Ramai sebenarnya wanita yang mengalami masalah bahagian intim, namun malu nak berkongsi dengan orang dan mendapatkan rawatan masalah sebegini. Tak kiralah baik wanita yang telah berkahwin mahupun belum.
Menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram, Siti Sarah Raissuddin,36 ada berkongsi beberapa ‘screenshot’ luahan followers nya berkaitan masalah bahagian intim yang sering dialami oleh wanita. Bersimpati dan menjawab permasalahan tersebut, Siti Sarah ada berkongsi pendapat dan pandangan yang tersendiri.
Ingat lagi kan Sarah pernah pos pasal masalah Miss V di IG story haritu? Sarah nak kongsikan kat sini agar jadi pengajaran dan pembelajaran untuk semua wanita tak kira la yang belum atau sudah berkahwin.
Sedih sangat bila wanita-wanita yang alamai masalah macam ni, Sarah anggap semua ni macam adik,kakak,ibu Sarah sendiri. Sarah faham ada yang malu nak kongsi dengan orang masalah macam ni. InsyaAllah Sarah baca segala keluh kesah risau korang dalam pos tempoh hari.
Perkara Asas Jaga ‘Miss V’
Menurut Siti Sarah, perkara paling asas dalam menjaga bahagian intim adalah dengan menitikberatkan jenis pengambilan pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kebersihan diri.
Apa yang Sarah baca ada masalah keputihan, gatal, berbau, gelap. Ni antara paling banyak. Apa yang Sarah boleh bagitahu, sebelum korang nak beli jamu, pil-pil, makan minum daun-daun sireh, kacip fatimah semua tu pastikan jaga benda basic dulu! Apa tu?
Pemakanan! Ia antara punca utama la kenapa Miss V kita bermasalah! Cuba kurangkan gula, makan makanan berkhasiat pulak. Amalkan gaya hidup sihat, jogging ke bersenam ke. Kebersihan tu pon kena jaga! Lepas buang air, lap dulu Miss V sampai kering, benda-benda tu la yang buatkan Miss V kita berkulat ada bakteria semua. Kalau ada duit lebih boleh beli seluar dalam yang kain lembut dan tak ketat.
Last sekali haaa ramai yang tak tahu stress pon boleh jadi penyebab masalah Miss V! InsyaAllah buat benda-benda di atas, stress pon akan kurang and please buat ni dulu, buat yang basic dulu ye sayang-sayang semua.
Sarah doakan semua yang bermasalah macam ni dipulihkan dan diberi kesihatan yang baik. Aamin yarabalamin.
Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,10 Dzahira Talita Zahra,8 dan Ariq Matin,6.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Isteri itu sifatnya penuh emosi. Baik ketika menguruskan anak-anak mahupun menguruskan keperluan suami, isteri akan uruskan dengan perasaan. Sebab isteri bukan robot.
Biasalah kadangkala ada merungut sikit, menegur sikit, luahan hati sikit. Kalau suami yang tak faham dikatakan isteri membebel, saja nak bagi hangat keadaan. Walhal itulah kasih sayang isteri yang prihatin.
Tugasan isteri ini mencabar sebenarnya. Baik yang bekerja mahupun yang duduk rumah sepenuh masa. Sampai 24 jam tak berhenti dan rehatnya cuma sekejap saja.
Balik kerja pun masih nak kena sediakan makan minum suami dan anak-anak. Isteri yang baik, dia tak merungut. Buat saja, tapi keletihannya kalau tak dibalas dengan rasa cinta suami memang boleh makan dalam.
Jangan Jadikan Isteri Robot, Suami Tolong Buat 5 Perkara Ini
Pertama : Tolong Basuh Baju Dan Sidai Di Ampaian
Kalaulah dari kecil mak tak ajar suami memasak, cubalah ajar diri jadi tukang cuci keluarga yang hebat. Belajarlah sabun mana yang perlu diguna, punat mana yang perlu ditekan nak bagi baju bersih ikut standard keluarga.
Lakukan sampai isteri anda kata ‘Tak tahulah nak guna mesin basuh tu macam mana, sebab selama ini abang yang buat’. Haa.. tak ke bahagia isteri tu.
Kedua : Tolong Belanja Isteri Pelukan Dari Belakang
Masa isteri tengah penat memotong bawang ke, basuh pinggan mangkuk ke, peluklah isteri dari belakang. Pelukan tu biarlah pelukan yang penuh kasih agar dapat meredakan rasa lelah isteri.
Nak lagi best, cium sekali pipi ke bibir isteri. Haih! Dah halal kan? Mengadalah tu bagi alasan segan.
Bukan luar rumah. Dalam rumah kot!
Sesekali buat kejutan begini memang membahagiakan. Nanti bila gaduh-gaduh kecil, isteri akan kenang tindakan simple yang lagi membahagiakan ini.
Bila rasa nak merajuk lama-lama pun tak jadi.
Ketiga : Tolonglah Imamkan Solat
Kalau tak dapat buat setiap 5 waktu, dapat buat waktu maghrib setiap hari pun dah seronok sangat.
Isteri dan anak-anak akan rasa tenang hidup disamping pemimpin yang hebat lagi bertanggungjawab.
Lagi bagus, waktu berdoa kuatkan bacaan dan doakan untuk anak isteri. Biar mereka dengar pengharapan anda.
Jangan lupa beri tazkirah dan harapan anda sebagai suami dan ayah. Aura positif dari tindakan ini hasilnya memang lain dari yang lain.
Keempat : Tolong Bawa Isteri Jalan-jalan.. Itu Penting
Walaupun isteri anda berdikari orangnya. Tapi bawalah dia berjalan ke tempat yang dia suka. Pegang tangannya masa berjalan.
Isk! Masa bercinta yang dilarang tulah nak buat.
Ni dah jadi suami isteri, kenalah usaha pegang tangan bila berjalan. Jangan pula bagi isteri pegang ‘handbag’ (anak-anak), awak tu pegang handphone.
Tu memang tak bermakna langsung konsep tolong bawa isteri jalan-jalan.
Bila isteri bahagia, cinta mekar subur seiring dengan usia perkahwinan itu. Makin lama, cinta makin dalam.
Kelima : Tolong Ya.. Setiap Bulan Belilah Belanja Dapur
Beli yang asas; beras, gula, susu, sayur, ikan. Yang lain-lain boleh tong-tong dengan isteri. Jangan sampai isteri fikir ‘asyik-asyik duit kita yang keluar’.
Bahaya betul pemikiran sebegini. Boleh buat hubungan jadi makan dalam, bernanah dan akhirnya berdarah.Bahagikanlah siapa yang bayar bil, rumah atau kereta.
Kalau anda mampu tak perlu bebankan isteri. Duit isteri bekerja biarlah dia nak buat apa pun. Percayalah isteri yang baik dia akan tahu bahagikan kepada simpanan anak-anak, simpanan kecemasan dan masa depan.
Jangan segan berkongsi masalah kewangan dengan isteri. Bila anda tak pernah berkira dengan isteri, ketika anda susah, simpanan isteri itulah yang akan dikongsi dengan anda tanpa perlu memulangkannya semula.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jiwa lelaki ni rapuh. Tinggi manalah pangkat mereka pun, bila tiba bab kasih sayang, orang lelaki memang rapuh. Jangan sampai jiwa mereka kosong tanpa kasih sayang. Walau sudah beristeri, andai perkahwinan masih terasa hambar.. oh makin mudahlah jiwanya rapuh.
Sebab itu, lelaki kena bina benteng keimanan yang tinggi dalam diri mereka. Dan sebab itulah tuhan cuma memberikan satu nafsu saja pada lelaki. Kalaulah 9 nafsunya macam perempuan, makin retak berderailah jiwa rapuh mereka.
Sakit hati kan isteri bila hidup dalam sebuah perkahwinan diterajui lelaki curang. Bak ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Ikatan benang takkan pernah lurus. Sentiasa bengkang bengkok, malah mudah benar hanyut ditiup badai.
Bagaimana mahu menawan jiwa lelaki yang rapuh ini wahai isteri. Solusi ini mungkin jadi bagi sesetengah isteri, mungkin juga tidak menjadi. Sebabnya, ujian tuhan itu berbeza-beza ikut kemampuan seseorang.
Namun ini sekadar idea untuk dipraktikkan agar suami berjiwa rapuh ini tiada alasan untuk curang.
Jangan Beri Suami Beralasan Untuk Curang, Ini 3 Tipnya
Pertama : Setiap Hari Bisikkan ‘Cuma Saya Satu-satunya Isteri Abang, Tiada Dua, Tiada Tiga’
Bunyinya macam paranoidkan. Tapi percayalah hipnosis sebegini menjadi. Lagi-lagi jika anda bisikkan pada malam-malam hari sebelum masuk tidur, ketika anda mahu meminta maaf dari suami. Ingat ya isteri. Kita kena kerap minta maaf dekat suami hari-hari.
Walaupun kadang suami perli balik ke camane (biasalah lakikan ego tinggi, kes-kes macam ni mesti ada punya) buat tak faham je. Teruslah minta maaf. Sebab kita takkan tahu adakah malam itu hari terakhir untuk kita bertemunya.
Kenapa kata-kata atas tu sangat berkuasa. Sebab dalam tak sedar, kita dah selitkan dalam minda bawah sedar suami yang kitalah satu-satunya isteri dia. Dan bayangkan kalau bertahun-tahun itu yang kita selitkan tanpa sedar. Tak melekat lagi.. tak taulah..
Kedua : Penuhkan Jiwa Suami Dengan ‘Senjata’ Kasih Sayangmu Wahai Isteri
Haa.. kalau dah selit kata-kata atas tu, jangan pula kita abaikan emosi suami. Kita kena penuhi dengan kasih sayang yang mana rahsia rumah tangga ini anda saja yang tahu. Jangan didedah-dedah rahsia itu. Karang ada je yang nak mengendeng. Eh!.. Eh! Bukan paranoid okay.
Antara senjata kasih sayang tu yang boleh dishare dekat sini tentulah belaian manja, urutan; kalau nampak suami tu letih urutlah badan, tangan atau kakinya. Minuman panas dari air tangan isteri. Sambil itu, tanya dia nak minum apa macam kat kedai makan tu. Lembut dan manja je.
Guna bahasa yang lembut ketika berdua dengan suami. Jangan berkasar. Kalau nak merajuk pun kena ada skill merajuk tu. Bukan main taram je. Padah nanti. Masakkan makanan best untuk suami. Kalau merajuk pun masakkan juga, cuma kalau tak bersuara tu nanti suami faham sendiri. Jangan lama-lama merajuknya, 3 hari dah cukup.
Ketiga : Bila Cuma Berdua ‘Gila-gila’ Tu Tak Salah Pun
Kalau segan ada anak-anak, bila berdua dengan suami, jadilah isteri seperti mula-mula anda bercinta dengannya dulu. Tak salah pun jadi ‘gila’gila’ bila berdua-duaan saja dengan suami. Biarkan dia rasai, diri anda tak pernah berubah dari mula kahwin sampailah anak 9.. eh!
Fizikal tak nafikanlah akan ada perubahan. Maksudnya disini, jiwa kita masih sama macam dulu-dulu. Sebab itu orang kata nak cari ‘soulmate’ tu tak senang. Sebab rumahtangga akan jadi kental dan kuat apabila suami mahupun isteri merasakan mereka telah bertemu ‘soulmate’ mereka. Yang melengkapi jiwa dan membolehkan mereka menikmati anugerah bahagia hidup berumahtangga yang Allah beri.
Hmm.. cukuplah tiga dulu ya. Karang beri lebih-lebih pun.. bila dipraktik sangat perasan plak suami kita semacam nak hipnosis dia bagi tak curang. hahaha.. Tapi apa salahnya pun kan, suami sendiri dan menjadi tanggungjawab isteri untuk memberi rasa cinta dan kasih sayang untuknya.
Cuma pesan orang tua saya, walau macam mana sayang pun dengan suami kena simpan sikit dalam 20 peratus macam tu untuk kita sayangi diri kita sendiri. Kalau terluka tidaklah teruk nanahnya. Tidaklah mendoakan.. cuma ada bagusnya pesan orang tua saya ni kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Prinsip yang dipegang model dan pelakon popular era 90-an Edika Yusuf, 50 dalam menjaga isterinya, Norhidayah Yusri yang lumpuh dekat 12 tahun itu benar-benar menyuntik hati para isteri di luar sana. Waima suami yang cukup kasihkan isteri akan sama terkesan dengan ketabahan lelaki ini.
Benarlah seperti kata beliau, isteri itu perlu dianggap sebagai soulmate, bukannya maid. Baik lelaki mahupun wanita, nak mencari soulmate dalam hidup ini juga bukannya satu perkara yang mudah. Sebabnya walau dah bertahun menjadi suami isteri, masih ada yang belum temui soulmate mereka.
Ada saja yang tak kena di mata suami mahupun isteri. Sebab itulah, gejala tak setia mudah benar berlaku. Sebabnya jika anda sudah temui soulmate, datanglah macam mana sado mahupun si jelita, godaan itu tetap tidak menjerat anda. Melainkan dengan izinNya.
Ini cara bagaimana mahu mengesan bahawa pasangan anda adalah soulmate yang akan sehidup semati dengan anda.
1. Dia Bagaikan Tercipta Untuk Anda Sejak Hari Anda Dilahirkan
Susah mahu menerangkan hal ini, kerana instict itu hanya anda dan pasangan boleh rasainya. Instictnya jadi begitu kuat. Tapi emosinya lebih kurang begini, anda baru mengenalinya. Tetapi dalam pada mengenali hati budi, anda terasa seakan sudah mengenalinya sejak 10 tahun yang lalu. Andai jodoh itu dekat, setiap perjalanan perancangan ke arah perkahwinan itu, dugaannya walaupun hebat Allah akan permudahkan.
Dan selepas berkahwin, walaupun sudah menempuh usia lebih 5 tahun malah 10 tahun hidup bersama, anda tetap merasakan sikapnya, tindakannya sama seperti awal perkenalan dulu. Dia tidak fake ataupun pura-pura. Kalau dia jenis cakap lepas, maka itulah karektornya. Kalau dia seorang yang bersopan santun ketika makan, sampai dah jadi mak orang pun begitulah gayanya.
2. Ketika Bersamanya, Kau Rasakan Waktu Seakan Terhenti
Biarpun sudah lama melayari bahtera perkahwinan, anda tidak pernah jemu bersama pasangan anda. Baik dengan suami ataupun isteri, dia tetap istimewa di mata. Ada saja perkara yang anda lakukan mahu ‘please’kan mereka. Anda takkan menyakiti hatinya. Tapi tidak menyorokkan kebenaran. Anda jujur memaklumkan akan hal yang dia perlu tahu, bukannya hal yang dia mahu dengar.
3. Kesakitan, Ujian Miskin atau Kesukaran Takkan Menjadikan Anda Mahu Meninggalkannya
Ketika di uji sakit, anda tidak akan sesekali meninggalkannya. Sebaliknya ujian itu menjadikan anda seorang yang tabah dan kuat semangat. Biarpun ketika itu anda tahu betapa emosi orang sakit tidak stabil dan kuat sekali rajuknya. Bukan saja sakit, kadangkala kehidupan berumahtangga diuji dengan perlunya menjaga anak yang sakit atau ibu yang sudah uzur. Anda mahupun pasangan tidak merungut, malah sama-sama berfikir dengan kreatif, waras dan redha mengendalikan ujian-ujian tuhan dengan penuh berserah kepadaNya.
4. Rajuk Anda Tidak Pernah Berpanjangan
Adatlah dalam perkahwinan, ada saja pertelingkahan atau perselisihan pendapat yang akan terjadi. Namun, biarpun diuji sebegitu anda tidak ambil masa yang lama, iaitu lebih dari tiga hari untuk tak menegurnya. Paling tidak pada hari ketiga, anda sudah berbaik semula dengannya. Dia juga akan berusaha untuk mencari jalan damai. Semakin kuat badai rumahtangga, semakin kuat anda berusaha mempertahankannya. Hati anda lebih tenang, lebih damai dalam menghadapi permasalahan dengannya.
Andai anda telah temui 4 ciri ini pada pasangan anda, pastinya anda akan rasai emosi soulmate anda itu. Ada lagi tanda-tanda lain yang akan anda temui. Yang itu, anda boleh jawab dengan diri sendiri. Lagi bagus jika anda boleh senaraikan dan serahkan pada si dia yang anda cintai sepenuh hati.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...