Diam tak diam, dah empat tahun usia Aisy Mateen, iaitu anak sulung pelakon, Yana Samsudin. Sebagai anak lelaki sulung, Aisy pun pandai buat kerja rumah, angkat pinggan sendiri lepas makan.
Bagus cara Yana didik anak sulungnya ini. Tak akan berhenti berpesan agar Mateen tak berbuat sesuatu yang salah. Walaupun cuma cerita mencuci pinggan sendiri, tetap jadi tip yang berguna untuk mak ayah yang lain.
Lepas Makan, Rutin Makan Angkat Pinggan Sendiri
Kongsi Yana di dalam instagram anaknya,
“Lepas makan malam, rutin Mateen akan angkat pinggan sendiri ke dapur. Kadang kadang mood dia terlebih rajin dia ambik kerusi tangga panjat dan cuci pinggan dia.
Malam ni kami makan ayam goreng kunyit, mateen pulak pakai baju hensem sebab dah lama tak keluar rumah berjalan katanya. Jadi dia nak hensem pakai baju jalan .
Mommy : Takpa mateen tinggal je pinggan tu kat singki .
Mateen : ……. (sambil ambik kerusi rapatkan ke sinki).
Ads
Mommy : Mommy tak nak baju mateen kotor..
Mateen : Takpa takpa, mateen tolong cuci..
Mommy : Alhamdulillah..
Sebenarnya jauh di sudut hati , mommy tak nak air paip tu membazir .. dia selalu cuci lambat dan air terbukak saja. Walaupun dah pesan banyak kali.
Last last mommy menyesal tak berterus terang hahahahhaaa. Betul. Air dia terbukak je.. hahaha..
Ads
Tapi mommy pesan kan lagi sebab faham anak kecil kena pesan banyak kali baru diaorang ingat.
Anak Kedua Lain Macam Sikit
Dalam pada itu, Yana juga berkongsi kisah anak keduanya, Aura Aisy Sofea. Lucu pula ceritanya.
Adalah ini rupa baby berusia 2 bulan lebih? Anak ke 2 ni lain macam sikit, tilam kekabu gebu harga ratusan ringgit, katil baby siap ada hayunan, buaian berirama pun disediakan tapi semua tu dia tak nak duk lama.
Tapi kalau macam ni, lena lama pulak. Rasanya dekat sebulan je kot berbedung , tu pun siang hari je malam hurmm kelaut kain bedungnya.
Ads
Baby aura sofea ni kuat, siang lahir malam nya dah angkat kepala. Mau menjerit mommy kat dalam hospital tu sebab kaget tengok dia angkat leher dia masa dadi dia dukung .. terlebih susu rasanya ni..
Apa pun semoga anak mommy sihat mommy dah syukur.. nak kejutkan pun tak sampai hati sebab dah lena tidur… Semoga membesar manjadi anak yang solehah.. amin..
Tak lama lagi dah nak 3 bulan .. alaaa cepatnya masa berlalu!! Mommy dah nak habis pantang yeayy!!!!!!! #pantang100hari #sofeaDanMommy #AisySofea . Kena sendal bantal sebab dia dah beralih tempat.
Yana mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
MW : Seronok sebenarnya layan ragam anak-anak ini. Walaupun ada ketika menguji kesabaran mak ayah, namun kehadiran mereka itulah anugerah terindah dalam hidup mak ayah.
Jika di Malaysia, anak seusia 12 tahun berpeluang menikmati alam persekolahan dengan kawan-kawan. Berbeza dengan Ayesha, anak kelahiran Syria yang kehilangan ibu dan ayah akibat pergolakan negaranya.
Suka tak suka, Ayesha perlu ambil tanggungjawab jaga adik-adiknya yang lain. Bekerja jadi tukang cuci demi pastikan adik-adiknya cukup makan. Betapa sukarnya kehidupan anak ini yang sepatutnya berada di bangku sekolah.
Ini kisah yang dikongsikan pelakon Diana Amir di laman instagramnya. Di sini kesusahan Ayesha bermula,
Baru 12 Tahun Jaga Adik-adik Sendirian
“Masih tiada tanda-tanda ibu dan bapanya kembali ketika Ayesha bertungkus-lumus seorang diri menjaga lima adik-adiknya.
Ayah kandung mereka telah meninggal dunia akibat pergolakan di Syria dan kemudian ibu Ayesha berkahwin lain.
Malangnya, ayah tiri mereka menghilang begitu sahaja menyebabkan ibu Ayesha merasa sukar untuk menjaga mereka seorang diri lalu mengambil keputusan meninggalkan Ayesha dan adik-adiknya.
Ayesha ditinggalkan sendirian untuk menjaga lima adik-beradiknya ketika dia hanya berusia 12 tahun.
Ayesha membawa adik-beradiknya berlindung di kem pelarian yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan dan melakukan apa sahaja pekerjaan bagi menyara adik-adiknya.
Bekerja Jadi Tukang Cuci, Ayesha Tak Dibayar Gaji
Ayesha bekerja sebagai tukang cuci, tetapi sayangnya kerja keras itu selalu tidak dibayar.
Ketika adik-adiknya jatuh sakit, Ayesha tidak mampu untuk menjaga mereka, walaupun telah mengorbankan pendidikannya pada usia yang begitu muda untuk menampung adik-beradiknya.
Seperti mana-mana remaja di luar sana, Ayesha hanya ingin menjalani kehidupan yang normal bagi seseorang seusianya tanpa perlu menghadapi derita ini lagi.”
Demikian serba sedikit kisah Ayesha. Dan banyak lagi kisah sukar yang dilalui anak-anak yatim di negara-negara bergolak.
Sebagaimana yang dikongsikan pelakon Diana Amir yang juga duta Sisters Care For Yateem. Iaitu satu kempen untuk membantu anak-anak yatim di 20 buah negara bergolak. Antaranya, Syria, Palestin, Somalia, Bosnia & Herzegovina dan Indonesia.
Diana yang pernah mengikuti beberapa misi bantuan kemanusiaan jadi terkesan dengan kesukaran hidup anak-anak ini. Selain Diana, pelakon Irma Hasmie juga antara duta untuk kempen terbabit.
Fokus utama adalah membantu anak-anak yatim ini dari segi pendidikan, keperluan kesihatan, sumber makanan dan nutrisi dan sokongan psikososial.
Mak mak paling berdebar, bila sedang tenang memandu, tiba-tiba ada sekatan jalan raya. Ada juga mak-mak yang jenis panik, berhenti dahulu di tepi. Ambil nafas tenang-tenang baru jalan.
Sungguh cara itu bahaya, sebab polis trafik atau JPJ akan fikir pemandu sedang menyembunyikan sesuatu. Sebaiknya apa yang pemandu perlu buat?
Tip mudah lepasi sekatan jalanraya yang dikongsikan, Hayati Abu Hassan, Penolong Pegawai Keselamatan Jalan Raya, JKJR Pahang ini antara panduan yang mak-mak boleh cuba. Moga lepas ini tak perlulah panik sampai serabut perut dibuatnya.
Teruslah memandu dengan tenang, walau dalam hati tuhan je yang tahu betapa berdebarnya bila terserempak dengan sekatan jalan raya.
7 Tip Mudah Lepasi Sekatan Jalan Raya JPJ Atau Polis
“Hati kita asyik berdebar. Serabut perut bila nampak kon JPJ atau Polis. Kadang tak ada silap pun tetap terketar-ketar nak melalui kawasan sekatan jalan.”
Saya kongsi tip untuk memudahkan dan takkan membuatkan kita berlama-lama di hadapan pegawai JPJ atau Polis Trafik seperti di bawah:
Jangan cuba-cuba lari dari sekatan jalan. Depa ada pegawai yang tunggu di lorong-lorong tikus tau. Jarang boleh lepas.
Sediakan dokumen secukupnya. Kad pengenalan, lesen memandu. Roadtax juga!
Jika waktu malam, nyalakan lampu dalam kereta.
Turunkan tingkap.
Senyum dan beri salam bagi yang beragama Islam. Jika bukan Islam, ucapkan selamat malam atau siang.
Tunjukkan dokumen-dokumen tadi walau tanpa diminta.
Apabila selesai dan diarahkan jalan, ucapkan terima kasih. Teruskan tersenyum.
Ha, senang tak? Tak perlu gelabah sampai berpeluh-peluh.
Pegawai yang bertugas pun akan senang hati saja lepaskan kita sebab nampak kita bersedia dan yakin.
Kadang-kadang roadtax mati pun mereka tak perasan kalau confident macam ni.”
Tak sangka, cuma guna wallpaper wanita ini mampu hasilkan kelainan pada rak TV dalam rumahnya. Nak beli baru macam membazir, tambah pula perabot yang ada pun elok lagi. Langsung tak rosak.
Haa… nak sedapkan mata memandang, mak-mak boleh guna idea yang dikongsikan Puan Hanidah Hani, terus nampak cantik rak TV yang lama.
Idea Hias Rak TV, JIMAT!
Jangan tertipu dengan warna putih tu. Saya lekat guna wallpaper je. Nak beli rak ikea warna putih, bajet tak cukup lagi, nak buang yang sedia ada sayang pula sebab elok lagi. Jadi kita belikan baju baru untuk dia, kos murah-murah je.
Beli wallpaper warna putih (pvc) kat Mr Diy, 1 roll RM3.49, satu rak tv ini saya guna 4 – 5 roll. Total kos RM17.45.
Murah, bukan?
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...