Bukan mudah mengekalkan usia perkahwinan yang panjang, apatah lagi telah memasuki separuh abad. Menjadi impian bagi setiap pasangan yang berkahwin, dapat melalui usia muda dan tua bersama-sama, malah harapnya hanya ajal yang dapat memisahkan.
Ujian buat pasangan warga emas Itali yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 di Hospital Murri.
Sandra, 71, dan suaminya, Giancarlo, 73, yang dirawat di hospital itu saling berpegangan tangan biarpun masing-masing memakai alat bantuan pernafasan, lapor Daily Mail.
Majlis Sambut Di Hospital
Seorang jururawat, Roberta Ferretti berkata, dia mengetahui pasangan itu akan meraikan ulang tahun perkahwinan.Katanya, atas keprihatinan petugas perubatan, majlis itu disambut di hospital.
Ads
Ferretti berkata, Sandra menangis kerana bimbang keadaan suaminya.
“Dia memberitahu saya betapa dia masih menyayanginya, selepas bertahun-tahun. Ketika saya mengetahui bahawa hari ini adalah ulang tahun mereka, saya fikir mereka harus meraikannya.
“Majlis ringkas diadakan selama 10 minit agar mereka gembira dan terus semangat untuk hidup.
Ads
“Petugas perubatan yang memakai alat perlindungan khas berada di tepi pasangan itu sambil membuat bentuk ‘love’ menggunakan tangan mereka,” katanya kepada media tempatan.
50 Lilin Pada Kek
Katanya, mereka juga meletakkan 50 lilin pada kek sekadar simbolik sahaja.
Ads
“Kami gembira kerana dapat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka.
“Ia adalah detik yang luar biasa, kenangan manis, setiap masa amat berharga untuk bersama orang tersayang. Anda boleh merasakan cinta mereka,” katanya.
MW: Semoga pasangan warga emas ini terus kuat dan diberikan kesembuhan daripada covid-19 ini.
Wanita warga emas ditahan simbah asid pada suami isteri, angkara dengki kedai makan laris. Entah apa yang bermain di fikiran seorang wanita warga emas apabila bertindak kejam menyimbah asid pada suami isteri dan anak mereka yang memasuk lif baru ini.
Akibat dendam, dengki atau ada hal yang tidak puas hati membuatkan dirinya nekad dengan tindakannya tersebut. Malangnya perbuatan itu berjaya dikesan pihak berkuasa dan dirinya berjaya ditahan petang semalam.
Wanita Warga Emas Ditahan Simbah Asid Pada Suami Isteri
Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an ditahan jam 4.20 petang tadi.
“Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek terlibat namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok,” katanya dalam kenyataan.
Seminggu sebelum kejadian simbah asid, kedai mereka dibakar
Angkara Dengki Kedai Makan Laris
Terdahulu media melaporkan, seorang warga emas bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.
Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi menyahut inisiatif Payung Rahmah, Datuk Jamal Abdillah akan menjual hasil perusahaan ternakan lembunya pada Jualan Rahmah Jamal Abdillah Farm, selama dua hari bermula Ahad ini.
Penyanyi dengan nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, yang berusia 64 ini menjelaskan sejumlah 12 ekor lembu akan disediakan. Beliau akan menambah bilangan lembu sekiranya tidak mencukupi.
Jamal Abdillah Jual Daging Lembu Harga Rahmah
“Di samping bersedekah dan juga menyahut seruan kerajaan untuk inisiatif Payung Rahmah, saya juga ingin memperkenalkan dan melancarkan syarikat Jamal Abdillah Farm untuk orang ramai tahu saya ada perusahaan lembu,” katanya.
Pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata, beliau merancang untuk membesarkan lagi ladang ternakan lembunya di Bukit Merah, Kerian pada masa hadapan.
“Selepas ini, rancangan saya untuk membesarkan lagi ladang saya ini, sekurang-kurangnya dapat menampung pasaran atau untuk keterjaminan makanan agar tidak ada isu kekurangan makanan,” kata Jamal.
Sahut Inisiatif Payung Rahmah
Jualan Rahmah Jamal Abdillah Farm dengan usaha sama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bakal berlangsung pada 7 dan 8 April ini bermula jam 9 pagi di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini yang menawarkan harga daging lembu di bawah harga pasaran.
Daging pejal dijual pada harga RM32 sekilogram (kg), manakala daging batang pinang (RM39/kg), tulang (RM26/kg), tulang rusuk (RM32/kg), organ (RM16/kg), kepala lembu (RM60/unit) dan gear box (RM10/unit).
Sebelum ini, dilaporkan Jamal mula berjinak-jinak dalam bidang ternakan lembu secara komersial sejak Mei tahun lepas di samping beliau berimpian mahu mempromosi bidang pertanian agar lebih ramai bumiputera terlibat dalam bidang itu.
Ladang ternakan lembunya seluas hampir dua hektar terletak di Bukit Merah dan dilengkapi dengan kandang lembu yang boleh memuatkan 300 hingga 400 ekor haiwan itu serta kawasan untuk menternak kambing yang juga dalam perancangannya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dinafikan ramai golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, hingga ada yang terputus bekalan makanan harian. Rezeki lebih yang ada tak salah untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan.
Rupanya dalam diam, pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 64, menggerakkan Akademi Wan Maimunah and Friends (WNF) yang ditubuhkan pada 2019 untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan dengan impak penularan pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, Akademi WNF bersama Badan Kebajikan Guru Sekolah Kebangsaan Desa Aman (BKGSKDA), Selangor mengagihkan 100 bakul makanan kepada keluarga murid sekolah terbabit.
Sediakan 100 Bakul Makanan
Sudah hampir 50 tahun menceburkan diri dalam industri seni, Wan Maimunah yang yang cukup terkenal dengan watak air mata memberitahu, projek itu mendapat sokongan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia).
“MERCY Malaysia menyediakan 100 bakul makanan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di Sekolah Kebangsaan Desa Aman (SKDA).
“Ramai keluarga murid di sekolah itu yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Dengan izin Allah, saya terpanggil untuk membantu serba sedikit.
“Saya sedih mendapat tahu keperitan dilalui murid sekolah itu melalui anak saya, Rosnita Ismail yang juga guru di SKDA.
“Jadi apa salahnya, saya berusaha dengan badan kebajikan sekolah terbabit untuk menghulurkan sumbangan,” katanya.
Proses Agihan Secara Pandu Lalu
Sebagai permulaan, proses agihan bantuan yang dikendalikan secara pandu lalu di lobi SKDA menyerahkan 70 bakul makanan. Baki 30 bakul makanan akan diagihkan Sabtu ini, di lokasi sama.
Wan Maimunah berkata, dia menangis sebaik mendapat tahu ada ibu bapa yang menghubungi kakitangan sekolah dan memberitahu mereka terputus bekalan makanan selepas dijangkiti COVID-19.
“Apabila mendapat tahu kebanyakan kakitangan dan murid di sekolah itu terkesan akibat impak penularan COVID-19, takkanlah saya berdiam diri.
“Saya diberitahu ada keluarga yang cuba mendapatkan bantuan jiran tetapi tidak disahut. Benar, perkara ini tidak terjadi kepada kita, jadi kita mungkin tidak faham.
“Namun, Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kami anak-beranak untuk membantu. Alhamdulillah, kami dapat berganding bahu agih bantuan agar mereka dapat meneruskan hidup,” katanya.
Agihan Ikut Prosedur SOP
Wan Maimunah berkata, dia memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika bantuan diagihkan.
“Saya sedar mengenai risiko jangkitan. Jadi, saya sentiasa memakai pelitup muka, sarung tangan dan sebagainya ketika membuat agihan. Selebihnya, saya berserah kepada Allah dan bertawakal,” katanya.
Sebelum ini, Ramadan lalu, Wan Maimunah menyumbang 100 bakul makanan kepada insan memerlukan.
“Saya tidak pandai membuat surat atau mengirim e-mel memohon sumbangan orang ramai. Semua ini dilakukan atas bantuan anak dan suaminya yang tidak putus berusaha.
“Mudah-mudahan ada lagi pihak yang sudi memberi sumbangan untuk diserahkan kepada golongan memerlukan,” katanya.
Ikhlas Beri Bantuan
Wan Maimunah juga bersyukur banyak pihak sudi bekerjasama dengan Akademi WNF mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan.
“Apa yang saya usahakan ini bukanlah mengharapkan balasan atau mengejar nama. Saya ikhlas membantu kerana tidak sanggup mendengar kisah sedih mereka yang terkesan dek pandemik COVID-19.
“Insya-Allah, selepas ini saya mahu merealisasikan majlis qiamullail bersama artis legenda seperti Norlia Ghani, Mek Habsah, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi,” katanya.
Akademi WNF ditubuhkan selepas Wan Maimunah dinobatkan Tokoh Wanita Negeri Melaka pada 2019.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, tahniah Wan Maimunah atas usaha kecil ini namun besar maknanya bagi golongan yang memerlukan. Semoga ramai antara kita yang dapat mencontohi usaha seperti ini.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...