“Perkahwinan pertama gagal dapat zuriat.’ Syukur selepas 10 tahun, kini menanti hari bergelar ayah. Reaksi lelaki ini menerusi video yang dikongsikan isterinya menerusi akaun TikTok, giftboxbabycayang meraih perhatian ramai.
Reaksi terharunya apabila mendapat kejutan tentang berita kehamilannya isterinya membuatkan ramai tersentuh. Dia seakan-akan tidak percaya dengan berita yang disampaikan kerana terlalu gembira.
@giftboxbabycayang Alhamdulillah.. menghitung hari dari 10 tahun😇 Semoga Allah menjaga kita. Semoga kehadiran malaikat kecil membesar menjadi anak yang soleh ❤️ *baru nak share harini. #fyp #baby #babyboy #menghitunghari ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
Artikel Berkaitan: Bertahun-Tahun Buat Rawatan, Berkali-Kali Gagal, REZEKI Wanita Hamil Usia 50 Tahun!
Perkahwinan Pertama
Luah pemilik video ini, sebenarnya ramai yang salah faham tentang video tersebut dan beranggapan bahawa dia dan suami telah menunggu kehadiran cahaya mata sejak 10 tahun yang lalu.
Sebaliknya bukan begitu, sebenarnya suaminya yang sudah lama menanti saat bahagia ini kerana sebelum ini pernah berkahwin, tetapi tidak mempunyai rezeki untuk peroleh zuriat.
Gagal Dapat Zuriat
Disebabkan sebelum ini suaminya tidak memiliki anak, sedari awal wanita ini membuat persiapan rapi termasuklah mengambil pil agar impian suaminya untuk menjadi seorang “ayah” termakbul.
“Saya kahwin dengan suami pada bulan Febuari yang lalu, syukur saya bunting pelamin. Video yang saya share itu adalah reaction suami saya yang menunggu zuriat selama dia pernah jadi suami.
“Masa nikah dia pernah cakap, semoga saya dapat beri dia zuriat pada dia sebab dia pernah gagal dapat zuriat ketika perkahwinan dulu.
“Ketika awal-awal dulu masa kahwin dengan saya, dia takut saya tak boleh pregnant juga. Jadi saya sebagai isteri, memang saya berusaha untuk tunaikan harapan dia.
“Sebab saya pun risau juga saya pun lambat dapat zuriat sebab saya ada endometriosis semasa awal perkahwinan. Malah triple risau tentang kehamilan sebab doktor beritahu endometriosis akan buat wanita susah hamil,” katanya.
Syukur Selepas 10 Tahun
Jelasnya lagi, setelah sebulan bernikah dia hamil dan bunting pelamin. Sudah semestinya dia cukup gembira kerana penantian suami untuk bergelar bapa akan berakhir tak lama lagi.
Oleh sebab itu, wanita ini mengatur kejutan buat suami tercinta dan reaksinya sangat mahal.
“Alhamdulillah dia sangat seronok sebab dia tahu dia tidak ada problem dan dia juga akui Allah akan beri zuriat bila tiba masanya. Asalkan dengan usaha doa dan tawakal.
“Saya memang berharap dapat beri dia zuriat,sebab dia teringin sangat nak anak sebab umur dia sudah 35 tahun. Kakak, abang dan adik-adik dia semua sudah ada anak. Semestinya saya pun gembira dapat tunaikan harapan besar suami,” luahnya sebak di ruangan komen.
Kini Menanti Hari Bergelar Ayah
Jelas wanita ini, sekarang dirinya sudah hamil hampir tujuh dan telah mengetahui jantina bayi iaitu anak lelaki setelah melakukan scan di klinik.
Dalam masa dirinya berkongsi bahawa dia mengalami endometriosis ketika kehamilan kali ini. Malahan menurutnya, dia sering melakukan pemeriksaan dan setiap bulan untuk memantau endometriosis yang dialami. Setakat ini ianya tidak menggangu tumbesaran bayi.
Baca Juga Di Sini:
“Pernah Obes Hampir 200 KG.” Wanita Ini Tekad Turunkan Berat, Syukur Akhirnya Disahkan Hamil
Wanita Lahir TANPA Rahim, Berjaya Hamil & Lahirkan Zuriat Sendiri
Wanita ini turut berkongsi amalan dan tip agar cepat hamil, iaitu enam bulan sebelum berkahwin, dirinya amalkan makan asid folic, multivitamin dan dalam masa yang sama membuat pemeriksaan kesuburan.
Disamping itu, dirinya juga mendoakan semoga pasangan yang menunggu zuriat agar Allah berikan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabb.
Mingguan Wanita : Semoga pasangan di luar sana yang masih menanti kehadiran cahaya mata tidak akan pernah putus asa. Semoga urusan kalian dipermudahkan.
Sumber : TikTok giftboxbabycayang
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI