Mungkin ramai yang tak tahu bahawa dengan memotong kuku pasangan pun sebenarnya boleh menguatkan bonding dan mengikat kasih sayang diantara suami isteri. Bila jari bersentuhan, sambil berbual mesra dan beri tumpuan sepenuhnya pada pasangan. Itulah peluang untuk bermanja dan dimanjakan, buat diri rasa lebih dihargai.
Jemput baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini sebagai panduan dalam melayari rumahtangga.
Untungkan orang tak sihat. Balik dari oustation makan terhidang atas meja,sup sayur,ikan kerisi kegemaran saya.
Baru je nak makan tiba tiba wife cakap jangan makan dulu. Meh sini jari tu nak potong kuku.
Ya Allah. Rupanya kuku saya dah macam pontianak. Malu weh bila kuku panjang kena tegur kat wife. Patutlah wife pandang semacam je sebelum makan.
Time makan tu, wife layankan apa yang saya nak makan. Part ini saya mula sebak. Teringat mak layan ayah dulu. Mak tengok je ayah makan,ayah ajak makan pun mak tak makan,nak bagi suami dia betul-betul kenyang, barulah mak makan.
Bonding Orang Dulu
Orang dulu bonding mereka kuat. Betul betul mereka layan pasangan. Bila bercakap beri tumpuan,ada interaksi antara mereka.Bersembang, senyum, sedang makan tu sempat lagi bermanja, siap bersuapan lagi.
Ads
Zaman ini waktu makan still lagi mengadap screen. Main HP,makan depan TV. Tangan sumbat nasi,tapi mata kat screen. Sedangkan waktu makan itu adalah masanya untuk kita bercakap dengan keluarga. So please ubah semua itu.
Hubungan Toksik
Zaman sekarang,15 minit itu sangat berharga jika kita betul betul beri tumpuan kepada keluarga berbanding 24 jam dirumah tetapi banyak masa dengan gadget,depan tv.
Akhirnya hubungan jadi toksik. Bercakap pun dalam hal hal penting sahaja. Paling teruknya bercakap sebab gaduh. Buka mulut je gaduh,tutup mulut tapi mata depan tv,layan gadget. Anak anak layan game,layan kehidupan mereka sendiri.
Tiada lagi senyuman,gelak tawa,riuh rendah dalam rumah. Sedangkan kita perlu setiap hari bercakap dengan positif,ada rasa simpati terhadap pasangan dan keluarga,ada masa nak bergurau dengan isteri dan anak anak.
Ads
Apabila isteri stres,anak anak akan dibesarkan dalam suasana stres. Maka anak anak akan kesunyian. Sebab itu tidak pelik jika ada kanak kanak juga mengalami masalah mental.
Perlu Masa Emosi Untuk Keluarga
Hari ini,perlunya masa emosi untuk keluarga. 1 jam itu betul betul fokus melayani keluarga. Tiada HP,tiada TV,tiada urusan kerja. Bagi attention kepada pasangan. Dengar cerita mereka,dengar rasa hati mereka,banyakkan buat sentuhan kepada mereka,selalu beri senyuman atau flying kiss kepada pasangan.
Peluk erat isteri,paling kurang kena peluk pasangan 5 kali sehari,ya 5 kali,tak percaya buatlah. Layan isteri dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w seorang pemimpin dunia,namun Nabi s.a.w akan jadi seorang suami apabila bersama dengan isteri isteri baginda.
Potong Kuku Beri Bonding Kuat
Potong kuku pasangan beri bonding yang sangat kuat,rindu sangat sangat moment ini. Disitu ada sentuhan,sentuhan sampai ke hati. Tatap wajah pasangan,renung dalam mata dia,rupanya ada seribu bahasa kasih sayang dan cinta. Dari situlah hati akan tenang melihat pasangan.
Ads
Rupanya nak isteri itu tenang,suami wajib bina bonding terhadap pasangan. I love u,i miss u, usap jari,pegang bahu ini adalah ucapan dan perbuatan yang sangat mahal yang kadang kadang kita terlepas pandang.
Bina cinta,bina bahagia insyaallah ketenangan itu akan datang.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi pesanan buat suami isteri, rajin-rajinlah potong kuku pasangan masing-masing kerana ia boleh mengikat kasih sayang dalam perhubungan.
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, mak ayah terpaksalah kerja berganda. Cari duit lebih. Walau sibuk macam mana pun mak ayah, perlu luangkan masa dengan keluarga.
Inilah pesan pendakwah Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Ab Razak dalam posting instagramnya. Kerana usaha memberi bahagia untuk ahli keluarga inilah asbab untuk Allah bahagiakan hati kita sama, dalam keadaan yang tak disangka-sangka.
Jadi mak ayah, biar sesibuk mana pun kalian.. carilah satu waktu untuk bersama ahli keluarga, isi masa berkualiti dengan mereka.
Sibuk Macam Mana Perlu Ada Masa Dengan Keluarga
Tulis Da’i Hamidah,
Sibuk macam mana pun perlu ada masa dengan keluarga. Masa kian berjalan dan insan tersayang akan pergi. Ciptakan kenangan mulai sekarang.
Berdoalah diberi kekuatan kesihatan untuk menjadi hamba yang mampu membahagiakan. Semoga usaha ini menjadi asbab Allah Taala membahgiakan kita dalam keadaan yang tidak disangka!
Alhamdulillah lega dapat meraikan kedua-dua belah keluarga. Sekarang dah masuk bulan Muharam. Moga lembaran baru ini membuka sejarah baru untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.
Mohon maaf salah silap dari kami ya Semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih membahagiakan terus positif dan sentiasa tersenyum
Biar GAMBAR menjadi KENANGAN Penuh kenangan tetiba ingat Almarhum abah. Kenangan berkumpul ramai-ramai ,seharian bersama.
Lakukanlah Kebaikan Walau Dimana Pun
Teringat satu pesanan : ”Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi“ (Mutiara Indah Kalam Saidina Ali bin Abi Talib)
Pegang erat kata-kata ini moga kita sentiasa bersemangat melakukan kebaikan walau dimana kita berada. Kerana yang pasti kita semua akan pergi meninggalkan dunia ini.
Anak ketiga baru dilahirkan, belum sempat rasa kasih sayang seorang ayah, tapi wanita ini telah diceraikan suaminya ketika dalam pantang.
Soal jodoh ini ketentuan Tuhan, namun tidakkah ada sekelumit rasa sedih di hati suami menceraikan isteri yang baru saja melahirkan anak. Yang baru saja menyabung nyawa lahirkan zuriat untuknya.
Wanita Ini Diceraikan Dalam Pantang
Berat sungguh ujian buatnya. Dugaan buat seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, apabila dia diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya berumur empat dan dua tahun serta bayi berusia 17 hari.
Wanita kelahiran Sabah itu telah diceraikan suaminya pada Khamis lalu selepas 13 hari melahirkan anak lelakinya.
Menurutnya, dia tidak menyangka diceraikan hanya kerana menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak.
Anak Baru Dilahirkan, Belum Sempat Rasa Kasih Sayang
“Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.
“Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya.
Mengulas lanjut katanya, penceraian berkenaan merupakan kali kedua selepas kali pertama pada 2018, bagaimanapun dirujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.
Jelasnya, sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu, mereka tidak mempunyai banyak masalah.
“Saya rasa mungkin dia tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif Covid-19,” katanya.
Wanita tabah itu berkata, dia tidak lagi mahu mengenangkan apa yang berlaku dan mahu membuka buku baharu demi anak-anaknya.
Bagaimanapun katanya, apa yang menjadi masalah kepadanya ketika ini adalah untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti kerana selama ini bergantung sepenuhnya kepada suami.
Kesusahan Wanita Ini Mendapat Perhatian
Keperitan hidup ini mendapat perhatian beberapa pihak, antaranya menerima kunjungan Pengurus Semarak Resource Centre, Muzaliza Musa. Semarak Resource Centre merupakan pusat komuniti flat berkenaan.
Sementara itu, menurut Muzaliza, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk melihat keadaan keluarga itu dengan lebih dekat, dalam masa sama beliau turut mengalu-alukan bantuan dan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk meringankan beban keluarga tersebut.
“Dari segi barangan makanan dan keperluan, ia mencukupi buat masa ini tetapi apa yang jadi kebimbangannya ialah bayaran bulanan sewa rumah dan bil utiliti yang perlu ditanggung selepas ini,” katanya.
Mingguan Wanita : Bagi mereka yang mahu membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 1562-2636-2529 atas nama Nurmila. Semoga sedikit sebanyak bantuan daripada mak, ayah dapat mengurangkan beban keluarga ini.
Isteri, kalau dia marah atau mula tunjuk rasa tak puas hati, dia tak boleh diam. Dia kena luahkan apa yang tak puas hati. Sekurang-kurangnya, dia dapat meredakan apa yang terbuku dalam hati.
Kadang-kadang bila suami tidak bertindak balas atau buat-buat tidak tahu, mahunya makin geram dan sakit hati. Sebenarnya, isteri marah dan membebel bukannya suka-suka. Tapi, dia ingin meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya.
Malah, kalau nak pujuk isteri pun, tidaklah mengambil masa yang lama. Kecuai, kalau suami buat tak tahu, memang lama rajuknya. Cara mudah nak pujuk isteri, bukan dengan memberi kata-kata manis, tapi cukuplah dengan perbuatan daripada suami, seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakob ini.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin…..
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya atau jangan tegur. Malah, jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di tahap emosi yang paling lemah.
Kalau ada orang peluk dia waktu ni…. Dia boleh menangis teresak-esak. Sampaikan dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Dia taknak jadi begitu. Malah, dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dan dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Suami Memahami
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumah tangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
MW: Sebenarnya hati isteri cukup lembut. Dengan hanya pelukan daripada suami sudah cukup meredakan tekanan dan emosi yang dia hadapi.
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...