Cili kisar, salah satu keperluan yang mesti ada dalam peti ais mak-mak. Nak tak nak mesti akan digunakan dalam setiap masakan.
Ada sesetengah mak-mak rasa beli cili kisar kat kedai senang dan cepat. Terus boleh guna. Tak kurang juga mak-mak yang lebih suka buat sendiri cili kisar homemade ini.
Maklum saja, cili kisar yang dijual sesetengahnya pesdas sangat dan tak kurang juga warnanya pun tak semerah yang diinginkan.
Bagi mak-mak yang selesa buat sendiri cili kisar, keberangkalian untuk tahan lama mungkin hanya dua tiga hari. Lepas itu mulalah masam dan berkulat. Tak tahan lama.
Bagaimana nak bagi cili kisar yang mak-mak buat sendiri ini tahan lama. Jangan risau boleh ambil petua daripada Mim Yusof ini dalam membuat cili kisar tahan lama dan tak berkulat.
“Kali ini nak kongsi petua nak bagi cili kisar tak berkulat dengan cepat. Biasa yang saya buat tahan berbulan-bulan dalam peti ais, tidak berkulat atau pun masam”
Bahan-bahan: Lada kering Bawang putih Air yang ditapis (Boleh guna air coway atau jenama apa sekalipun, asalkan air tapis)
Ads
1. Gunting kecil-kecil lada kering, basuh bersih dan buang bijinya. Anggaran lada kering yang biasa guna sebanyak 400 gram.
2. Guna bawang putih sebanyak 3 labu, buang kulit dan basuh bersih.
3. Masukkan dalam kuali atau periuk cili kering tadi bersama bawang putih. Rebus sekali. Pastikan masa merebus gunakan air tapis. Elakkan daripada guna air paip
4. Rebus bahan tadi sehingga cili lembut.
Ads
5. Toskan dalam bakul. Tak perlu basuh sebab sudah rebus dalam air tapis. Kalau basuh sekali lagi dengan air paip, ia boleh menyebabkan kulat pada cili kisar tadi. Selepas itu, bolehlah kisar cili tadi bersama bawang putih. Gunakan air tapis juga.
6. Inilah hasilnya. Insya Allah tahan lama. Kalau nak mudahkan mak-mak, boleh simpan dalam bekas kecil-kecil untuk sekali pakai. Boleh buat stok.
Info: Penggunaan bawang putih ini penting sebagai pengawet dan bagi cili tahan lama dan tak berkulat.
Ads
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ini tak pernah letak bawang putih, apa kata masukkan sekali bawang putih. Paling penting jangan guna air paip, guna air yang ditapis.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Idea susun dan declutter barang dapur dalam kabinet bawah sinki ini dikongsikan oleh Lia Johari. Macam mana nak bagi kemas barang dapur dalam kabinet bawah sinki yang tiada rak atau laci. Dia gunakan rak kasut sebagai solusi.
Kongsinya, “akhirnya selesai hari ini declutter bahagian dalam kabinet bawah sinki. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh.
Disebabkan bahagian dalam kabinet takde rak atau laci. So saya mencari-cari idea yang sesuai dan jimat kos untuk susun atur. Maklumlah rumah kuarters. Kalau rumah sendiri boleh la buat permanent rack.”
Dalam kabinet tu banyak tersembunyi harta ismet ulam raja!
Idea Susun, Declutter Barang Dapur Dalam Kabinet Bawah Sinki
Bahagian lantai kabinet hanya simen. Takde tiles, rimas duk keluar habuk simen tu.. so saya letak tikar getah.
Untuk susun periuk belanga saya guna wooden shoes rack.
Saya juga banyak gunakan storage box untuk simpan item jarang guna bagi elak habuk dan risau dijilat si cicak durjana.
“Detail pasal barang-barang lain yang saya guna ada pada caption setiap gambar ya.” Katanya, dia juga banyak mendapat idea daripada grup #kemaswithhani yang disertainya.
Wooden shoes rack – Mydin. Yang 3 tingkat tu RM29 Yang 2 tingkat tu RM19. Saiz dalam 2 kaki panjang. Boleh juga cari di Mr.DIY, AEON, Tesco.
Kemas Barang Dapur Guna Rak Kasut, Storage Box
Sebelum
Selepas
Periuk belanga besar-besar susun kat sini.
Satu-satu nya kuali besar yang saya ada kuali wok. (Yang tergantung warna hitam)
Berat sikit tapi senang jaga sebab masak apa pun tak melekat. Tak perlu sental teruk-teruk nak bagi berkilat sebab dia dah memang sejak azali warna hitam.
Rak letak tutup periuk saya beli di Mr.Diy. Good quality. Besi tebal giler.
Bawah Sinki
Bahagian bawah sinki simpan stok sabun, magic sponge dan span pencuci pinggan.
Penyangkut besi, hook, bekas sabun – kedai Eco RM2.10.
Rak putih bawah sinki, beli di Shoppe. Tak disarankan letak benda berat.
Memang ada pelekat siap-siap.
Bekas hijau – kedai Eco RM2.10
Ada siap pita pelekat.
A few of set menghidang bila buat makan-makan.
Susunan Atas Table Top
Periuk Visions dan Corningware saya susun atas table top sebab hari-hari guna untuk masak.
Barang Jarang Guna Masuk Storage Box
Item jarang guna masuk storage box.
Guna Storage Ini..
Item yang sama, tapi harga yang berbeza.
Storage box tutup putih – Happy Home RM35
Storage box tutup hijau – Aeon. RM20 each. Masa tu offer.. rugi pulak rasa beli 2 biji jer.
Antara Yang Masuk Storage
Set untuk tetamu / jamuan masuk storage box.
2. Set pinggan mangkuk extra susun masuk storage box.
3. Set Cutleries Extra masuk storage box.
Bekas bertutup beli di kedai Eco.
4. Senduk-senduk extra masuk storage box
Atas Sinki
Rak letak sabun – ikea
Wire basket hitam letak span – shopee
Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan kali ini. Biar pun jadual berubah secara total, tetapi perasaan rindu pada bulan ramadan sukar diungkap. Maklumlah bila memiliki keluarga, segalanya perlu dirancang teliti termasuklah menu bersahur dan berbuka. Tetapi mak-mak ni paling bimbang bilanya anaknya tidak mahu bangun sahur, takut tiada tenaga nak habiskan puasa satu hari.
Tahun ini anak sulung saya, Syaqif Aryan telah mencecah tujuh tahun. Jadi sedari awal kami laki, bini bagi tazkirah keramat pada dia mula berpuasa kali ini. Selama ini kononnya kecik lagi, so kali memang kena puasa apa cara sekali pun sebab sudah bersekolah.
Tengok kepada semangat tu, memang sampai bintanglah. Di hari pertama ramadan, bangun sahur tanpa dipaksa-paksa. Bangunnya pun mudah tanpa perlu digertak.
Nampak macam ready mental dan fizikal gayanya. Bila dihulur nasi tak mahu, katanya nak makan lemang yang daddynya bawa balik malam semalam. Layankan sahaja kemahuannya, habislah sepiring kecil yang terisi beberapa ketul lemang dan rendang ayam pedas.
Ibu dari awal, kenyang ke dia makan lemang jer, silap-silap angin budak ni. Tetapi kasihan pula nak dipaksa makan nasi, selesai makan dan minum air, sengaja suruh dia tidur semula. Lagi pula hari ini sekolah agama cuti. So bolehlah dia tidur lama sikit.
Walaupun dalam hati risau jugak mesti budak ni tak tahan lapar kalau di rumah adik-adiknya yang lain makan depan muka. Dengan hati berbelah bahagi, umi tinggalkan dia dengan harapan bapaknya mampu menghalang anaknya berbuka.
Tetapi harapan tinggal harapan, setelah ditanya dari semasa ke semasa, akhirnya tepat jam 11 pagi, Syaqif dengan rasminya berbuka puasa bila dia tengok lebihan lemang sahur tadi. Tak tahan daulat lah tu, hantu pulut. Mungkin mungkin depan dia mulai bersekolah pagi dan petang, dia dapat berpuasa dengan tempoh yang lebih lama. Harap-harapnyalah.
Budak yang berbuka jam 12 tengahari pada 1 Ramadan.
Tip Untuk Galakkan Anak Berpuasa
* Pastikan anak tidur lebih awal untuk memberinya masa yang cukup sebelum dikejutkan bangun sahar esoknya.
* Sediakan menu yang berkhasiat atau menu kegemaran anak untuk menu bersahur bagi mengalakkan anak mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
* Ingatkan anak agar mengambil air kosong lebih banyak di waktu malam agar dia tidak dehidrat.
* Berbincang bersama anak tentang menu berbuka setiap hari, agar menjadi pembakar semngat untuk dia teruskan puasa.
* Jangan patahkan semangat dan paksa anak berpuasa penuh di luar kemampuannya.
* Jika ganjaran diperlukan apa salahnya, sebagai umpan dia puasa penuh sepanjang ramadan.
Harapnya esok anak ummi dapat berpuasalah sepanjang hari. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi penggemar herba ‘Sweet Basil’ ada caranya untuk tanam sendiri pokok ini di halaman rumah. Mudah sangat hanya guna keratan batang daun sweet basil yang kita beli di pasaraya dan boleh terus tanam. Hasilnya pun puas hati, memang mudah dijaga dan elok merimbun daunnya.
Lagi-lagi bagi peminat masakan Itali seperti Pesto dan Bolognese pasta, memang wajib tanam, sebab boleh petik ‘fresh’ dekat rumah.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Hamizah Hanapi ini sebagai rujukan;
Ini Cara Tanam Sweet Basil Guna Keratan Batang
1. Beli sepeket sweet basil di Pasaraya.
2. Buang semua daun kecuali bahagian pucuk yang paling atas sekali, kemudian cucuk ke dalam tanah.
3. Siram, kemudian letak di tempat yang dapat cahaya tapi bukan ‘direct’ matahari selama 3 hari.
4.Selepas itu, baru letak pada bawah cahaya matahari.
5. Ini hasinya selepas 10 hari.
Info Ekstra
Jika ingin daun sweet basil subur merimbun, patahkan bahagian pucuk anak pokok tersebut belah atas sekali.
Boleh lihat hasilnya selepas 4-5 hari, ia akan bercabang dua pada pucuk yang telah dipatahkan sebelum ini.
Salah satu sebab ‘sweet basil’ ini senang dijaga kerana ia tidak disukai oleh serangga perosak. Jadi pokok sweet basil ini sangat mudah ditanam.
Bagi peminat masakan Itali seperti Pesto dan Bolognese Pasta memang wajib tanam, sebab boleh petik ‘fresh’ dekat rumah.
Daun Selasih adalah ‘Thai Basil’ bukan Sweet Basil, namun cara menanamnya juga sama seperti ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...