Nikmatnya dapat makan puding karamel sejuk yang sedap dan cantik licin kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik, puding karamel ni jadi berongga, berbuih dan tak licin.Tip paling penting pukul adunan cukup sekadar ia larut dan sebati.
(Bahan-bahan untuk Gula Karamel):
1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
3 sudu besar air
(Bahan-bahan untuk puding):
5 biji telur, saiz B
1 tin susu cair
150ml air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2.Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
3.Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk.
Ads
4.Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
5.Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
6.Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
Tip Ekstra:
(Kaedah ‘water bath’)
Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
Ads
Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Puding Karamel yang sedap dan cantik licin tak berongga.Pastikan jangan terlebih pukul sehingga berbuih, dan kacau sekadar adunan larut dan sebati sahaja. Boleh ikut kaedah dan resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk.
Bila nak buat BBQ, perkara yang paling penting adalah pes perapannya perlulah sedap, secukup rempah dan rasa. Buat mak-mak yang bercadang untuk buat bbq bersama anak-anak dan keluarga, boleh cuba resipi pes perapan simple tapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar ini.Lebih jimat, sedap, dijamin halal dan bersih tak perlu beli pes perapan lagi.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Sepertimana yang Kak Za janjikan hari tu, Kak Za nak share pasal pes perapan untuk bakar bakar ayam, daging, ikan, sotong dan udang.Ramuan rahsia ni memang simple je tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya la.”
“Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.”
Ok, jom kita tengok bahan bahannya.
Bahan-Bahan:
2″ Lengkuas *
3″ Halia *
6 ulas Bawang putih *
5 ulas Bawang merah *
4 labu Bawang besar *
3 batang Serai *
2 cawan Gula perang/ brown sugar *
6 biji Limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar Serbuk rempah sup *
2 sudu besar Serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
Cara Membuat :
1.Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2.Dah boleh perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
3.Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Ok, selamat mencuba.
Nak #Share dipersilakan. Kak Za izinkan. Semoga dapat bantu jika nak berBBQ atau nak makan cara sihat. Bakar bakar je dah siap.
#NOTA PERAP :
Kalau suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa is okay.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang mencari resipi pes perapan simple tapi sedap dan sesuai sangat jika nak buat BBQ. Selamat Mencuba!
Siapa sangka dengan menyiram tanaman setiap hari menggunakan baja yakult dan telur, daunnya jadi lebar, pucuk semakin meninggi dan bunga pun makin meriah! Memang seronok lihat tanaman semakin subur apabila menggunakan baja yang boleh dibuat sendiri di rumah ni.
Boleh ikut cara buat baja yakult telur seperti yang dikongsikan oleh Puan Muniyati Mohamad ini.
Jom buat baja yakult + telur. Cuma guna sebotol yakult dengan 2 biji. Telur tu saiz apa pon tak pa.Kalau nak buat kuantiti banyak, pandai-pandai la adjust nisbah dia.
Bahan-Bahan:
1 Botol Yakult
2 Biji Telur
Air Hujan/ Air Tapis/Air Basuhan Beras/Air Paip
Botol Spray
Artikel Menarik:Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Cara Membuat:
1. Campur telur dengan yakult dalam satu bekas yang boleh tutup rapat. Campur dan goncang-goncang.
2. Peram dalam 3 hari. Selepas 3 hari boleh la ambil 2-3 sudu peraman campur dengan 1 liter air.
3. Lagi best campur dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras, tapi kalau dah tak dak, buh air paip pon boleh.
4. Dah masuk dalam botol spray, yang balance tu boleh simpan dalam peti ais. Tapi jangan duk buat minum pulak.
5. Kalau nak siram ke tanah pun sama ja. Campur selepas itu siram.
Info Ekstra!
Segala jenih pokok boleh. Pokok bunga, pokok sayuq, pokok buah. Spray ja, siram ja. Kekerapan siraman bergantung pada kerajinan masing-masing.
Spray/ siram pagi-pagi nah. Selalu pokok bunga saya spray, pokok sayur saya siram.
Tu hasil dalam seminggu lebih kena spray/siram. Daun dia mak ai besaq gedabak. Pucuk mencacak naik. Bunga pun makin meriah. Buah pon tembun-tembun.
Indoor plant saya tak letak..hehe paham-paham la kenapa yer..bau asham sikit ayaq ni.
Mingguan Wanita:Jika ada bercucuk tanam di rumah boleh cuba buat sendiri baja yakult telur ni. Tanaman elok subur, daun lebar, bunga meriah, buah pun besar!
Tak perlu masak berjenis-jenis lauk, sambal merupakan salah satu menu yang mampu membuka selera sesiapa sahaja. Ada pelbagai jenis resipi sambal yang ada, namun jika inginkan kelainan boleh cuba Sambal Terung Asam Bakar yang cukup popular di Sarawak ini.
Nak tahu lebih lanjut mengenai cara buat sambal ini, boleh perkongsian berikut;
“Saya Sarina dari Bintangor Sarawak. Hari ni kebetulan hujung minggu saya teringin nak makan Sambal Terung Asam Bakar (terung Iban/terung dayak) banyak di Sarawak.Jarang terdapat di Semenanjung. Kalau jumpa boleh try ya. Rasanya masam-masam tapi special taste bila dah dibakar dan digaul pula dengan sambal belacan ikan bilis.Yummy.”
“Saya sertakan resepi Sambal Terung Asam versi saya ya dan langkah-langkah ada pada setiap gambar ya. Selamat mencuba!
Dapatkan terung asam/terung iban. Boleh dapatkan di Tamu Borneo atau kirim dengan rakan yang balik /pergi ke Sarawak.cuci bersih ya.
Kita bakar terung asam ni hingga lembut, naik bau dan pusing-pusingkan juga supaya semua bahagian masak rata.
Apabila dah cukup masak tu,alirkan dibawah air supaya kulitnya yg terbakar tu senang terkupas.. Kita kupas kulitnya , jangan lupa buangkan biji2 kecil didalamnya.
Tadaaa.. Potong kecil atau dadu.. Ikut saiz yang kita nak ya.
Sementara menunggu terung tu tadi masak terbakar, saya dah sediakan bahan untuk sambal tumisnya.Bahan bahannya seperti berikut.. Nak taruh cili kisar pun boleh, mak saya tak tahan pedas.. Kena kontrol pedas..
Setelah ditumbuk.. tak payahlah lumat sangat… Sedang-sedang jer. Tumis hingga kekuningan dan berbau wangi.
Dah tu, masukkan terung asam yang dibakar dan dipotong tadi. Gaul rata… Jangan lupa taruh garam dan perasa. Pastikan belacan tu tak masin ya..
Nah.. Dah siap.Sambal terung asam bakar versi saya dah siap untuk dimakan.
Tak yah menu lain.. Yang ini pun boleh membuka selera di hujung minggu.. Selamat mencuba ya rakan-rakan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...