Bagi mak-mak yang di kawasan perumahan dan ada lebihan tanah di bahagian tepi, mesti rasa ‘rengsek’ bila tengok rumput tumbuh dengan cepat. Baru saja cabut tapi cepat pula ia naik balik.
Bukan apa bila rumput tumbuh banyak, dan panjang, risau ada ‘tetamu tak diundang’ terselit di situ. Lagi bahaya. Mungkin ada cara tertentu yang mak-mak boleh buat supaya ia tidak tumbuh dengan cepat atau terus jadi tanah lapang.
Begitu juga kalau nak gunakan tanah yang sekangkang kera itu untuk menanam. Mesti kena buang rumput yang tumbuh itu. Kalau dibiarkan lama-lama, mulalah cepat ia tumbuh.
Baik kawasan rumah mahu pun kampung atau kebun sekali pun, mak-mak cuba petua ini untuk elak rumput tumbuh. Paling kurang pun. Dengan guna petua ini ia boleh tahan sampai 8 bulan untuk tumbuh yang baru.
Boleh cuba perkongsian daripada Sifu Durian ini untuk elak rumput tumbuh. Bahan yang digunakan pun, senang nak didapati.
Musim hujan biasanya rumput akan tumbuh lebih cepat berbanding musim panas, jika dibiarkan boleh mengundang binatang berbisa seperti ular.
Jika di kebun buah-buahan pula, pokok yang masih kecil seperti durian akan terbantut oleh rumput-rumpai yang lebih tinggi.
Terdapat 7 petua hapuskan rumput dengan cepat dan berkesan dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dalam rumah iaitu:
1. Ajinomoto – BOLEH BELI DI SINI
2. Cuka Makan — BOLEH BELI DI SINI
3. Garam halus – BOLEH BELI DI SINI
4. Serbuk cuci pakaian – BOLEH BELI DI SINI
5. Belerang – BOLEH BELI DI SINI
6. Clorox – BOLEH BELI DI SINI
7. Diesel – 8 bulan baru keluar rumput, lebih sesuai untuk kebun kelapa sawit, yang mempunyai kawasan yang luas, cuma kosnya agak mahal sedikit tapi cukup berbaloi.
Untuk dapatkan kesan yang mujarab, anda perlu campurkan dengan racun rumput. Biasanya boleh dibeli di kedai pertanian atau secara online.
Campurkan Dengan Racun Rumput
Racun rumput yang biasa digunakan adalah jenama Harras, semua rumput mati sampai ke akar-akarnya.
Antara jenama jenama lain adalah seperti Gramoxone, Anchon, Paraquat, Round Up, Sintry dan sebagainya.
Ads
Kalau nak lagi power tuang kesemua 7 bahan diatas dalam tangki pam dan campur dengan racun rumput, rumput tak tumbuh hingga 8 bulan.
Sebaiknya jika nak guna racun rumput hanya untuk tujuan yang betul PERLU seperti kawasan ladang getah atau kelapa sawit yang luas.
Untuk kawasan tanaman seperti sayur dan buah-buahan rasanya boleh guna Cuka Kayu untuk kawal serangga dan tidak perlu gunakan racun kimia kerana ia boleh merosakkan struktur tanah dan memudaratkan kesihatan.
Sebaiknya mulakan kebun mini anda sendiri, tak perlu guna racun kimia, amalkan penggunaan bahan organik yang lebih menyihatkan tubuh badan.
Mingguan Wanita : Kalau ada kebun kecil, elok guna petua ini. Apa yang dipesan, kalau biarkan rumput tumbuh takut bantutkan anak pokok tanaman
Ads
Kredit: Sufidurian
Menarik Lagi DI SINI
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Cantik betul pintu gerbang bunga kertas yang dihasilkan sendiri Mahadir Hj Han ini. Cukup unik untuk mencantikkan laman kediaman jenis atas tanah ini.
Rupanya dahan pokok bunga kertas ini boleh dibentuk asalkan ada acuannya yang betul. Tapi tak semua jenis bunga kertas ya. Ada jenis-jenisnnya yang sesuai. Macam yang dilakukan Mahadir, dia menggunakan kerangka besi untuk merealisasikan ideanya itu.
Kata Mahadir lagi, “caranya cukup mudah.” Haa.. nak tahu mudah ke tak nak buat gerbang bunga kertas berwarna-warni ini, lanjutkan pembacaan untuk fahamkan proses pembuatannya.
Cara Hasilkan Pintu Gerbang Bunga Kertas
1. Gunakan pokok yang telah dibuat cantuman lebih cepat dengan pelbagai I’d (Saiz Polibeg).
2. Elakkan guna I’d seperti sireh Junjung atau Ekor musang sebab jenis ni keras memanjang dah susah utk dilenturkan atau dibentuk. Gunakan I’d yang menjalar.
3. Bina kerangka besi.
Semasa proses pembesaran pokok bunga kertas berlaku, susun dahan mengikut kerangka besi.
Raya tak lama lagi, mesti dah ada senarai rumah saudara mara dan kawan-kawan untuk pergi beraya nanti. Maklumlah dah berapa lama tak dapat lalui amalan kunjung mengunjung ni.
Tak kisah pergi beraya rumah adik beradik, saudara mara atau kawan-kawan sekali pun. Tapi kena jaga adab atau kejadian yang tak diingini berlaku. Daripada nak eratkan silaturrahim boleh jadi isu atau mengata pula, takutnya bermasam muka.
Sebelum pergi beraya, lihat panduan yang diberikan oleh Akhtar Syamir ini. Boleh memberi manfaat agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Pergi Beraya Untuk Beraya Bukan Balik Bermasam Muka
Raya nanti, sudah tentulah ramai yang akan pergi beraya dengan ziarah menziarahi antara sesama saudara, adik beradik dan rakan taulan.
Tetapi, saban tahun kita sering mendengar kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku tatkala musim perayaan tiba. Ada yang tv pecah, gelas pecah, pinggan mangkuk pecah, kecurian, kehilangan barang, kehilangan duit, kerosakan harta benda seperti sofa terkoyak dipijak anak, karpet kena muntah dan berak anak serta lain-lain kejadian yang tidak diingini.
Hasilnya, amalan ziarah menziarahi yang sepatutnya mengeratkan silaturrahim bertukar menjadi sesuatu yang meninggalkan kesan yang tidak baik. Ianya diakhiri dengan situasi tegang, tuduh menuduh, memendam perasaan dan mengata antara tuan rumah dan yang datang beraya.
Marilah jadikan senarai ini sebagai panduan apabila beraya di rumah orang lain.
1. Sedarlah yang anda sedang berada di rumah orang lain dan bukannya rumah sendiri. Penting untuk tetapkan perkara ini di dalam kepada sebelum berkunjung ke rumah orang supaya kita sentiasa dalam keadaan yang bersedia dan tidak keterlaluan walaupun di rumah adik-beradik sendiri.
2. Jangan masuk ke dalam bilik tuan rumah tanpa kebenaran. Bilik tuan rumah ialah satu tempat yang paling tidak patut untuk dimasuki kerana di dalam bilik selalunya ada barang-barang sulit dan segala benda yang tuan rumah tidak mahu tetamu tahu. Kat dalam tu la ada pakaian dalam, tuala, baju kotor, barang-barang yang tak sempat dikemas, katil tempat tuan rumah beradu dan barang-barang berharga yang lain. Ini untuk mengelakkan tuan rumah malu dan kebarangkalian lain yang tidak baik.
3. Jangan buka peti ais tuan rumah macam rumah sendiri. Ini juga satu hak milik peribadi tuan rumah. Dalam tu la ada makanan, minuman, lauk pauk semalam, kelmarin dan lain-lain lagi yang tuan rumah tak nak tetamu lihat. Kadang-kala peti ais tu pun dalam keadaan yang tidak terlalu bersih, jadi bahan umpatan tetamu pula. Kan tidak elok begitu?
4. Anak-anak adalah tanggungjawab ibu-bapa. Pusing la macam mana pun, anak ramai ke, tak nampak ke, tak perasan ke, tidak boleh dijadikan alasan. Apa juga yang anak anda lakukan adalah tanggungjawab anda sebagai ibu-bapanya. Anak yang kecil tidak boleh dipersalahkan kerana mereka ada yang belum boleh berfikir dengan matang lagi, tetapi ibu-bapanya boleh. Perlu ada rasa tanggungjawab dan perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
5. Jika ada yang rosak atau yang pecah, jangan lari dari tanggungjawab. Ganti, bayar dan minta maaf serta pujuk tuan rumah sebaik mungkin. Yang rosak dan yang pecah itu adalah hak milik serta harta tuan rumah. Kita tidak tahu nilai barang itu bagi tuan rumah. Mungkin ianya satu kenangan yang tidak mungkin dapat dikembalikan lagi. Perlu rendah diri dan minta maaf secara bersungguh-sungguh. Kita telah ambil sesuatu dari kehidupan mereka. Tolong faham.
6. Apabila tuan rumah menegur, dengar dan jangan marah atau terasa. Selalunya tuan rumah akan lebih peka dengan barang-barangnya sendiri berbanding orang yang menziarahi. Jika tuan rumah tegur anak kita supaya jangan melompat-lompat di sofa, tak kira la sofa tu harga RM15,000 atau RM500, cegah terus anak itu. Jangan sekadar melihat je, jangan sekadar memberi alasan yang anak itu “budak, biasalah main-main”. Dan yang paling penting ialah jangan sentap pulak. Orang tegur supaya tak jadi perkara yang tak elok. Jangan kita pulak sentap, siap perli tuan rumah lagi. Memang sangat menyakitkan hati perangai sebegini.
7. Jangan nak komen sangat pasal rumah orang. Deko tak kena la, warna terlalu garang la, rumah panas la, penat duduk bawah la, makanan tak sedap la. Apa yang kita minat, apa yang kita suka tak semestinya sama dengan pemikiran orang lain. Manusia ni diciptakan berbeza-beza. Ada orang suka merah, ada yang suka kuning. Rumah dia, biarlah dia nak warna pink pun peti ais dia. Kita tak perlu nak sibuk sangat…
8. Bagitau dulu sebelum nak datang. Walaupun sekarang musim hari raya, tak semua orang sentiasa bersedia dan tak semua orang mampu menyambut tetamu sepanjang masa. Keadaan dan situasi orang kita tak tahu. Tak boleh gunakan alasan “Aku nak ziarah, bukan nak tengok sofa kau”. Kena faham yang setiap keluarga perlu jaga aib mereka. Anda mungkin rasa tiada masalah, tetapi mereka malu.
9. Kita kenal keluarga kita sendiri. Jika kita ada anak yang hebat, kita kena kawal sentiasa. Bersedia dari awal, nasihat anak dari awal. Kalau yang jenis tak makan saman tu, peganglah awal-awal. Jangan biarkan mereka bebas usik sana sini, pegang itu ini, lompat situ sini. Tuan rumah tak semestinya faham anak kita. Kita yang kena bersedia dahulu.
10. Jangan duduk lama-lama sangat. Dari Zuhur sampai ke Maghrib ada lagi. Tuan rumah nak melayan orang lain juga. Datang untuk ziarah, bukan untuk jadikan macam homestay sampaikan tetamu lain dah ingat anda ni duduk kat rumah tu dah. Satu cara paling mudah nak tahu bila dah sampainya masa untuk beredar ialah apabila tuan rumah dah takde cerita nak berborak dengan anda. Bila keadaan tu dah senyap, bila dah selesai makan, pandai-pandailah beransur ye. Tapi kalau anda dari jauh, lain ceritanya. Mungkin nak tumpang solat dan lain-lain.
11. Jangan terlalu santai di rumah orang. Sofa orang tu ada satu je, tapi kita boleh pulak baring melintang sampai orang lain pun tak boleh nak duduk. Bantal kat sofa tu pun untuk hiasan sebenarnya, bukan untuk baring tidur. Perabot tuan rumah pun jangan la kita jadi pakar deko nak ubah sana sini pulak tau.
12. Gunakan tandas dengan berhemah. Kalau terpaksa guna untuk yang tak tahan nak memerut tu, bersihkanlah sebersih boleh. Mati tak bernafas orang yang nak guna lepas tu. Dan jangan lupa juga, lepas guna tu tutup pintu dan padamkan lampu. Oh, berus gigi tuan rumah jangan pakai tau. Hahahaha.. Kerja gila..
13. Kalau tuan rumah ada binatang peliharaan, tolong la jaga anak dan jaga diri sendiri. Paling utama kena tahu kebersihan diri sendiri. Kebersihan binatang peliharaan tu pun kena tahu jugak. Perkara ini boleh membahayakan diri dan binatang kesayangan tuan rumah itu juga. Kalau anak kita lasak, tolong la jaga. Ingat kan kes kucing mati sebab tetamu tu? Kesian sungguh kan? Harap tidak berulang lagi.
14. Jangan makan sampai pecah perut. Berpada-padalah terutamanya makan kuih raya tuan rumah. Jangan samakan dengan makan nasik. Habis sebalang kuih orang tu. Orang lain nak makan pun terpaksa tambah. Akhirnya dia jugak yang menghadap lagi. Hahaha.. Masalah sungguh.
Perkara seperti ini nampak mudah dan sepatutnya semua orang boleh faham kan? Percayalah yang tak semua orang faham. Ada je yang rasa benda ni tak perlu ambil tahu.
Semoga senarai ini dapat dijadikan panduan buat semua. Semoga tiada lagi kes-kes yang tidak baik terjadi. Musim perayaan ini kita sambutlah dengan kegembiraan dan bukannya bermasam muka. Boleh?
#BroOhsem
Mingguan Wanita : Paling penting jangan buat rumah orang macam rumah kita. Jaga adab masa berkunjung.
Senang sangat rupanya nak tanam halia sendiri di rumah. Potong ikut tunas, 6 bulan dah boleh tuai halia muda yang segar untuk dibuat bahan masakan. Memang jimat belanja dapur. Mak-mak yang minat berkebun, boleh cuba tanam sendiri je di laman rumah. Tanam dalam guni, pasu besar atau polybag besar pun boleh sangat.
Ikut panduan tanam halia seperti yang dikongsikan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan ini sebagai rujukan.
Halia salah satu bahan utama dalam hampir setiap masakan kita, mesti ada simpan halia yang berbaki dalam peti ais atau dalam bakul bawah dapur.
Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
Nak tahu cara caranya sila tengok gambar ya.
1.Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia.
2.Kemudian potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh. Kalau tunas tu ada mata and tanda nak keluar, tu pun boleh guna juga. Success rate guna tunas yang dah keluar better chance of growth.
3.Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Boleh beli dari nursery jual tanaman atau kedai jual baja.
Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan.
Kegunaan racun kulat, nak pastikan tunas halia tiada jangkitan kulat untuk elakkan pokok halia terbantut atau mati nanti. Tak pakai pun tak pe, cuci tunas halia bersih bersih kemudian jemur sekejap sebelum ditanam.Saya guna racun kulat sebab saya tanam banyak, sampai 100 tunas sekali.
4. Kemudian keringkan.
5. Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeatyang basah. Boleh juga guna tanah yang “loose” supaya halia senang membesar.
6. Kambuskan nya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
7. Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.Tak perlu tebuk lubang bahagian bawah guni sebab guni ni tak berlapik. Boleh juga guna pasu besar atau polybag besar (boleh beli kat nursery). Dah usia 3 bulan.
Ada air cuci ikan boleh bagi, cepat gemuk halia nanti.
9. Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan total).Saya guna baja cecair AB dan baja organik SY33.
Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda. Selamat mencuba. Tanam halia ye.
Selamat mencuba
Bebiyana Tambi Khan
JOM kita tanam halia
Mingguan Wanita: Seronok lihat pokok halia ni segar sangat dan menjadi sungguh. Mudah je nak tanam pokok halia sendiri di rumah, jimat belanja dapur. Ikut cara yang dikongsikan ini.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...