
Isi Kandungan
ToggleMudah je rupanya mak-mak boleh buat ‘pizza’ segera. Tak perlu susah-susah nak uli doh pizza, guna wraps pun boleh! Menariknya, sesuai untuk hidangan minum petang mahupun sarapan pagi, dan pastinya amat mengenyangkan.Pastinya lebih puas hati sebab boleh letak dan pilih topping sendiri. Hanya perlu sapu sos, tabur toppings, gulung, susun dan bakar!
Berikut perkongsian cara nak buat pizza segera ini oleh Puan Suzi Yanti Md Hane sebagai panduan;
“Yang inginkan kelainan menikmati pizza. Boleh Cuba ye. Letak sos, Pepperoni,Mozarella cheese, Gulung, Susun dalam dulang dan bakar.Sedapppp Sangat.Hidangkan dengan sos Cili kegemaran anda.”
Bahan-Bahan:
Mission wraps (potato/ garlic)
Sos tomato Prego
Beef Pepperoni
Keju Mozarella
Keju Cheddar
Daging Burger (dimasak dahulu & dipotong kiub)
Cara Membuat:
1.Potong kepingan wraps kepada dua bahagian.
2.Sapukan dengan sos tomato prego, taburkan dengan keju mozarella, kepingan beef pepperoni, daging burger dan hirisan keju cheddar.
3.Gulungkan ia seperti dalam gambar.
4.Susunkan diatas dulang pembakar.
5.Taburkan pula dengan keju mozarella.
6.Bakar dalam Suhu 180 dalam 10 ke 15 minit.

Siap! Selamat Mencuba!
Jadi mak-mak bolehlah sediakan untuk hidangan minum petang ni. Cukup mudah dan senang je nak buat!
Sumber:Suzi Yanti Md Hane
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telur Ada Kuman: Kalau Sistem Imun Tak Kuat, Jangan Makan Telur Separuh Masak

Isi Kandungan
ToggleDua tiga hari ini, kecoh pula tentang telur ada kuman di media sosial. Haaa… jangan tak tahu ada kemungkinan kandungan telur telah dijangkiti oleh bakteria Salmonella yang ada di dalam usus ternakan tersebut semasa proses penghasilan telur.
Jangkitan berlaku terhadap tisu-tisu pembiakan ternakan tersebut sebelum kulit telur terhasil. Risau, bukan? Ok untuk mengelakkan daripada terkena keracunan makanan, ikut saranan Dr. Suriyakhatun ini…
Telur Berkuman
Di Malaysia 11.9 peratus dari telur yang diperiksa ada kuman Salmonella.
Antara gejala keracunan makanan dengan kuman Salmonella adalah cirit beret, loya, berak darah, lenguh badan.
Keberangkalian ada kuman Salmonella dalam telur menjadi tinggi bila keadaan ayam telur tidak dijaga dengan baik , ie ada isu kebersihan.
Selain itu, beli telur dari Syarikat yang ada piawaian dan telurnya sudah dibersihkan. Telur dari ayam yang tidak dibela secara memberikan antibiotik lebih selamat sebab Salmonella dari ayam yang diberikan antibiotik lebih merbahaya ( antibiotic resistent strain) .
Cara Elak Daripada Keracunan Makanan
Untuk menjaga supaya tidak mendapat keracunan mankanan dari Salmonella yang ada kemungkinan berada dalam telur:
Jika nak buat telur setengah masak, elok pilih telur yang telah di pasteurkan dan elok ambil yang organik.
Jangan makan telur mentah dan pastikan basuh kulit telur dengan air dan pencuci makanan ( organik) sebelum pecahkan telur . Basuh tangan selepas terkena telur mentah.
Untuk matikan Salmonella, nak rebus telur, biar mendidih selama tujuh minit. Jika buat telur dadar atau scrambled, sudah memadai untuk matikan Salmonella .
Bagi orang yang sistem imun tidak kuat, jangan makan telur separuh masak. Orang tua, wanita hamil dan dalam pantang mungkin termasuk kategori imun lemah dalam sesetengah situasi.
Ini Tanda Orang Terkena Salmonella
Gejala utama bagi orang yang telah dijangkiti bakteria Salmonella adalah seperti berikut…
Cirit-birit
Kekejangan pada perut
Demam tinggi antara 39.4-40oC
Kurang selera makan
Sakit kepala
Selema dan batuk
Pendarahan usus
Mudah letih
Ruam pada kulit

Cara Nak Merawat
Jangkitan Salmonella biasanya sembuh tanpa rawatan dan kebanyakan orang pulih dalam tempoh 2-7 hari. Namun ini langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku tanda-tanda jangkitan penyakit seperti:
1. Banyakkan minum air bersih yang telah dimasak sempurna atau air garam yang boleh diperolehi di farmasi untuk mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.
2. Elakkan mengambil antibiotic kerana antibiotik ini tidak dapat mempercepatkan penyembuhan namun boleh menyebabkan bakteria salmonella ini dibawa masuk ke sistem penghadaman untuk hidup lebih lama. Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami gejala yang teruk perlulah mendapatkan rawatan yang sesuai di hospital.
3. Bayi, orang tua dan pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah mungkin perlu mendapatkan antibiotik yang sesuai yang disarankan oleh doktor.
4. Elakkan ubat-ubatan anti muntah atau anti cirit-birit kecuali dicadangkan oleh doktor.
Pesanan penulis:
Moga mak-mak boleh selamatkan orang tersayang dengan basuh telur sebelum nak masak dan kurangkan makan telur tak masak di luar.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Amalan Ini Punca Keberkatan Rezeki Tak Pernah Putus

Isi Kandungan
ToggleBelum sampai hujung bulan poket dah kering. Rezeki bagai tak lekat. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.
Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.
Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah.
Bayar Hutang
Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.
Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.
Bagi Duit Pada Mak Ayah
Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.
Sedekah Punca Rezeki Berkat
Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.
Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.
Buat Baik Pada Binatang
Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.
Solat Dhuha
Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.
Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.
Penulis : Intan Rohaizat Zakariya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
40 Orang Doktor India Berjaya Pisahkan Kembar Siam Cantum Di Kepala Dalam Masa 36 Jam!

Isi Kandungan
ToggleMelakukan pembedahan bagi kembar siam merupakan satu prosedur yang rumit lagi mencabar. Baru-baru ini,kejadian yang berlaku di New Delhi, India sepasukan pegawai perubatan yang terdiri daripada 40 doktor, 20 jururawat dan kakitangan paramedik berjaya memisahkan kembar siam yang bercantum pada bahagian kepala dalam tempoh 36 jam.
Kembar Siam lelaki yang dinamakan Honey dan Singh ini berusia dua tahun dan dilahirkan pada 9 Mac 2015. Kembar ini merupakan anak pasangan suami isteri yang hidup dalam kemiskinan berasal dari Kandhamal, Orissa di Timur India.
Kes 1 Daripada 2.5 Juta Kadar Kelahiran
Imbasan x-ray mengesahkan kembar ini mempunyai otak yang berbeza dan hanya bercantum di hujung kepala mereka. Ia merupakan keadaan jarang ditemui satu bagi setiap kira-kira 2.5 juta kadar kelahiran, menjalani pembedahan itu di sebuah hospital kerajaan di ibu kota ini, Rabu lalu.
“Pasukan terdiri daripada 40 doktor, 20 jururawat dan ramai kakitangan paramedik lain. Tanpa bantuan mereka, pembedahan tidak akan berjaya,” kata hospital All India Institute of Medical Science dalam satu kenyataan.
Seorang daripada pakar bedah terbabit berkata, aspek paling mencabar ialah menutup lubang ditinggalkan di kepala kanak-kanak itu selepas mereka dipisahkan.
Kembar siam itu dilahirkan di sebuah perkampungan di timur negeri Odisha dan berkongsi salur darah serta sesetengah tisu otak. Mereka menjalani fasa pertama pembedahan pemisahan Ogos lalu.
Cabaran
“Tugas paling mencabar selepas pemisahan ialah menyediakan kulit untuk menutup kedua-dua belah otak kanak-kanak itu oleh kerana pembedahan menyebabkan lubang besar terbentuk pada kepala mereka.

“Kulit itu diambil daripada dua belon yang diletakkan dalam kepala mereka ketika pembedahan pertama Ogos lalu. Langkah berikutnya ialah pembinaan semula tengkorak mereka,” kata pakar bedah plastik, Dr Maneesh Singhal.
Kembar Kraniopagus
Sementara itu,menurut Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Kandhamal, Dr Swapneshwar Gadnayak berkata, kembar siam itu dikenali sebagai kembar kraniopagus kerana mempunyai dua otak tetapi berkongsi kranium.
Jelasnya, peluang untuk kembar terbabit hidup selepas pembedahan dilaksanakan amat tinggi memandangkan rekod beberapa pembedahan yang berjaya. -AFP
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI