Pilihan Suami Ustazah Asma Harun “Peringkat Awal Mulanya Mak Ayah Tak Setuju”. Dalam perkahwian pilihan calon suami atau isteri, serta mendapat persetujuan restu ibu ayah amatlah penting agar perkahwinan mendapat keberkatan dan kebahagiaan.
Bukan mudah rupanya untuk meyakinkan mak ayah mengenai calon suami pilihan Ustazah Asma Harun ketika itu.Pada mula membuat pilihan calon suami, ternyata mak ayah pendakwah bebas ini tidak bersetuju.
Pada ketika itu, mak ayah pendakwah ini mengharapkan calon menantunya juga dalam bidang agama, ustaz di dalam pengajian Islam.
“Asma,pilihlah ustaz. Pergilah belajar dulu sampai Mesir, manalah tahu jumpa Ustaz Pengajian Islam” ujarnya.
Ini yang dikongsikan oleh Ustazah Asma mengimbas ‘kisah cinta’ sebelum mendirikan rumahtangga dalam video pendek di Instagram.
Kisah Cinta Unik
Menyifatkan kisah cinta mereka unik. Bermula tempoh istikharah, siasatan latar belakang dan berdoa Ustazah Asma menerima untuk bernikah tanpa mengetahui bagaimana orangnya. Hati mula suka dan jatuh cinta, walaupun tak pernah berjumpa dan tak pernah tengok rupa.
Ads
Ustazah Asma juga mengakui bahawa dirinya yang mengusulkan pada suami untuk bernikah. Walaupun suaminya ketika itu agak risau kerana masih dalam pengajian sarjana.
“Tak apa rezeki lain Allah akan bagi selepas nikah,” jelas Ustazah Asma Harun.
Restu Mak Ayah
Keberanian suami Ustazah Asma ketika itu, datang seorang diri naik bas dari Johor untuk datang berjumpa dengan mak ayah pendakwah ini bagi meluahkan hasrat hati untuk berkahwin. Ia sekaligus bagi meyakinkan kedua orang tua pendakwah ini yang kurang setuju pada mulanya dengan pilihan Ustazah Asma.
Namun usaha bersungguh-sungguh untuk bernikah, melembutkan hati kedua mak ayah pendakwah ini untuk menerima sekaligus merestui perkahwinan mereka.
Ads
Ketika berumur 22 tahun, Ustazah Asma mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Tengku Fazli Tengku Yahya yang ketika itu masih merupakan pelajar Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia dan bidang Kejuruteraan Kimia.
“Selepas berkahwin, memang Allah uji susah. Rumah kecil tiada dapur, tiada kereta naik motor ketika sarat mengandung, basuh baju guna tangan, beli mesin basuh selepas ada anak.
“Ketika itu bukan mak ayah tak nak bantu, sebaliknya kami ingin berdikari,”
“Memang mengimbau kenangan, suami masih belajar waktu itu dan saya masih baru balik Mesir, memang takde kerja dan hidup seadanya,”
Ads
“Alhamdulillah, ada ahli keluarga yang bagi pinjam duit untuk berbelanja. Semua barang adalah second hand orang bagi, peti ais, perabot,” ujar Ustazah Asma yang seronok apabila mengenang semula saat susah ketika membina keluarga.
Kini pasangan bahagia ini memilki 7 orang cahayamata iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.
Kisah sedih akka nasi lemak viral, di sebalik popualariti akui masih menyewa. Rumah Pun Tiada Perabot. Tidak semua populariti baik untuk sebahagian orang. Ada yang membantu, tapi tak kurang juga ia mampu mendatangkan tekanan. Contoh Youtuber Sugu Pavitra yang mengambil keputusan berdiam diri di media sosial selepas kisahnya menjadi sorotan media.
Terkini, populariti yang tak terjangkau di media sosial melibatkan Akka Nasi Lemak Viral atau nama sebenarnya Sangeetha yang berniaga di Sri Kembangan.
Kisah Sedih Akka Nasi Lemak Viral
Selepas kisahnya berniaga nasi lemak dengan pelbagai lauk pauk viral, gerai kecilnya menjadi tumpuan ramai.
Diberitakan orang beratur hampir 6 jam untuk mendapatkan nasi lemaknya yang tular di media sosial. Ramai menjangkakan, bila ramai membeli, maka keuntungan semakin banyak namun satu sorotan video memperlihatkan “populariti” itu tidak mampu membeli ketenangan kepada kehidupannya.
Jelas dalam video dikongsi, kelihatan tubuhnya semakin kurus. Bukan kerana tak makan tapi sebab tak lalu makan kerana badannya agak penat mencuci bekas-bekas makanan selepas habis berjualan.
Di Sebalik Populariti Akui Masih Menyewa. Rumah Pun Tiada Perabot
“Perniagaan ini telah menjejaskan kesihatan badan saya. Bukan saja perlu cuci periuk belanga tapi kereta juga setiap hari. Kereta bau ayam dan udang. Semua ini memenatkan hingga saya tak lalu makan dan sebab itulah badan jadi kurus.
Ya, mak-mak pun biasa lalui hal ini. Bila badan terlalu penat memang tak larat nak makan.
Bahkan akka nasi lemak viral turut meminta masyarakat tidak bercakap bukan-bukan disebabkan badannya yang agak kurus itu.
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) May 18, 2023
Sebalik popularitinya itu juga, akka nasi lemak viral mengakui hidupnya tidak sesenang mana. Dia masih menyewa satu bilik kecil dan tidur di satu tilam bujang bersama anak-anak.
“Sofa dan perabot pun tiada di rumah. Masih bergelut untuk kehidupan.Banyak yang mampu kami beli walau gerai ini menjadi viral,’ katanya yang meminta pada sesiapa yang bertanya tentang kisah kehidupannya, boleh datang ke gerai jualannya dan dia akan menjawab semua soalan di tanyakan.
“Jangan menghina saya di media sosial. Datang ke gerai dan saya boleh luangkan masa sekurang-kurangnya lima minit menjawab setiap pertanyaan orang ramai,” katanya yang meminta orang ramai memahami keadaannya dan berkelakuan baik dan melayaninya seperti manusia lain.
Ya, tidak semua yang kita nampak viral itu tidaklah indah di mata kerana ada kisah di sebalik yang kita tak tahu.
Malang tidak berbau. Seorang anak tidak tercapai hajatnya untuk membawa emak bagi mendapatkan rawatan apabila mereka terlibat dalam kemalangan sebelum sempat tiba di klinik. Kemalangan itu telah meragut nyawa sang anak dan emaknya pula cedera parah. Ternyata telah tiba waktunya, dia pergi dahulu dijemput Ilahi.
Kejadian yang berlaku di sebuah selekoh ini dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang berlopak dan akhirnya membuatkan pemuda ini gagal mengawal motosikalnya. MW mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang yang soleh.
Pemuda Maut & Ibunya Parah Terlibat Kemalangan
Pemuda maut manakala ibunya parah selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Kampung Ewa, Langkawi, semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohammad Rosidi Rohim, 29, disahkan maut di tempat kejadian, manakala ibunya, Che Su Said, 61, parah.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian dua beranak itu dalam perjalanan dari Felcra Kok ke Klinik Ayer Hangat bagi mendapatkan rawatan penyakit asma dihidapi warga emas itu.
Gagal Mengawal Motosikal
“Tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang laju gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh pagar rumah penduduk.
“Akibat rempuhan kuat, mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan paramedik, manakala ibunya patah kaki kanan,” katanya ketika dihubung hari ini.
Mohd Iqbal berkata, mangsa maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat, manakala wanita warga emas itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
“Siasatan di lokasi kejadian mendapati permukaan jalan berlopak dan berselekoh serta ada garisan berkembar.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Keadaan jalan raya yang berlopak dan tak diselia dengan baik kadang-kadang membahayakan nyawa penunggang motosikal dalam diam. Oleh itu, sebagai penunggang motosikal berhati-hatilah setiap kali menghampiri selekoh atau menggunakan jalanraya. Sayangilah insan tersayang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dekat 6 bulan berlalu, kesan parut pembedahan Baby Xandra semakin cantik dan sempurna. Si comel ini pun semakin tembam dan gebu. Bak kata ibunya, Sheila Razlan, “Kuat makan, kuat menyusu sebab itu dia bam bam.”
Syukur lihat perkembangan positif Baby Xandra ini. Memandangkan luka parut pembedahan dah semakin sempurna, ibunya berkongsi petua bagaimana dia mencantikkan kesan parut sumbing anaknya itu.
Sebelum pembedahan pemulihan sumbing bibir
Selepas pembedahan
Kesan parut terkini makin cantik sempurna
Ini Cara ’Sempurnakan’ Kesan Parut Sumbing Baby Xandra
Jadi ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam proses memulihkan kesan parut anak sumbing, bolehlah cuba petua Sheila ini.
Kata Sheila, “Salam Jumaat Untie Uncle (sebagai mewakili anaknya), Ramai tanya condition baby Xandra sekarang kan.”
“Okay, ni mommy nak close up bekas jahitan dari hidung sampai bibir luar Xandra. Alhamdulillah cantik dah. Nampak sempurna kan?”
Kata Sheila lagi dalam instagram, cara dia mendapatkan kesan parut yang cantik dan tak menggelembung adalah dengan menggunakan Dermatix setiap hari WITHOUT FAILED!
“Rajin urut 100 kali sehari.”
“Nak senang ikut waktu solat. 1 waktu, 20 kali urut kat kesan jahit tu.”
Rancang Bawa Baby Xandra Buat Pembedahan Plastik
“For now nampak semua normal. Kecuali gusi yang cleft tu, tengah tunggu masa ada gigi tumbuh atau tak je. Nebes mommy.”
“InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih mommy plan nak bawa Xandra pi buat plastic surgery untuk lebih sempurnakan Xandra. Sebab dia girl kan?”
Itulah doa yang ibu kepada Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan baby Xandra tuturkan.
“Apa apa pun, biar Xandra membesar dengan sihat ya. Sampai masa yang sesuai Allah izinkan kita pi buat plastic surgery ya dik.”
MW : Mendoakan kemudahan rezeki untuk kedua ibu ayah Xandra, semoga urusan pembedahan plastik untuk Xandra dapat dilaksanakan dalam keadaan Baby Xandra sihat dan kuat.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...