Poligami sentiasa menjadi polemik, pihak yang pro dan kontra saling menunjuk hebat dengan segala dalil dari pelbagai kitab rujukan.
Ikuti perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding undang-Undang Keluarga Islam, juga kolumnis di dalam majalah Mingguan Wanita. https://www.facebook.com/DatoMurshidDiRajaDr/
isteri Cuba Faham Dan Terima
Isteri cuba menghadam apa yang difahami suami tentang poligami, dia ternganga mendengar kawan-kawan suami memperlekehkan dirinya sebagai wanita jahil yang tak faham sunah poligami.
Dia wanita yang baru kenal agama, baru pandai menghadam satu dua hadis, baru lurus lidahnya membaca al-Fatihah tiba-tiba dipaksa untuk menerima dalil seolah-olah poligami itu wajib, sesiapa tidak menerima maka dia sesat!
Poligami Dijadikan Indah Pandangan Dtutupi Kepahitan
Mengapakah tuduh isteri menolak sunah? Padahal isteri mengakui poligami adalah syariat Allah begitu juga monogami, tiada siapa menolak sunah. Berhati-hatilah dalam isu poligami, jangan berbangga dan riak tayangkan kemampuan kerana ia satu ujian! Bagaimanakah Iblis membelit dalam isu poligami?
Ads
Tiada siapa yang menafikan nikmat tertinggi bagi lelaki adalah berhubungan intim, apa-apa pun kononnya niat suci kerana Allah itu semua datang selepas niat pertama diperoleh. Oleh itu lelaki cuba memanipulasi untuk niat berahinya. Ia tidak salah, asalkan suami memahami cara mendapatkan kenikmatan itu mesti ikut syarak.
Tak Layak Poligami Tapi….
Sudahlah badan ada penyakit, harta tidak banyak, anak isteri yang pertama pun tak selesai hal nafkah, tiba-tiba boleh pukul isteri tua yang menolak dipoligami, kononnya nusyuz?
Tengoklah betapa belitan iblis itu sudah kemas di leher si suami; iblis mempengaruhi dirinya untuk memaksa isteri. Iblis kata semuanya manis, tidak ada yang pahit dalam bermadu. Buktinya orang-orang soleh zaman Nabi s.a.w boleh buat, kenapa aku tidak?
Bandingkan Dengan Isteri Rasulullah Dan Sahabat
Dia tak tanya, siapakah orang soleh zaman Nabi itu? Apakah kesabaran dirinya boleh disamakan dengan mereka, imannya boleh dinaiktarafkan seperti mereka, ilmunya setanding dengan mereka? Apakah isterinya ada kekuatan sepertimana isteri para sahabat? Apakah amal ibadah isterinya cukup untuk menampung kebocoran hati akibat cemburu buta?
Ads
Jika seorang ummul mukminin semulia Aisyah RA berasa cemburu sehinggakan membuat pakatan untuk menjatuhkan isteri-isteri Nabi yang lain, apakah boleh bagi isteri kamu menghadapi kecemburuan itu dengan iman senipis bawang, ilmu secetek air longkang kekeringan, akhlak serapuh ranting kayu bila dibakar api cemburu?
Memang hakikatnya poligami indah, tapi pelakunya yang memburukkan wajah poligami ini disebabkan dia tidak layak memikul bebannya.
Ujian Bertubi-Tubi Buat Isteri
Wahai isteri, semangat yang tinggi mahu menerima sunah sebagai jalan hidupmu tidaklah cukup tanpa mujahadah kerana akan ada suara-suara yang cuba melunturkan niatmu dari jalan Allah.
Mereka akan berkata: “Setelah berpoligami, baru kau tahu rasa remuknya hati bila disakiti! Senang saja nak cakap move on. Macam mana nak kikis kerak benci, dendam dalam hati? Menangislah selagi kau boleh berasa tenang, takkan hilang bayang-bayang kecemburuan kau selagi belum bercerai! Akan datang wanita-wanita yang cuba mencari-cari kelemahan suami dan diri kamu. Mereka berkata: “Awak tak cemburukah, madu dapat lebih, anak daralah kan? Malam-malam awak boleh tidurkah kalau suami giliran di sana? Apa rasa bila suami marahkan awak, sedangkan isteri muda dipuja-puji?
Ads
Cemburu Isteri Bila Poligami
Setaat-taat wanita beriman, terlontar juga kata-kata nak mati bila dapat tahu suami berkahwin lain. Tak percaya? Bukankah ia perkataan yang dilafazkan ummul mukminin Aisyah yang cemburu kepada madunya?
Diriwayatkan daripada Aisyah, dia berkata: Rasulullah s.a.w apabila hendak melakukan perjalanan, baginda mencabut undi untuk isteri-isterinya. Keluarlah nama Aisyah dan Hafsah untuk bermusafir bersama Rasulullah s.a.w. Suatu malam baginda keluar bersembang-sembang bersama Aisyah sambil berjalan-jalan. Hafsah berkata kepada Aisyah: Mahukah kamu malam ini menunggang untaku dan aku menunggang untamu supaya kamu boleh melihatku dan aku boleh melihatmu? Aisyah berkata: Baiklah. Kemudian Aisyah menunggang unta milik Hafsah dan Hafsah menunggang unta Aisyah. Kemudian datanglah Rasulullah kepada unta milik Aisyah yang dinaiki Hafsah, mengucapkan salam kepadanya dan berjalan bersama sampai keduanya turun kembali. Tiba-tiba Aisyah merasa kehilangan Rasulullah s.a.w dan cemburu. Ketika mereka turun berhenti, Aisyah menendang-nendang kakinya ke rumput izkir yang harum baunya sambil berkata: Wahai Tuhanku, semoga ada kala jengking atau ular yang menggigitku sedangkan aku tidak dapat mengatakan apa-apa kepada Rasul-Mu.” (Hadis riwayat Muslim)
Boleh Bawa Mudarat
Cinta itu boleh memudaratkan jika manusia tidak dapat mengawal perasaan. Kegilaan seseorang disebabkan cemburu boleh mendatangkan bahaya jika akal dan perasaannya kalah dalam belitan iblis. Bukan mudah berpoligami, hanya mereka yang sabar dan tebal iman mungkin boleh selamat. Ya mungkin kerana ramai yang bergantung pada kekuatan iman akhirnya gagal juga.
Oleh itu segala pergantungan hendaknya dikembalikan kepada kuasa-Nya, qada dan qadar-Nya semata! Apakah anda masih mahu riak menayangkan poligami, bukankah ia ujian mengapa mahu dibangga-banggakan? Sepertimana nasihat Rasulullah kepada Aisyah apabila diserang cemburu, takutlah kamu kepada Allah wahai Aisyah!
Mak ayah cukup lemah bila anak menangis. Nak-nak kalau ke pasar raya dan merengek-rengek nak mainan. Tak beli, habis satu ‘shopping mall’ dengr jeritan dia.
Begitulah, mesti mak ayah akan turuti dan cepat-cepat pujuk bila anak menangis. Sedangkan cara yang kita buat ini adalah salah. Seakan-akan kita akan layan apa kemahuannya. Nanti boleh naik lemak.
Siapa yang tak sayang anak. Tapi kalau asyik layan kemahuannya setiap kali anak menangis, ini dah salah cara mak ayah nak mengajar anak disiplin dan adab.
Biarlah anak menangis, nanti lama-lama dia akan tahu, tak semua kemahuannya dituruti. Bukan tak boleh tapi ada masanya. Inilah yang diajarkan oleh Mohd Fhais Salim dalam perkongsiannya.
Pada mulanya bayi menangis sebab itu cara dia komunikasi dengan kita. Dia nangis sebab nak bagitahu kita dia lapar, haus, sakit, ngantuk dan nak dukung. Itu normal.
Malah, ini juga satu benchmark yang kemahiran bercakap seawal usia 2 tahun tu penting.Supaya dia boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih sihat selain menangis.
Semakin dia membesar, menangis bukan lagi cara untuk komunikasi sebaliknya dia dah jadikan menangis sebagai teknik manipulasi.
Selalunya nak mainan, gajet, ais krim dan apa sahaja yang dia berkenan, dia akan guna teknik manipulasi ni.
Ini bahaya! Sekali kita turutkan memberi apa anak nak “selepas” dia menangis berkali kali anak akan ingat paten kelemahan kita.
Hah, sedialah anak akan buat paten yang sama berulang ulang kali sampai kita naik jelak.
Sebab tu la kalau anak cuba buat teknik manipulasi dengan menangis, biarkan je dia menangis!
Mak Ayah Kena Tegas
Serius! Biar dia menangis.
Asalkan tak ada mudarat, bebas dari bahaya, walau mata sembab sekalipun biarkan. Sembab senang hilang tapi sikap besar kepala susah giler nak hilangkan, huh!
Kena tegas sikit, kalau dah kata No mean No. Jangan bolak balik dalam mengajar tentang displin & adab pada anak anak ye.
Lagipun itu sahaja cara untuk ajar anak tentang “Frustration Tolerance”, lama kelamaan nanti anak faham bahawa menangis bukan cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Frustration tolerance ini la yang banyak beri manfaat pada kemahiran kemahiran lain seperti :
self control urus diri berunding tolak ansur displin minta izin, tolong hormat orang
Dan banyak lagi kemahiran penting penting.
Jadi ibu ayah semua, jangan cepat kecut perut bila nampak anak menangis ya. Cool, anak sedang test kita ni tegas atau lemah. Tu je!
Mingguan Wanita : Sekali sekala boleh sebagai ganjaran. Tapi kalau dah bagi umpan dengan menangis, tak boleh dilayan sangat. Nanti, esok-esok mak ayah juga yang susah.
Setiap orang rezekinya tak sama. Ada orang mencari rezeki dengan bekerja di pejabat, ada yang perlu berniaga, dan tak kurang yang bekerja sendiri.
Cara mana pun mereka bekerja, tentunya pendapatan yang diperoleh adalah untuk survival kehidupan mereka pada bulan itu. Ingatlah dalam rezeki kita tentu ada juga rezeki untuk orang lain.
Bapa ini, Mohd Afizan Ghazali percaya kepada mencipta kebahagiaan melalui konsep berkongsi rezeki. Latih anak-anak agar sama-sama berkongsi rezeki dengan orang lain.
Agar bahagia sama dirasai.
Walaupun cuma memberi kebenaran pada anak-anak bergambar dengan Spider-Man yang sedang mencari rezeki. Dan dengan sumbangan yang anak-anak berikan dapat memberi kesedaran pada mereka.
Melatih sifat memberi dalam diri anak-anak.
Terjumpa Spider-Man Mencari Rezeki
Apabila berjumpa dengan insan yang mencari rezeki seperti ini.
Maka, galakkanlah anak-anak mengambil gambar dan minta anak-anak bagi sumbangan sendiri.
Nampak simple tapi banyak manfaat.
1. Spider Man ini sedang berjuang mencari rezeki. Kita tidak tahu apa yang diharasai di sebalik topeng dan uniform ini. Mungkin masa dapat duit, dia tersenyum kerana dapat membeli makanan selepas ini. Boleh membayar bil elektrik untuk bulan ini.
Beri keluarga makan di rumah. Pengorbanan di sebalik topeng ini banyak makna. Kita hanya dapat memahami makna disebalik topeng ini dengan menghulurkan sumbangan selepas bergambar.
2. Anak-anak sudah pasti teruja apabila ada ikon hebat yang bergambar dengan mereka. peluk mereka dan buat gaya spider sama-sama mereka.
Anak-anak tidak nampak siapa disebalik topeng ini, mereka hanya nampak Spider yang berkawan dengan mereka. dan mereka ingin menjadi hebat serta seronok seperti spider ini.
3. Anak-anak memberi sendiri sumbangan selepas bergambar. Anak-anak diberi peluang untuk merasai sendiri, selepas dilayan, selepas berkawan, diberikan tanda terima kasih melalui sumbangan.
Biar tidak banyak, asal ada sifat memberi. Anak-anak bangga dapat memberi, SPIDER senyum dalam menerima.
Kebahagiaan itu perlu dicipta. Jangan asyik menunggu untuk disapa.
Mingguan Wanita :Kadangkala perkara sesimple ini pun boleh menggembirakan hati.
Selalu orang cakap, bila berlaku perpisahan, anak-anaklah yang menjadi mangsa. Boleh berlaku isu tentnag tuntutan nafkah anak. Lebih-lebih lagi bila hak anak di bawah jagaan bawah mak, ayah mula lupa tentang nafkah anak yang sepatutnya diberikan.
Sedihnya, tuntutan nafkah anak ini dipandang hanya untuk diberikan bulanan saja. Itulah rasanya idah mencukupi. Sedangkan sepatutnya ada tuntutan lain yang perlu ayah. Jangan ambil mudah.
Inilah yang perlu tahu tentang beberapa perkara tuntutan nafkah anak seperti yang dikongikan oleh Peguam Syarie Khairul Fahmi Ramli.
3 Perkara yang perlu dituntut di dalam Tuntutan Nafkah Anak
1. Nafkah Bulanan
Apa yang dibeli untuk anak setiap bulan, contohnya kita beli susu, pampers, makan, minum, perubatan dan lain-lain yang menjadi keperluan bulanan anak tersebut.
2. Nafkah Tahunan (Hari Raya)
Biasanya yang akan diluluskan adalah perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri. Jadi, barang yang perlu disediakan oleh bapa adalah Baju Raya, Kasut Raya dan apa-apa-apa lagi keperluan hari raya. Ia mesti berasingan daripada nafkah bulanan yang patut diperoleh anak.
3. Nafkah Tahunan (Persekolahan)
Jika anak tersebut telah bersekolah, wajib untuk disediakan kelengkapan persekolahan seperi pakaian, yuran dan apa-apa keperluan lain. Ini juga mesti berasingan daripada nafkah bulanan.
Mingguan Wanita : Selalu kalau anak di bawah jagaan mak, ayah mula pandang ringan dan buat tak tahu tentang nafkah anak. Jangan culas tanggungjawab kita pada anak-anak ye!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.