Memang sedap makan rempeyek kacang berempah. Ralit makan memang tak sedar habis sebotol.Rupanya nak dapatkan rempeyek kacang yang gurih, garing dan sedap caranya kena goreng guna 2 kuali.
Resipi dan cara membuat rempeyek yang sedap dikongsikan oleh Puan Rossita Omar ini boleh dijadikan panduan.
“Selalunya tokma buat rempeyek tak pernah bersukat-sukat.Main agak-agak je. Tapi atas permintaan sahabat semua tokma berusaha menyukat bahan-bahan untuk dikongsi di sini. Moga perkongsian ini dapat membantu para sahabat yang pm,msg & whatsapp tokma untuk bertanya.”
#AirtanganTokma
#RempeyekGurih
#RempeyekKampung
Bahan A :
2 cawan tepung beras
¹/3 cawan tepung jagung
Garam secukupnya
Bahan B
¹/2 cawan udang geragau / 1 sudu besar udang kering.
Bersihkan & blend
Bahan C:
2¹/2 cawan santan kelapa.
Bahan D:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan kasar
¹/2 sudu besar lada puteh ( tak bubuh pun tak pe)
3 ulas bawang puteh.
Bersihkan & blend
Bahan E :
Jintan Halus
X perlu mix.
Bahan F:
Minyak untuk mengoreng.
Cara Membuat :
1. A + B + C + D – dicampur & kacau.
2. Masukkn bahan E.
3.Kacau semuanya.
4. Ceduk bancuhan 1 sudu besar dan letak kacang tanah.
5.. Mula mengoreng. Guna api sederhana.
6. Goreng hingga selesai.
Taraaaa….siappp.
Info Ekstra!
- Basuh & jemur kacang. Kalau nak lebih garing sangaikan sekejap atau pun bakar dalam oven jangan gelap sangat pula.
- Rendam dulu udang geragau. Basuh hingga bersih dan rendam semula dalam air. Hanya ambil udang yang terapung sahaja. Mata-mata udang akan jatuh & mendak ke bawah. Mata udang tu macam pasir kalu terikut dalam adunan.
- Jintan halus tak perlu di mix. Tabur ajer. Lebih sedap bila tergigit nanti. Baru terasa rempahnya.
- Guna 2 kuali. Yang satu tuang minyak dalam 2 inci tinggi dan satu lagi minyak banyak. Tuang adunan dalam kuali yang minyak sikit. Tuang dalam minyak bukan tepi kuali. Tuang sesudu-sesudu hingga penuh dalam kuali itu. Bila dah separuh masak pindahkn ke kuali sebelah yang banyak minyak untuk mengaringkn pula. Fungsi kuali minyak sikit untuk mencetak jer. Tapi kalau nak guna acuan pun boleh jugak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak yang nak buat rempeyek sendiri di rumah nak dapatkan tekstur yang gurih dan rangup macam ni boleh cuba resipi yang dikongsikan.
Baca Lagi Di Sini: Berkali-Kali Lakukan RnD, Akhirnya Dapat Resipi Murukku Rangup Krapp.. Krupp..
Sumber: Rossita Omar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI