Positif Covid-19 tahap 3, Aliff Syukri berterima kasih mendoakan kesihatan. Menerusi perkongsian di laman sosial, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti dari Turki.
Positif Covid-19 Tahap 3
Malah Aliff juga memaklumkan doktor mengesahkan dia juga positif Covid-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.
“Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.
“Maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja ataupun tidak.
“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada ALLAH SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang,” tulis yang telah bercuti di Turki bersama keluarganya pada 15 Disember lalu.
Dimasukkan Ke Hospital Sejak 5 Hari Lalu
Menerusi hantaran terbaru di akaun rasmi Instagramnya, Aliff berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya dan akui dirinya telah dimasukkan ke hospital sejak lima hari lalu.
“Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih yang telah mendoakan kesihatan saya.
Ads
“Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital 4-5 hari yang lepas dan sekarang masih di wad hospital damansara bukan sekadar gimik ya.
“Saya memang tak nak infom sesiapa waktu saya tengah lemah sangat sebab saya pitam terlalu sakit.
“Bila saya dah sedar dan beransur pulih baru saya posting video tu, sebab ramai juga yang ingatkan saya sengaja atau demam biasa. Sebab tu saya posting sekali dengan surat pengesahan saya COVID stage 3,” tulis Aliff.
“Semoga Allah Berikan Kesihatan & Kesembuhan Secukupnya”
Menerusi komen di akaun Instagramnya, Aliff dihujani doa daripada rakan selebriti dan juga pengikut setianya.
shieraijoy – Semoga cepat sembuh.. Kami semua doakan
rebeccanuralislamahmad – Assalammualaikum Dear Dato Sri, Semoga Allah SWT Mempermudahkan Urusan DS,And Menarik Segala Sakit DS. Dan Semoga Cepat Sembuh,Dan Boleh balik Cepat Di Samping Keluarga TerCINTA
ashrafmuslim – Semoga Allah berikan kesihatan dan kesembuhan secukupnya. Perbanyakkan berdoa dan tenangkan hati di wad tu. Banyakkan masa dengan Allah. Allah rindukan masa dato dengan dia. Cuba khatamkan alquran, hafaz surah2 pendek dan berzikir setiap masa. InsyaAllah Allah akan bantu dato @aliffsyukriterlajaklaris .
Ads
farhatulfairuzah – Allahh.. syafakallah ya dato @aliffsyukriterlajaklaris 🤲🏻Moga diberi kesembuhan dan dpermudhkan sgalanya
annengasri_official – GWS Dato … semoga dipermudahkan segalanya
lizahanim79 – Stay strong Dato , semoga segera sembuh dan redha dengan dugaan Ni
Mingguan Wanita: Semoga Datuk Seri Aliff Syukri cepat sembuh ya!
“Bersungguh sambung pengajian, apakan daya dia pergi dulu.” Isteri sebak, terima skrol diploma suami. Tentu saja majlis ini sangat dinanti-nantikan suaminya, namun takdir Allah mengatasi segalanya.
Bayangkan setelah bertungkus-lumus menyambung pengajian, namun dirinya telah pergi buat selamanya sebelum merasai kemanisan kejayaan yang dicapai.
Bersungguh Sambung Pengajian
Seorang wanita sebak sebaik menerima diploma arwah suaminya ketika Istiadat Konvokesyen Politeknik Merlimau (PMM) ke-19 di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka (PMM).
Maisharah Omar, 36, mengambil skrol Diploma Kejuruteraan Elektrik allahyarham suaminya, Azhar Rahman, 39, pada sidang kelapan konvokesyen yang disampaikan oleh Pengarah Koordinasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah, hari ini.
Apakan Daya Dia Pergi Dulu
Jelas Maisharah, suaminya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di negeri ini meninggal dunia akibat kanser lipoma tahap tiga pada 22 September 2020.
Menurutnya, semuanya bermula apabila arwah terjatuh ketika majlis berkhatan anak kedua mereka menyebabkan arwah merasa tidak sihat dan terus membuat pemeriksaan kesihatan.
Isteri Sebak
“Hasil pemeriksaan, kami terkejut kerana dikhabarkan arwah mengidap kanser tahap tiga.
“Selepas itu, arwah sentiasa berulang-alik ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan susulan sehinggalah pada 22 September 2020 arwah meninggal di Hospital Melaka,” katanya.
Terima Diploma Suami
Tambahnya, arwah suami bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian di peringkat diploma kerana ditawarkan kenaikan pangkat oleh majikan sebagai juruteknik sekiranya memperoleh diploma.
“Tapi apakan daya, arwah pergi dahulu.
“Walaupun sedih suami tidak dapat mengambil sendiri skrol ini tetapi saya bangga kerana arwah berjaya menamatkan diploma yang merupakan impiannya,” katanya.
Hasil perkahwinan Maisharah dan arwah, mereka dikurniakan empat orang anak.
Pada majlis konvokesyen kali ke-19 itu, seramai 2,936 graduan PMM diraikan bermula 6 Februari sehingga 10 Februari ini.
Sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan, mereka belajar dulu dalam kelas taska, tadika mahupun pra sekolah. Guru tadika lah yang anak-anak ini kenal dulu.
Sayangnya, kata lelaki ini, Mohd Razli Jalil, tak semua orang memandang tinggi terhadap kerjaya pendidik dari kalangan guru-guru taska mahupun tadika.
Hakikatnya, inilah yang mak ayah perlu tahu apakah kebenaran yang berlaku pada seorang guru tadika.
Paling Seronok Tengok Anak-anak Menjadi
“Belajar tinggi tinggi jadi cikgu Taska,Tadika dan prasekolah je, basuh berak budak.”
“Senang je jadi cikgu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ajar ABC, 123 je.”
“Jadi cikgu taska dan tadika senang je jaga budak budak.”
Mentaliti orang kita. Suka pandang rendah pada pendidik seperti kami sebagai seorang Cikgu Taska Dan Tadika sahaja.
Memang sungguh mencabar. Tapi itulah hakikatnya. Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri. Paling indah dan paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka.
Apa Hebatnya Jadi Guru Tadika Ini
Meh kita tengok apa kehebatan cikgu tadika ini:
1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam-macam cara.
2. Bila pelajar tak mahu bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa.
3. Kadang-kadang ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan. Terutamanya Kelas Baby Rose.
4. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam-macam.
5. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang.
6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku.
Jadi walau apa pun orang cakap kami saja tahu apa tugas kami sebagai pendidik. Semoga terus tabah & teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.
MW : Sememangnya tak ramai di kalangan lelaki yang berani menceburi kerjaya guru pendidikan awal kanak-kanak. Jumlahnya boleh sangat dihitung jika dibanding perempuan. Usaha yang anak muda ini lakukan, sewajarnya perlu dipuji dan dihargai.
Anne Ngasri hantar anak daftar universiti, “Nampak macam kakak dengan adik.” Video Datin Anne Ngasri menghantar anaknya Abdul Warits memasuki universiti mendapat perhatian warga maya.
Anne Ngasri Hantar Anak Daftar Universiti, “Nampak Macam Kakak Dengan Adik”
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Anne kelihatannya menghantar anak lelaki sulungnya itu mendaftar di universiti. Bagamanapun Anne tidak menyatakan di universiti mana anaknya itu menyambung pengajian.
ALHAMDULILLAH FASA BARU HIDUP ANAKKU. @IMWARITS
HADHA MIN FADLI RABBI. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MEMBERI RAHMAT SEPANJANG HIDUPMU.
MAMA SENTIASA BERDOA SEMOGA WARITS MEMBESAR MENJADI HAMBA YG TAAT ANAK YG SOLEH.
HORMAT PENSYARAH DAN DISENANGI TEMAN-TEMAN….
BELAJAR ELOK-ELOK DAN SEMOGA KEJAYAAN MILIKMU DUNIA DAN AKHIRAT.- TULIS ANNE DI RUANGAN KAPSYEN.
Berikut antara komen-komen di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...