Wanita ini, Ameera berkongsi petua hilangkan bau kambing yang ada pada daging kambing. Sebab bukan semua orang tahan baunya.
Elok-elok nak makan daging kambing, boleh hilang mood disebabkan bau kambing yang kuat. Sesetengah orang memang tiada masalah. Bagi yang ada masalah semacam itu, boleh cuba petua hilangkan bau kambing ini ya.
Kongsinya,
Tips dan petua untuk menghilangkan bau kambing dan lemak lemak kambing.
Siapa yang suka makan kambing tapi tak suka bau kambing bolehlah cuba tips ini.
Pasti menjadi.
Hilang terus bau kambing dari radar.
Ini cara caranya di setiap gambar.
Selamat mencuba korang.
Petua Hilangkan Bau Kambing
Basuhkan daging kambing kita bersih bersih.
Kemudian masukkan tepung gandum dalam 2 senduk. Fungsi memasukkan tepung gandum ini bertujuan untuk membuang minyak dan lemak lemak kambing.
Letak air dan biarkan selama 15 minit. Biarkan mereka beramah mesra dalam tu. Jangan usik ok! Sini rancak, sana rancak, berdosa.
Kesan minyak melekat pada bekas plastik memang payah nak bersihkan. Walaupun dan guna air sabun, kesan kotorannya selalu tetap masih ada. Kena lebih ‘gigih’ menyental kesan-kesan minyak ni.Sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk mak-mak menanggalkan kotoran minyak melekat pada bekas plastik ni.Hanya perlukan sabun cecair basuh pinggan, air dan tisu.
Kaedah ini dikongsikan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai ajezzzzzzz. Katanya dia mendapat tahu tentang kaedah ini menerusi aplikasi TikTok.
Bahan Diperlukan:
Sabun cecair basuh pinggan
Air
Sekeping Tisu Dapur
Cara-Caranya:
1. Masukkan sedikit sabun cecair basuh pinggan dalam bekas plastik.
2. Isikan air paip dalam 1/3 bekas.
3. Gunakan sekeping tisu dapur.
4. Letakkan dalam bekas plastik yang berisi air tadi dan tutup rapat.
5. Kemudian hanya perlu goncang selama 2-3 minit.
6. Buka penutup dan bilas bersih bekas tersebut.
Tadaaa..Siap! Lihat hasilnya, kesan kotoran tanggal dengan mudah.
MW: Cukup mudah guna cara ni, tak perlu nak sental bekas plastik yang ada kesan minyak melekat, hanya perlu guna tisu, air sabun dan goncang-goncang je.
Oven atau ketuhar ni memang perkakas elektrik yang sangat berguna di dapur. Sangat penting dan menjadi impian bagi mak-mak yang suka membakar kek, buat biskut, kuih muih,memanggang ayam dan macam-macam lagi. Pulak tu sekarang dalam musim PKP, memang lagi rajinlah nak memasak di dapur. Tapi kalau nak beli oven pun, bukan main sebarang beli je. Penting ambil tahu jenis dan fungsi-fungsinya terlebih dahulu baru lah dapat di gunakan sebaiknya nanti.
Fahamkan tip yang perlu tahu sebelum membeli oven perkongsian oleh Cik Dayang daripada EasyBakeLab ini.
📌 3 JENIS OVEN
1. Ketuhar jenis bina dalam (Built in oven)
✔Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh membakar roti, kek, pastry dan biskut. Bergantung kepada jenama yang hampa beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika membakar 2 atau 3 tingkat (2 tier baking).
✔Kalau membakar biskut cara begini,hampa harus rajin memusing dan menukarkan loyang kuih supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika membakar satu tingkat sahaja.
2. Oven yang ada kipas (Oven with fan)
✔Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit.
✔Jadi, jika ada pilihan untuk tidak membuka button kaedah kipasnya @ switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah lebih baik (sesetengah oven ada button kipas).
✔Tetapi jika tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada button kipas) adalah lebih baik jika hampa kurangkan sedikit masa membakar kek itu.
Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di ketuhar biasa,kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika hampa menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya keknya tidak kering sangat.
3. Oven microwave (Microwave Oven)
✔Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar
“2 IN 1” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi “microwave” dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.
✔Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwavenya sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastry dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat (dense).
📌 FUNGSI-FUNGSI OVEN
1. Top and Bottom Heat
♨Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastry dan roti. Jika kita membakar kek yang agak besar sedikit, kita harus meletakan kek itu di rack agak bawah sedikit (lower rack to avoid top part of cake burnt) tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rack tengah sahaja.
2. Top Heat Only
♨Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangkakan yang Top Heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya Top Heat ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar cheesecake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.
3. Bottom Heat Only
♨Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi “ bottom heat” ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.
4. Grill
♨Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan “grill”, setiap lapisan kek lapis kita pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.
5. Steam Injection
♨Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu.
6. Suhu (Temperature)
♨Pastikan anda tahu jenis suhu oven anda untuk mengetahui jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih anda semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz oven itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.
MW: Semoga perkongsian ilmu mengenai oven ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak beli oven baru, atau dah sedia ada oven di rumah, boleh fahamkan fungsi-fungsinya terlebih dahulu sebelum digunakan iya.
Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya puas hati berbaloi, lebih segar, terjamin kebersihan dan kesuciannya. Tak perlu lagi ragu-ragu dengan proses pembuatannya. Bukan apa jika beli di kedai, selalunya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya. Boleh guna teknik rebus, kukus atau sangai.
Boleh ikut cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Faizah Husain sebagai panduan.
Udang kering homemade. Kalau nak dikira berbaloi ke tidak buat sendiri saya rasa berbaloi.
Walaupun sekilo udang bila dah dikeringkan hanya tinggal 200gm tapi di pasaran harga 200gm pun 20 ringgit. Saya beli udang basah ni 8 ringgit sahaja.
Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri. Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.
Bahan-Bahan:
1kg udang merah kulit keras
1 sudu garam kasar
1/2 cawan air
Cara Membuat:
1.Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood.
2. Udang yang dah siap basuh.
3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
4. Letak sesudu garam kasar. Garam ni supaya udang tidak busuk.
5. Rebus hingga air udang kering.Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
6. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven.
7. Masukkan udang dalam plastik. Saya lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di lantai/meja. Keluarkan dari dalam plastik tampi.
8. Inilah hasil kejadiannya. Udang kering buat sendiri. Udang ni dah bersih jadi asyik masuk mulut je. Sedappp.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...