Pesan Ustaz Hanafiah, Pesakit Kanser Sila Pakai Mask Waktu JEREBU Ini
Kredit gambar hiasan : hindustantimes.com

Ketika negara dilanda musibah jerebu ini, paling kronik tentulah para pesakit yang sudah sedia sakit. Antaranya pesakit asma, pesakit kanser malah anak-anak kecil dan warga emas yang uzur.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, waktu jerebu inilah perlu perbanyakkan melakukan solat hajat dan berdoa.

Beliau yang berkesempatan berkunjung ke hospital dalam keadaan jerebu ini, dapat melihat ramai pesakit kanser dalam keadaan yang sangat lemah. Waktu inilah sel kanser makin aktif. Ini kerana dalam habuk jerebu ada partikel halus yang mudah masuk ke dalam mulut dan menyebabkan rasa pahit, tak selesa.

Saya nasihatkan pesakit kanser, tolong pakai mask. Kalau hari biasa tak jerebu pun kena pakai.”

Kenapa Ustaz Sihat? Tak Macam Pesakit Kanser Yang Lain

Ustaz Hanafiah berkongsi tip, apa yang beliau lakukan untuk kekal sihat ketika diuji sakit kanser limfoma.

Kaedahnya, kena makan banyak. Terutama masa kemoterapi. Jangan pantang makan atau tak makan sebab takut muntah.” Jelasnya sambil memaklumkan dalam keadaan jerebu ini bibirnya sedikit pecah mungkin disebabkan sel kansernya sedang aktif.

Waktu rawatan kemoterapi, kena ambil gula. Untuk beri tenaga. Masa ini lidah sentiasa pahit. Mereka yang tak lalui tak tau strugglenya macam mana. Saya ambil benda manis pun muntah, sebab lidah tak rasa apa.. pahit.”

Beliau tak mengalah. Lagi muntah, lagi Ustaz Hanafiah makan.

Makanlah makanan yang kita makan dan boleh bagi tenaga. Walaupun kuantitinya sedikit. Atau carilah makanan yang boleh masuk dalam mulut. Contohnya, aiskrim.”

 

Pesan Ustaz Hanafiah, Pesakit Kanser Sila Pakai Mask Waktu JEREBU Ini

Ads

 

Tip lain yang ustaz kongsi :

1. Minum air sejuk dalam peti ais, atau air kelapa yang dah disejukkan dalam peti ais. Minum air kelapa terus pun boleh.

2. Kalau susah nak telan, makan taufufa atau isi kelapa muda.

3. Waktu tak boleh makan itulah, ustaz rajin layan video-video masakan chef terkenal.. chef Gordon Ramsay antaranya. Bila tengok makanan yang sedap-sedap baru terbuka selera. Air liur keluar baru ada selera nak makan.

4. Sebelum makan, berzikirlah. Lepas Subuh, istighfarlah seribu kali. Orang yang keluh kesah lagi Allah azab. Jangan stress. Doakan kesembuhan pesakit kanser.

5. Bagi keluarga yang berdepan isteri atau anak kanser.. doakan kesembuhan pesakit.

 

Ads
Pesan Ustaz Hanafiah, Pesakit Kanser Sila Pakai Mask Waktu JEREBU Ini
kredit foto : hellosehat.com

Jangan Takut Muntah.. Makanlah!

Ramai pesakit kanser yang lalui rutin kemoterapi atau radioterapi, mereka tolak makan. Alasannya takut muntah. Pujuk ustaz, ‘makanlah!’ Kalau tak makan, macam mana nak membolehkan pesakit makan ubat. Tidaklah nanti gastrik atau sakit perut.

Saya sendiri ambil sikap makan.. baru makan ubat. Kemo hari pertama dulu, waktu itu anak-anak dan isteri dah balik, saya hadapi muntah 5 jam tak berhenti.”

Esok pagi, saya makan. Muntah lagi. Pukul 10 pagi makan dan muntah lagi. Tapi kena makan. Tak banyak sedikit mesti masuk dalam mulut. Perut pun bila kita kerap muntah sampai satu tahap dia malas dan nak muntah.”

Bagi pesakit kanser yang baru, bila diuji muntah dua tiga kali janganlah lemah semangat hingga menolak makan. Buatkan badan makin lemah, makin kurus.

Makan ini penting untuk kuatkan badan berdepan penyakit. Waktu sakit, gula pasir dan susu pekat manis (antara makanan yang boleh jadi punca kanser) tinggalkan. Tapi waktu kemo makanlah, ambil gula. Sebab kemo ini macam demam denggi. Makan apa pun tak sedap. Kalau nak hidup kenalah buat perangai macam orang nak hidup.. kena makan.”

Ulasnya tentang pesakit kanser yang menolak makan waktu jalani prosedur rawatan kemoterapi.

Lepas kemo tak ada pantang makan. Jangan makan benda mentah. Takut ada kuman masuk dalam badan, sebabkan jangkitan kuman.”

Ads

 

Pesan Ustaz Hanafiah, Pesakit Kanser Sila Pakai Mask Waktu JEREBU Ini
Gambar sekadar hiasan.

Kisah Pesakit Kanser Wanita, Bila Suami Nak Kahwin Lain

Cerita ustaz, beliau pernah berdepan dengan pesakit kanser yang enggan makan. Umurnya cecah 60-an dan hari-hari sebut nak mati saja.

Saya cakap begini, “Datin.. saya tak percayakan Dato’. Tengok Dato’ masih handsome, tegap lagi. Jangannn Datin.. saya rasa Dato’ berlakon tu.. dia takut tidur sorang-sorang.. dia nak berteman.”

“Bila dengar saja begitu, pesakit kanser yang terbaring tadi terus duduk. Tubuhnya yang dah nampak kurus kering tu terus sebut mahu berjuang hingga akhir hayat. Dari situlah saya kongsi tip dan sumplemen apa yang perlu dimakan.”

Tak dinafikan, ada sesetengah pesakit kanser yang degil. Sebab itu, perlu mencari ’switch button’ untuk membangkitkan semangatnya. Orang perempuan ini.. kalau suami dia nak kahwin lain.. naik terus saka rimaunya. Macam mana pun mahu teruskan hidup.”

Kanser Bukan Sakit Untuk Mati

Akui Ustaz Hanafiah lagi, semangatlah yang membuatkan dirinya bangkit sampai hari ini. Katanya, kanser bukan sakit untuk mati. Pesakit kanser berhak untuk bahagia.

Orang lain, boleh beri makan tapi kita yang tentukan apa yang masuk dalam mulut kita. Dalam keadaan jerebu inilah pesakit kanser makin terjejas. Malah kanser itu boleh merebak hingga ke tulang.

Ujar ustaz lagi, jerebu ini disebabkan sikap manusia yang tamak.

Tak cukup-cukup.. yang kaya nak kaya. Sifat tamak inilah yang menyumbang kepada masalah dunia.”

Sumber/ Foto : Ustaz Hanafiah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI