Usianya masih muda, baru berusia 19 tahun namun suara merdunya bisa menggetarkan jiwa, memikat hati para juri ketika mengalunkan bacaan suci Al Quran serta membawa namanya ke peringkat antarabangsa!
Sekalung tahniah buat adik Nor Farhatul Fairuzah Panut yang memenangi Johan tilawah (wanita) Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61 baru-baru ini. Sekaligus menjadi sebagai Qariah Termuda yang memenangi pertandingan antarabangsa ini.
Hasrat Bawa Ibu Tunai Umrah
Mengiringi kejayaan itu, Nur Farhatul yang memperoleh 87.05 peratus markah menerima membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan.
Gadis muda berasal dari Sepang ini juga berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan umrah dengan duit kemenangan yang diperolehi.
“Saya mahu bawa ibu mengerjakan umrah sebagai membalas jasa dan pengorbanannya sehingga saya berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan musabaqah ini.”
Katanya, beberapa tahun lalu ibunya, Jaliah Simin, 63, sudah pernah melakukan umrah tetapi kali ini dia mahu membawa wanita istimewa di hatinya itu ke Tanah Suci mengguna wangnya sendiri.
Ads
Simpan Wang Kemenangan Untuk Lanjutkan Pengajian
Qariah muda itu adalah pelajar Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.
“Ibu adalah insan yang tidak pernah jemu menyokong cita-cita dan minat saya selain arwah ayah, Panut Markom yang meninggal dunia pada tahun 2017.
“Wang yang selebihnya, saya mahu menyimpan untuk digunakan bagi melanjutkan pengajian pada masa depan,” katanya ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pemenang MTHQA61 disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur.
Latihan Pertandingan
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, seperti peserta lain dia banyak melakukan latihan untuk menghadapi pertandingan berkenaan dan lazimnya setiap kali selepas solat lima waktu.
Ads
“Saya amalkan membaca al-Quran 15 minit selepas solat, waktu paling sesuai selepas solat Subuh untuk ‘memecahkan suara’.
“Saya juga tidak mengambil minuman berais bagi menjaga suara,” katanya.
Nur Farhatul Fairuzah juga merancang untuk meyambung pengajian dalam bidang al-Quran dan syariah.Ditanya mengenai penglibatannya dalam tilawah al-Quran,gadis memberitahu, dia bermula pada usia lima tahun dan cita-citanya untuk menjadi pensyarah dalam bidang al-Quran.
Qari dan Qariah Malaysia yang merangkul Johan Kategori Tilawah, bersama trofi yang dimenangi pada Majlis Perasmian Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61. – Foto BERNAMA
Niat Bawa Isteri Pergi Haji
Sementara itu, bagi qari dari Malaysia, Abdul Khair Jalil, 40, yang memenangi kategori tilawah (lelaki) MTHQA61, dia mahu membawa isterinya, Halimatun Samsori untuk mengerjakan ibadat haji menggunakan hadiah yang jumlahnya sama seperti dimenangi Nor Farhatul Fairuzah.
Ads
“Insha-Allah saya hendak membawa isteri menunaikan haji, itu harapan dan niat yang sudah saya pasang sebelum ini.
“Syukur saya mampu menjadi johan walaupun berdepan cabaran hebat daripada peserta lain, ada juga perasaan tertekan memandangkan Malaysia adalah tuan rumah,” kata pensyarah dalam bidang pengajian al-Quran di Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).
Bagi kategori hafazan lelaki, peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara manakala untuk kategori wanita, ia dimenangi peserta dari Nigeria, Fatouma Ousseni Moussa.
Seramai 74 peserta dari 41 negara menyertai MTHQA61 termasuk tujuh negara yang kali pertama menghantar wakil iaitu Azerbajian, Montenegro, Sweden, Norway, Austria, Kenya dan Ivory Coast.
Hebatnya adik Nor Farhatul Fairuzah Panut! muda-muda dah pandai dan lunak sungguh suaranya bertarannum. Jarang anak gadis seusianya yang nak sertai pertandingan seperti ini. Yang paling penting suara masyallah! meremang bulu roma kalau dengar. Apa-apa pun diucapkan tahniah kepada Adik Nor Farhatul kerana berjaya merangkul gelaran juara Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali yang ke-61. Selamat Maju Jaya di Ucapkan dari Team Mingguan Wanita!www.mingguanwanita.my.mwtv
MW: Alhamdulillah. Tahniah buat para Qari dan Qariah dari Malaysia berjaya menyandang Johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61 baru-baru ini. Semoga kejayaan adik Nor Farhatul Fairuzah Panut mampu menjadi inspirasi buat anak remaja, mendalami bacaan ayat Quran dengan sempurna.
Tiada rasa malu timbul di hati, segalanya dilalui dengan penuh keredhaan terhadap ujian dari Allah SWT. Sudah lebih 50 tahun dia diuji dengan penyakit kulit kronik namun Ishak Che Endut atau mesra disapa Pak Tam tabah menghadapinya.
Cerita ‘Jangan Takut Pada Saya…’ ini temubual yang dijalankan oleh wartawan Mingguan Wanita ketika membuat tugasan di Kedah.
“Jangan takut dengan saya. Saya suka berkawan. Suka hidup bermasyarakat. Penyakit ini tidak berjangkit namun sehingga kini tiada penawar ditemui.”
“Pada usia saya 8 tahun, satu ketulan timbul di paha dan semakin saya membesar, lebih banyak ketulan yang muncul sehinggalah jadi begini. Ketika muda, saya bekerja mencari rezeki tetapi kini kudrat saya semakin lemah dan saya lebih banyak duduk di rumah sahaja mengharapkan bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan.”
“Kalau boleh Ramadan ini (ketika temu bual berlangsung umat Islam bakal menyambut Ramadan) saya ingin raikan dengan penuh rasa gembira seperti orang lain. Ada baju baru, ada orang tolong kemaskan rumah dan banyak lagi impian saya.”
Bagi anda yang ingin menziarahinya boleh datang ke rumahnya, Kampung Sira Bawah, Baling atau salurkan sedikit sumbangan untuk Pak Tam meneruskan kehidupannya di akaun Bank Rakyat di nombor 22-004-120835-0 atas nama Ishak Che Endut
Ini Video Realiti Hidup Pak Tam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pempengaruh Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina antara yang turut lantang menyatakan soladiriti terhadap saudara di Gaza, Palestin.
Kata Hafiz, sebagai individu yang punyai kelebihan pengikut di media sosial, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyampaikan wardah dengan cara berhemah dan menyuntik kesedaran kepada orang ramai.
Saya Jarang Bersuara Isu Semasa
“Berapa jumlah followers adalah bukan untuk kita bangga-banggakan sebaliknya itu jumlah yang kita bertanggungjawab untuk sebarkan perkara baik.
“Saya jarang bersuara tentang isu semasa, tetapi apabila berkaitan Palestin, saya rasa itu tanggungjawab sebagai orang Islam untuk terus sebarkan kesedaran,” katanya.
Justeru, Hafiz dan Aina tampil dengan sebuah video berjudul Message for P yang menggunakan perantaan bahasa Arab sebagai medium untuk menyebarkan mesej lebih meluas secara global.
“Harapan saya agar mesej itu didengari dan difahami secara terus oleh saudara Islam kita di Gaza.
“Dalam video ini, tanda menghulurkan tangan sebagai simbolik soladiriri untuk mengajak semua pempengaruh dan pengguna sosial media untuk bersama-sama menyambut perjuangan ini,” jelasnya.
Hafiz yang juga pengasas Ainaa Beauty baru sahaja selesai menghasilkan 10 siri kisah transformasi pengguna Ainaa Beauty menyedari akan tanggungjawab sebagai influencer dan usahawan utk menyebarkan kesedaran solidariti palestin kepada seluruh dunia.
Seramai 70 orang yang terlibat dalam penghasilan video tersebut yang terdiri daripada kakitangan dan usahawan Ainaa Beauty. Perancangan video solidariti ini juga mengambil masa kurang daripada tiga hari.
Tapi Kali Ini….
Dalam pada itu, Hafiz turut mengulas mengenai tindakan segelintir pempengaruh dan selebriti yang menikus dengan tidak menyatakan soladiriti terhadap Palestin di media sosial.
“Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk membantu saudara kita disana. Ada yang hanya berdoa, ada yang beri sumbangan dan ada yang gunakan pengaruh media sosial untuk memberikan kesedaran.
“Saya tahu, bila bercakap soal Palestin ia sedikit sebanyak memberi kesan pada sistem algoritihm media sosial kita dan berisiko di-banned. Tapi saya percaya, banyak alternatif lain yang kita berjaya buat untuk terus sebarkan kesedaran ini.
“Contoh, dalam video saya. Saya namakan ia “Message for P”. Tidak menggunakan nama Palestin sebab video itu mungkin disekat & mesej yang kita nak sampaikan tu gagal,” tambah Hafiz seraya mengakhiri perbualan.
Sudah tertulis rezeki mereka. Mereka jumpa muntah ikan paus bernilai RM6.20 juta, kehidupan 35 nelayan ini terus berubah setelah menjual muntah ikan paus tersebut.
Memang bertuah sesiapa yang menjumpai muntah ikan paus kerana harganya begitu tinggi dan digunakan dalam penghasilan minyak wangi.
Kehidupan 35 Nelayan Terus Berubah
Kehidupan sekumpulan nelayan Yemen yang terdiri daripada 35 orang berubah setelah mereka menemui muntah ikan paus di dalam perut bangkai seekor ikan paus sperma yang terapung di permukaan laut di perairan selatan Aden, Yemen pada Februari lalu.
Menceritakan detik-detik penemuan itu, seorang nelayan itu, Fares Abdulhakeem dan rakan-rakannya kemudian menarik bangkai ikan tersebut ke daratan dan memotong dagingnya sebelum terkejut menemui muntah ikan paus yang turut dikenali sebagai ’emas terapung’ kerana nilainya tinggi di pasaran.
Jumpa Muntah Ikan Paus Bernilai RM6.20 juta
‘Emas terapung’ itu juga dikenali sebagai ambergris iaitu bahan yang terdapat di dalam perut ikan paus sperma dan digunakan untuk pembuatan minyak wangi.
Ia berbentuk pepejal dan mengandungi bahan-bahan lemak.
Muntah ikan paus tersebut yang seberat 127 kilogram itu kemudian dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan harga lebih AS$1.5 juta (RM6.20 juta).
Sebahagian wang diterima itu kemudian digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan kerana kehidupan di Yemen menjadi sukar disebabkan perang saudara yang meletus sejak tahun 2014 manakala baki wang yang tinggal dibahagi-bahagikan kepada 35 anggota nelayan tersebut.
Nelayan Yemen memang sudah mengenali tentang nilai muntah ikan paus itu yang boleh digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.
Kehidupan Berubah
Menurut Fares, kehidupannya berubah selepas menemui muntah ikan paus itu.
“Ada yang menggunakan (wang jualan muntah Ikan paus itu) untuk membeli bot, ada yang membaiki rumah. Saya membina rumah saya,” katanya seperti dilaporkan oleh AFP.
Seorang lagi nelayan yang menemui muntah ikan paus itu, Salim Sharf berkata, penemuan itu membolehkannya untuk menyimpan wang itu untuk masa depannya. – Agensi
Mingguan Wanita : Biarpun mereka mendapat rezeki tergolek, namun mereka tidak melupakan golongan yang memerlukan di Yemen. Sikap ini patut dipuji walaupun hasil jualan muntah ikan paus itu perlu dikongsi dan dibahagikan seramai 35 orang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...