Fitrah seorang perempuan memang istimewa. Dipenuhi dengan pelbagai perasaan dan emosi yang sering kaum lelaki merasakan ia sesuatu yang kompleks dan susah untuk difahami. Malah jika diambil mudah, ia menjadi punca yang boleh mencetuskan perselisihan dalam rumahtangga. Sebenarnya, ada ketikanya perempuan memang ada emosi yang dia sendiri tak boleh nak jelaskan.
Untuk faham lebih lanjut, hadamkan perkongsian daripada Hilmi Jailani ini sebagai panduan;
Dah 6 tahun ada bini ni, aku mula faham yang perempuan memang ada emosi yang dia sendiri tak boleh nak explain.
Ada kala dia diam, kita tanya kenapa ni? Dia geleng kepala. Sebab dia sendiri tak boleh nak cerita kenapa dan kenapa.
Kita lelaki, syukur Allah beri emosi yang jelas dan simple. Kau ada sebab untuk suka, maka kau akan suka. Kau tak suka, maka kau akan membenci. Straight forward.
Berbeza dengan perempuan. Dia ada emosi yang sangat complicated. Ada pagi dia bangun tidur dengan senyum, menyanyi sambil tumbuk bawang kat dapur. Ada hari, dia kejut kita tidur guna siku, dan bermuram sepanjang hari. Dan benda ni boleh berlaku tanpa apa-apa sebab.
Silap Besar Lelaki
Awas suami. Jangan terlalu menggali. Silap besar kita lelaki bila terlalu nak tahu punca dan alasan bakpe dia jadi gitu. Alasannya kita nak tahu supaya kita boleh perbetulkan salah kita.
Akhirnya apa yang jadi adalah, dua-dua orang naik angin. Yang seorang tak tahu kenapa hati dia merajuk, yang seorang lagi tak tahu apa silap dia.Kita konon nak jadi Detektif Conan. Alih-alih, perkataan yang keluar dari mulut kita lebih burukkan keadaan.
Ini yang selalu aku praktikkan bila berdepan situasi macam ni:
1. Diam.
2. Buat macam semuanya normal sahaja.
3. Bantu dia siapkan kerja rumah sehabis baik.
4. Ringankan mulut cakap mintak maaf, even rasa tak buat salah pun.
5. Belikan makanan yang dia suka.
6. Jangan skip rutin bersalam selepas solat, sebelum dan selepas balik kerja, dan sebelum tidur.
7. Semak mesej di Fb & IG kot ada mesej yang aneh-aneh.
8. Muhasabah diri.
9. Suruh anak tolong pujuk.
10. Jika berlarutan selepas beberapa hari, dukung je dia pusing-pusing dalam rumah.
Suami jangan risau sangat. Mereka normal saja, bukan alien. Itu cuma reaksi hormon mereka yang susah kita nak hurai.
Ads
Pakar kaunseling sendiri cakap, emosi perempuan yang huru-hara (tanpa sebab) tadi kebanyakannya akan sembuh dengan sendiri. Tapi dengan syarat kau tak cetuskan masalah sekunder yang lain.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan buat suami isteri untuk lebih memahami pasangan masing-masing.Sekaligus membentuk keharmonian dalam rumahtangga. Ada benarnya perempuan memang ada EMOSI yang dia sendiri tak boleh nak jelaskan dan kebiasaannya ia akan ok sendiri.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Memang sikap seorang perempuan, suka meluah kepada suami untuk kurangkan rasa penat dan apa yang terbuku di hati dan suami yang baik akan rela hati jadi pendengar setia.
Sama ada yang baik atau terselit kisat tak best, suami kena tegur dengan cara terbaik. Tak boleh salah cakap dan nak mudah faham konsep yang Puan Intan Dzulkeflikongsikan ini. In Shaa Allah rumah tangga akan harmoni sentiasa.
Istilah Suami Yang Baik
Suami yang baik sentiasa cuba jaga sebaiknya kebajikan emosi & rohani isteri si jantung hati rumahtangga. Sebab itu ada pepatah orang puteh; bila wife happy, seluruh rumahtangga happy. Anak-anak pun happy. InsyaAllah.
Suami yang baik, buat semua tu bukan sebab takut isteri, bukan bajet poyo melainkan dia tahu setiap perbuatannya mempengaruhi seisi rumah.
Banyak ibu yang marah-marah anak, asyik mengeluh, muka tak boleh nak senyum langsung.. bila ditanya punca sebab suami tak mahu share tugas rumahtangga & menguruskan anak-anak. Biarkan isteri tanggung semua tanggungjawab seorang diri.
Bila wife stress, kesannya pada anak-anak. Sebaliknya kalau wife happy, dia deliver pada anak-anak.
So, suami.. Bantulah isteri memberi cinta & kasih sayang kepada anak-anak, ya.
Suami Yang Baik Dia Pendengar Yang Baik
Bila isteri meluahkan… suami yang baik tak terus hukum si isteri ni isteri derhaka, jahat, tak bersyukur.. tapi dia faham, ini memang fitrah seorang wanita. Bila isteri penat, stress, dia tak happy.. bila dia tak happy dia sebarkan aura tak best dalam rumah tangga.
Jadi, bila isteri meluahkan penat, kepala suami yang baik akan ligat fikir apa yang boleh dibuat untuk ringankan sedikit kepenatan isterinya. Takkan sesekali dia balas dengan perlian, “awak fikir penat awak je… habis tu, saya ni tak penat?”
Isteri Memang Sensitif
Kualiti kesabaran dalam menghadapi taufan emosi seorang wanita ni, perlu disemai oleh semua lelaki sebelum dia ambil keputusan untuk bergelar suami.
Wanita memang kelemahannya mudah sangat hilang kewarasan. Suami buat silap tak wish anniversary terus dia lupa jasa suami masak & suapkan anak makan, basuh baju & lipat baju, basuh pinggan mangkuk & buang sampah sebelum tidur.
Memang fitrah wanita begitu.. dalam perkahwinan, dia memang mudah lupa daratan jika terlalu ikutkan emosi. Dia hanya akan ingat pengorbanan dia sahaja.
Sebab itu Allah yang Maha Bijaksana meletakkan wanita dibawah pengawasan seorang lelaki yang ‘qowam’ & lebih stabil mengurus emosi.
Bila wanita belum kahwin, ayahnya yang menyayanginya. Bila dia sudah berkahwin, suaminya yang melindunginya. Bila dia sudah tua & menjanda, dia dijaga oleh anak lelakinya. Subhanallah.
Jadilah Suami Terbaik
“Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik kepada isteri & ahli keluarganya. Dan Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik terhadap isteri & keluarganya.”
Semoga Allah sentiasa merahmati suami yang baik & soleh.
Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah. ❤
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Guru Linus ini menggabungkan penggunaan kad dan nyanyian sebagai satu usaha untuk mengajar anak-anak kenal huruf dan menulis huruf dengan betul. Kaedah kenal huruf dengan nyanyian ini membolehkan anak-anak kenal dan menulif huruf dalam 7 hari.
Cikgu Faridah Salleh, Guru Linus Sk Bukit Mahkota, Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor yang berkongsi video panduan untuk mak ayah mengajar anak-anak dengan teknik nyanyian untuk 5 hari.
Usaha ini perlu mak ayah teruskan dengan latihan sebaik saja selesai nyanyian memperkenalkan huruf pada anak-anak.
“Kanak-kanak memang suka menyanyi. Cuba perhatikan anak-anak usia 2 ke 3 tahun, tanya mereka lagu-lagu terkini yang popular. Mesti mereka boleh hafal.
“Ini tandanya lagu itu penting dalam proses pembelajaran anak-anak.
“Lihatlah diri kita sendiri. Kadangkala menyanyi di dapur atau bilik air. Jadi melalui nyanyian ini memudahkan mak ayah kenalkan huruf pada anak-anak seterusnya membolehkan mereka membaca.”
Penggunaan Kad
Dalam nak memudahkan proses mengajar beserta nyanyian, ibu perlu membuat kad dengan plastik lutsinar. Setiap kad itu ada beberapa simbol yang mak ayah perlu lukis. Antaranya:
Bulan Sabit
Tiang pendek
Cawan Pecah
Mata Satu
Ekor Kuda
Jika tiada kad, mak ayah boleh juga melukisnya di atas papan putih.
Kaedah Kenalkan Dan Menulis Huruf Ikut Hari
Hari Pertama
Mak ayah perlu kenalkan anak-anak dengan huruf vokal ‘A E I O U’
Jangan lupa minta anak ikut sebutan dan nyanyi bersama mak ayah.
Hari Kedua
Ajar anak-anak kenal huruf pendek saja. Guru ini pecahkan kepada 2 kelompok.
Kelompok 1 – Huruf yang pendek ’N M S C R’
Menulis Huruf Hari Ketiga
Masih lagi memperkenalkan anak dengan huruf yang pendek ‘X V W Z’
Buatkan latihan dan sebutan bersama anak-anak.
Hari Keempat
Kenalkan anak dengan huruf tinggi ‘B D H F T K’
Ajar Anak Menulis Huruf Hari Kelima
Nyanyi bersama anak-anak dan dedahkan mereka dengan huruf yang ada ekor ‘Y G J P Q’
Nota : Setiap huruf-huruf ini hendaklah ditulis dengan huruf kecil.
Sesungguhnya dalam mendidik anak-anak, mak,ayah perlu jadi raja berpendirian, barulah anak jadi rakyat yang taat. Sebagai mak,ayah rasanya tidak perlu untuk mengikut segala kemahuan anak.
Tidak salah jika mak, ayah mahu berbincang dengan anak-anak tentang sesuatu perkara namun jangan keterlaluan. Sehingga membuatkan anak-anak merasakan mereka “raja”.
Ikuti perkongsian Mohd Yazid Ismaildan jadikan inspirasi buat mak,ayah dalam mendidik anak-anak yang semakin membesar:
Jangan selalu tanya soalan approval kepada anak-anak. Terutamanya yang masih bersekolah. Mereka akan rasa semua benda perlu ikut citarasa mereka, nanti mereka akan jadi raja di rumah.
Contoh soalan approval:
Nak ummi masak spaghetti hari ni?
Along nak hadiah apa untuk birthday?
Nak tak kita pergi pantai esok?
Soalan approval bunyi macam comel dan mesra, tapi jika diulang bertahun-tahun ia akan menyemai sifat bos pada anak-anak, suka ikut kepala sendiri.
Nasib baik di sekolah cikgu tak amalkan tanya soalan approval. Cikgu terus bagi kerja tanpa tanya persetujuan. Sebab tu anak-anak lebih mudah taat di sekolah berbanding di rumah.
Ibu bapa perlu jadi raja yang berpendirian, barulah anak akan jadi rakyat yang taat. Nak buat sesuatu tak perlu dapatkan persetujuan anak-anak.
Nak masak apa pun masaklah. Anak akan makan sebab dah tak ada pilihan lain. Mereka akan suka. Jangan sampai terpaksa buat menu khas untuk setiap anak-anak. Seksa hidup nanti.
Biarlah Anak Jadi Rakyat Yang Taat
Didiklah anak-anak supaya ikut saja aktiviti yang kita rancangkan. Sekali-sekala anak-anak boleh bagi cadangan tapi tak semestinya kita ikut mereka.
Bertanya untuk berbincang tak ada masalah, tapi bukan tanya untuk dapatkan approval.
Mak ayah kita dulu-dulu mana ada tanya approval dari kita. Kita gembira saja ikut semua yang mak ayah tetapkan.
Jangan merajakan anak-anak.
-Mohd Yazid Ismail
Yang suka memerhati dan suka menulis di fb.
MW: Dalam mendidik anak-anak ini bergantung kepada mak,ayah untuk mengikut acuan yang selesa kerana setiap anak tak sama. Semuanya berbalik kepada pilihan dan setiap pilihan pasti ada impaknya.