Bagi yang biasa makan nasi dengan jenama biasa, tentu boleh rasa banyak kanji dalam nasi. Berbeza sangat dengan basmathi yang sesuai untuk kesihatan.
Walau bagaimanapun, harga beras basmathi pun boleh tahan juga harganya sebab memang ia dikeluarkan untuk kesihatan. Satu yang menarik juga bila guna basmathi, ia lambat basi.
Inilah yang boleh kita praktikkan dengan bers biasa. Ada cara untuk buang kanji terutamanya semasa tanak nasi. Malah, airnya boleh buat siram pokok tanaman lagi.
Nanti bolehlah cuba buat di rumah dengan buang kanji dengan menggunakan beras biasa. Seperti yang dikongsikan oleh Zinnirah ini.
Saya nak kongsikan cara bagaimana orang mamak tanak nasi tanpa kanji setiap hari. Ini saya tunjuk step by step.
Kelebihan nasi yang dibuang kanji
1. Tidak mudah basi 2. Rendah kanji dan gula 3. Sesuai dimakan orang yang ada diabetis, org tua dan mereka yang nak diet tapi tak boleh tinggal nasi atau sesiapa sahaja la. 4. Tak leceh pun, 8 minit dah siap 5. Air kanji boleh guna untuk siram pokok, bagi minum kucing atau jadikan masker.
Caranya:
Ads
1. Jerang air dan didihkan. Sukatan air (3/4) atau agak-agak saja sampai penuh. Jangan penuh sangat ye sebab bila masuk beras nanti, takut melimpah air panas.
2. Basuh beras 3 kali. Air dah didih, selawat dan masuk beras. Beras apa pun boleh guna method ni.. sesetengah orang mamak, kalau guna beras rebus (beras gemuk), mereka akan tambah secubit garam. Saya cadangkan tak payah la garam, jaga kesihatan.
3. Pilihan daun pandan, tak nak pun tak apa tapi saya dah biasa dengan cara ni. Nasi harum tapi ia tidak langsung menjejaskan rasa nasi.
Ada sesetengah orang mamak suka bubuh secubit serbuk kayu manis, pun tidak akan menjejaskan rasa nasi tersebut. Cuma saya suka bubuh daun pandan/
Ads
4. Biar mendidih angaran 5-8minit. Nak test senang je, picit beras, kalau dah lembut macam nasi, dah boleh tutup dapur. 8minit dah siap.
5. Ini kalau dah tutup api dapur. Nampak kanjinya dan daun pandan tu pun boleh buang.
Air kanji kalau nak buat masker muka pun boleh, simpan air kanji dalam peti sejuk (1-2 hari je), kalau nk beri kucing minum pun boleh.
6. Tapis dan biar seketika. Masuk balik dalam periuk. Tutup
Ads
7. Kalau nak panaskan, letak dalam api paling kecik dalam 2 minit. Nasi yang dah dibuang kanji, memang susah nak basi, Kadangkala 2 hari tahan. Tapi, jangan la simpan luar sebab tak basi, letak dalam peti ais pun boleh.
Mingguan Wanita : Kalau nak lebih sihat, boleh guna cara ini. Tak adalah remeh, senang dan ambil masa 10 minit saja untuk masak nasi tanpa kanji.
Info: Kalau biasa masak nasi dalam rice cooker, boleh rendam beras itu selama 15 minit dalam air. Selepas itu masaklah seperti biasa. Kanji tetap hilang dan lambat basi.
Rupanya dengan kaedah ‘Takik’ keliling batang, ia dapat membantu pokok cepat berbunga dan berbuah lebat. Bukan apa ada kalanya sesetengah pokok yang kita tanam dah bertahun-tahun lamanya terutamanya pokok buah, masih belum mengeluarkan bunga dan hasilnya walaupun telah matang. Dah guna bermacam-macam cara pun payah nak berbuah, boleh cuba kaedah ini dan ramai yang mengakuinya ia berkesan.
Buatlah kaedah takik macam ni dekat keliling batang pokok buah yang matang tetapi susah nak berbuah.
Kaedah ini untuk membuang getah atau baka mandul dalam batang pokok. Mudah-mudahan selepas bekas torehan itu hanya tinggal parut dan pokok tu akan berbunga.
Nak percaya atau tidak, terpulang pada hati sendiri. Kaedah ini macam berbekam mengeluarkan darah kotor dari badan.
Mingguan Wanita: Selalu nampak dekat pokok ada kesan takik macam ni. Rupanya ia dapat membantu pokok yang payah berbunga dapat berbuah lebat. Boleh cuba tip ini nanti.
Bila masak sup, rasanya tidak akan sempurna dan lengkap tanpa sup bunjut. Inilah yang akan buatkan sup kita bertambah sedap dan seronoknya anak-anak pun memang suka.
Pernah juga terfikir, isi apalah yang ada dalam bunjut tu hinggakan rasa sup tidak boleh dinafikan, sedap! Boleh dikatakan wajib ada stok di rumah dengan sup bunjut ini. Belum lagi cara nak masaknya yang memang senang sangat.
Rupanya bahan dalam bunjut ini adalah bahan yang memang ada kat dapur kita. Kali ini, Nana Ismail berkongsi cara buat sendiri sup bunjut ini.
Kali ini, kita nak tolong suruh berjimat dengan barang yang ada kat dapur je.
Siapa ada anak kecik, nana percaya menu sup-sup ni perkara WAJIB.
Tapi ada setengah orang tak guna sup bunjut tau. Dia just buh kayu manis + bunga lawang + buah pelaga je.
Kalau tak ada ini rasa sup pun kurang menyengat. Inilah ramuan sebenarnya,
BAHAN UTAMA ( bunjut)
=============
1 sudu rempah biji
2 ruas bunga lawang
Secubit jintan manis
2-3 kuntum bunga cengkih
½ inci kulit kayu manis
5-6 biji lada hitam
2 inci persegi kain putih
Caranya:
1. Kayu manis dan bunga lawang dipatahkan serta diketuk lebih kecik.
2. Bahan yang lain tumbuk kasar je sebab nak naikkan aroma menyengat tu.
3. Bentangkan kain putih yang siap dipotong
4. Tuang semua ramuan dan diikat kemas dengan benang putih.
5. SIAP!
Mingguan Wanita : Harga yang dijual pun boleh tahan juga. Nak jimat buat sendiri saja.
Setiap kali nak masak untuk keluarga, perkara pertama yang perlu dibuat tentulah kupas bawang Sudah tentulah ia menjadi bahan utama dalam setiap masakan.
Tak mustahil, ada macam-macam cara yang mak-mak gunakan untuk memudahkan kerja. Ada mak-mak yang lebih selesa kupas bawang banyak-banyak, kisar siap-siap dan simpan di dalam peti.
Tak kurang juga yang setiap kali nak masak barulah kupas bawang. Katanya barulah rasa ‘fresh’.
Sebenarnya, nak cepat dalam penyediaan masakan ini bergantung pada mak-mak. Mana yang lebih cepat dan senang. Begitu jugalah dalam penyediaan bawang untuk masakan, masing-masing ada caranya.
Bagi perkongsian daripada Wan Rosni ini bolehlah dijadikan panduan buat mak-mak. Mungkin petua ini sudah lama, tapi tidak salah untuk kita praktikkan.
1. Mula-mula beli bawang kat supermarket mana-mana yang kita suka.
2. Selepas itu, simpanlah bawang dalam bekas-bekas bawang.
3. Bolehlah kupas bawang untuk stok seminggu. Kalau rasa ahli keluarga ramai, bolehlah kupas banyak sedikit. Minta tolong anak kupas pun boleh. Cepat siap.
4. Selesai kupas bawang, jangan basuh. Biarkan seketika dalam bekas yang dikupas tadi.
5. Ambil bekas yang sesuai. Saya guna bekas bersaiz tinggi. Tujuannya kalau stok kupas bawang itu banyak, muatlah dalam bekas itu.
6. Kenapa kena guna bekas ini? Sebab ia muat-muat pada pintu peti ais rumah.
TIP:
1. Bila nak masak, barulah keluarkan yang guna saja. Basuh dan potong, kisar atau chop, ikut resipi masakan mak-mak.
2. Kenapa takleh basuh siap-siap? Sebab nanti bawang itu akan lembap dan berair dalam bekas. Nanti ia akan cepat rosak.
#daridapurmama
Mingguan Wanita : Nak cepat dan mudahkan kerja mak-mak kat dapur.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...