Hidup berumahtangga ada pasang surutnya dan bukan untuk seronok semata-mata. Besar tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi bila jadi ibu. Uruskan rumahtangga, anak, kerjaya dan sebagainya.
Cukup besar tanggungjawabnya bila jadi ibu dan isteri. Kadang-kadang, rasa penat inilah membuatkan kita mula mengeluh dan stres. Mana satu nak bahagikan masa untuk urus rumahtangga dan kerja terutamanya isteri yang bekerjaya.
Namun, tak mustahil bila jadi ibu, dia sanggup korbankan kejayaan dan kariernya demi keluarga. Ingat, setiap apa yang ibu dan isteri korbankan itu bukanlah sia-sia, ada ganjarannya.
Perkongsian daripada Noor Fathin Azlan ini boleh dijadikan panduan buat mak-mak di luar sana. Berpegang pada pesan mentua tentang penat yang tidak sia-sia dalam urus rumahtangga. Kita tak tahu ganjaran yang akan dapat di kemudian hari.
Layan karenah anak dapat pahala, Masakkan untuk anak dapat pahala, Bekerja untuk sara anak dapat pahala, Bagi anak kasih sayang dapat pahala, Mendidik anak buat kebaikan dapat pahala, Berjaga malam dapat pahala. Hatta tukar pampers pun dapat pahala sebab kita dah beri keselesaan pada anak.
Ads
Sekecil-kecil perbuatan semuanya ada ganjaran.
Penat yang tidak sia-sia.
Ketahuilah kepenatan kita dalam menyelesaikan segala urusan rumah tangga dan anak-anak bukanlah suatu perkara yang sia-sia.
Sebab tu bila orang tanya aku penat tak uruskan rumah tangga dan anak-anak, aku senyum je. Sebab aku tahu suami dan anak-anaklah gedung pahala buat seorang isteri dan ibu.
Aku ikhlas mengorbankan masa, impian dan cita-cita aku demi mereka. Kejayaan yang aku nak kejar sekarang bukan lagi kejayaan dunia, tetapi kejayaan akhirat. Mengejar ganjaran dan pahala seorang isteri, ibu dan anak.
Seperti yang pernah aku ceritakan,
Ads
Aku sudah puas menikmati kejayaan yang pernah aku capai sebelum ini. Bagi aku, cukuplah.
Kali ini aku hanya mahu mendidik dan membimbing anak-anak untuk mereka gapai kejayaan mereka pula. Selain kejayaan akhirat, kejayaan anak-anak juga adalah kejayaan seorang ibu.
Bila kita dah jadi ibu, tiada lagi kejayaan untuk diri sendiri, melainkan kejayaan untuk anak-anak. Jadi kejayaan seorang ibu, walaupun tidak dikenali tapi ‘powernya’ dapat dirasai sehingga ke akhir zaman.
Mingguan Wanita : Kejayaan seorang ibu adalah bila melihat anak-anak berjaya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Semalam netizen dikejutkan dengan satu kes kematian bayi 4 bulan, Yusof Al-Baihaqi Zainal Abidin yang dikatakan disebabkan tersedak susu di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Bukit Baru Melaka, tetapi selepas dibedah siasat sebenarnya mangsa meninggal berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru.
Laporan itu diterima selepas bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Melaka yang dijalankan selama kira-kira lima jam yang berakhir sekitar 1.05 pagi tadi, selesai dilakukan ke atas bayi tersebut.
Menurut kenyataan daripada pihak polis, tiada sebarang unsur jenayah mahupun berpunca dari tersedak susu seperti didakwa sebelum ini.
Apa pun pihak perubatan hospital masih meneliti rekod perubatan bayi tersebut untuk mengenal pasti sama ada bayi itu mempunyai sebarang masalah sejak lahir.
Selamat Dikebumikan Di Kelantan
Jenazah bayi berkenaan telah diserahkan kepada kedua ibu bapanya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan di negeri Kelantan.
Bayi malang itu menurutnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat, Mahligai Bachok, Kelantan kira-kira 9.40 pagi tadi.
Pihak polis juga akan merakam percakapan ibu bapa bayi tersebut yang merupakan anggota polis dan guru, bagi mengetahui sejarah kesihatan anak mereka itu.
Namun proses itu akan dijalankan selepas kedua-dua mereka pulang dari Kelantan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bayi terbabit, meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami isteri dalam hidup berumah tangga, pandanglah kelebihan pasangan, bukannya kekurangan kalau mahu bahagia. Rumah tangga yang dibina bukanlah yang seindah yang disangka, ada kalanya manis bak gula. Kadangkala ribut tidak berpenghujung dan banyak betul ujian rumah tangga.
Langkah pertama dalam hubungan suami isteri tentulah menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Jika lulus bahagian ini maka segalanya menjadi mudah dan ternyata rumah tangga akan bertambah bahagia.
Suami Isteri Kalau Nak Rumah Tangga Bahagia
Sebenarnya nak bahagia rumah tangga lihatlah kelebihan pasangan dan bukan mencari kekurangan dia satu-persatu hingga timbul pula rasa benci. Perkara ini akan lama-kelamaan akan menjejaskan hubungan suami, isteri.
Dalam rumah tangga ini, semua orang ada ujian masing-masing…
Tiada rumah tangga yang sempurna… Close to perfect mungkin ada tapi itu pun setelah mereka berjaya melepasi ujian yang Allah SWT bagi kepada mereka…
Kenapa rumah tangga tak sempurna? Sebab kita yang manusia ini pun tak sempurna… Mana ada orang yang dapat pasangan tidak ada langsung kekurangan, kelemahan dan keburukan…
Lihatlah Kelebihan Pasangan Bukan Cari Kekurangan
Mesti akan ada juga terkurang dekat situ, terlemah dekat sini… Tak boleh lari oleh kerana kita ini manusia, bukan malaikat…
Kalau kita faham konsep itu, maka kita tidak akan menuntut kesempurnaan itu dari pasangan…
Bahkan kita sendiri yang cuba sedaya-upaya untuk menutup kekurangan, kelemahan dan keburukan pasangan dengan kelebihan yang ada pada diri kita…
Hendak hidup bahagia, nak hidup tenang, mahu hidup dalam keadaan yang bersyukur, maka kena tengok kelebihan pasangan…
Jangan Bandingkan Pasangan Dengan Orang Lain
Tengok apa yang dia ada berbanding apa yang dia tidak… Jangan sesekali compare dia dengan orang lain kerana dia adalah dia, orang lain adalah org lain…
Setiap pasangan, ada ujian masing-masing…
Baik buruk ujian tu, berat ringan ujian tu, hanya mereka dan Allah sahajalah yang mengetahuinya…Wallahualam…
Jodoh adalah Ketentuan Allah SWT, oleh itu hargailah sebaiknya. Jika berlaku sesuatu dan timbul rasa tidak puas hati, cubalah berbincang dengan baik demi kepentingan bersama.
Setiap kali hamil, baby bump salah satu bahagian tubuh yang kaum wanita suka tunjuk. Malah ada sesetengah perempuan, saja pakai baju ketat sampai tertonjol pusat! Tetapi, apa pandangan kaum Adam tentang baby bump?
“Semudah itu ke lelaki boleh terangsang? Hanya tengok baby bump pun?” seorang rakan telah menghubungi saya melalui WhatsApp dan bertanyakan soalan ini.
Beliau juga mengirimkan keretan dari laman web UZAR daripada kiriman pembaca lelaki yang berbunyi:
“Orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila-bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja. So, korang kena jaga betul-betul bila berurusan dengan orang lelaki.”
Honestly and truely the answer is yes.
“Kena tegas? Tak boleh senyum?” rakan tadi bertanya.
Tidak perlu sampai begitu. Kita sebagai perempuan berurusan sahaja seperti biasa. Tanpa perlu melunakkan suara apatah lagi bahasa badan yang menggoda. Dalam biasa itu juga kita perlu berjaga-jaga, mungkin ada masa kita tidak perasan dengan pergerakan kita. Bagaimana kita duduk, membongkok, berjalan, mencapai barang di tempat tinggi dan macam-macam lagi. Boleh saja suka dilihat oleh lelaki.
Barangkali ada yang berbunyi, “Macam itu pun boleh suka?”.
Hati orang bukan boleh diteropong dan diintai. Sebagaimana kita sukar menjelaskan kenapa kita suka dan tertarik dengan seseorang itu, begitulah juga. INi kerana kita ini perempuan memang sentiasa indah di mata lelaki. Walaupun kita rasa kita ini tidak seindah mana.
Semasa berada di universiti dulu, ada terbaca pengakuan seorang lelaki bujang di satu laman web tentang betapa seksanya dia menahan nafsu dengan cara pemakaian perempuan. Sehingga satu tahap, memang sakit kepala kerana tidak boleh dilepaskan. Maka lelaki berkenaan memohon agar kaum perempuan menjaga pakai, jaga kelakuan dan lain-lain.
Semasa ber-LDK dalam TOT untuk satu program universiti, seorang kawan perempuan bertanya kepada kawan lelaki dalam kumpulan kami tentang apa yang pertama kali lelaki suka tengok pada perempuan. Dengan jujur dan segan-segan (sebab kena paksa), dia memberitahu kami semua. Bila berhadapan, yang mula-mula menjadi tarikan adalah buah dada dan sekiranya di belakang, adalah punggung.
Ketika itu walaupun tudung yang saya pakai memang melepasi paras yang sepatutnya, masih terasa nak tarik-tarik ke bawah lagi.
Sekiranya perempuan nampak apa yang lelaki nampak, pasti setiap perempuan akan keluar dalam keadaan berselimut. Suami secara jujurnya mengatakan ketika kami berbincang tentang hal ini. Betapa indahnya Islam dalam melindungi kita sebagai wanita. Semuanya kerana Allah sangat menyayangi kita. Perintah menutup aurat sama sekali bukan untuk menyusahkan, bukan tentang baby bump sahaja.
Ya Allah, ampuni kami yang sering culas menjaga amanah ini. Ya Ghaffur, ampunkan wali kami (ayah, abang, adik lelaki) dan suami kami sekiranya mereka terlupa menegur kami. Mungkin saja kerana kedegilan kami sendiri.
Ya Rahim, bantu kami menjadi khairunnisa (sebaik-baik wanita) yang dilengkapi dengan khairatun hisan (sebaik-baik akhlak) dan menjadi qurratun a’yun (penyejuk mata) keluarga kami. Biarlah tangan yang menghayun buaian ini bisa menggegarkan dunia dengan perkara-perkara yang Engkau cinta bukan sekadar yang kami suka.
Peringatan untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat. Mohon maaf.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...