Menjaga anak perempuan tak sama dengan jaga anak lelaki. Masing-masing ada perangai dan cara tersendiri. Sebab itu, ada sesetengah mak ayah merasakan cukup berbeza dalam menjaga anak lelaki daripada anak perempuan.

Sejauh mana kebenarannya tidak pasti. Hanya mak-mak yang ada anak lelaki dan perempuan saja tahu bezakan. Atau ada yang merasakan jaga anak lelaki atau anak perempuan sama saja.

Sebab itu, ada mak ayah yang diberi rezeki semua anaknya perempuan dan tidak kurang juga yang mempunyai semua anak lelaki. Tak perlu kecil hati atau sedih sebab semua itu Allah dah tulis di Luth Mahfuz lagi. Paling penting cara kita sebagai mak-mak menjaga anak itu dengan sebaik mungkin.

Dalam perkongsian oleh Abu Hurairah Asifa ini, turut menekankan dalam mendidik anak perempuan. Mungkin orang cakap, anak perempuan rapat dengan ayahnya tapi ‘tak serasi’ dengan maknya.

Namun, dari segi rahsia perempuan, anak perempuan lebih selesa dengan maknya sebab sama-sama jantina. Tak kisah apapun, yang patut ditekankan adalah dalam mendidik anak perempuan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Walaupun Mak Kadang-Kadang Rasa Terpinggir, Bersyukurlah Anak Perempuan RAPAT Dengan Ayahnya!

Biasakan Anak Lelaki Buat Kerja Rumah, Bila Dewasa Tak Kekok Urus Keluarga Sendiri

Info Lebih Menarik DI SINI

Ads

Jaga Anak Perempuan – Raikan

Mendidik anak perempuan, kita akan terpaksa mengorbankan perasaan.

Anak perempuan, apalagi anak yang pertama, ia ‘panas’ dengan ibunya. Pada anak perempuan yang pertama, ada saja yang tak kena.

Tapi, walau sayang macam mana ia pada ayah, kasih ibunya tetap yang pertama. Rahsia mungkin dia bagitahu kita, tapi segala cerita dan peristiwa tetap ibu yang akan tahu segalanya.

Maka, dengan anak perempuan kita kena banyak meraikan.

Ads

Bagaimana?

1. Raikan dengan kata-kata, belaian dan pemberian.
Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada sesetengah keadaan, berilah hadiah.
2. Perempuan makhluk perasaan.
Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan perasaan. Ia menyentuh dan berkesan.
Saya hanya membayangkan suatu hari nanti dia akan bakal menjadi seorang Isteri. Jika isteri itu sifat utamanya ketaatan, maka pendidikan untuk dia taat pada Ibu yang pertama, dan ayah yang kedua, bermula dari kami berdua. Ketaatan pada perintah yang baik.
Taat anak perempuan kita pada ibu dan ayah, pasti dia juga akan patuh dan taat pada uaminya pula.
3. Rumah dan ruang hidup
Paling penting, anak perempuan kena dibiasakan untuk berada di rumah. Bukan bermakna tak boleh keluar, tapi biasakan dia suka berada di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang yang kecil tapi besar peranannya.

 

Lebih Susah

Bela lembu 10 ekor lagi mudah daripada seorang anak perempuan.
Susah?

Sebab itu siapa yang ada 3 orang anak perempuan, Allah dah siap-siap bina Syurga untuk ibu dan ayahnya.

Ads

Janji menjaga mereka sekuatnya, dapatlah nanti habuan di sana.

Nak dapat anak perempuan yang baik, lelaki itu mesti baik pada ibunya, mesti baik pada isterinya, dan insya Allah,

Dia akan mendapat anak perempuan yang terbaik dalam hidupnya.

#sweeterapi

MW: Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Jaga dan didiklah sebaik mungkin untuk jadi insan berguna.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI