Sesetengah orang cukup geli dengan lipas. Bukan apa pun, tapi sebab ia merayap dan suka terbang. Ini belum lagi bau busuknya. Kalau di rumah, tempat tinggal lipas dalam kabinet dapur. Tempat yang gelap.
Kadang-kadang, kalau mak-mak tak sedar, lipas dalam kabinet boleh beranak pinak. Lebih-lebih lagi dalam kabinet yang ada makanan.
Cara yang mudah adalah dengan beli ubat gegat untuk menghalau lipas dalam kabinet. Mungkin itu hanya sementara, selepas habis ubat gegat, mesti ia akan muncul kembali.
Apa lagi yang boleh menghalau lipas dalam kabinet, kalau dengan ubat gegat pun tak berkesan. Ada caranya. Inilah yang dikongsikan oleh Ummi Nas untuk halau lipas. Hanya gunakan rempah 4 sekawan. Boleh cuba.
Mungkin orang ingat, rempah 4 sekawan hanya digunakan dalam masakan. Sebenarnya, boleh guna untuk cara lain. Salah satunya tentulah menghalau lipas.
Ads
“Beberapa bulan lalu, semasa membuat sisihan di dapur dan membuang apa yang tidak berkaitan. Ada satu cara dan idea yang boleh membantu mengatasi masalah ‘cik pas’.
“Saya sudah cuba selama tia bulan dan alhamdulillah, kabinet dapur saya tidak diziarahi ‘cik pas’. Mungkin ia tak suka baunya. Selama tiga bulan inilah bayang lipas pun tak ada.
Caranya: Campurkan 4 sekawan dalam mesh net beg. Masukkan 4 sekawan di dalamnya. Biat dalam 3-4 mbeg dan letak dalam kabinet. Jangan lupa, lebihkan cengkih dan buah pelaga.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pahit manis menetap di Kuala Lumpur, saya kena redah juga supaya tak lupa yang saya dilahirkan dan dibesarkan di ibu kota.
Terlebih dahulu takziah buat semua ahli keluarga pelajar dan guru yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Quran Darul Ittifaqiyah, Datuk Keramat yang menyebabkan 23 orang terkorban.
Sebenarnya tak banyak beza dengan mereka yang lahir di luar bandar. Bezanya sejak kecil saya sudah tinggal di flat DBKL yang kini merupakan tapak pusat beli belah terkenal Mid Valley Megamall hinggalah kami semua dipindahkan ke Apartment Putra Ria.
Sewaktu zaman sekolah rendah dan masih tinggal di flat DBKL suasana kami membesar cukup berbeza walaupun rumah tersebut cuma ada dua bilik namun persekitaran masih menghijau. Bila pindah saja kawasan baru ternyata kami dikelilingi bangunan-bangunan tinggi.
Dari sekolah menengah saya dan rakan baik saya Shereena akan pusing-pusing KL dengan menaiki bas. Biasanya hari Sabtu kami berdua akan ke Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ketika itu kami berdua tak rasa takut sebabnya di KL masih belum ramai pekerja asing yang ada. Kami juga berjalan kaki dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Puduraya untuk mendapatkan bas pulang ke rumah. Mungkin sebab kami ni dah terbiasa setiap hari balik dari sekolah menengah kami akan berjalan kaki dari Masjid Negara ke Puduraya. Laluan utama kami pada waktu itu sudah pasti Dayabumi dan Central Market.
Itulah bezanya suasana di KL sewaktu saya bergelar remaja dengan kini. Mungkin disebabkan pembangunanan dan pemodenan negara hadirnya ramai warga asing yang kadang-kadang buatkan kita risau tentang tahap keselamatan. Tentang gejala sosial di bandar pula, saya tidak berdepan dengan masalah sebegini mungkin disebabkan cara didikan ibu bapa yang baik membuatkan saya berfikir cara pergaulan yang lebih ke arah positif. Maklumlah saya ni tak berapa banyak kawan sebab saya merupakan seorang yang agak pendiam dan pemalu.
Bila selesai zaman persekolahan saya sibuk pula dengan pengajian di universiti dan kemudiannya saya ke alam pekerjaan dan mendirikan rumahtangga. Cuma selepas bergelar ibu kepada tiga cahaya mata saya dan suami mengambil keputusan untuk tinggal di pinggir bandar dan menikmati kehidupan ala-ala desa.
Sekarang ni setiap hujung minggu anak-anak akan ke kandang kambing (kami baru membela 3 ekor kambing yang usia kambing baru 4 bulan). Setiap petang pula mereka akan bebas bermain bola sepak atau aktiviti riadah lain di depan rumah. Berbeza sewaktu kami tinggal di tengah-tengah bandar mereka tidak bebas keluar rumah dan hanya bermain di koridor rumah. Mungkin ada yang beranggapan budak bandar ni akan menjurus kepada aktiviti sosial namun saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan semuanya bergantung kepada didikan dan kewarasan dalam pemikiran.
Senang saja jika ada rakan yang mahu kita melakukan perkara negatif, maksudnya dia bukanlah rakan kita, buang saja dia dari senarai kita agar tidak menyusahkan dan membuatkan kita terjebak melakukan perkara yang memudaratkan. Oklah itu saja perkongsian saya kali ini. Paling penting saya bangga jadi anak jati KL.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila anak demam, perkara pertama yang mak-mak akan buat adalah guna tuala basah untuk diletakkan di atas kepala atau dahi anak. Maklum, hati mak-mak memang tak tenang. Risaunya tak payah cakap. Kalau boleh biarlah demam tu beralih pada mak.
Selalunya, kalau anak demam, mak-mak pasti akan basahkan tuala dan tepek atas kepala atau dahi anak. Kononnya dapat kurangkan haba panas dalam badan anak. Sementelah ada juga mak ayah bila demam akan selubung satu badan supaya haba panas keluar.
Tak kurang juga, ada mak-mak akan mandikan anak bila tengok suhu anak demam tinggi. Rupanya, cara yang mak -mak buat selama ini salah. Bukan untuk lepaskan haba tapi ada risiko lain yang menunggu.
Dengar apa yang doktor ini pesan. Sekadar untuk pengetahuan kita bersama.
Terdapat dua sebab kenapa kita tak pakai tuala basah pada anak-anak.
1. Haba panas akan perangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba panas itu keluar dari badan.
2. Kalau pakai, ia tak lama sebab anak akan tepis dan buang. Tak selesa.
Paling efisen untuk keluarkan haba panas dari badan anak adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak. Sudah tentu anak tak boleh tepis.
Salah satu sebab juga elak menggunakan tuala basah pada kepala anak kerana ia menghalang haba keluar dan terperangkap di bawah tua. Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik. Jadi, mak-mak kena ‘jerlum’ air pada kepala anak setiap 5 minit.
Lagi satu, mak-mak jangan kelam kabut untuk terus mandikan anak atau rendam kaki dalam air bila tengok suhu anak tinggi sebab ia boleh menggigil dan naik ke kepala.. Bahaya.
Boleh mandikan selepas diberi ubat, ‘jerlum’ air pada kepala. Mungkin dua tiga jam selepas itu.
Mingguan Wanita : Itulah yang selalu mak-mak buat. Tepek tuala basah pada dahi atau kepala. Lepas ini kena ‘beringat’ ye..jangan buat macam tu, kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Minta dijauhkan.
CARA Simpan LENGKUAS Mudah Guna, Elok Tak Melekat Tahan Berbulan! Lengkuas antara bahan dapur yang sering digunakan dalam masakan. Selalunya kita guna sedikit sahaja, baki lengkuas jadi lembik dan busuk jika salah cara simpan.
Ada caranya untuk menyimpan dengan betul lengkuas ni supaya tahan lama berbulan dan mudah digunakan ketika memasak nanti.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Faizah Husainini sebagai rujukan;
Petua simpan lengkuas. Saja la nak share petua dapur. Rasanya ramai yang dah tau tapi takpe Kakzah bagitau pada hak muda-muda ni.
Lengkuas ni kegunaannya agak jarang juga kan, tapi kalau takde lengkuas tak sedap singgang dan rendang kamu tu dikk. Bau lengkuas ni kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.
Lengkuas yang jual kat kedai tu seketul gedabak besaq. Nak guna 5/6 hiris je. Ni Kakzah ajar cara nak simpan lengkuas.
Cara-Caranya:
1. Basuh kesan-kesan tanah dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Keluarkan dari peti beku terus je masukkan dalam bekas tipuware atau plastik ziplock. Masukkan cepat-cepat sebelum lengkuas berair. Tujuan bekukan supaya bila kita nak ambil untuk masak lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3/4 keping.
4- Simpan semula dalam peti beku. Tahan selamanya jika anda tak gunakan untuk memasak. Tahan lama dan lebih mudah cara ni berbanding rendam dalam air dan kena tukar air selalu.
Video 1
Proses membekukan lengkuas dan proses nak simpan dalam tipuware.
Video 2
Lengkuas yang dah lama simpan dalam peti sejuk beku. Nak guna ambil je. Tak perlu defrost semua sebab dia tak melekat.
Sekian dari Kakzah dengan ilmu yang tak seberapa ni.
Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Jadi bila beli lengkuas, boleh simpan begini tahan berbulan. Elok tak melekat malah mudah nak gunakan untuk memasak nanti.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...