
Jika dekat rumah tu ada pintu almari jenis ‘sliding’ yang dah rosak, memang membuatkan kita rasa nak buang je. Bukan apa pintu almari jenis macam ni memang mudah rosak, lagi-lagi kalau ada anak kecil yang suka main dekat pintu tu.Sebenarnya sebelum fikir nak buang tu, boleh baiki dulu sendiri dengan modal kurang dari RM2.00 je.
Baca perkongsian tip daripada Encik Nazmi Sakip ini sebagai rujukan;
D.I.Y modal kurang dari Rm2.00
“Semestinya pintu almari macam ini akan kerap rosak yang akan menyebabkan terus rasa nak buang. betul tak?
Nak tahu cara nak betulkan dengan cara yang mudah giler!!
1. Pergi ke hardware atau kedai eletrik untuk beli casing cable 1/2″. Ingat beli casing cable 1/2″, panjang dia dalam 6 kaki.
2. Rujuk pada gambar di bawah untuk letak dekat almari. Lagi mudah skrew kan casing tu. Dah siap!

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: DIY Almari Tiga Tingkat Edisi Anak Ramai, Kukuh & Jimat Kos
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila pintu almari rosak tu, tak perlulah nak buang. Baiki dulu ikut tip yang dikongsikan ini, modal tak sampai RM2 pun. Selamat almari.. boleh digunakan lagi dan jimat duit tak perlu beli almari baru.
Sumber: Nazmi Sakip
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Rumput Terbiar, Ibu Ini Siapkan Laman Belakang Cantik Untuk 5 Beranak

Isi Kandungan
ToggleDekat seminggu jugalah, mak ayah bekerja ini siapkan laman belakang cantik di kediaman mereka. Asalnya, tanah belakang berkeluasan 20 kaki itu dipenuhi rumput dan lalang terbiar.
Semak samun itu dibersihkan dan hasilnya cantik sungguh laman belakang rumah yang disiapkan oleh Ummu Al Fateh dan suaminya ini. Khas untuk mereka 5 beranak berkelah dan breakfast setiap hujung minggu.
Ibu ini berkongsi dengan pembaca Mingguan Wanita, proses menyiapkan kerja-kerja membuat laman belakang rumah yang cantik ini.
Cara Ibu Ini Siapkan Laman Belakang Cantik Dengan Kos Murah
1. Buat Sendiri Lebih Jimat
Menurut Ummu Al Fateh, kediamannya itu asalnya rumah terbiar. “Saya beli rumah second yang terbiar. Belakangnya ada 20 kaki. Dalam 7 kaki, saya simenkan untuk laundry. Lagi 13 kaki, saya buat taman.”
“Kos keseluruhan untuk tanam rumput dan bunga-bunga semua itu dalam RM600.”
“Rumput tu saya pernah tanya kedai. Siap tanam RM3000 dia nak untuk keluasan macam ini. Jadi, kami suami isteri beli rumput dan tanam sendiri.”
2. Cari Masa Luang Dalam Kesibukan Bekerja
Memandangkan mereka suami isteri bekerja, kerja-kerja menyiapkan laman belakang ini dilakukan sebelah petang. Bila mana, masing-masing pulang dari tempat kerja.
“Seminggu jugalah berhempas pulas. Dua hari ratakan tanah, 2 hari tanam rumput jenis mutiara. Saya tinggal di Ulu Tiram, Johor. Mencari rumput mutiara pun di nurseri dekat sini saja.”

3. Penjagaan Rumput Lakukan Berterusan
Kongsinya lagi, untuk dapatkan laman belakang yang cantik mereka perlu lakukan penjagaan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu. Itu untuk cabut rumput liar yang naik celah rumput mutiara.
Manakala, setiap 2 minggu sekali, semua pokok dan rumput akan ditaburkan baja untuk memastikan kesuburan tanaman berkekalan.
4. Suntik Inspirasi Untuk Anak-anak
Sebenarnya suami isteri ini ada sebab kenapa laman belakang itu diperindahkan. “Saya cuba buat taman belakang rumah ala-ala mat salleh ada backyard garden.”
“Dalam masa yang sama saya cuba beri inspirasi supaya anak ada taman untuk berlari dan bermain.” Dapatlah nanti 3 orang anak-anaknya seusia 5, 2 dan setahun itu bermain dengan riang ria.
Dari Rumput Terbiar Akhirnya Jadi Laman Belakang Cantik
Selepas bersihkan rumput, kawasan bersimen dipecahkan untuk proses tanam rumput mutiara.
Rumput dicangkul dan dicabut sampai ke akar, supaya tak tumpuh celah-celah rumput mutiara nanti. Kemudian gembur-gemburkan dan ratakan tanah.

Rumput akan ambil masa dalam 6 bulan untuk bercantum antara satu sama lain. Untuk rumput mutiara yang dibeli ini, harga sekeping RM4.90 untuk saiz 2×1 kaki.
Ini Pula Cara Pasang Rumput Depan Rumah Siap ‘Foot Step’
Rumput depan rumah ini baru 2 minggu dipasang (ketika statusnya dimuat naik).
Pasang dulu ‘foot step’ kemudian baru letak rumput. Bagi sama rata dengan rumput supaya anak tak tersadung.
MW : Semoga mak ayah dapat idea untuk hias laman belakang mahupun depan kediaman bagi cantik dan jadi taman yang bahagiakan hati sekeluarga.
Sumber/Foto : Ummu Al Fateh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gosok Seterika Atas Panadol, Petua Berkesan Hilangkan Kesan Terbakar

Isi Kandungan
ToggleRupanya bila ada masalah kesan terbakar pada seterika ia boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan panadol. Petua ini cukup mudah dan diakui terbukti berkesan mampu menghilangkan kesan terbakar tersebut. Bukan apa, bila seterika ada kesan terbakar pakaian, selendang dan sebagainya permukaannya jadi kasar dan kesat.Nak menggosok pun jadi payah.
Kalau dan guna macam-macam cara tak jadi juga, boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Chik Salbiah ini;
“Alhamdulillah..Selesai dah pasal seterika berdaki. Terima kasih yang empunya petuanya.Memang berkesan guna panadol ni. Siapa-siapa yang ada panadol lama tu jangan la buang”
“Dah macam-macam cara saya cuba nak hilang kesan hitam dekat seterika. Guna garam kasar pun tak berkesan. Last-last terbiar macam tu. Tu jadi lagi tebal kesan hitam. Terima kasih pada yang bagi petua guna panadol. Ingatkan dia main-main suruh guna ubat panadol”.
Bahan-Bahan:
Panadol
Kain Batik lama
Cara Membuat:
1.Hidupkan suis ‘on’ macam nak seterika baju.
2.Patah-patahkan je panadol tu tabur atas kain batik.
3.Selepas itu, gosokkan seterika panas atas panadol tersebut.
4.Buat sampai kesan hitam terbakar tersebut hilang.
Siap!
Perlu tahu!
*Tak perlu gosok panadol pada seterika panas, panas takut terkena jari.

*Cara ini untuk hilangkan kesan terbakar daripada kertas gam yang silap letak atau seterika terlebih panas menyebabkan kain trbakar.
Selamat Mencuba!
MW: Menarik juga tips dan petua yang dikongsikan ini. Jadi buat mak-mak yang ada masalah seterika berkerak atau mempunyai kesan terbakar bolehlah cuba yang dikongsikan ini, hanya menggunakan panadol.
Sumber: Chik Salbiah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanam Sayur Kaedah Hidroponik, Mudahnya Guna Botol Air Mineral Je!

Isi Kandungan
ToggleBuat mak-mak yang suka bercucuk tanam tapi tiada kawasan atau tanah di rumah boleh cuba kaedah hidroponik ni. Menariknya, tak perlu beli bekas hidronopik yang mahal, guna botol air mineral besar yang 1.5 liter dan cara tanaman yang betul pun dah boleh jadi. Mak-mak boleh dapat sayuran segar dan bebas racun serangga.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh cuba buat sendiri kaedah hidroponik guna botol air mineral yang dikongsikan oleh Hafizuddin Wahab ini;
“Di sini saya share cara saya buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter.Untuk media tanaman tu saya gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dapat menyerap air dengan baik”.
“Saya mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…Alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang dan siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu sekali atau 2 kali seminggu”.
“Semoga bermanfaat sama-sama kita bercucuk tanam di rumah ya. Makan sayur yang sihat dari rumah.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Botol air mineral
Spray tin warna hitam
Kain flanel
Sabut kelapa (cocopeat)
Biji Benih
Cara Membuat:
- Belah botol air mineral 1.5 liter kepada 2 bahagian.Pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Kemudian, buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di bawah untuk akarnya keluar.
2. Ini bahagian untuk takung air baja. Saya cat hitam untuk mengelak pertumbuhan lumut. Saya spray je, beli spray tin kat MR DIY tu je.
Lubang di bahagian atas bertujuan tak nak bagi air terlampau penuh supaya ada ruang untuk pengaliran udara.
3.Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Boleh aje guna kain apa pon, asalkan serap air dengan baik.Saya guna kain flanel sebagai sumbu. Boleh beli di shoppe je, sebab cari kat kedai biasa takde. Kalau tersalah kain nanti tiada serapan tak menjadi dia.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja.Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dengan penutup botol seperti gambar di atas.
5. Dah siap.
6.Bahagian atas dalam bekas merah tu isi cocopeat (sabut kelapa).Sabut kelapa biasa pun boleh jika boleh buat sabut kelapa hancur sendiri. Saya beli yang dah siap, kat nursery pokok ada jual, kat kedai Eco RM2 pon ada saya tengok.


Info Ekstra!
- Kalau nak buat sendiri cocopeat, caranya ambil sabut kelapa tu, ambil paku, paku pada kayu. Lepas tu gosokkan paku tu pada sabut kelapa, nanti keluarlah sabut kelapa hancur.
- Baja AB tu untuk baja. Cuka kayu tu untuk semburan seminggu sekali atau 2 kali seminggu sahaja. Sukatan baja AB 10ml A + 10ml B larutkan dengan 1 liter air.
Baca Lagi Di Sini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, suka sayur segar bebas daripada racun serangga boleh gunakan kaedah ini yang mudah dan lebih jimat.
Sumber: Hafizuddin Wahab
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI