poligami

Biasanya cerita bab poligami ini nampak indah belah lelaki, yang kaum perempuan pula selalu jadi mangsa keadaan. Ada yang bahagia tapi satu dalam sejuta, yang banyak anak-anak pun terbiar.

Bukan bab nafkah saja tetapi ini berkait juga dari sudut adil dalam perkara tertentu. Akhirnya ini yang jadi kaum isteri bermusuh dengan perkataan POLIGAMI!

Kalau boleh, kita tak nak suami yang dapat peluang kahwin lebih jadi macam situasi yang Ustazah Sharifah Zahidah kongsikan ini…

Nasib Wanita Bila Masuk Dunia Poligami

Setiap kali disebut perkahwinan, memang ada golongan ‘tertentu’ akan sebut yang senang-senang dan apa faedah dia boleh kaut dari perkahwinan tersebut.

Berangan kahwin lagi, walhal isteri pertama pun terpaksa bekerja untuk tampung keluarga. Dalam keadaan isteri terpaksa berkorban berjauhan dengan anak kerana membantu suami mencukupkan keluarga, tegar ada idea kahwin lagi satu.

Sudahlah isteri berkorban masa dan perasaan kerana berjauhan dengan anak.
Kini berkorban hati dan perasaan kerana perbuatan baik diambil kesempatan?

Ini idea dari pemikiran yang opportunist dan simplistik.

Untuk bakal isteri kedua,
Malang sekali, isteri kedua kalau disunting bukan untuk dijaga diri, tapi untuk menjaga orang yang mementingkan diri.

Idea ini lebih kepada mengambil kesempatan.
Sekali lagi, memang ramai lelaki melihat PERKAHWINAN sebagai medan dia mengaut kesenangan.

Dia nampak dia lagi senang bila bertambah isteri.
Dia tak nampak beban dia bertambah banyak lebih dari sedia ada bila bertambah isteri.
Sebab itu sembang tambah bini jadi zikir dan ratib dia setiap hari.

IKLAN

Dengan isteri pertama pun tidak cukup belanja. Sebab tu rata-rata isteri terpaksa bekerja.
Kalau cukup belanja, isteri pertama duduk saja di rumah. Jaga anak sendiri.
Tak perlu hantar pengasuh. Ini baru nak selesai masalah. Yang tulis dalam screenshot ini bukan selesai, tapi tambah lagi masalah, adalah.

Dia nampak isteri hantar anak kepada pengasuh – ini peluang cari bini baru.
Dia tak nampak, isteri hantar anak pengasuh – tanda pengorbanan bini sekarang.

Soalnya hantar pengasuh, sebab belanja sekeluarga belum mencukupi.
Macam mana nak tanggung lagi seorang isteri?

Nanti, isteri baru beranak, cari pula isteri no.3

Sebab, isteri baru pun terpaksa keluar bekerja tampung anaknya.
Kena cari isteri no. 4 tolong jaga anak-anak isteri no.3.
Iyalah, nak bantu suami cukupkan belanja kerana kos sara hidup yang menggila.
Semua isteri kena kerja juga bantu suami.
Ulang circle di atas sampai cukup 10 isteri.

‘Selesai’ masalah dunia.

IKLAN

Kawan, kahwin bukan soal main-main.

Didikan kita untuk buat masyarakat menerima poligami sebagai satu yang indah dan adil dalam Islam, TIDAK akan berhasil selagi mana kaum lelaki sendiri TIDAK FAHAM apa itu poligami.

Selalu diingatkan di masjid dan kuliah agama, bahawa wanita perlu diajar dan difahamkan tentang poligami.

Lucu sebenarnya.

Kerana yang sepatutnya, fahamkan dulu lelaki tentang poligami.
Dan bila mereka faham dan berjaya laksanakannya dengan baik mengikut syariat ALLAH, secara tidak langsung wanita sendiri akan TERPAKSA menerima untuk memahaminya.

IKLAN

Nak kona ikut mana lagi, suaminya mampu dan berkelayakan. Biarlah dia nak tambah pun. Dia tidak menzalimi sesiapa.

Tapi kalau suami pun tak jelas dengan poligami. Maka yang tak layak lebih ramai berpoligami berbanding yang layak. Jangankan sebut tanggungjawab poligami, tanggungjawab monogami pun ramai yang tidak lepas lagi.

Poligami asalnya dalam Islam untuk MENJAGA WANITA.
Tapi dalam Melayu, poligami adalah untuk MENJAGA LELAKI.

Lucu.

Cukuplah sudah para ustaz mengajar wanita untuk menerima poligami di ceramah dan kuliah anda. Kini masanya, para ustaz memahamkan terlebih dahulu kepada kaum lelaki itu sendiri, apa itu tanggungjawab monogami APATAH LAGI poligami dan SEBESAR APA AMANAH ITU YANG MEREKA ANGGAP RINGAN DAN SELALU DIJADIKAN BAHAN JENAKA.

Poligami apabila jatuh di tangan salah, hanya musibah yang bakal berlaku.
Contoh jatuh di tangan yang salah, macam dalam statement bawah ni.

Dah tak mampu jaga seorang isteri. Berangan mahu tambah seorang lagi.

Pelik bin ajaib.

Ini tidak lucu.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI