Bubur kacang hijau, sedapnya bila makan sejuk-sejuk. Nak buat pun tak adalah susah sangat pun. Ada sesetengah mak-mak akan rendam dahulu kacang hijaunya sebelum dimasak, barulah lembut.
Waau bagaimanapun, bubur kacau hijau kalau dimasak tak kena cara boleh membuatkan kacangnya hancur dan tak seronok pula bila nak memakannya.
Ada macam-macam cara dan petua yang selalu mak-mak gunakan untuk buat bubur kacang hijau. Sesetengahnya letak daun pandan untuk naikkan bau yang semerbak.
Kali ini, perkongsian daripada No Or untuk sediakan bubur kacang hijau yang sedap dan wangi. Lagi satu, petua yang dia gunakan ini, tak perlu rendam pun, cukup dengan sangai kacang hijau itu terlebih dahulu.
“Bila petang-petang, mulalah fikir nak buat hidangan apa untuk minum petang. Perut pun minta diisi. Memandangkan baki kacang hijau masih ada, bolehlah dapat satu periuk bubur.
“Resipi yang digunakan ini istimewa dan mungkin lain dari yang lain. Tak kisah pun.
Ads
“Ada sesetengah otang akan rendam kacang hijau terlebih dahulu, selepas itu, barulah direbus. Bezanya, resipi ini kacang hijau digoreng tanpa minyak atau sangai dulu. Ini resipi dari arwah opah dulu.
BUBUR KACANG HIJAU SEDAP WANGI
Bahan:
2 cawan kacang hijau
1 ketul gula melaka / gula kabung
1 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula putih
3 sudu besar sagu (pilihan) – basuh dan rendam
Santan – Guna santan kotak je 200 ml + 1 cawan air.
Secubit garam
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Pilih kacang, buang yang hitam atau rosak mungkin ada batu.
2. Basuh bersih dan toskan sekejap.
3. Goreng kacang tanpa minyak (sangai) sampai keluar bau wangi kacang.
4. Masukkkan 2-3 cawan air ke dalam periuk. Masukkan kacang yang dah di goreng tadi.
5. Kemudian, masukkan daun pandan. Rebus sampai kacang lembut.
6. Kemudian masukkan gula putih, gula merah dan gula melaka ke dalam periuk kacang tadi.
7. Kacau sampai semua gula cair dan larut.
8. Kemudian masukkan santan, sagu dan garam.
9. Masak hingga didih dan sagu elok masak. Kacau-kacau ye, jangan sampai santan pecah minyak pulak.
10. Bila dah siap, boleh lah hidangkan, kalau nak makan panas panas. Tapi ada juga yang suka makan bubur sejuk sejuk.
Ads
Selamat mencuba!
#DariDapur
Mingguan Wanita : Sedapnya. Ada juga yang suka masukkan isi durian. Terus diet ke laut ye!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Tak dinafikan bahan-bahan yang berkualiti mempengaruhi rasa, kelembapan dan kesedapan kek yang kita buat. Terutamanya jenis dan kualiti butter atau mentega yang digunakan. Seeloknya jika nak jadikan kek bertambah sedap, gunakanlah butter yang ‘mahal’ sikit, mempunyai kandungan bahan-bahan yang lebih berkualiti.
Jika mak-mak selalu buat cheese cake yang plain(kosong). Boleh cuba tambah filling pula untuk bertambah sedap dan menaikkan seri kek.
Boleh cuba resipi “Kek Butter Cheese Blueberry” yang dikongsikan oleh Puan Ct Noriezan ini.
“Tajuk kek ni “Kek Butter Cheese Blueberry” panjang nau nk nyebutnya. Alhamdulillah… Kejadian yang sangat sempurna..”
Bahan-Bahan:
250g butter anchor (ape-apa brand pon tak kesah) nak sedap pakai la yg mahal sikit
250g cheese tatura
1 1/4 Cawan gula kastor
2 1/4 Cawan tepung naik sendiri
1/3 Cawan susu full cream
3 biji telur A
Esen vanilla (sis pakai butter vanilla.. 1 umah bau wangi)
Filling blueberry secukupnye
Cara Membuat:
1.Panaskan oven 180°c dan gris loyang 9×9 dengan shortening
2.Pukul butter + gula + Esen vanilla sehingga berkrim. Kemudian masukan telur satu persatu dan pukul lagi sampai sebati.
3.Masukan cheese pukul sebati dan masukan susu full krim tadi.Pukul lagi sehingga sebati.
4.Akhir sekali masukan tepung yang telah diayak dan pukul lagi.
5.Masukan adunan tadi 2 atau 3 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
6.Kemudian letak blueberry filling menggunakan sudu kecik.(dot dot)
7.Masukan lagi adunan tadi dan ulang sehingga habis.
8.Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam atau sehingga masak.
MW: Bagi mak-mak yang suka Cheese Cake, boleh cuba buat nanti di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Penting beli butter yang mahal sikit, lebih berkualiti dan sedap rasanya.
Cantiknya bentuk kejadian Popia Riben atau Popia Bunga Viral yang mendapat perkongsian hampir 20,000 di page Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia merupakan cetusan kreativiti oleh Puan Zura Zul dalam menghasilkan kudapan popia yang bukan sahaja sedap dan rangup malah cantik pula dipandang. Menurut beliau, meskipun popia ini simple je bahannya tapi agak sedikit renyah cara membuatnya.Namun yang paling penting anak-anak pun mesti suka dengan popia ini.
Berikut antara perkongsian oleh beliau yang mak-mak bolehlah cuba buat sendiri untuk anak-anak nanti.
“Simple..tapi sedikit renyah nak buat..Popia Riben/bunga..anak-anak memang suka..laju jer deme makan.”
Bahan-Bahan:
Kulit Popiah
Sosej
Minyak untuk menggoreng
Straw Besar
Cara Membuat:
1.Potong sosej agak-agak tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal.
2.Ambil straw besar, tekap pada sosej untuk buat lubang tengahnya.
3. Ambil kulit popia saiz kecil dan dipotong dua.Lipat-lipat buat macam buat kipas.
4.Ambil pula sosej tadi dan masuk ke dalam kulit popia bahagikan sama bahagian tengah.Cuba kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
5.Kemudian boleh digoreng sehingga kekuningan..boleh cicah dengan sos cili.. atau makan gitu-gitu pun sedap..rangup.
Bagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap, lembut dan gebu ni. Bila buat sendiri memang lebih puas hati makan. Mudahnya ikut resipi ni guna sukatan cawan je, tak perlu nak guna alat penimbang. Kena pastikan adunan direhatkan dalam 30minit hingga satu jam antar tip kuih seriayu ni lebih gebu.
Nak buat makan-makan, ada kenduri, jamuan sekolah anak, atau untuk minum petang boleh buat kuih ni. Sesuai sangat.
Boleh cuba resipi Puan Zurina Kifli ini sebagai rujukan.
“Saya jual 45 sen je sebiji Seriayu ni,tu pun ada yang mintak kurang.Guna santan fresh,jus pandan pun fresh.SERIAYU PANDAN lembut gebu ni memang renyah sikit nak buat,tapi berbaloi bila costomer puas hati. Lemak manis sesedap rasa,harum semerbak bau pandan mengikat selera customer.Alhamdulillah, sentiasa ada permintaan.”
PUTERI AYU@SERIAYU PANDAN GEBU
Sukatan Cawan minum teh & gram
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A@B
300gm tepung naik sendiri@ anggaran 2 setengah cawan (2 dan 1/2 cawan)
1 cawan gula castor
1 sudu makan membukit ovalette
1/2 sudu teh Emulco @ Esen kelapa pandan
1 dan 1/4 cawan campuran santan Kara dan jus pandan pekat@250ml
(200ml santan Kara+50ml jus pandan pekat) kacau dan campurkan 1/2 penutup pewarna hijau epal serta setitis pewarna kuning telur.
**Hiris halus dan blend 6 helai daun pandan bersama sedikit air, tapis dan ambik 50ml jus pandan pekat @ 1/4 cawan.
**Jika guna tepung gandum@superfine tambah 1 sudu teh Baking powder dan ayak bersama.
**Boleh juga guna santan @susu cair sepenuhnya. Jika tak ada daun pandan, letak ja Emulco @Paste pandan ye.Tetap harum semerbak baunya.
**kelapa parut putih digaul sedikit garam dan 1 sudu makan tepung ubi@tepung jagung untuk isi pada dasar acuan.
Cara Membuat:
1.Sebelum mula mengadun panaskan kukusan terlebih dahulu.
2.Isikan sedikit kelapa dan tekan bagi padat-padat dalam acuan puteri ayu yang telah disapu sikit minyak.(Yang ni selalu saya buat lepas adunan siap. Biar adunan rehat sekejap sementara siapkan kerja-kerja mengisi kelapa ke dasar acuan).
3.Mulakan mengadun dengan speed perlahan. Pukul telur dahulu hingga berbuih, masukkan emulco, ovalette dan gula sedikit-sedikit sambil mix sebati.
4.Bila ovalette dah tak kelihatan terus naikkan ke speed paling tinggi. Putar lebih kurang 10-15 minit dengan kelajuan tinggi sampai adunan naik sehabis tinggi, adunan kelihatan bertanduk bila diangkat pengadun…gebu berkrim.
5.Slowkan mixer ke speed 2 dan masukkan pewarna.Terus masukkan santan tadi sedikit-sedikit berselang seli dengan tepung secara bertahap. Dimulai dengan santan akhirkan juga dengan santan.
6.Sambil-sambil tu kacau dan sisip adunan yang melekat pada tepi-tepi mangkuk. Matikan mixer, kacau perlahan adunan hingga sebati.Nak puteri ayu lagi lembut gebu, rehatkan adunan lebih kurang 30 minit hingga 1 jam sebelum kukus.
7.Panaskan atau kukus acuan berisi kelapa sekejap kemudian baru isi adunan separas acuan.Kukus selama 7-10 minit ikut saiz acuan,api sederhana.(Kukus kelapa terlebih dahulu agar kuih tahan lama dan kelapa tidak mudah masam. Dua hari kat luar tanpa simpan dalam peti ais puteri ayu masih ok).
8.Cukup masa mengukus keluarkan acuan puteri Ayu dari pengukus,biar suam sedikit kemudian picit-picit tepi sekeliling acuan supaya puteri ayu lekang dan mudah ditanggalkan. Bolehlah keluarkan puteri ayu dan hidangkan.
Tips Penting!
Pastikan ovalette masih baik iaitu berwarna kuning gold berkilat-kilat. Kalau warna nampak kusam dan pudar nanti kuih tak naik gebu. Perkakas yang akan digunakan juga pastikan kering.
Saya suka blend daun pandan dengan kelapa dan perah ambik patinya 250ml.Lagi lemak dan harum semerbak Kuih Seriayu.
Telur juga masih dalam keadaan baik atau segar iaitu kuning telur tidak cair atau tak pecah berair.
In shaa Allah.Ikut semua tips yang saya berikan tu, pasti menjadi Seriayu@Puteri Ayu yang lembut gebu.
MW: Terima kasih berkongsi resipi kuih yang dibuat jualan. Sedapnya kuih puteri ayu ni, boleh cuba buat sendiri nanti di rumah untuk makan sendiri atau dibuat jualan untuk pendapatan sampingan pun boleh sangat.
Sumber:Zurina Kifli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.