Wanita memang suka pada lelaki yang sentiasa cakap lembut dan ambil berat. Seolah-olah, itulah lelaki idamannya yang tahu menghargai seorang perempuan.
Namun, pernah terfikirkan lelaki yang ambil berat fan bercakap lembut itu adalah hak orang lain, sudah punyai isteri dan keluarga. Kenapa perlu dilayan sehingga runtuhkan rumahtangga orang lain.
Begitu juga dengan suami orang. Tak perlulah melayan dan tahu batas hubungan. Kita tak tahu hati orang, niat untuk beri nasihat tapi boleh pula terjebak. Itu kalau dilayan. Begitu juga dengan perempuan, dah tahu lelaki itu suami orang, tak perlulah nak lebih-lebih dan perasan pula.
Menarik perkongsian oleh Adam Corrie ini tentang bagaimana pesanan isterinya yang berpesan supaya tidak dilayan sangat bila ada perempuan, baik janda, wanita bujang atau isteri orang memceritakan masalah mereka.
Isteri selalu pesan kat saya, sejak awal perkahwinan.
Kalau ada anak gadis, wanita bujang, janda ataupun isteri orang yang suka bercerita masalah cinta ke atau rumahtangga elakkan melayan sangat. Tak kisahlah peminat ke atau pun rakan.
Takut mereka salah faham pula ingat kita suka kat mereka.
Isteri saya kata perempuan ini kalau lelaki tu cakap lembut sikit, ambil berat sikit.. mulalah perasan, bukan semua tapi segelintir sahaja. Jadi takut terkena yang segelintir nanti jadi parah.
Sebab banyak kali jadi, saya tolong selesaikan masalah putus cintalah, tolong bagi duit susu anak, nak tumpang rumah laa, last-last jadi stalker pula. Hantar pesanan ringkas (sms) yang pelik-pelik, menakutkan. Terus buat report polis.
Ads
Elakkan & Bukan Sombong
Sebab tu kalau ada wanita yang nak bergambar berdua.. saya cuba elakkan. Bukan sombong, takut jadi fitnah. Saya selalu ajak isteri saya ambil gambar sekali.
Kita hidup biar berpada-pada. Jika kita ada masalah cari tempat yang betul untuk mengadu masalah. Bukan dengan artis, bukan dengan orang yang berlainan jantina. Bahaya.
Saya selalunya akan syorkan mereka yang bercerita masalah untuk rujuk kepada yang pakar. Kerana saya hanya boleh mendengar sahaja dan bagi nasihat sikit sahaja. Lebih-lebih tak boleh.
Syaitan sentiasa mencari ruang untuk mengajak kita buat perkara tak baik. Jaga hati semua orang.
Qanaah.. asal punya rasa cukup
Hidup ini pasti indah
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie
Mingguan Wanita : Kalau suami orang fikir dia dah ada isteri dan anak tak akan melayan. Tapi, itulah kadang-kadang hati orang kita tak tahu.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Proses kehamilan adalah detik yang mencabar buat wanita. Setiap wanita pasti akan melalui fasa kehamilan yang berbeza. Ada yang mengalami alahan, muntah yang teruk, letih, lesu mahupun pendarahan ketika waktu kehamilan.Pelbagai detik cemas harus dilalui demi melahirkan zuriat tersayang.
Baru-baru ini, penyanyi Liza Hanim ada berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini berusia lima bulan.
Alahan Teruk
Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.
“Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.
“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram pada Isnin.
Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Doakan Kandungan Sihat
Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.
Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
“Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah.
“Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti… time being, kerja tetap kerja!” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Liza Hanim atas rezeki ini.Semoga kandungan membesar dengan sihat dan sempurna serta dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.
Nak mendidik dan mentarbiyyah anak solat tidak semudah kita mengajar anak ABC atau 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan ini memerlukan ibubapa yang bijak.
Tetapi jika mak-mak tahu caranya, in shaa Allah segalanya jadi mudah dan ini adalah salah satu cara didikan berkesan yang dinyatakan oleh Puan Nurul Ilyani…
Umur 7 tahun, anak-anak perlu segera diasuh untuk solat..
Asuh✅
Bukan paksa❌
1) Anak Kena Faham Solat
Asuh perlu perancangan, pemerhatian, tindakan, langkah kontigensi, pengisian, pemahaman kenapa adanya perintah solat. Untuk ajar anak solat hakikatnya bukan senang. Bukan sekadar syurga dan pahala. Anak-anak perlu faham kenapa solat?
2) Biasakan Di Rumah Dulu
Budaya solat di rumah perlu lebih kukuh dari sekolah. Kalau ke tadika contohnya, anak-anak akan ikut kawan solat. Yang penting, di rumah, apakah mereka masih diasuh untuk solat?
Anak-anak waktu cuti, pergi main, tidak solat jika kita tidak ingatkan, jadi lalai. Balik sekolah, jika kita sibuk, tidak pula ingatkan, anak pun lalai.
3) Rangsang Iman Dalam Diri Anak
Perlu ingatkan yang solat ini untuk Allah. Perintah Allah dan olah ayat rangsangan iman dengan nikmat yang ada pada diri mereka.
Ada masa Dhuha rasa penat mahu join solat. Saya tidak paksa✅. Tidak pula saya bebel.✅ Saya kaitkan semula dan pulangkan soalan untuk dia fikir.
“Kakak ada mata?” dia angguk.
“Ada hidung?” dia angguk.
“Punya ada mulut, boleh cakap, boleh makan.” dia angguk.
“Jadi, solatlah. Itu tanda kita syukur, kita ikut perintah Allah. Semua nikmat ini Allah yang bagi”.
Kemudian, Dhuha pun ikut solat.
4) Membuat anak berfikir keseronokan dunia tidak patut melalaikan solat.
Kadang-kadang Dhuha rasa ngantuk. Apabila tiba waktu solat, jadi ngantuk.
Saya buat dia berfikir sendiri.✅ Saya tidak pula marah dan paksa.✅
“Masa kakak tengok youtube, mata ngantuk tak?”. Dia geleng.
“Jadi sepatutnya masa solat lagi mata kena segar”. Dia pun bangun ikut solat.
5) Sebenarnya sebaik-baik motivasi solat adalah perasaan adanya Allah.
Saya sering memuji Dhuha spesifik selepas selesai solat.✅
Saya belum perkenalkan reward chart. Namun, suatu hari, Dhuha kata, tidak mahu star jadi tidak mahu solat. Saya tidak marah✅ Tidak pula bebel✅
Saya kata, “solat bukan untuk dapatkan star, solat untuk Allah”.
6) Doa
Doa ini memang senjata. Doa zuriat keturunan kita di kalangan orang yang menjaga solat dan taqwa.
Selesai solat, saya akan memeluk Dhuha dan berdoa dengan kuat.
“Ya Allah jadikan Dhuha Tihani anak solehah yang jaga solat, akhlak baik, suka belajar, suka Quran”. Dhuha senyum lebar setiap kali saya doakan itu.
Benar,
Ummu Ilham
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Proses bersalin ni suatu ‘rezeki’ juga sebenarnya. Ada wanita yang cukup mudah dan senang sangat prosesnya, sekejap je dah terbuka laluan dan bersalin. Namun ada juga wanita, yang mengambil masa berjam-jam, malah berhari-hari baru laluan terbuka dan dapat bersalin dengan sempurna. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang melalui proses bersalin ini buat kali pertama. Sebenarnya, ada tip dan petua tertentu yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses bersalin seperti yang dikongsikan oleh Puan Shuhara Sukri ini.
Antara Tip-Tip Untuk Mudahkan Bersalin:
1. Dua minggu sebelum due date, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
2.Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.
3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.
4.Rebus epal hijau pastu makan time tengah sakit contraction
Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
5.Time kat labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan Doa Nabi Yunus (La’Ilahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minal Zolimin) serta sebut “Ya Fattah” berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
6.Amalkan minum air kelapa hujung-hujung nak bersalin. (Agar nanti baby lahir kulitnya bersih je)
7.Makan kurma dalam bilangan ganjil.
8.Banyakkan berjalan, naik tangga ke.Exercise sebelum deliver baby.
9.Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby.
10.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
11.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk.
12.Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
13.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.
14.Amalkan baca “Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir” sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.
15.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
16.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.Berkat kata orang. Paling penting mohon maaf dengan suami dan semua orang, minta doa daripada mereka agar dipermudahkan proses ini.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...