Punyalah banyak kegunaan Limau Purut baik daun mahupun buahnya. Kebiasaannya kita gunakan daun mahupun jus buah limau purut dalam masakan seperti Tomyam, paprik dan sebagainya. Namun sebenarnya banyak lagi kegunaan limau purut ni secara semulajadi untuk merawat kesihatan dan kecantikan diri.
Limau Purut atau nama saintifiknya “C. Paeda Miq”. Sedikit perkongsian berkaitan dengan limau purut. Setiap kejadian ada kebaikan alami yang Allah jadikan, patut kita bersyukur dan kagumi.
1. Daun Limau Purut:
a) Badan Letih, Lemah
Boleh merawat badan letih atau lemah, serta badan berbau.
Bagi badan yang lemah atau letih, ambil dua genggam daun limau purut dan direbus di dalam tiga liter air. Biarkan mendidih selama sepuluh minit. Selepas itu, ambil dan masukkan ke dalam air mandian untuk digunakan semasa mandi.
b) Badan Berbau
Bagi badan yang berbau pula, boleh ambil tujuh helai daun dan ditumbuk lumat, gaulkan dengan sedikit madu lebah, jadikan bulat-bulat kecil satu biji waktu pagi, dan satu biji waktu malam sehingga bau badan hilang.
2. Buah Limau Purut:
Boleh merawat selsema, amandel, demam campak, ruam, batuk, kelemumur dan rambut berbau.
a)Kurangkan Selsema/Demam
Bagi mengurangkan selsema atau demam, boleh ambil sebiji limau purut lalu dipotong dan diperah airnya, masukkan ke dalam air sederhana panas atau suam dan terus minum.
Ads
b) Tongsil
Bagi amandel (tongsil bengkak), boleh ambil buah limau dan diperah airnya dan dicampur dengan air perahan kunyit (kunyit dari rizom). Kunyit kena tumbuk lumat untuk dapatkan airnya. Kemudian, campur air perahan limau, air kunyit dengan sesudu madu. Amalkan sekali sehari.
c) Demam Campak
Bagi demam campak, boleh ambil sebiji buah limau dan dipotong dua, dibakar hingga kulitnya berwarna hitam. Setelah buah sejuk, gosok pada bahagian yang sakit dengan buah tadi.
d) Batuk
Bagi yang kerap batuk, boleh perah air limau purut dan campur dengan sedikit madu dan terus diminum.
e) Rambut Berbau
Ads
Dan bagi yang bermasalah rambut berbau, boleh ambil kulit buah limau dan parut, perahkan airnya lalu disapu pada kulit kepala. Biarkan lima belas minit, dan bilas dengan air biasa.
f) Kelemumur
Jika kelemumur pula, ambil sedikit air perahan buah nenas, sedikit perahan air buah limau purut dan sedikit santan segar, campurkan. Jadikan sebagai syampu dua hingga tiga kali seminggu.
Kaedah Penanaman:
Bagi saya yang tiada ruang yang besar atau lebih tepatnya rumah taman, saya hanya menggunakan pasu yang dibeli dari Mr. DIY. Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.
Pembajaan saya menggunakan baja TPF atau boleh guna BAJA NLEYGROW (organik). Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTERuntuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.
Ads
Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.
Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannnya.
Mingguan Wanita: Banyak khasiat pokok limau purut ni untuk kesihatan dan kecantikan diri, baik daun mahupun buahnya. Seeloknya kita tanam sendiri di rumah untuk manfaatkan kegunaannya.
Sebenarnya walaupun tiada pressure cooker di rumah namun mak-mak tetap boleh rebus nasi impit dengan mudah dan jimat gas. Maklumlah, biasanya jika rebus nasi impit atas dapur memang memakan masa yang agak lama.Memang rugi gas.
Namun tip dan teknik rebus nasi impit yang dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus ini boleh dijadikan panduan. Elok kejadian nasi impitnya ikut cara begini.
Petua rebus nasi impit jimat gas dan jimat elektrik
Cara-Caranya:
1.Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkan nasi impit.
2.Masak selama 10 minit lepas tu tutup api.
3.Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup biarkan terendam selama 30 minit.
4.Lepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit tu.
Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya.Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker.
Jika masak dalam kuantiti banyak pastikan guna periuk besar kuantiti air cukup dan betul-betul mendidih.
Mingguan Wanita:Mudah je nak rebus nasi impit cara begini. Kalau dekat rumah tiada pressure cooker boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Memang lebih jimat gas dan elektrik.
Putihkan wajah. Ramai wanita sekarang ini beria-ia nak cerahkan kulit, ala-ala persis orang korea. Tak kurang juga yang mana putih nak semakin putih dan nampak urat-urat hijau.
Ini belum lagi kalau ada masalah jerawat, jeragat atau kulit kusam. Semuanya dalam satu. Nak tak nak, kena lakukan sesuatu pada wajah supaya sentiasa nampak berseri-seri.
Bagi yang ingin putihkan wajah secara semulajadi, bolehlah guna cara ini. Hanya dua bahan saja diperlukan. Paling senang nak cari kat dapur pun. Ikuti perkongsian daripada ohana_my menerusi video tiktoknya.
Tip awet kayu supaya tak mudah reput dan rosak walau berhujan, berpanas. Selalunya masalah yang sering dialami ialah kayu yang digunakan untuk kerja-kerja DIY menjadi reput dan rosak.
Tahukah anda bahawa ada cara untuk mengatasi masalah ini. Seperti tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ini, tiada lagi masalah kayu reput dan rosak. Jadi tidak perlulah kita kerap beli kayu baru bagi menggantikan kayu-kayu yang reput dan rosak.
PETUA MENGAWET KAYU
Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semula jadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu.
Saya gunakan sebungkus ubat gegat. Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan.
Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih empat tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini.
Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini sudah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...