Sungguh ajal tidak mengenal usia. Cukup membimbangkan akhir-akhir ini, ramai yang menemui pencipta apabila rebah secara tiba-tiba mahupun ditakdirkan meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung. Ternyata penyakit ini merupakan ‘pembunuh’ dalam senyap. Ramai yang mengalaminya namun lambat sedar dan tak ambil peduli tanda-tanda awal serangan jantung ini.
Jangan pandang remeh iya, serangan jantung boleh sebabkan kematian jika tidak dirawat, tak mengira lelaki mahupun perempuan.
Boleh rujuk tanda-tanda awal jantung bermasalah yang dikongsikan daripada Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar DBKL sebagai panduan.
Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.
1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit.
Berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan.
Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan).
3. Lidah terasa tegang dan pendek.
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri).
Biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10. Rasa keletihan sepanjang masa.
11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12. Degupan jantung tidak menentu.
13. Nafas terasa pendek.
14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Segera mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa.
Baca Lagi Di Sini:
Serangan Jantung Itu Datang Tiba-tiba Tanpa ‘HINT’, Bila Sesak Nafas Cepat Ke Klinik
Pesakit Kegagalan Jantung Hadapi Risiko Kematian Yang Lebih Tinggi
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat kita. Bersama-samalah kita menjaga kesihatan, amalkan makanan sihat kurang kolestrol dan melakukan senaman. Jika ada tanda-tanda seperti diatas, segeralah berjumpa doktor melakukan pemeriksaan sebelum segalanya terlambat.
Sumber: Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar DBKL
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI