
Isi Kandungan
ToggleSelalunya kalau beli daging di pasar memang boleh pesan siap-siap pada penjual untuk potongkan ikut potongan yang kita inginkan. Namun kalau dapat daging korban, jenis seketul besar memang buntu juga nak dipotongnya. Ada cara dan kaedah tertentu untuk potong daging ni bagi lembut dan tak berbau bila dimasak. Bukan apa bila salah potong dan caranya, dagingnya akan jadi liat bila di masak walaupun ikut macam-macam petua untuk lembutkan daging.
Baca tip potong daging yang dikongsikan oleh Puan Noor Niza ini sebagai rujukan.
“Siapa nak mudah potong daging bagi lembut..ni saya dah tunjuk cara. Nanti boleh cuba.”
“Pertama potong daging lawan urat, baru letak cuka atas daging. Selepas itu tekan-tekan daging tersebut bagi keluar darahnya. Nanti dah masak lembut lah daging tu, bau daging pun tak kuat. Basuh dengan tepung pun boleh jugak”
Cara-caranya:
1.Ni urat daging.
2.Ambil bahagian ikut urat dulu, potong tengah-tengah dulu.
3.Nanti nampak urat melintang jadi senang dipotong. Ikut tanda ungu bila nak potong daging.
Selamat mencuba!
MW:Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada dapat daging korban,atau beli daging tu boleh ikut tip yang dikongsikan barulah bila dimasak dagingnya mudah lembut dan tak liat.
Sumber:Noor Niza
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Tanda Anai-Anai ‘Bersarang’ Di Rumah & 5 Petua Berkesan Hapuskannya Tak Perlu Guna Racun

Memang geram dengan masalah anai-anai yang tak berkesudahan. Walaupun macam -macam cara dah guna nak hapuskan serangga perosak ni, semuanya tak jalan. Anai-anai memang musuh nombor satu kat rumah kerana ia boleh barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.
Jadi sebelum masalah anai-anak ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua menghapuskannya tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.
Ada 4 tanda bila anai-anai mula ‘bersarang’ di rumah dan beranak pinak kat rumah kita.
Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai
1. Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.
2.Kesan Perubahan Tekstur Warna
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warnakayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.
3.Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.
4.Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.
Petua Menghalau Anai-Anai
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.
Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
2. Air Kapur Sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
4. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Selamat Mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Mak Nak Hilangkan ‘Strech Marks’ Guna Pes Halia, Perut Pun Tak Gelebeh!

Walaupun kesannya berselindung di sebalik pakaian. Tapi, bagi empunya diri tentu rasa segan dan rimas serta tak tahu nak hilangkan strech marks. Bimbang ia boleh jadi tanda kekal pula kat bahagian perut atau paha.
Biasanya, strech mark pula kelihatan bila mak-mak mengandung dan ada yang mula kelihatan selepas bersalin atau berat badan turun. Belum lagi dengan perut menggelebeh , dah tentu nak rawat pun ambil masa lama juga.
Kalau ikut petua dulu-dulu, ada cara nak hilangkan strech marks yang wujud kat badan mak-mak. Tak perlulah nak buat rawatan yang membazirkan duit. Petua mak-mak pun sangat berkesan. Kenalah cuba dan jangan culas.
Perkongsian daripada Mastura Rashid yang menggunakan petua mak untuk hilangkan strech mark.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa SEMINGGU, Guna Bahan Homemade, Amalkan Setiap Malam
3 Bahan DIY Skrub Wajah, Berkesan Hilangkan Parut Jerawat, Jeragat & Sel Kulit Mati
Hilangkan Strech Marks Dengan Pes Halia
Kalau ikutkan petua yang pernah kakak ipar kongsi, waktu pantang tu lumurkan jus limau nipis yang dicampur kapur barus keping ke perut.
Bahan dan caranya:
1 sudu kecil serbuk kapur barus
2 biji limau nipis (ambil jusn)
Gaulkan, masuk dalam tin susu, campur air hingga 3/4 tin, panaskan hingga mendidih. Sejukkan dan lumur ke perut. Kemudian barut perut sekemasnya.
Memang perut akan jadi licin dan bebas stretch marks.
Fiona tak berpeluang buat petua ni lepas lahirkan Bilal 7 tahun lalu, sebab bersalin secara pembedahan.
Luka pembedahan pun pernah pecah hingga membuak darah, kalau cuba petua ni mau terbakar luka perut.
Tapi ada lagi petua lain kalau nak cuba, boleh cuba buat petua ini.
Bahan:
Halia
Cuka makan
Caranya:
Tumbuk lumat dua ketul halia bersaiz 1 inci setiap satu, dan kemudian campurkan dengan 2 sudu cuka makan.
Gaul ramuan sampai sebati hingga jadi pes pekat. Kemudian sapukan ke perut dan pinggang. Pakailah bengkung macam biasa untuk maintain ramuan tu sentiasa panas.
Ini antara petua orang tua untuk elakkan pecah-pecah pada kulit perut. Perut pun tak gelebeh dan lembik tau.
Oh ya, balm yang fiona pegang ni stretch marks balm.
Fiona hasilkan dari minyak avokado tulen dan shea butter. Kedua-kedua bahan memang sangat baik untuk baiki semula kulit yang pecah akibat stretch marks bersalin.
Alhamdulillah berkesan sangat untuk stretch marks.
Tapi sorry, sebab fiona buat untuk pakai sendiri saja.
Kalau untuk selulit pula, amalkan dry brush badan setiap hari sebelum mandi.
Mingguan Wanita : Petua orang dulu memang padu dan boleh digunapakai sampai sekarang. Ada hasilnya.
Sumber: Mastura Rashid
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Selain Tanah, Ini 4 Medium Boleh Digunakan Untuk Bercucuk Tanam

Isi Kandungan
ToggleTanah sering menjadi medium tanaman utama bagi mereka yang minat bercucuk tanam. Namun begitu, terdapat 4 lagi jenis medium tanaman lain boleh digunakan juga menanam tanaman pilihan anda.
Penggunaan medium tanaman selain tanah ini boleh digunakan oleh mereka yang suka menanam pokok di dalam rumah atau indoor. Ia juga boleh menjimatkan ruang terutamanya kepada mereka yang tinggal di apartment.
Bagi anda yang mencari-cari medium tanaman selain tanah, boleh baca perkongsian yang ditulis oleh Norlizaini Ramly aka norlie_nature melalui grup Tips Tanaman Subur Gebu Menghijau.
4 Jenis Medium Tanaman
Salam semua.. #sistakebun norlie_nature bersiaran lagi untuk perkongsian tentang medium tanaman yang kita boleh gunakan selain tanah.
Sebenarnya dalam post post sebelum ni, ada je #norlie_nature kongsikan secara tak langsung pasal medium dalam bertani ni.
Medium-medium ini juga menjadi pilihan ramai pekebun untuk tanaman teknik hidroponik, aquaponik dan segala poknikmoknik yang lain.
Jadi ibu-ibu yang suka tanaman indoor, boleh guna alternatif ini untuk gantikan medium tanah bagi tanaman indoor. Boleh mengelakkan kemalangan di rumah juga, Insya Allah.
Banyak pilihan selain tanah, cocopeat, iaitu hydro balls atau clay balls atau nama lainnya leca, perlite, vermiculate dan jiffy/peatdisc.
Ada lagi yang lain, tapi buat masa sekarang, kita bincangkan yang ini je dulu.
Kelebihan hydro balls/ clay balls/ leca:

• Hydro balls atau clay balls adalah ringan & membantu pengairan yang baik.
• Membantu memberi ruang kepada akar tanaman.
• Boleh dicampur bersama tanah untuk mengurangkan berat.
• Membantu pengairan yang baik sekaligus memastikan kesihatan akar dari rosak.
• Sesuai untuk tanaman hydroponic atau aquaponic.
• Diperbuat daripada 100% tanah liat semualajadi & mempunyai pH yang stabil
• Untuk hidroponik, air baja akan bersih je.
Kebaikan Perlite:

• Merupakan medium terbaik bagi Hidroponik & Aquaponik di samping berfungsi sebagai penapis air.
• Bahan tambahan bagi memastikan medium anda poros, bermakna tiada air berlebihan merosakkan akar.
• Meningkatkan aliran udara dalam tanah, supaya akar lebih aktif.
• Antara medium terbaik bagi pengakaran semaian keratan.
• Dicampur dengan satu bahagian peatmoss & tanah sebagai gabungan terbaik tanaman pot.
Kebaikan Vermiculite:

• Alternatif media tanaman pengganti tanah.
• Diperbuat daripada mineral yang berbeza dengan perlite.
• Sangat baik untuk pertumbuhan tanaman.
• Kandungannya lebih lembab dan mampu menampung lebih banyak kalium, kalsium dan magnesium
Artikel Berkaitan:
Nak Tanaman Subur, Serangga Menjauh Diri, Tabur Kulit Bawang Jadi Baja!
Kebaikan Jiffy / Peatdisc:

• Dibuat dari bahan mentah Sphagnum atau serat coco (sabut).
• Sangat berkualiti tinggi dan ringan.
• Penyelesaian yang baik untuk pengendalian yang bersih dan mudah.
• Percambahan benih mudah dan cepat.
• Memastikan tanaman yang tumbuh sihat dengan sistem akar kuat.
• Penanaman yang bersih dan mudah.
Cara Menggunakan Jiffy
Tambah air ke atas jiffy peat pallets.Setelah mengembang, anda boleh menanam biji benih atau masukkan anak semaian.
Setelah benih yang disemai telah bercambah, boleh pindahkan ia ke tanah atau bekas yang lain.
Pemindahan ke tanah atau bekas secara keseluruhan sekali dengan peat pallets akan meminimumkan kejutan dan kerosakan akar.
Atau boleh guna bersama netpot untuk teknik tanaman hidroponik.
Silakan share andai bermanfaat buat anda semua.
Sumber/ Foto: Norlizaini Ramly aka Sistakebun norlie_nature via grup Tips Tanaman Subur Gebu Menghijau
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI