Tentunya mak-mak teruja bila ke pasar untuk membeli lauk basah. Semuanya segar-segar. Tapi bila pulang ke rumah mesti ada lauk yang tak tahan lama terutamanya udang, sotong dan ikan, mulalah nampak tidak elok.
Bagi mak yang bekerjaya atau mungkin jauh dari pasar, tentu akan membuat stok lauk basah, sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu atau dua minggu. Dalam tempoh inilah, tak semua lauk basah masih segar dan rasanya ‘kurang’ sedikit sebab sudah beberapa hari di dalam peti ais.
Masalah yuang nampak ketara tentulah udang, kepala pun layu, warna dah berubah sedikit dan belum lagi isinya yang kurang kenyal. Jadi, bagaimana nak pastikan lauk basah ini kekal lama walaupun berminggu di dalam peti ais.
Perkongsian daripada Aniza Mustafa boleh membantu mak-mak untuk menyimpan lauk basah agak kekal segar, terutamanya udang, sotong dan ikan. Boleh lakukan petua yang dia berikan ini.
“Jika sebelum ini, selalu beli udang dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, mulalah kepala udang jadi merah dan lembik.
“Tapi sejak tahu cara untuk bagi udang kekal segar, tabur dulu gula di atas udang sebelum dimasukkan ke dalam peti. Hasilnya, udang kekal segar dan tahan lama. Boleh la cuba nanti.
Ads
Mingguan Wanita : Boleh tabur gula juga pada lauk lain. Bila nak mask tetap rasa segarnya. Selamat mencuba.
Selalunya, kalau lambat ke pasar, banyak udang yang dah tak berapa segar, ada kepala yang hampir tercabut dan belum lagi dengan isinya yang agak lembik. Jadi, ada cara yang boleh bantu mak-mak pilih udang di pasar.
Hidu Bau Udang
Kita perlu hidu bau udang terlebih dahulu sebelum membelinya. Hidu bukannya kita ambil udang itu kemudian hidu macam kita hidu bunga. Cara mudah nak hidu kalau kita berdiri dari jauh pun kita akan bau kesegaran udang.
Biasa udang segar akan berbau laut dan tidak hanyir. Manakala, udang tidak segar akan berbau hanyir dan busuk. Bukan sahaja baunya kuat menusuk lubang hidung. Malah nak membeli pun rasa dah tiada mood .
Ads
Periksa Lendir Pada Udang
Udang yang masih segar biasa tidak akan berlendir banyak bila kita pegang. Berbeza pula dengan udang tidak segar. Ia akan mengeluarkan lendir yang banyak.
Maka itu tandanya udang tersebut sedang mengalami proses pembusukan. Jadi sebaiknya elakkan daripada membeli udang tak segar yer.
Perhatikan Warna Udang
Bila kita perhatikan udang yang masih segar. Kita akan dapat lihat warnanya akan jernih, cerah dan putih coklat. Berbeza dengan udang tidak segar ia biasa berwarna kekuningan, kemerahan atau biru. Jadi, dengan mudah kita tahu udang segar atau tidak. Lepas ni tiada la pening kepala nak memilih udang kan. Semudah ABC jer.
Periksa Tekstur Udang
Sebelum nak membeli udang di pasar. Sebaiknya periksa terlebih dahulu tekstur udang untuk tahu udang segar atau tidak. Kalau udang segar biasa bila pegang, teksturnya lebih tegap dan pejal.
Ads
Berbeza dengan udang tidak segar teksturnya lebih lembik dan kulitnya pun tidak keras. Pastikan sebelum membeli udang. Kita periksa dahulu bahagian kaki, kulit dan kepala udang supaya tidak terkoyak atau tercabut.
Elakkan daripada membeli udang yang kaki, kulit atau kepalanya sudah tercabut atau terkoyak. Biasa udang tidak segar akan mudah terkoyak atau tercabut bahagian kepala, kaki atau kulitnya.
Perhatikan Lalat
Memang sifat lalat sukakan benda yang busuk, buruk dan berbau hanyir. Jadi cara mudah nak tahu udang segar atau tidak. Kita perhatikan sahaja kehadiran lalat pada udang.
Pilihan Warga Kota Masa Kini! Awal tahun pastinya segar dengan azam baharu! Mana tidaknya, pasti ramai yang berkobar-kobar memulakan tahun baharu dengan pelbagai misi dan visi untuk meningkatkan keupayan diri dan kerjaya.
Namun disebalik semangat yang berkobar-kobar, sesekali perlulah take a break dan berehat seketika untuk mengembalikan momentum yang sedikit lari. Tidak perlu healing sehingga ke luar kota, penginapan di ibis PJCC Petaling Jaya mungkin boleh dijadikan pilihan.
Dirasmikan pada 24 November 2023 lalu, lokasinya yang berhampiran pusat beli-belah Sunway Pyramid dan taman tema air Sunway Lagoon antara tarikan utama mengapa ia menjadi pilihan warga kota untuk bersantai atau lebih popular digelar staycation di kawasan bandar!
Berehat Di Tengah Ibu Kota
Mingguan Wanita diundang secara eksklusif ke majlis perasmian Hotel ibis PJCC Petaling Jaya dan diberi peluang melihat sendiri kemudahan yang ditawarkan oleh hotel yang menawarkan 161 buah bilik penginapan kontemporari yang selesa dan mengetengahkan dekorasi estetik moden ini.
Majlis perasmian telah dihadiri oleh Senior Vice President of Accor, Michel Vivier, Pengarah Urusan ibis PJCC, Suresh Nair dan Ketua Pegawai Ekselutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohammad.
Bercerita mengenai kemudahan yang disediakan, penulis tertarik dengan fasiliti yang disediakan di setiap bilik di mana ia dilengkapi fasiliti Sweet Beds™ by ibis, sebuah katil yang direka khas oleh ibis untuk memberi keselesaan dan tidur yang berkualiti untuk para tetamu.
Antara elemen istimewa Sweet Beds™ by ibis ini termasuklah ia mempunyai kaki katil yang fleksibel mengikut gerakan badan semasa tidur, tilam dengan teknologi Intellifoam yang mampu berubah mengikut tekanan badan serta dilengkapi sarung lembut berbentuk sarang lebah 3-D untuk memastikan kebersihan dan pengudaraan yang baik. Pastinya tidur yang berkualiti dan terbuai dek mimpi!
Kemudahan Orang Kelainan Upaya Turut Tersedia
Jika anda datang bersama keluarga, jangan risau, kemudahan kolam renang turut disediakan untuk kanak-kanak bermandi manda. Bilik khas untuk kanak-kanak bermain juga turut disediakan untuk kemudahan tetamu kecil yang menginap di sini.
Lebih unik, sekiranya anda datang bersama keluarga yang mempunyai kelainan upaya, hotel ini sememangnya mesra orang kelainan upaya apabila ia menyediakan tandas bilik OKU dan warga emas. Satu lagi kelebihan yang jarang terdapat di hotel di ibukota!
Selain itu, ibis PJCC Petaling Jaya turut menawarkan empat bilik mesyuarat yang pastinya bersesuaian dengan acara korporat atau majlis peribadi yang boleh memuatkan sehingga 70 orang tetamu.
Pilihan Warga Kota
Untuk rekod, ibis adalah sebahagian daripada Accor, kumpulan hospitaliti terkemuka dunia dengan pemilikan lebih 5,000 hartanah di lebih 110 negara dan jenama yang mengambil bahagian dalam All-Accor Live Limitless- program kesetiaan gaya hidup yang menyediakan akses kepada pelbagai ganjaran, perkhidmatan dan pengalaman.
Nak makan sayur petik saja kat tepi rumah. Jimat satu hal tapi rasa satu kepuasan pula bila dapat tanam sendiri sayuran untuk dimakan hari-hari.
Namun, tak semua boleh tanam tepi rumah. Ada tanaman yang susah untuk hidup dan ada juga yang senang sangat nak hidup. Campak saja tepi rumah pun boleh subur.
Capsicum, mungkin kita rasa susah nak tanam tepi rumah atau kebun sendiri. Tapi sebenarnya, boleh saja. Sangat senang untuk tanmanya dengan hanya guna biji benih segar.
Inilah yang dikongsikan oleh Fakriyah Hanafi yang tanam capsicum tepi rumah saja. Paling penting, semai bijinya hanya tepi singki saja. Dah bercambah barulah tukar tempat baru.
Cara paling mudah untuk tanam capsicum di rumah sendiri.
1. Beli capsicum segar di pasar. Ambil bijinya dan rendam semalamam. Pastikan ambil biji yang tenggelam. Kalau mak-mak nak tanam buah warna merah, ambil biji warna merah dan begitu juga sebaliknya.
2. Selepas itu, ambil biji benih tersebut dan letakkan dalam bekas yang telah di alas dengan tisu basah. Hanya letak di tepi singki dapur saja. Pastikan alas tisu tak kering. Jika kering semburkan dengan air. Tunggu hignga biji benih bercambah.
3. Bila dah bercambah dan nampak ekor putih yang keluar dari biji benih, barulah masukkan ke dalam tray semaian atau pasu kecil. Jangan lupa, siran sebanyak 2 kali sehari.
4. Bila dah kelihatan 3-4 helai daun, bolehlah alihkan ke dalam pasu besar.
5. Gunakan tanah yang beli di nursery 6 in 1 tapi tambahkan dengan tanah yang berharga RM2.50 satu bag. Guna bahan TPF dan baja sembur.
6. Letak capsicum ini dalam pasu dan letak tepi rumah. Masih ada cahaya dan kalua kena hujan cuma tempiasnya.
Mingguan Wanita : Geram pula tengok cantik-cantik capsicum. Boleh tanam warna merah, rasanya pun manis-manis sikit.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang! Buat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Terutamanya dalam pemilihan bahan penting iaitu baking powder dan baking soda. Ia membuatkan kek, kuih mahupun biskut yang dihasilkan jadi lebih gebu, rangup atau mengembang.
Baca perkongsian tip perbezaan Baking Powder, Baking Soda dan Soda Bikarbonat ini sebagai panduan;
Baking Powder
Baking powderadalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial. Ia mengandungi sejenis asid( biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali (soda bikarbonat). Kedua-dua bahan ini dicampur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.
Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.
Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang disediakan secara komersial. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Soda bikarbonat sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila digunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila dibakar ia akan mengembang, sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.
Baking Soda
Yang ni paling mudah. Baking sodaadalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Mingguan Wanita: Jadi bila nak buat kek, kuih atau biskut, kenal pasti dulu betul-betul bahan yang digunakan, sama ada baking powder atau baking soda. Barulah menjadi!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...