Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Nawal Yasmin Mat Noh ini sebagai panduan.
Pertama kali buat Mushroom Seasoning. Sangat senang rupanya.
Bahan yang guna cuma:
100g Dried Mushroom
50g Garam
50g Gula.
Itu sahaja
Kurta merupakan antara pakaian yang paling ringkas dan selesa dipakai. Sesuai digayakan untuk majlis formal ataupun santai. Mak-mak yang pandai menjahit dan tahu asas menjahit boleh cuba buat kurta sendiri untuk suami dan anak-anak nanti.
Boleh ikut tutorial cara paling mudah dan cepat nak buat kurta yang dikongsikan oleh Tukang Jahit Puan Nurul Adawiah Mazlan ini.
“Saya juga newbie dalam bidang jahitan. Saya nak share ilmu yang saya ade sedikit ini untuk membantu newbie-newbie macam saya yang pertama kali berhasrat nak jahit kurta simple-simple untuk suami atau ahli keluarga.”
“Saya sharekan tutorial ni setelah saya rase cara ini yang paling mudah dan cepat untuk saya siapkan kurta dalam mase yang getir ini.”
“Tiada apa-apa yang saya harapkan kecuali sharing saya ini dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang tahu asas menjahit tu nak cuba buat kurta untuk suami dan anak-anak mahupun ambil tempahan menjahit bolehlah ikut tip dan langkah yang dikongsikan ini.
Setiap hari masak hidangan berkuah pun boleh jadi jemu. Nak juga tukar selera dengan bakar ayam atau daging. Cukup dengan lauk ini pun boleh bertambah-tambah nasinya.
Namun, nak bakar ayam atau daging bukan terus letak macam itu, mahunya nak kena pes perapan, barulah rasa lebih sedap dan beraroma.
Tak perlu pening-pening pun nak buat pes perapan untuk bakar ayam atau daging. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar ini.
Bahan yang digunakan pun cukup ringkas. Paling penting resipi rahsia ini mampu buat kita sekeluarga menjilat jari. Selamat mencuba.
RESIPI PES PERAPAN RAHSIA KOMPOM MENJILAT JARI BERGETAR TUNAS RASA
“Kali ini, Kak Za nak kongsikan tentang pes perapan untuk bakar bakar ayam dan daging.
“Ramuan rahsia ni memang simple saja tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya la. Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.
BAHAN BAHAN
2 inci lengkuas *
3 inci halia *
6 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
4 labu bawang besar *
3 batang serai *
2 cawan gula perang*
6 biji limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar serbuk rempah sup *
2 sudu besar serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
Cara Membuatnya:
1. Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2. Bolehlah perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
3. Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Selamat mencuba.
#NOTA PERAP :
Kalau korang suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa saja.
Mingguan Wanita : Inilah rahsianya ye! Nanti bolehlah cuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ada sebabnya bagi perjalanan jauh dan memandu seorang diri seeloknya setkan masa ‘live location’ di whatsapp dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat.
Bukan apa, memandu adakalanya memang cukup meletihkan, lebih-lebih lagi jika jarak perjalanan jauh dan memandu seorang diri. Lebih membahayakan apabila kawasan yang dilalui merupakan kawasan terpencil atau sunyi.
Ini kerana malang tidak berbau, semoga ia dapat memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kemalangan mahupun kejadian yang tidak diingini.
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).
3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).
4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).
5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.
6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat yang sering memandu seorang diri, dalam perjalanan jauh seeloknya guna ‘live location’ di WhatsApp ini dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat. Bukan apa, malang tidak berbau semoga ia memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.