
Isi Kandungan
ToggleJika selalu mak-mak buat bergedil biasa, cuba balutkan dengan kulit popia dan celup dalam bancuhan telur. Rasanya memang lebih sedap dan rangup. Sesuai sangat buat untuk minum petang atau menu sarapan pagi untuk anak-anak. Makan satu pun dah kenyang.
Baca Lagi Di Sini:
Campur Ais & Air Sejuk, Rahsia Tepung Goreng Rangup, Tahan Lama!
Penjual Kongsi Tip Popia Sira Sambal Kekal Rangup Cantik Berkilat!
Boleh cuba resipi Popia Bergedil yang dikongsikan oleh Puan Anie Nor ini.
Bahan-Bahan:
Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
Daun Sup/bawang dihiris halus
Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus (Nak ganti udang pun boleh)
Bawang goreng
Bawang putih digoreng dan ditumbuk
Lada cili / merah ikut citarasa
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan-bahan semua tadi + lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.
2. Amik kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi. (Kalau tak lekat letak air di mane bahagian yang tak lekat tu).
3. Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.
4. Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain, ambil bergedil popia tadi, celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.
5. Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup.
Selamat Mencuba semua
MW: Mudah je nak buat popia bergedil ni. Seperti buat bergedil biasa cuma balutkan dengan kulit popia dan salutkan dengan telur. Rasanya pasti lebih sedap dan rangup.
Sumber: Anie Nor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Burger Tepi Jalan, Peniaga ini Kongsi Cara Masak Di Rumah, Jangan Kedekut Bahan!

Kalau ditanya, rata-rata mesti memilih burger tepi jalan lagi sedap berbanding yang fastfood. Walaupun tak semua sependapat dan ia bergantung pada citarasa masing-masing pun.
Apa sedapnya burger tepi jalan ini. Kalau nak dikatakan harga, rasanya memang berbaloi sebab bahan -bahan yang ada dalam burger tu mewah. Paling penting segar-segar lagi dengn hirisan kobis, timun, bawang dan sebagainya.
Pernah tak mak-mak buat kat rumah? Rasanya mesti tak berapa nak menjadi macam burger tepi jalan kan, walaupun dah guna bahan yang sama. Kali ini abang peniaga burger kongsi tip nak masak burger kat rumah, sama macam beli kat kedai.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Udang Celup Tepung Ala Kedai Tomyam, Guna 4 Bahan Saja
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam, Senang Sangat, 5 Minit Siap!
Burger Tepi Jalan, Boleh Cuba Buat Di Rumah
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang mak-mak buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat Daging
Wajib guna daging 70g. Tak yah la dok save sangat nak pi haji balik hari.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging hok nipih, apa dia.
2. Jangan Tekan
Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan kluar. Sebab daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak planta sikit, sikit ja.Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.
3. Letak Perasa
Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Lepas tu, letak la seasoning. Aku suka Lea and peirin, betui ka dak eja, maggi pun ok..letak la lada skit, terangkat la.
4. Letak Air Bawang Putih
Ayaq bawang putih ni untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja. Masukkan dalam botoi, tudung botoi buat lubang-lubang skit.
5. Api Sederhana
Guna api sederhana.Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti Sapu Planta
Pastikan roti tu letak planta bagi penuh, tak yah dok sep sangat dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja. Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.
7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis
Sayur tu ikut la, selalu orang pakai kobis la kan. Tapi masa aku niaga pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la. Tapi agak mahal skit.
8. Jenis Sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson. Payah nak jumpa kot no. Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson. Sebab tu kebab depa sedap.
9. Mayonis
Mayo pulak paling best pakai nelly. Mahaiiii.. tapi sapu sikit ja, jangan creettt lagu ladys choice tu. Sikit pun dah berasa tak sangga.
10. Keju
Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. Apa-apa brand pun takpa. Rona dia oren. Mahai sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasai guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap sikit. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasaq, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.Apa nak kata.
12. Susunan Lapisan Burger
Akhir sekali aturan bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan. Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cayaq melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Kita jual macam mana kita suka makan, baru prang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap. Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.
Semoga bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak masak sendiri burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga. Bukan apa, bila ramai-ramai lebih jimat dan berbaloi buat sendiri.
Mingguan Wanita : Baru tahu, patutlah berbeza rasa dengan kita buat kat rumah. Lepas ni, ikut tip ini barulah macam beli kat kedai.
Sumber: Adie Redzuan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masakan Baba Nyonya Penuh Aroma, Ada Tarikan Tersendiri

Isi Kandungan
ToggleMasakan Baba Nyonya atau Peranakan turut diminati di kalangan rakyat Malaysia. Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya tersohor di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun daripada nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.
Dikongsikan tiga resipi masakan Baba Nyonya yang tak kurang sedapnya.
TIGA RESIPI MASAKAN BABA NYONYA
LOH BAK SAYUR
BAHAN-BAHAN INTI LOH BAK:
1 biji sengkuang | potong Julliene
1 biji beet root | potong julliene
1 biji lobak merah | potong julliene
1 paket tauhu telur
1 paket tauhu lembut
1 sudu makan serbuk 5 rempah
2 sudu makan tepung jagung
Garam secukupnya
1 biji telur | untuk lekatkan kulit
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBALUT LOH BAK:
Kulit tauhu kering secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat inti; Satukan kesemua bahan sayuran serta serbuk 5 rempah, tauhu telur, tauhu lembut, tepung jagung dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Ketepikan.
2.Potong kulit tauhu kering selebar segi empat sama.
3.Lapkan tauhu kering itu dengan menggunakan kain basah sehingga tauhu kering itu lembut.
4.Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu kering seperti membalut popia. Anda boleh menggunakan sayur lain yang anda suka.
5.Balut dengan ketat dan gamkan dengan telur. Ulangi hingga selesai. Ketepikan.
6.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dinikmati.
Lagi resipi di sini:
Rasa Unik Dan Asli Tersendiri Masakan Utara Thai Pikat Selera Sekeluarga
Masakan Ala Baba Nyonya Penuh Cita Rasa Malaysia
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN- BAHAN KUAH LAKSA LEMAK:
1500ml air rebusan kulit udang
250ml pati santan
10 keping kek ikan
½ kilo udang saiz XL | bersihkan
1 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan | belah dua
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan serbuk kari ikan
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
4 biji buah keras
50gm genggam udang kering | rendam 10 minit dan toskan
1 inci belacan | bakar
3 biji cili merah
BAHAN SAMBAL BELACAN:
1 cawan cili kisar
1 inci belacan | bakar
Garam dan gula secukupnya
ULAM:
Sedikit timun | hiris nipis dan mayang halus
Sedikit bawang besar | hiris nipis dan leraikan
Sedikit tauge | cuci dan toskan
Sedikit kek ikan yang telah digoreng
Bunga kantan | hiris halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip)
Limau kasturi secukupnya | belah dua
Sambal belacan tumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk sambal belacan tumis: Tumis cili kisar dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa kemudian boleh matikan api. Ketepikan.
- Untuk kuah laksa lemak: Panaskan minyak di dalam periuk lebih kurang ½ cawan. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus hingga terbit harum.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan-bahan tadi garing, kemudian masukkan pes kari ikan dan air asam jawa.
- Kemudian tuang air rebusan kulit udang. Kacau rata dan biar mendidih.
- Masukkan pula udang, bunga kantan dan daun kesum. Kacau dan biar udang masak. Tambah kek ikan, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sebati. Tutup api
- Untuk menghidangkan laksa nyonya: Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk. Tuang kuah laksa bersama isinya sekali (termasuk udang). Hias dengan ulam-ulaman, sambal belacan tumis dan perahkan jus limau kasturi sebelum makan. Boleh juga dihidangkan bersama ulam-ulaman daun selasih, dan telur rebus.
MASAKAN SETERUSNYA…
SAMBAL IKAN BILIS NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
300gm ikan bilis
BAHAN-BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili kisar
1/2 mangkuk air asam jawa
CARA MEMASAK:
1.Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan tumis sehingga garing.
3.Kemudian masukkan air asam jawa. Goreng lagi sehingga garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4.Setelah kering, masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata. Tutup api dan angkat. Sedap juga jika dimakan dengan ubi kayu rebus atau roti.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nikmatnya Minum Milo Tabur Cincau, Bandung Strawberi Laici Dan Sirap Longan

Isi Kandungan
ToggleNikmatnya dapat minum pelbagai minuman sejuk, menghilangkan rasa haus tekak di kala cuaca panas membahang. Leganya rasa dapat minum minuman manis berais.
Dalam suasana PKPB ini, tak sesuai bawa anak-anak terutama yang kecil keluar makan di luar walau pun sudah boleh makan di luar sekarang. Tapi mak ayah tetap kena berwaspada kerana anak kecil adalah golongan berisiko tinggi.
Jadi, kalau tekak teringin nak minum minuman yang best dan lain daripada kebiasaan, buat sendiri je di rumah.
Ayuh cuba Cincau Milo Tabur, Bandung Strawberi Laici Dan Sirap Longan Masam Manis ini. Terasa macam minum di restoran! Resipi asal: Majalah Rasa.
MILO TABUR CINCAU
Bahan-Bahan:
4 sudu makan serbuk Milo
3 sudu makan susu pekat manis
½ cawan air panas
½ cawan air sejuk
3 sudu makan cincau
Ais secukupnya
3 sudu makan Milo – untuk tabur
Cara Membuat:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3. Setelah itu, masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4. Kemudian, tambahkan ais. Akhir sekali, tabur serbuk milo di bahagian atasnya hingga menutupi bahagian atasnya. Sedia diminum.
NIKMATNYA BANDUNG STRAWBERI LAICI…
Bahan-Bahan:
2 sudu makan gula
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi – dibelah empat
5 biji laici dalam tin
Air secukupnya
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan pula strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Kacau sebati. Nikmatnya!
SIRAP LONGAN MASAM MANIS
Bahan-Bahan:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
- Buah lemon dibelah dua. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
5.Tambah ais. Sedia diminum.
https://www.mingguanwanita.my/5-bahan-ajaib-hasilkan-body-scrub-sendiri-di-rumah-2-minit-siap/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI