Peritnya kehilangan ayah sejak dari kecil, begitulah luahan pelakon Anita Baharom. Sebelum ini Anita pernah berasa bimbang dan berharap agar anak-anak tidak mengalami nasib sama sepertinya yang hilang ayah ketika berusia 12 tahun, namun takdir menentukan segalanya dan ia menjadi nyata.
Seperti yang diketahui umum, suaminya Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, telah dijemput Ilahi pada 1 Januari lalu. Namun dia dan anak-anak reda dengan ujian Allah dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Peritnya Kehilangan Ayah Sejak Dari Kecil
Diam tak diam perkongsian hidup selama 16 tahun bersama arwah suami sememangnya sukar dilupakan apatah lagi arwah meninggal dunia secara mengejut ketika tidur di kediaman mereka.
Tidak pernah sesaat ibu tunggal ini bersama anak-anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8, melupakan momen terindah bersama arwah suami.
Malah seperti mana yang dilaporkan BH Online, Anita terpaksa menerima perkara yang paling membimbangkan dalam dirinya iaitu agar anak-anak tidak mengalami nasib sama sepertinya yang hilang bapa ketika berusia 12 tahun, menjadi nyata.
Menceritakan detik ketika arwah suami masih ada, dia pernah membawa anak sulunganya menziarahi kubur arwab bapa dan bercerita tentang keperitan hidupanya kehilangan bapa sejak kecil.
Ads
“Ibu hilang suami ketika berusia 40-an. Tidak sangka rupa-rupanya, saya ikut jejak langkah ibu hilang suami pada usia muda, malah, lebih muda daripada ibu,” luahnya.
Arwah Suami Sihat Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir
Mengimbau kenangan sebelum pemergian arwah ke negara abadi, Anita menyatakan arwah suaminya mengidap penyakit kencing manis. Namun arwah suami sihat sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Sebenarnya, banyak petanda suami akan tinggalkan kami tetapi saya tidak perasan.
“Antaranya, suami tidak bersetuju menjual rumah yang kami diami. Arwah kata bukan mudah untuk membeli rumah baharu ketika hartanah semakin mahal.
Ads
“Arwah juga selalu meminta saya menunggunya hingga mati. Ketika menyaksikan persembahan Aina Abdul, baru-baru ini, di mana suami menjadi pengurus pentas acara itu, saya tergerak hati merakamkan video.
“Tidak sangka itu rakaman video terakhir arwah yang saya simpan,” sambungnya.
Sebaknya baca catatan abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau lebih mesra dengan panggilan Acap ini.
Bila mana, Acap tak lagi dapat ucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ kepada abangnya, Denny seperti sebelum-sebelum ini.
Sejak 23 Mac lalu, Acap yang dilaporkan hilang di Gua Tempurung tak dapat dikesan.
Sehingga hari ini juga, bukan saja ahli keluarga malah orang ramai masih ternanti-nanti perkembangan terkini pencarian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 ini. Yang masih lagi belum ditemukan sebarang petunjuk terbaru.
Semakin sebak bila abang Acap, Mohd Zahiruddin menulis status ini. “Adik Ashraf hari ini tak wish birthday abang pun.. lupa la tu.”
“Kat mana pun adik sekarang, abang harap adik jaga diri yer.. Balik cepat ok.”
Mahu Sukarelawan Hentikan Pencarian Acap
Hari ini sudah masuk hari ke-25 Acap gagal dikesan. Biarpun demikian, misi pencarian dari pihak bomba dan PDRM masih diteruskan di kawasan terakhir dan sekitar Acap kelihatan.
Cuma sejak semalam, abang Acap atau lebih mesra dengan panggilan Denny Lang membuat laporan polis agar orang ramai mahupun sukarelawan menghentikan pencarian Acap,
Dalam kenyataan yang diberikan pada pemberita, Denny juga meminta agar sebarang spekulasi dan berita yang tidak benar berkenaan kehilangan adiknya turut dihentikan.
Kirimkanlah Sekeping Gambar Bukti..
Bagaimana pun, di dalam facebooknya itu, Denny turut memaklumkan mahu terus menyambung ukhwah bersama sukarelawan yang mencari adiknya di sepanjang berkampung di Gopeng.
“Antara misi carian meredah di sepanjang laluan sungao. Mana-mana Agensi, Group atau Individu yang telah bersama-sama dalam misi carian, sudilah kirimkan saya sekeping gambar sebagai bukti ukhwafillah bersama kita di sini.”
“Allah jualah yang mampu membalas jasa kalian.”
MW : Sentiasa mendoakan agar Acap dapat ditemui semula dengan selamat. Amin..
Pelakon dan penyanyi Lufya Sheikh Omar, 34 berkongsi dalam instagramnya, yang mendakwa dianiaya suami sendiri, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29. Dakwanya masalah dengan suaminya itu sudah berlaku sejak tiga bulan bergelar suami isteri.
Malah, pernah sakit kemurungan kerana masalah yang membelenggu dirinya. Beliau turut memaklumkan dirinya sudah pun dihalang dari memasuki laman instagram suami.
Tulisnya,
Follow.. unfollow.. blocked? Follow.. unfollow.. blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke? Lari dari tanggungjawab sehingga masuk 3 bulan setengah berturut-turut.
Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! Dah cukup lama aku bersabar. Dah cukup lama aku dianiaya!
Fitnah isteri kat keluarga macam-macam just to cover ur BIG MISTAKES. Enough is enough.
Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri. Aku pernah sakit aku kemurungan tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cobaannya.
Kesabaran aku diduga terlalu lama.
Sejak 3 bulan kita berkahwin u dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran. Kesalahan itu kau ulang sehingga 6x! Aku diam.. aku diam.. aku diamm sampau tak mampu aku pikul sendiri lagi.
Luka kat badan tak sesakit luka kat dalam hati ini. Tqsm.
Bekas bintang Akademi Fantasia 6 ini, bernikah dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang lahir pada 11 November 2017.
Wahai suami isteri.. hidup berumahtangga ini ada pasang surutnya. Jika ada masalah suami isteri, duduklah berbincang bila dah tenang. Lari dari masalah bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.
MW : Mendoakan semoga urusan rumah tangga Lufya dan suami akan dapat diselesaikan dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk pasangan ini.
Tanah hak orang. Bila hidup berjiran, jangan fikir boleh ubahsuai rumah sesuka hati.Ada haknya dan bukan dengan sejengkal tanah di hadapn rumah itu milik kita.
Selalunya, ramai yang merasakan tanah yang ada di hadapan, hujung rumah atau belakang rumah kita milik kita sepenuhnya. Ini tidak ada yang sanggup buat ubahsuai rumah sampai ambil tanak hak orang lain.
Begitulah kalau hidup berjiran, ada hadnya dan jangan fikir tanah sekaki depan rumah pun milik kita. Jangan ambil tanah hak orang.
Nasihat yang boleh dijadikan panduan buat semua tentang jangan berlebihan tambah dan ubahsuai rumah seperti yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad.
1. Ada satu budaya kita tambah rumah sampai ambil tanah orang.
2. Walau tanah itu bukan milik orang, milik PBT untuk longkang dan jalan. Ia tetap satu kesalahan.
3. Di perumahan awam dan kos rendah hal ini sering berlaku. Lebih mengusarkan yang lakukan ini kebanyakkan yang beragama tauhid.
4. Di lorong perumahan ini, saya jalan pagi tadi ada 3 rumah yang tak buat penambahan. Istimewanya mereka bukan beragama tauhid tetapi agama budaya.
5. Jangan buat benda yang agama tidak redha, walaupun ramai orang buat di sekeliling kita. Apakah kita mahu kekal berjiran dineraka juga?
6. Bila kita tambah kediaman sampai tutup longkang, kerja selengara tidak boleh dilakukan. Bila banjir, kita mula salahkan PBT.
7. Bila PBT mula merobohkan kediaman, kita cakap PBT tidak manusiawi. Hakikatnya kita tidak mengamal agama samawi ini.
Kawan kawan,
Miskin macam mana hidup kita bukan alasan ambil hak orang lain.
Ada duit lebih bukan renovasi rumah. Tetapi belilah rumah yang kualiti kehidupan lebih baik.
Persekitaran yang baik bantu kehidupan kita dan anak anak lebih baik.
Kembalilah hidup beragama.
Mingguan Wanita : Kalau ada rezeki beli tanah dan buatlah rumah sendiri. Jalani hidp tenang dan tak perlu nak sakit hati, kalau ada jiran yang berperangai pentingkan diri sendiri.