah Gelap
Warna merah gelap dan tekstur ala-ala jem strawberi adalah salah satu warna darah haid yang akan dialami oleh wanita. Ini bermaksud bahawa anda mempunyai tahap progesterone yang rendah dan tahap estrogen yang tinggi. Jika ketulan darah agak besar dari kebiasaan, ini bermakna anda mengalami ketidakseimbangan hormon yang tinggi. Jadi, disarankan untuk anda mengurangkan kadar pengambilan produk tenusu, kacang dan makanan manis untuk tengok perbezaannya. Jaga-jaga, jangan sampai berlakunya ‘uterine fabroids’.
5. Warna Campuran Merah & Kelabu
Jaga-jaga, jika anda mempunyai darah haid yang berwarna merah bercampur kelabu, anda perlu mendapatkan rawatan doktor dengan cepat. Ini kerana, kemungkinan besar anda telah terjebak dengan apa yang dipanggil STD iaitu ‘sexually transmitted infection’. Ini bermaksud anda boleh berjangkit dengan kuman tanpa disedari dan begitu juga pasangan anda. Jangan berlengah lagi, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.
6.Warna Merah Terang
Ini adalah warna yang diidamkan oleh semua wanita! Jika darah haid anda berwarna merah terang dan kelihatan seperti jus buah ceri, ini bermakna anda mempunyai tahap kesihatan dan kitaran haid yang normal. Memang setiap wanita mungkin akan mempunyai pengalaman haid yang berbeza tetapi jika anda mempunyai darah haid sebegini secara konsisten, ini bermakna anda mengalami tahap hormon yang normal.
Bahaya juga sebenarnya bila kaum wanita menghadapi jangkitan kuman dalam peranakan.Menerusi perkongsian oleh Dato’ Dr Hamid Arshat,antara punca jangkitan kuman ini adalah cara penjagaan kebersihan diri dan boleh menjadi punca ketidaksuburan yang mengakibatkan wanita sukar untuk mendapat anak.
Rupanya jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengamalkan membasuh dengan air garam atau dikenali sebagai Saline douching. Ia kaedah paling selamat natural dan organik
Dr Hamid Arshat ada berkongsi video yang dirakamkan dari Bilik Bedah hospital yang ketika itu baru sahaja selesai melakukan pembedahan laparoscopy dua orang pesakitnya. Menurut Doktor Pakar Sakit Puan terkenal ini, kedua-dua pesakit tersebut ada mempunyai jangkitan kuman dalam peranakan yang menyebabkan pelbagai masalah lain seperti saluran fallopian tersumbat, sekaligus boleh mengakibatkan ketidaksuburan.
Dr Hamid ada berkongsi antara PUNCA yang menyebabkan jangkitan kuman dalam peranakan terjadi pada para wanita.
1. Keputihan
Keputihan atau lelehan yang berbau dikawasan sekitar pintu faraj mudah mendapat jangkitan kuman.
2.Tidak Menjaga Kebersihan
Tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil atau air besar. Bila keadaan haid tidak menjaga kebersihan sekitar faraj.
3.Imuniti Rendah
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak cukup ambil vitaman.Disarankan makan vitamin C, makanan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum juga air-air yang masam seperti jus lemon, jus kranberi yang boleh meningkatkan imuniti disamping membersihkan kawasan kemaluan.
4.Kegemukan
Orang mengalami kegemukan, gula meningkat juga buat pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
5.Memakai Alat Dalam Rahim (IUD)
Wanita yang memakai IUD juga mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
Salah satu langkah bagi membersihkan faraj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menerusi kaedah Saline Douching.
Kaedah Saline Douching
Bahan Diperlukan:
1 gelas Air Suam
1 Sudu Garam Halus
Kapas
Sarung Tangan ( Glove)
Cawan Pakai Buang
Vaseline
Cara-Caranya:
1.Campurkan garam ke dalam air suam dan biarkan ia larut sebati.
2.Pakai sarung tangan, ambil kapas dan celupkan ke dalam larutan air garam tersebut.
3. Masukkan kapas tersebut kedalam kemaluan dan keluarkan kapas tersebut
4. Ambil kapas yang baru dan ulang langkah yang sama dalam 4 hingga 5 kali.
*Lakukan pada mandi petang, sekurang-kurangnya jika bersama dan melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kemaluan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan ia hamil.
*Vaselin bertindak sebagai pelincir untuk jari, ketika masukkan dan keluarkan kapas yang direndam air garam tadi unutk bersihkan faraj.
Amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan, penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.
Mengawal jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan dengan membasuh dengan air garam. Saline douching. Kaedah paling selamat natural dan organik.
Masalah keputihan boleh membuatkan diri wanita rasa tidak selesa.Apatah lagi ia mampu mengakibatkan kegatalan, kemerahan dan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan pada bahagian intim ni.Jika tidak dirawat ia memang boleh menjejaskan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang sekeliling apatah lagi bersama suami tersayang.
Sebenarnya, selain melakukan rawatan tradisonal masalah keputihan ini juga boleh dirawat dengan ubat-ubatan tertentu. Menurut perkongsian oleh Pegawai Farmasi, Faiz Akmal Mfa penggunaan Ubat Pessary (ubat antikulat) ini adalah khusus untuk kaum wanita mengatasi masalah keputihan dan kegatalan pada bahagian intim.
UBAT PESSARY VAGINA
Ini adalah ubat antifungal atau anti-kulat. Khas untuk kaum WANITA sahaja. Perlu dimasukkan ke dalam VAGINA dan ia akan cair dalam suhu badan lalu membebaskan bahan ubat secara perlahan-lahan.
Ubat ini berfungsi untuk merawat masalah keputihan oleh sebab jangkitan kulat pada kawasan vagina.Keputihan akan menyebabkan rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan menjadi merah.
Ubat ini bertindak untuk mengurangkan rasa kegatalan pada kawasan vagina, bertindak untuk mengurangkan pertumbuhan kulat, sekaligus mengelakkan risiko jangkitan.
CARA GUNA: (BOLEH RUJUK PADA GAMBAR)
1.Guna pada waktu malam sebelum tidur
2.Pastikan tangan dan vagina bersih sebersih-bersihnya
3.Keluarkan batang plastik berwarna putih dan biji ubat dari bungkusan kotak.
4.Perlahan-lahan, tarik plunger (A) sampai habis.
5.Koyakkan bungkusan aluminium ubat itu.
6.Masukkan biji ubat itu ke dalam aplikator (B)
7.Baring atau sandar pada dinding dengan membuka kedua-dua belah kaki secara luas (dalam posisi ingin bersalin)
8.Masukkan aplikator (B) yang sudah pun berisi ubat itu ke dalam vagina sedalam yang boleh
9.Tekan plunger (A) sampai habis supaya ubat itu dalam masuk ke dalam vagina dengan sedalam-dalamnya.
10.Keluarkan batang plastik berwarna putih itu dari vagina
11.Basuh tangan sekali lagi dengan sebersih-bersihnya.
12.Basuh batang plastik berwarna putih itu dengan menggunakan air suam jika berniat untuk menyimpannya semula.
BAGITAHU PADA DOKTOR ATAU FARMASI JIKA:
Ada alahan pada ubat / bahan ubat tersebut.
Ambik ubat yang sama, tetapi dengan kaedah ambik ubat yang berbeza
Ada datang bulan (period).
Mengandung.
SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT DAN JAUH DARI BUDAK-BUDAK, TEMPAT KENA REDUP DAN JAUH DARI CAHAYA DAN BAHANG
TIPS: (BOLEH RUJUK PADA GAMBAR)
Jangan guna ubat yang dah luput.
Jangan pegang biji ubat terlalu lama kat tangan, kerana ubat senang cair apabila dipegang dengan tangan.
Anda mungkin tak selesa selepas gunakan ubat itu, tetapi kesan itu akan beransur reda selepas beberapa minit
Anda dinasihatkan gunakan PANTY LINER.
Kalau anda mengandung, GUNAKAN JARI anda sahaja untuk masukkan ubat itu ke dalam vagina, TAK PAYAH guna batang plastik berwarna putih itu
Elakkan dari ‘bersama’ dengan pasangan sepanjang rawatan berlangsung
Elakkan juga dari guna TAMPON sepanjang rawatan berlangsung
Ubat ini TIDAK BOLEH DIMAKAN.
Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu orang di luar sana untuk lebih mengenali ubat yang sinonim dengan kaum hawa ini.
Sekian,
Faiz Akmal Mfa,
Pegawai Farmasi,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.