Labu, banyak kegunaannya dalam masakan. Bukan setakat untuk buat kuih tapi penambah selera dalam masakan tertentu. Masak lemak labu, mungkin ini salah satu hidangan yang selalu dimasak oleh mak-mak.
Walaupun ada yang mengatakan bila makan labu ini ‘angin’ tapi di sebaliknya tersimpan banyak khasiat dan sudah tentulah ia membantu merawat dalam masalah kesihatan tertentu.
Belum cuba belum tahu kesannya. Namun, semua ini sebagai ikhtiar. Dikatakan labu ini boleh membantu menrawat sakit tekak dan demam panas.
Dalam keadaan sekarang ini dan cuaca yang tidak menentu, masalah sakit tekak dan demam yang mungkin boleh menjadi punca. Tak kurang juga boleh terjadi kerana pengambilan makanan yang berlebihan terutamanya musim buah-buahan sekarang ini. Boleh juga menjadi puncanya.
Jadi, kalau ada masalah seperti ini, mak-mak boleh cuba dengan mengambil labu. Sekadar ikhtiar dan jangan lupa dapatkan juga rawatan daripada pakar-pakar kesihatan.
Inilah yang dikongsikan oleh Ana Mahabu tentang kebaikan buah ini untuk merawat masalah sakit tekak, demam panas dan sebagainya.
Labu untuk Sembuh Sakit Tekak, Demam Panas, kahak bercampur darah
Ads
Pesan saya supaya makan labu merah (bahasa Indonesia.. bahasa sini labu kuning/oren tu). Makan banyak-banyak labu merah. Itu ubat tekak dan demam, juga bagus buat bersihkan darah. Elok untuk selesema dan macam-macam lagi khasiat dia tahu mana yang tak tahu.
Masak labu. Makan banyak-banyak. Kahak yang sebelum ni bercampur darah, bertukar warna jadi warna kahak biasa (minta maaf cerita pasal kahak. Cuma nak berkongsi tindakbalas dari makan labu).
Demam masih ada sikit-sikit tapi tak risau sebab dah ambil antibiotik. Kahak berdarah tu yang merisaukan sebenarnya. Bila saya cerita semula dengan dengan anda yang bagi petua ni, “iya..memang labu elok untuk luka dalaman juga..
Pada yang tengah sakit demam, sakit tekak dan selsema, cubalah ikhtiar makan labu. Kalau nak tau keberkesanannya, cuba buat sendiri dan makan. Untuk yang sakitlah sebab nak tengok kesannya kan.
Yang tak sakit pun boleh makan..
Tak sangka banyak betul khasiatnya. Antaranya juga elok untuk peparu, perut dan gangguan perut contoh kembung, masuk angin dan sebagainya. Dan lagi, elok untuk sakit telinga, sakit kuning, orang yang sakit tekak yang suaranya rosak (tak keluar suara bila bercakap) pun elok dimakan.
Ads
Insya-Allah paling cepat 2 hari boleh kembali pulih suaranya. Untuk anak kecik contoh macam bayi, boleh buat labu kukus untuk dia. Lepas kukus tu nanti boleh blend atau lenyek-lenyekkan ikut kesesuaian peringkat umurnya.
Mingguan Wanita : Kalau negeri Pantai Timur, buat labu sira, memang sedap.
Sumber: Ana Mahabu
https://www.facebook.com/analove.sarip
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Setiap kali kita beli roti mesti akan tengok tarikh luput. Biasanya roti yang dibeli hanya bertahan seminggu saja. Sebab tu, kalau dah tamat tempoh jangan sayang nak buang. Kita tak tahu apa dah jadi pada roti tersebut.
Ada juga mak-mak yang jadikan roti hampir tarikh luput tu jadikan bahan makanan lain. Bukan apa, rasa membazir pula bila buang roti tersebut.
Jangan sayang nak buang roti yang dah nampak berkulat. Walaupun hanya sedikit dan buang pada bahagian berkulat itu saja, kita tak tahu ia boleh bahayakan kesihatan, lebih-lebih lagi kalau anak yang makan.
Inilah antar perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan dengan roti hampir berkulat ini. Jangan sayang nak buang ye.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
Inilah yang terjadi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Mingguan Wanita : Selalunya tarikh luput yang diberikan itu adalah anggaran saja dan masih lagi boleh dimakan. Tapi kalau dah nampak berkulat, jangan sesekali pertaruhkan nyawa. Bahaya…
Ya Allah, sebaknya hati seorang ibu bila mengetahui anak gagal peperiksaan walau tahu anak dah cukup usaha sehabis mampu. Sedih dan kecewa bercampur-baur. Saya amat pasti inilah perasaan ibu dan ayah yang berdepan dengan situasi tersebut.
Tapi soalan saya, sampai bila nak bersedih? Kebanyakan ibu bapa bila anak gagal dalam peperiksaan, mereka larut dalam perasaan kecewa. Ada yang menghukum anak kerana kegagalan ini. Jadi tidak hairanlah anak-anak ada yang dirotan tak kurang juga didenda. Walaupun sudah dihukum, anak-anak ini tidak juga menunjukkan peningkatan dalam pelajaran.
Daripada terus menyalahkan anak, apa kata sebagai ibu dan ayah kita siasat kelemahan diri. Mungkin kegagalan anak sebenarnya berpunca daripada sikap kita sendiri.
10 tip ini membantu kita membimbing anak-anak yang gagal agar berjaya dalam pelajaran
1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya. Ramai ibu bapa yang tidak memeriksa keperluan belajar anak dari semasa ke semasa. Pastikan alat tulis anak lengkap, buku tambahan, baju sekolah dan beg sekolah. Paling penting, pastikan semuanya berada dalam keadaan baik. Kadang ibu bapa tak perasan baju sekolah anak sudah terkoyak, ia menyebabkan anak diejek rakan dan mereka menjadi malu serta tidak berkeyakinan.
2. Pantau kerja sekolah anak dan semak surat daripada pihak sekolah. Kita juga kena spotcheck beg anak supaya tiada barangan yang bukan-bukan. Dengan cara kita dapat pantau kerja sekolah anak dan pastikan anak berada di landasan yang betul.
3. Jangan pandang rendah pada anak, letakkan harapan yang tinggi dan sentiasa beri motivasi kepada anak untuk berjaya.
4. Jika anak gagal, jangan menyindir atau memperlekehkan anak. Beri dia semangat untuk berjaya.
5. Jangan dedahkan kekurangan anak di depan kawan-kawannya. Pendek kata, jangan malukan anak. Mereka juga ada perasaan jadi jaga maruah anak!
6. Buat jadual belajar. Ramai ibu bapa yang mengharapkan anak membahagi masa antara pelajaran dan aktiviti mereka seperti bermain. Dalam usia ini, anak belum mampu untuk melakukan semua itu sendiri. Bantu mereka mengatur masa.
7. Puji anak jika dia berjaya atau melakukan perkara yang baik. Perbuatan ini membakar semangat anak untuk lebih berjaya.
8. Beri ganjaran bila anak dapat keputusan yang bagus.
9. Lupakan junk food atau makanan segera. Makanan ini bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan malah membuatkan anak pelupa. Beri makanan sunah seperti kismis dan makanan berkhasiat agar membantu anak cergas.
10. DOA, DOA dan DOA! Selepas berusaha doalah kepada Allah agar anak kita berjaya di dunia dan akhirat. Doa ibu yang paling afdal, sebutkan nama penuh anak dan bermohon dengan sepenuh hati kepada Allah agar anak yang kita kandung menjadi anak yang hebat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak pastinya ada cara mengemas rumah mengikut keselesaan dan keutamaan yang tersendiri. Paling penting niatnya demi memastikan rumah yang kita duduk bersih, kemas dan selesa. Sebenarnya, cara paling berkesan kemas rumah dengan teratur tanpa rasa terbeban adalah dengan membuat jadual tugasan harian, mingguan mahupun bulanan.
Hari ini saya ingin kongsikan cara paling simple untuk menjaga rumah kita supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang suka mengemas sebab saya tak suka simpan banyak barang (jadi, takdelah banyak benda nak dikemaskan) dan rasa OK je kalau nampak barang di sana dan di sini. Tapi saya percaya rumah yang bersih dan kemas menolong kita berasa rileks dan tenang.
Terbahagi Kepada Empat Bahagian
Tips mengemas kali ini telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu mengemas setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali dan 4 bulan sekali. Bila kita bahagikan kepada empat bahagian, takdelah rasa blur sangat bila memikirkan apa yang perlu kita kemaskan dan rasa terbeban untuk mengemas tu rasa kurang sikit. Ini kalau orang yang mengemas itu macam saya. Tapi secara jujurnya, tak semua orang ada masa untuk mengemop lantai setiap hari, kan? Kalau seminggu sekali? Itu mungkin tak ada masalah. InsyaAllah siap!
Tapi perlu diingat, tiada siapa pun dan tiada rumah yang nampak sempurna. Kalau kita mampu buat salah satu daripada list diatas, itu dah cukup baik daripada kita tak mengemas langsung. Kesan ‘keterpaksaan’ mengikut list mengemas rumah kali ini boleh membuatkan kita berasa tenang berada di dalam rumah kita nanti. Bayangkan balik dari pejabat dan duduk di sofa, mata ni rasa sejuk je tengok sekeliling rumah sebab semua dah bersih dan kemas. Akhirnya, kita juga yang senang hati.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat menjadi panduan buat mak-mak dalam membantu mengemas rumah agar lebih tersusun. Bila buat tugasan mengikut jadual takdelah kita rasa terbeban dan ‘berat’ nak buat semua kerja pada masa yang terhad.