Daun kesum memang selalu digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan. Seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom dan sebagainya. Jika ada tanam di rumah memang untung, jimat belanja dapur dan segar terus petik dari pokok.
Namun bukan mudah pokok kesum nak hidup subur merimbun. Selalunya hayat pokok kesum ni tak lama, kejap je tanam dah mati. Sebenarnya, tanam pokok kesum ni ada pelbagai cara dan tekniknya. Salah satunya, kena kerat selalu batangnya biar bertunas baru.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Ibrisam Wossalini. Gemuk-gemuk subur merimbun sungguh pokok kesumnya. Malah telah 5 tahun usia pokok kesum tersebut.
Berikut perkongsian tersebut sebagai rujukan;
Pokok kesum ni bila tanam agak susah sikit nak hidup. Dah banyak kali mencuba baru berjaya hidup pokoknya. Itu pun hidup ala kadar je. Tak subur pokoknya. Jika kena cara dan tempat yang sesuai, jadi gemuklah pokoknya.
Bila dah hidup subur, rasa sayang pulak nak kerat buat masak. Ada ke yang perangai macam tu.
Tip Pokok Kesum Subur
Pada pendapat saya masa ia tengah subur ni sebaiknya kerat tinggalkan 5@6 inci dari aras tanah. Lepas tu tabur sedikit tanah hitam atau tanah sawit, tabur tahi kambing atau tahi ayam dan beri baja kopi. In syaa Allah pokok akan tumbuh subur semula.
Jika dibiarkan sampai berbunga, lama kelamaan pokok akan mati sebab dah tua. Sebab tulah kena selalu kerat biar bertunas baru dan menjadi pokok baru. In syaa Allah pokok kesom akan panjang jangka hayatnya.
Pokok kesom tanam dalam polysterin ni dah pernah sekali saya kerat. Kini ia telah merimbun semula.
Yang ini pula baru nak mula berpucuk baru setelah dikerat.
Ads
Percaya tak, pokok kesum saya ni dah 5 tahun umurnya. Tanam atas tanah. Saya selalu kerat sebelum ia berbunga. Selepas kerat letak tanah hitam @ tanah sawit, tahi kambing @ tahi ayam dan baja kopi.
Masa baru kerat ni kena rajin siram selalu selama seminggu. Bila dah berpucuk baru tak perlu siram selalu, bergantung pada keadaan cuaca Lepas kerat jika tak siram dan tak hujan, pokok akan mati.
In syaa Allah jika cukup baja dan cukup siraman, pokok kesom akan hidup subur sentiasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Selain perubatan moden, jika mengalami masalah batuk boleh ikhtiar guna bahan-bahan semulajadi juga. Bukan apa peritnya bila batuk, sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk.Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, boleh cuba petua alternatif dan ikhtiar semulajadi menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja untuk legakan batuk.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Roszimah Ismailini sebagai panduan;
Hari ni nak kongsi resepi untuk menhilangkan batuk. Alhamdullilah serasi bagi saya. Dah berbotol makan ubat batuk tapi tak hilang juga last-last ikhtiar guna bahan-bahan semulajadi. Alhamdullilah menjadi.
RESEPI AIR LEMON
Bahan-Bahan:
4 biji lemon
1 bungkus gula Batu tebu
1/2 sudu teh garam
2 bunga cengkih
3 sudu besar madu
Cara Membuat:
1.Basuh lemon dengan garam, kemudian basuh.
2.Potong lemon kepada 4 bahagian kemudian hiris nipis-nipis dan buang biji sekali.
3.Tumbuk gula Batu tebu, bagi dia pecahan kecil (tujuannya senang larut)
4.Ambil periuk kemudian masukkan gula batu, lemon, garam dan cengkih
5.Masak sehingga gula larut. Kemudian matikan api dan tambah madu.
6.Dah sejuk simpan dalam peti ais.
Kalau nak minum, ambil 1 sudu besar campur dengan secawan air suam. In Shaa Allah semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah batuk boleh cuba cara yang dikongsikan ini guna bahan semula jadi yang ada di dapur je. Semoga serasi dan batuk pun pulih.
Mesti bila berkebun, kita nak tanaman itu subur, serangga perosak menjauhkan diri. Apa kata cuba guna kulit bawang jadi baja.
Biasanya setelah kali kita menggunakan bawang, kulitnya akan kita buang. Apa kata kali ini, simpan kulit bawang itu dan jadikan sebagai baja untuk suburkan apa sahaja jenis pokok herba dan pokok bunga yang kita tanam.
Boleh cuba Tip Tanaman Subur Gebu Menghijau yang dikongsi oleh Norlizaini Ramly aka norlie_nature ini.
“Salam semua, Perkongsian kakak aka norlie_nature hari ini, pasal kulit bawang. Jangan pandang rendah pada kulit bawang, yang biasa orang anggap sebagai sampah je. Pasti ramai di sini yang terdiri dari suri rumah kan? Pasti hari-hari kupas kulit bawang untuk masakan sehari-hari kan, biasa kulit bawang tu ke tong sampah je kan. Jadi lepas ni, jangan membazir lagi tau. Banyak kebaikan kulit bawang yang kita tak sedar pun. Ibu ibu juga pasti ada yang suka berkebun, paling kurang cili dan serba sedikit sayuran di rumah. Jadi manfaatkan bahan dapur ini. Guna sepenuhnya.”
Banyak manfaat kulit bawang sebenarnya. Ini antaranya;
Kulit bawang mampu membantu menyuburkan tanaman anda
Kulit bawang juga mampu menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
Kulit bawang juga mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah
Kulit bawang mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman. Tanaman anda pasti akan subur, cantik tanpa serangan serangga perosak.
Cara-caranya, simpan kulit bawang yang kita kupas untuk masak sehari-hari, masukkan dalam plastik atau kotak. Bila dah banyak, cuci kulit bawang tersebut, seterusnya rendam kulit bawang semalaman. Esoknya dah boleh siram ke pokok pokok atau tanaman.
Kalau tak nak rendam dulu, boleh terus tabur je kat pangkal pangkal pokok, tapi dinasihatkan rendam supaya nanti tak terbang dek angin.
Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, pokok sayuran, bunga, buah. Dalam pasu pokok tin pun kakak siram air kulit bawang.
Biasanya kalau setiap kali kita tebuk dinding guna drill (gerudi) akan menyebabkan habuk berterbangan, berterabur jatuh ke lantai. Habis berhabuk satu rumah. Ada juga yang gunakan vacuum sewaktu drill, namun akibatnya vacuum mudah rosak sebab tersumbat dengan habuk-habuk. Sebenarnya kita boleh kurangkan habuk bertaburan di lantai dengan gunakan botol mineral kosong seperti yang dikongsikan oleh Encik Fizi Husain ini.
Ikut tip ini tak payah nak sapu atau bersihkan lantai dengan habuk banyak selepas drill lagi. Lebih mudah dan jimat masa, sebab habuk semua berkumpul dan kurang berterabur.
“Saje share, cara kerja bersih sikit.Nak beli alatnya mahal, sebelum ni letak vakum bawah tu sambil tebuk.Pakat DIY je mudah. Peratus habuk tu dapatlah dikurangkan 80 peratus dari jatuh. Yang ada 20 peratus tu kat dalam lubang, atas lantai.”
Bahan Diperlukan:
Botol Mineral Kosong (saiz 500ml)
Pisau/Gunting
Cara Membuat:
1. Buang plastik minuman pada botol plastik yang kosong.
2. Potong separuh dan secara menyerong seperti dalam gambar.
3. Tebuk lubang pada bahagian atas botol dan masukkan mata gerudi.
4. Halakan pada dinding yang ingin ditebuk dan pastikan botolnya elok melekap bagi mengelakkan habuk jatuh berterabur.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ikut tip yang dikongsikan ini semoga dapat kurangkan habuk yang jatuh ke lantai. Jadi tak perlu beria kita nak sapu dan bersihkan lantai lagi. Selamat Mencuba!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...