Terpegun MW melihat wajah Hajah Azizah Ariffin sewaktu menemubul figura hebat ini. Mana tidaknya walaupun usianya sudah mencecah 51 tahun namun dia kelihatan muda, jelita dan kekal langsing.
Wajah ayunya menjadi tumpuan rakyat Malaysia sebagai penyampai berita di TV3 sekitar tahun 1996-2016. Kemudian menjadi pengacara beberapa program TV popular seperti Nona dan Wanita Hari Ini (WHI).
Sejak 2017, Azizah berkhidmat di TV Al Hijrah secara sambilan. Azizah juga masih aktif menerima undangan sebagai pengacara majlis & terlibat secara aktif sebagai pengacara Aktivis Kesihatan & Penceramah Diet Sihat.
Wanita ini hadir ke studio baru-baru ini sebagai tetamu bagi program secara langsung di media sosial Mingguan Wanita, ‘Sembang Wanita’ yang disiarkan pada 24 Disember lalu. Sembang Wanita merupakan sebuah program yang membincangkan topik-topik panas! Bersama pengacara yang cukup ceria, Norreen Iman, Kak Girl & Dottie. Bagi anda yang terlepas bolehlah saksikan hantaran video ini di saluran Youtube dan Facebook Mingguan Wanita.
Rahsia Azizah Ariffin, Amalkan Gaya Hidup Sihat
Pesona wanita yang bergelar isteri dan ibu ini masih hebat, walaupun sudah mencecah usia lebih 50 tahun namun dia masih aktif dalam aktiviti kecergasan dan tubuhnya kekal langsing.
Berkesempatan bertanya tentang rahsia awet muda dan kekal cergas, Azizah yang cukup tertib ketika berbicara menyatakan dia mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Macam saya, lebih beri tertumpu kepada aspek gaya hidup yang sihat. Saya memberi penekanan dalam pemakanan harian, amalan bersenam, bergaul dengan golongan yang positif, jauhi tekanan dan tidur yang mencukupi.
“Semua sedia maklum, saya memang mementingkan makanan Quranic food ni sejak bertahun. Saya yakin dengan khasiat yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, amalan minyak zaitun Olivie 30x dari Olive House yang wajib saya makan dua sudu setiap pagi.
“Dalam minyak zaitun ini, ia mengandungi squalene iaitu merupakan pecahan dari lemak di dalam minyak zaitun yg membantu kelembapan kulit dan meningkatkan penghidratan kulit. Squalene ini juga bertindak sebagai pencegahan dari sebarang kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari yang boleh memberi kesan penuaan kepada kulit.
Kesihatan Yang Baik Dapat Tingkatkan Ketaqwaan Kepada Allah SWT
“Menariknya, Olivie 30x ini mengandungi lima kali ganda Vitamin E berbanding minyak zaitun biasa. Oleh kerana itu la, tindak balas terhadap kesihatan kulit sangat cepat apabila menggunakan Olivie 30x ni. Vitamin E terkandung di dalamnya, dapat menyokong sistem imun dan meningkatkan fungsi sel serta bertindak sebagai antioksidan yang berkesan mengawal radikal bebas yang dihasilkan oleh metabolisma tubuh dan juga persekitaran. Ia juga berfungsi membantu mengurangkan kesan kerosakan oleh cahaya UV terhadap kulit.
Ads
“Subhanallah minyak zaitun ni, bukan hanya untuk dimakan sahaja, tetapi boleh disapu terus ke wajah sebagai pelembap. Sekarang dah tak jadi rahsia lagi untuk miliki awet muda yang sihat bertenaga.
“Semoga kesihatan yang dikurniakan dalam usia begini, dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah,” ungkap Azizah yang turut memberitahu amat menitik beratkan kesihatan dalaman terutamanya ketika berhadapan dengan pendamik Covid 19 pada waktu ini.
Aktif Sukan Berbasikal & AktivitiMendaki
Cukup bertenaga, wanita ini juga begitu aktif dalam aktiviti kecergasan. Akui Azizah dia mempunyai gang berbasikal dan gang mendaki.
“Saya sangat suka aktiviti mendaki. Samada bukit atau gunung. Saya seorang yang sukakan aktiviti luar yang lasak.
“Saya ada gang mendaki dan juga gang berbasikal. Biasanya pada hujung minggu, saya dan suami akan habiskan masa dengan mengayuh basikal. Suami memang seorang yang aktif dalam sukan berbasikal.
Ads
“Seronok sangat bila dapat lakukan aktiviti yang kita suka terutamanya kayuhan basikal. Malah boleh bantu bakar lemak dalam badan,” terang Azizah.
Ditanya tidakkah dia gusar melakukan aktiviti ini, memandangkan baru-baru ini berlakunya kemalangan maut pada seorang pengayuh basikal.
“Memang sekarang ini tidak dinafikan sukan kayuh basikal ini bagaikan satu trend. Pada saya jika lakukan aktiviti ini kenalah ikut peraturan jalan raya kerana melibatkan nyawa.
“Nasihat saya jika hendak lakukan kayuhan lakukan aktiviti ini dalam kumpulan dan janganlah berseorangan. Jika ada gang akan lebih selamat dan ada yang akan tolong jika jika ada apa-apa yang berlaku. Carilah tempat yang tak banyak kereta sangat,” terang Azizah yang gemar lakukan aktiviti yang mengeluahkan peluh.
Makan Suku Suku Separuh Ikut Pinggan Kesihatan Malaysia
Azizah juga berkongsi sebelum lakukan aktiviti kecergasan dia akan mengambil dua sudu minyak zaitun tambahan serta makanan organik seperti kurma. Malah katanya juga, tenaga datang dari makanan dimakan dan perlulah kurangkan gula.
“Saya memang jaga pemakanan. 80 peratus makanan dan 20 peratus saja senaman. Saya juga kurangkan pengambilan karbo dan gula dalam minuman.
“Saya turut amalkan pengambilan suku suku separuh ikut pinggan kesihatan Malaysia.
“Saya memang kena makan nasi. Kalau tak makan nasi nanti akan pening. Tapi saya banyakkan pengambilan sayur. Biar sayur separuh, protein pula besar penumbuk. Jika ambil nasi banyak nanti cepat naik berat badan.
“Air manis memang kena tinggalkan, InsyaAllah akan cepat turun berat badan. Walaupun mencabar namun jika boleh displin memang bagus dan badan akan kekal langsing,” kongsi Azizah.
Kemungkinan anak bulan syawal kelihatan pada Jumaat sangat tips & tidak mencukupi kriteria diputuskan – Mufti Kedah. Ramai yang berteka-teki tentang hari apa kita akan berhari raya. Jumaat atau Sabtu?
Ini kerana berdasarkan pengalaman tahun lepas di mana raya mengejut, jadi ramai yang mahu membuat persiapan awal kali ini agar tidak kalut.
Kemungkinan Anak Bulan Syawal Kelihatan Pada Jumaat Sangat Tipis
Penyebaran tarikh raya sama ada Jumaat 21 hb atau Sabtu 22 hb menambah teka-teki ramai apabila pengumuman dari Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UEA), baru-baru ini yang menjangka 1 Syawal pada Jumaat, 21 April. Teka-teki makin menarik bila tarikh melihat anak bulan Syawal diputuskan pada 20 hb ini.
Namun bagi yang bertanya, bila tarikh hari raya, ini pandangan dari Mufti Kedah mengenai isu ini.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menasihatkan umat Islam agar tidak berbalah dan mempercayai khabar angin tentang spekulasi tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal nanti termasuk menyebarkan khabar yang belum sahih tersebut, selain menjadikan pihak tertentu sebagai sumber maklumat.
Tidak mencukupi kriteria diputuskan – Mufti Kedah
“Jangan berbalah atau sebar tentang spekulasi 1 Syawal sehingga merujuk kepada Pusat Astronomi Antarabangsa bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat. Kita mempunyai 29 stesen cerapan untuk melihat anak bulan di seluruh Malaysia yang akan menentukan perkara ini.
“Berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat-sahabat kita yang terlibat bahawa pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan.
“Walau apa pun keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada malam itu setelah menerima laporan hasil cerapan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Infaq Ayam Segar kepada Fakir dan Miskin di Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena, di sini semalam.
Beliau mengulas tentang pengumuman Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UEA), baru-baru ini yang menjangka 1 Syawal pada Jumaat, 21 April.
Mengulas lanjut kata Syeikh Fadzil, umat Islam perlu fokus beramal ibadat ketika ini terutama apabila Ramadan sudah memasuki 10 malam terakhir untuk mengejar Lailatul Qadar.
“Sepuluh malam Ramadan ini yang dinanti-nantikan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, Carilah nanti kedatangan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Malah baginda mempersingkatkan tempoh itu pada malam-malam ganjil iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
“Apabila datang masa yang disifatkan kemuncak Ramadan itu, kita sepatutnya melipat gandakan amal ibadat kita namun tiba-tiba kita lalai dan semakin menjauhkan diri daripada masjid.
“Mungkin kerana sibuk dengan persiapan hari raya atau sudah keletihan? Namun kita perlu meniru amalan Nabi Muhammad SAW yang melipat gandakan amalan sepanjang tempoh tersebut,” katanya.
Sementara itu, seramai 3,333 keluarga asnaf, fakir dan miskin di lima daerah iaitu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda dan Yan menerima agihan infaq ayam segar bermula hari ini.
Menurut Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Norizan Khazali yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, sebanyak RM99,000 diperuntukkan untuk program itu dengan masing-masing menerima dua ekor ayam segar bersaiz anggaran 1.5 hingga 1.7 kilogram.
“Harapan LZNK, program Infaq Ayam Segar ini akan dapat membantu semua dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kata beliau, LZNK turut menyasarkan jumlah kutipan zakat fitrah di Kedah pada tahun ini sebanyak RM12.4 juta.
Bawa sarapan rare ke sekolah. Murid bawa sebeban petai & siap belanja kawan-kawan. Kita biasa melihat anak-anak di sekolah rendah dibekalkan sarapan pagi sebelum berangkat ke sekolah.
Biasanya ia terdiri dari sandwich, nasi goreng, nugget, roti atau makanan lain selain ibu-ibu memberi pesan bekas bekal perlu dibawa balik dan jangan ditinggalkan kerana rasa sayang. Namun gelagat seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Adekta sering mencetuskan rasa lucu bagi sesiapa yang mengikuti Tik Tok ibu saudaranya, @nita-kerang.
Jika kanak-kanak seusianya hanya tahu membawa bekal disediakan mak ayah tetapi Adekta adakalanya terpaksa melakukan sendiri dan semua aksinya dirakam secara spontan oleh ibu saudaranya, Dita.
Dapat dilihat Adekta sangat petah berbicara dan sesekali agak pedas melontarkan pendapatnya.
Dalam satu video ditonton oleh 49.4 juta orang itu, dapat dilihat Adekta membawa bekal nasi dalam kuantiti yang banyak bersama ikan goreng. Lebih mengujakan, dirinya turut menyelitkan berpapan petai sebagai ulaman. Hal yang jarang dijadikan sarapan pagi oleh kanak-kanak seusianya yang mungkin lebih gemar makan nuget sebaliknya adik Adekta membawa petai mentah dan diletakkan dalam beg sekolahnya.
Saat dtegur oleh ibu saudaranya kenapa bawa nasi banyak begitu, katanya temannya ramai dan dimakan beramai-ramai. Masa yang sama, selama dia “tegur” makciknya agar jangan kedekut kerana orang kedekut kuburnya sempit.Pastinya satu sekolah “berbau” petai
Sebenarnya banyak lagi gelagat Adekta yang sangat mencuit hati dan biasanya setiap video dimuat naik ditonton oleh ramai pengikut ibu saudaranya, Nita.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Isteri mati dibunuh di bilik hotel kerana tuntut fasakh, “keluarga dah halang jumpa suami tapi arwah pergi juga. Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas mengaku membunuh isteri sendiri di sebuah hotel di Batu Gajah, Perak.
Dalam kejadian semalam, lelaki yang juga seorang pemandu lori berusia 37 tahun hadir di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang dan memaklumkan telah membunuh isterinya. Ekoran tragedi menyayat hati ini, tular di media sosial, arwah dikenali sebagai Nisya yang berdepan dengan masalah rumahtangga dan dalam usaha menuntut fasakh dari suaminya.
Isteri Mati Dibunuh Di Bilik Hotel Kerana Tuntut Fasakh
Di Tik Tok @thehanishopz turut berkongsi kisah Nisya di mana dimaklumkan keluarga dari awal sudah menghalang arwah dari pergi bertemu suaminya di hotel tersebut tetapi arwah tetap pergi bagi menyelesaikan masalah rumahtangga mereka. Dan ianya berakhir dengan kematian.
Dalam ruangan komen di Tik Tok berkenaan, @thehanishopz menjawap satu komen berkaitan hal ini.
“Keluarga Dah Halang Jumpa Suami…”
“Macam mana la di akhir-akhir kehidupan dia ye. Mesti dia takut sangat. Dia jumpa kat hotel tu sebab dia percayakan lelaki tu, suami dia. Tak sangka orang yang di percayai tergamak buat macam nie. Semoga arwah tenang di sana, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman & beramal soleh. Kejadian ni dekat dengan tempat kerja lama saya. Sangat-sangat sedih sebab saya pun orang batu gajah.
“Ye betul, arwah mmg takut nak jumpa suami dia tapi smlm xtahu kenapa dia jumpa jugak suami dia. Ahli keluarga dh halang tp dia pergi jumpa jugak .. 😭.
Masa yang sama, @thehanishopz turut memberi penjelasan kepada komen-komen negetif yang datang dari kebanyakan lelaki yang menuduh arwah curang.
Jelasnya, berikutan fitnah mengenai kes bunuh di Hotel Royale ini, ia bukan dilakukan oleh polis seperti disebarkan dan juga bukan di depan anak-anak. Malah dirinya ingin memperbetulkan fitnah yang sudah bertebaran.
“Polis tu bekas suami nombor satu.Bukan dia bunuh. Yang bunuh arwah tu suami nombor dua yang bekerja sebagai pemandu lori di Klang. Dengan suami polis ada seorang anak dan dengan suami kedua tiada ada anak.
“Hanya mereka berdua di hotel, tak ada anak. Arwah nak tuntut cerai fasakh tapi suaminya tak beri kerjasama (kenyataan ini dari ibu arwah).
Dalam pada itu, menurut @thehanisshopz ini juga arwah sudah memilih kehidupan yang lebih baik sebelum ajalnya menjempur.
“Arwah sudah mula berniqab, rajin pergi masjid mengaji kuliah-kuliah agama, lepas Asar wajib mengaji dan suara merdu. Ada part hafal Quran tanpa tengok Quran pun selain arwah setiap hari akan pergi ke kubur ayahnya kerana rindu.
“Allah menjawab pertanyaannya dan akhirnya kak Nisya ikut menjejak arwah ayah,” katanya yang membuat emoji menangis.
Semoga Allah mengampuni dosanya dan tempatkan dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.