Kalau batuk menyerang, perit dan sakitnya tak boleh nak bawa bincang. Sampaikan ada yang alami batuk sampai terkencing-kencing. Lagi satu, bila batuk, nak sembuh tu makan masa berminggu-minggu.
Lebih sedih, bila anak sendri yang batuk. Ada anak sampai termuntah-muntah dan tak tidur malam, dek batuk yang menyerang. Bukan sahaja ubat yang diberikan oleh doktor tetapi macam-macam caralah yang digunakan untuk hilangkan batuk.
Ada sesetengah berkongsi petua, cara nak hilangkan batuk. Namun, berapa lama berkesan dan ada yang tidak sesuai dengan cara itu. Last sekali, terpaksa berjumpa dengan doktor.
Memandangkan masalah batuk ini mengambil masa yang lama, bolehlah pembaca mencuba petua ini. Mudah-mudahan ia bersesuaian dan membantu hilangkan batuk dengan cepat. Perkongsian daripada Nurafrina Fatini
Alami Batuk Selama Sebulan
Saya ingin kongsi ubat batuk yang doktor sendiri bagi resipi ini. Memang tak nafikan, kalau batuk memang susah nak sembuh ambil masa sebulan. Siap sampai terkecing dan satu masalah bula bila nak solat. Cuba ubat batuk di farmasi, hospital dan klinik memang tak jalan.
Akhirnya, doktor yang memang saya berurusan sejak 18 tahun lalu, memberi resipi ini. Saya kongsikan ubat batuk cara tradisi.
Bahan-bahan:
3 cawan air
3 batang serai diketuk
Halia biar banyak sampai rasa pedas-pedas
2 helai daun pandan
1 ketul gula batu @ gula kerek
7 bunga cengkih (tambah sendiri)
2 batang kulit kayu manis (tambah sendiri)
5 hiris lemon @ lebih kurang ½ biji
Cara Membuat:
1. Rebus kesemua bahan kecuali lemon selama setengah jam.
2. Tuangkan air rebusan dalam termos dan perah hirisan lemon.
3. Minum ketika suam.
4. Jika ada lebihan air rebusan tadi boleh simpan dalam peti sejuk. Nak minum panaskan balik dan perah lemon.
Resipi doktor bagi ni bukan untuk hilangkan batuk sahaja tapi boleh kuruskan badan jika diamalkan hari-hari. Kulit cantik badan wangi..
Hanya bahan-bahan kat dapur ja tau..
Sihat dapat ..
Cantik dapat..
Sihat itu penting, cantik itu bonus. Kalau tak sihat macam mana nak cantik.
MW: Moga boleh membantu pembaca dan cuba. Bukan untuk hilangkan batuk tapi untuk kurus (satu bonus tu).
Kredit: nurafrina Fatini
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI