Pergi memancing, tinggalkan isteri uruskan anak-anak sendiri.” Seorang wanita nekad lelong suami di sebuah laman web gara-gara panas hati.
Menguruskan anak tanpa suami memang kadang-kadang memenatkan, apatah lagi suami tinggalkan keluarga semata-mata untuk hobi memancing.
Seorang Wanita Nekad Lelong Suami
Seorang wanita di Marton, New Zealand bertindak melelong suami sendiri di sebuah platform jual beli tempatan kerana berang ditinggalkan menjaga dua anak sendirian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
John McAlister, dilelong di laman web Trade Me dengan keterangan yang diletakkan sebagai berketinggian 185.4 sentimeter, berusia 37 tahun dan seorang petani daging lembu.
Pergi Memancing
Isterinya, Linda McAliser, yang memuat naik iklan tersebut berkata, John turut mempunyai beberapa orang bekas pemilik (isteri) namun dia seorang yang setia jika diberi makan dan minum yang mencukupi.
Menurut Linda, aktiviti memancing itu sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia sering dilakukan oleh John sebelum ini.
Artikel Berkaitan:
Sokong Minat Isteri Memancing, Suami Rela Ikut Berkelah Tepi Bendang
Selepas Berteduh Di Tepi Pokok, Dua Sahabat Pergi Memancing Meninggal DiPanah Petir
Kalau Isteri Bahagia Memancing Dengan Adik Beradiknya, Suami Berikanlah ME TIME Itu
Tinggalkan Isteri Uruskan Anak-Anak Sendiri
Bagaimanapun, tindakan itu tidak boleh diterima ketika anak-anak mereka sedang bercuti, sekali gus membiarkan wanita itu menguruskan keluarga sendirian.
Sementara itu, John yang mendapat tahu mengenai iklan lelongan itu hanya mampu ketawa dan menganggap bahawa ia adalah sesuatu yang lucu.
Nasihat Buat Lelaki
Dia turut menasihatkan lelaki-lelaki lain agar menjaga anak-anak mereka ketika cuti sekolah dan jangan sesekali membiarkan anak serta isteri sendirian.
Iklan lelongan tersebut berjaya menarik 12 pembida dengan nilai bidaan meningkat kepada AS$100 (RM419) menjelang tengah hari semalam, namun ia telah dipadam oleh Trade Me beberapa jam kemudian kerana didapati melanggar terma dan syarat. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kadangkala suami ini perlu diberi pengajaran. Tidak salah mempunyai hobi memancing, tetapi untuk kesejahteraan bersama setiap kali ayah-ayah pergi memancing, bawalah isteri dan anak-anak sekali. Barulah semua orang gembira dan bahagia.
Sumber : Kosmo Online
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI