Langsung tak terfikir, gaduh manja-maja adik beradik boleh sampai kepada pergaduhan yang serius hingga hilang nyawa. Kadang-kadang, provokasi itulah boleh naikkan darah sampai berlaku keadaan yang tidak diingini.
Kalau tak ada unsur provokasi, masakan kakak akan bertindak sedemikian. Namun, kita tak tahu bagaimana kejadian itu berlaku dan belum ada keterangan daripada pihak kakak itu sendiri.
Apapun, kes sudah berlaku dan pasti akan ada hukuman. Apakah hukuman yang bakal diterima oleh kakak. Ini antara pendapat daripada Ahmad Mukmin Aimi Dato’ Azmi, Peguambela & peguamcara Mukmin Azmi & Co, Taiping, Perak tentang kes yang berlaku itu.
Provokasi, Kakak Bakal Dihantar Ke Pusat Pemulihan
Sebelum itu, serba sedikit ifo tentang kes yang berlaku. Kejadian pada jam 2.15 petang, apabila berlaku pergaduhan antara kakak berusia 18 tahun dengan adik lelaki berusia 16 tahun kerana berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Ads
Menurut ibu mangsa, kakak mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersendakan ketika masuk ke dalam rumah.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang.
Penjelasan Peguam Tentang Hukuman Bakal Diterima
Berikutan kes tersebut, kakak telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Menurut Ahmad Mukmin Aimi, dia akan ditahan di lokap polis selama 6 hari untuk pihak polis jalankan siasatan berkaitan insiden ini.
Ads
“Siasatan meliputi keterangan oleh suspek, saksi kejadian, laporan perubatan, post mortem dan sebagainya.
“Selepas tamat tempoh 6 hari tersebut, pihak polis boleh memohon tambahan 7 hari lagi reman oleh majistret sekiranya difikirkan perlu atau siasatan masih belum lengkap untuk diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwaraya bagi tindakan susulan.
“Pada pendapat saya, tak fikir dia boleh lepas kerana berdasarkan fakta kes, tindakan membaling objek merbahaya yang mempu membunuh seperti pisau. Ini menunjukkan wujud niat suspek untuk mencederakan mangsa sehingga boleh mengakibatkan kematian,” jelasnya.
Dalam kes ini, kesalahan yang mengakibatkan kematian adalah dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Jadi, berkemungkinan besar suspek akan dipertuduhkan di Mahkamah atas pertuduhan membunuh adiknya selepas selesai pihak polis jalankan siasatan dalam tempoh reman tersebut.
Ads
“Mungkin wujud unsur provokasi oleh mangsa ketika insiden kejadian tersebut. Namun ia tidak menghalang suspek dari menghadapi pertuduhan mengakibatkan kematian menurut Seksyen 300. Isu prvokasi ini perlu dibangkitkan oleh suspek ketika membela diri dalam perbicaraan penuh di mahkamah kelak,” tambahnya lagi yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah sivil ini.
Masih Bawah Umur
Daripada kes ini, menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sekiranya dia didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati mandotori. Tapi, memandangkan suspek baru berusia 18 tahun, dia masih dikira sebagai pesalah bawah umur.
Sekiranya didapati bersalah atas pertuduhan, dia boleh dikenakan hukuman dimasukkan ke sekolah pemulihan selama tempoh yang Mahkamah fikirkan wajar.
Mingguan Wanita : Sedihnya bila dapat berita begini. Tak dapat bayangkan bagaimana luluhnya hati mak dan keluarga ini. Moga diberi ketabahan dan kekuatan.
Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya. Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandikan’ minyak.
Jadi ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup.
Bahan-bahan:
Sedikit Udang
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit
200gm taugeh
1 pokok kucai
2 biji cili merah | dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
5. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
RAHSIA MASAK CUCUR
1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anda boleh jadi sebak malah menitiskan air mata sebaik selesai menonton video adik-beradik yang membelikan ayahnya, Samsudin Bin Zainuddin, 62 sebuah kereta kancil baru dan menghadiahkan kenderaan itu pada tarikh pilihanraya PRU14 yang lepas. Lagi-lagi bila dalam hujan lebat itu, ayah memandu sambil mengelap cermin depan yang dah mulai kabur.
Beruntung anak-anak ini kerana dapat berbakti kepada kedua orang tuanya, ibu, Nor Hayati Abd Talib, 55 dan ayah yang masih sihat itu. Inilah yang dikongsikan dalam facebook, Nor Haliza Samsudin Jrm. Katanya, “kami adik beradik tak sampai hati tengok ayah bawa kereta lama. Aircond tak ada, banyak yang rosak dan tak selesa. Sedangkan kami semua naik kereta yang selesa.”
Dari situlah, persepakatan dan perkongsian 8 orang anak dan 5 orang menantu ini menjayakan misi untuk membelikan ayah sebuah kereta. “Mula-mula kami berangan saja. Rasa tak mampu. Bila ayah cerita kereta dia banyak rosak, kena tolak bila nak jalan, aircond dah tak ada, tingkap tak boleh tutup dan banyak lagi.”
“Maka kami mula berbincang. Berkongsi adik beradik untuk bayar ansuran dan downpayment. Perancangan demi perancangan untuk membuat surprise pun dimulakan. Ada cabaran sebenarnya nak dapatkan kereta ini. Sebabnya kami nak sebelum pilihanraya. Nak bagi masa itu. Syukur sales advisor dari Perodua ( FB : Ridzuan Perodua ) dan Bank Muamalat bagi komitmen yang sangat-sangat baik. Memang diaorang bagi tepat pada masa seperti yang dijanjikan.”
Kereta Baru Buat Ayah
Dan akhirnya pada 9 Mei 2018, sempena Hari Mengundi dapat juga kami semua berkumpul untuk serahkan kereta pada ibu dan ayah. “Bukan kereta mewah kami dapat belikan, hanya kereta kecil ikhlas dari jiwa kami yang besar untuk ibu ayah tersayang.”
“Maaflah ibu ayah, banyak sangat kami terpaksa ‘menipu’ untuk buat surprise untuk ibu ayah. Biar satu dunia membenci, kami tetap disisi. Ayat ayah semalam, “Ayah tengah mandi pun terasa nak nangis, tersenyum sendiri.”
Kata Nor Haliza lagi, ayahnya ini seorang peneroka. Manakala ibunya suri rumah yang membesarkan 8 orang anak. Di kawasan kediamannya, dekat Felda Nitar 1, Mersing Johor, ayahnya itu terkenal sebagai peniaga aiskrim kon.
“Ibu kadang-kadang meniaga laksa, mi rebus. kuih-kuih untuk di jaja. Kitaorang bayar yuran sekolah biasanya hasil kutipan duit raya atau hasil jualan laksa/mi rebus.”
Masjid Jadi Tempat Pertama Ayah Bawa Kereta Baru
“Mahalnya air mata insan bernama ayah. Orang yang paling susah nak tunjuk dia sedih, dia susah, dia gembira. Tak pernah kami tengok ayah menitiskan air mata.
“Tapi sempena semalam 9 Mei 2018 bersamaan Hari Undi, kami dapat buat ayah menangis.” Inilah pula kata-kata Hafiz N Noi Page, salah seorang anak Samsudin.
“Terima kasih menjaga kami. Sesungguhnya jasa kalian tak ternilai. Betapa sedihnya bila tengok ayah menangis. Kami sayang ayah. Tempat pertama ayah bawa kereta tu di masjid bersama anak-anak dan menantu. Semoga Allah memberkati keluarga kami.”
Ini Cara Didikan Ibu Ayah
Sejak kecil, ibu dan ayahnya mendidik 8 orang anak-anak dengan cara ini :
1. Solat yang utama.
2. Kalau ada masalah, biasanya kami akan buat mesyuarat keluarga.
3. Kami dikawal untuk menonton TV (ada masa-masa tertentu boleh tengok TV).
4. Ada tugas masing-masing dan lain-lainnya sama seperti ibu bapa yang lain cara didikannya.
Fattah sering kongsi rindu anak & isteri, Pekin Ibrahim kongsi “bila masuk waktu dia minta nak solat terus. Sejak semalam kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura menarik perhatian peminat dan orang ramai.
Ramai yang dilihat #gengfattah dan rata-rata bersimpati dengan nasib rumahtangganya yang dibina selama 7 tahun musnah selepas bekas isterinya, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai.
Fattah Sering Kongsi Rindu Anak & Isteri
Dihadapan wartawan semalam, Fazura berkongsi antara tiga sebab rumahtangga mereka runtuh kerana Fattah Amin gagal menunaikan nafkah, berlaku curang selain tiada persefahaman dalam rumahtangga. Bahkan isu pemberian kereta Range Roger, duit raya anak, rumah dan lain-lain lagi dikongsikan usahawan ini hingga ia mendatangkan simpati terhadap Fattah.
Semalam, pengarah yang juga pelakon Pekin Ibrahim turut berkongsi bahawa sepanjang mengenali Fattah dan menjalani penggambaran filem bersamanya, jelasnya menuduh Fattah ada perempuan lain adalah satu tuduhan agak berat.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau, hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat .
Dalam pada itu, dirinya berkongsi bahawa Fattah juga dilihat agak mengutamakan ibadah solat hingga masuk saja waktu, Fattah minta rehat seketika untuk bersolat.Jauh sekali dilihat menggatal atau bercerita hal wanita.
Pekin Ibrahim Kongsi “Bila Masuk Waktu Dia Minta Nak Solat Terus
“Semasa penggambaran bersamanya, Fattah dilihat sering berkongsi perasaan rindu pada anak dan isterinya. Itu saja yang terkeluar dari mulutnya.
“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain. Kami menjalani pengambaran lama, bersama pelakon dari indonesia. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita. Sampai waktu solat, hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan.
Dalam pada itu, Pekin akui mengenali Fattah agak lama yang mana Fattah adalah rakan sekelas semasa di UUM dahulu.
“Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM. Saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik. Ketika saat-saat rumahtangganya tengah bergolak saya & dia bersama lagi untuk sebuah filem.
“Latihan & pengambaran agak lama. Kami luang masa bersama. Tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya. Tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak & isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau. Hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat. Sedih dengar hal-hal cerai ni. Mintak jauh hal-hal macam ni. Tapi aku team Fattah. Korang? soalnya yang mana perkongsiannya mendapat perhatian ramai.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...