Masalah tikus yang tiba-tiba muncul dalam rumah kita memang buat mak-mak tak senang duduk. Mulalah fikir cara terbaik untuk halau tikus. Bukan apa, risau tentang penyakit yang pernah tular akibat kencing tikus, ada yang memboleh membawa maut.
Ini belum lagi makanan yang ada di dapur, habis dimakan. Sementelah dengan pakaian pun pasti ada yang digigitnya. Jenuh juga nak halau tikus dalam rumah sebab siang ia menyorok dan ‘bekerja’ waktu malam.
Cara yang biasa mak-mak halau tikus dengna memberi ubat tikus, bukan setakau halau tapi terus ‘mati’. Masalah yang dihadapi bila mati di tempat tersembunyi, satu kerja nak mencari bangkainya.
Jadi, jalan terbaik yang dikongsikan oleh Ana Mahabu untuk halau tikus adalah dengan menggunakan bahan dapur saja. Nanti bolehlah cuba nanti.
Cengkih juga merupakan salah satu rempah dapur yang mengandungi berjuta-juta manfaat kesihatan. Ia terbukti berkesan dalam memudahkan sistem pencernaan. Selain itu, cengkeh juga dipercayai dapat meningkatkan fungsi hati. Kemudian ia juga dapat menurunkan kadar gula dalam darah.Namun, manfaat cengkih bukan hanya untuk memasak atau untuk kesihatan saja.
Cengkih juga dapat digunakan untuk mengusir tikus yang berkeliaran di rumah.
Mungkin ada banyak cara yang dilakukan anda untuk menyingkirkan tikus ini dari rumah.
Biasanya, kebanyakan anda akan menggunakan racun atau perangkap.
Walau bagaimanapun, seringkali racun dan perangkap tidak berfungsi untuk membuat tikus mati atau berhenti berkeliaran di rumah.
Salah satu cara yang paling kuat untuk membuat tikus mati berbaring adalah, tikus sendiri sangat membenci bau cengkih.
Oleh itu, anda boleh meletakkan minyak cengkih di tempat-tempat di mana tikus melintas. Sehingga ketika tikus melewati tempat itu mereka akan menjadi lemah dengan bau cengkih.
Ads
Daun Pudina
Seperti diketahui, peppermint mengandungi sebatian mentol di dalamnya, menghasilkan aroma yang sangat kuat. Aromanya mampu merengsakan rongga hidung. Menggunakan pudina dalam menghalau tikus juga cukup mudah.
Cara pertama, anda boleh menanam pudina dan meninggalkannya di sekitar rumah.
Bau kemudian akan mencegah tikus masuk atau berkeliaran di tempat pertama.
Namun, apabila anda tidak menyukai rumah penuh dengan tanaman peppermint, anda boleh menggunakan minyak peppermint. Cukup semburkan minyak pudina di berbagai kawasan rumah yang biasanya di akses tikus.
Serbuk Koko
Tetapi siapa sangka bahawa ramuan yang satu ini dapat membasmi tikus sehingga mereka tidak kembali lagi. Caranya adalah dengan menaburkan serbuk koko di mana tikus biasanya muncul.
Gula Semulajadi
Menghilangkan tikus dengan membuat formula gula semula jadi.
Caranya adalah dengan menggunakan baking soda, tepung, gula dan air.
Baking soda sangat toksik bagi tikus dan gula bertindak sebagai umpan.
Masukkan formula gula di mana tikus dulu muncul dan mereka akan hilang dalam masa yang singkat.
Mingguan Wanita : Boleh guna bahan dapur saja. Moga bermanfaat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Memang ada benarnya, jika ‘bebird’ anak tersepit zip seluar, mak ayah mahupun cikgu di sekolah janganlah panik. Ada caranya untuk ‘lepaskan’ ia supaya tidak cedera.
Memang ngilu apabila membayangkan kulit nipis tersepit pada zip seluar. Situasi sebegini selalu terjadi bagi anak-anak kecil yang baru masuk ke sekolah rendah dan mula memakai uniform seluar yang mempunyai zip. Malah ‘tragedi’ ‘bebird’ anak tersepit zip seluar ini mudah berlaku lebih-lebih lagi jika anak tidak memakai seluar dalam.
Baca perkongsian daripada Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah apabila dalam situasi sebegini.
“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan. “Nape ni cikgu?” Tanyaku. “Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik. “Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu. “Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.” “Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?” “Ayah dia on the way ke sini, doktor”
Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.
Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.
Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.
Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;
1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.
2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit.
3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah.
Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.
KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL
1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit.
2. Cuba buka zip perlahan-lahan.
3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.
4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.
KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’
Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.
2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas.
Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.
2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.
KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima)
Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.
1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar).
2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).
3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap.
Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.
Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan.
Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit. Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah mahupun cikgu, jika ‘bebird’ anak tersepit pada zip seluar, janganlah panik iya. Kekal tenang dan cuba teknik mahupun cara yang dikongsikan oleh doktor ini.
Perkara pertama yang terlintas di kepala bila tengok dapur terbakar tentulah dengan mengambil air untuk padamkan. Tapi, sebaliknya bukan makin padam tapi makin marak.
Inilah kesalahan yang sering berlaku bila ada kebakaran di dapur. Dalam kepala hanya fikirkan air saja yang mampu padamkan api dan boleh selamatkan rumah dari terbakar.
Perkongsian daripada Abang bomba tentang cara nak padamkan dapur terbakar adalah dengan menggunakan tuala basah saja. Kalau guna air, ia boleh menyebabkan api makin marak.
Pesanan abang bomba dan tunjukkan cara padamkan api dapur terbakar.
1. Jangan padam dengan air.
2. Ambil tuala basah dan tekapkan pada kuali atau peralatan yang terbakar.
3. Tutup gas atau api dapur yang terpasang.
4. Angkat kuali atau periuk yang terbakar tadi ke tempat terbuka.
5. Angkat dan boleh lihat asap berkepul-kepul pada peralatan dapur.
Mingguan Wanita: Ingatan buat mak-mak. Jangan sesekali siram dengan air.
Harga bawang semakin mahal ni, memang kena berjimat dalam menggunakannya. Terutamanya jika mak-mak jenis yang selalu masak, masak hari-hari di rumah boleh ikut cara yang dikongsikan ini. Boleh kawal banyak mana bawang yang diperlukan, malah memudahkan dan menjimatkan masa memasak. Jadi tak perlulah nak kupas kulit bawang hari-hari, kisar je semua dengan minyak, boleh tahan 2 minggu dan tak mudah rosak mahupun berkulat.
“Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.”
Kredit Gambar : Shanishaiza Sabdin
Bahan Diperlukan:
3 labu bawang putih
3 biji bawang besar
minyak masak agak-agak
Cara Membuat:
Kisar kasar bawang putih dan bawang besar dengan minyak masak.
Info Ekstra!
*Boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup.
* Campur minyak sampai bawang tenggelam. Agak-agak blender tu boleh pusing.Kalau tak boleh pusing tambah air sikit-sikit.
*Bila nak guna waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepas tu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.
*Cara begini jimat bekas dan ruang boleh tahan 2 minggu setakat ni.
*Zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan. Kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.
MW: Semoga perkongsian tip dapur ini bermanfaat. Bila buat macam ni, bolehlah berjimat sebab kita boleh kawal banyak mana bawang yang di perlukan dan paling penting memudahkan waktu memasak.