Isi Kandungan
TogglePerbalahan perkara biasa bagi kita sebagai insan yang serba kekurangan. Ini termasuklah perbalahan di kalangan adik beradik. Yang menyedihkan bila silaturahim itu terputus bertahun-tahun lamanya.
Agama Islam sangat menitikberatkan soal betapa pentingnya menjaga silaturahim. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Siapa yang ingin dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim.”
Bayangkan perasaan mak dan ayah bila tahu anak-anak berbalah dan bermusuh antara satu sama lain. Bila dinasihat, masing-masing keras kepala. Mak ayah yang tua itu hanya mampu makan hati dengan tingkah anak-anak yang tidak lagi mahu dengar nasihat. Akhirnya dibiarkan saja.
Punca Perbalahan Hal Remeh
Dah namanya adik beradik, kadangkala perbalahan terjadi dek kerana hal yang kecil saja yang kadangkala tak masuk dek akal untuk timbulkan pertelingkahan. Contohnya bila anak ditegur oleh mak/bapa saudaranya. Si ayah dan si mak pula sentap. Rasa terpukul bila anak mereka ditegur. Mulakan mengata itu ini. Kononnya anaknya itu tak disukai.
Orang Tegur Sebab SAYANG!
Aduh. Takkan hal itu nak bergaduh kan? Kena ingat, anak-anak saudara umpama anak sendiri. Kalau anak kita ditegur oleh adik beradik kita, bermakna mereka cakna dan ambi peduli tentang anak kita. Mereka sayang anak kita. Sebab itu mereka tegur. Tak salah kan? Jadi jangan buruk sangka dengan adik beradik.
Sebaliknya, kalau orang dah tak tegur, makna mereka dah tak nak ambil peduli hal anak kita. Jadi mana yang lebih elok? Itu semua demi kebaikan anak kita juga kan?
Namun, ada juga disebabkan hal yang besar seperti melibatkan harta pusaka. Itu memang sangat rumit. Namun, sepatutnya adik beradik kena faham soal hukum hakam. Banyak silaturahim terputus angkara harta pusaka.
Tapi ingat satu perkara, takkan senang hidup orang yang rampas harta pusaka atau hak adik beradik lain. Mungkin dia Nampak ‘senang’ pada mata kasar, tapi keadaan hidupnya yang sebenar siapa tahu? Jadi, jangan ambil mudah soal harta pusaka. Rujuk pada yang arif. Jangan pakai buat hukum sendiri je ye!
Baca lagi di sini:
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka!
Ikuti MW di instagram:
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Jiwa Sentiasa Tak Keruan
Takkah rasa stres bila ada perbalahan dengan adik beradik? Balik kampung, kena hadap muka dia juga. Pergi kenduri saudara mara, orang sama juga akan jumpa. Kalau pun cuba nak hindari diri, sampai bila?
Orang yang bermusuh dengan adik beradik ni, jiwanya akan rasa kacau dan ‘berat’ Seolah ada yang ‘tak lepas’. Tak tenang jiwa orang yang bermusuhan.
Buang Ego Saling Bermaafan
Nak bawa ke mana ego yang melangit tu? Tak jatuh maruah kita kalau saling bermaafan malah orang yang sanggup meminta maaf walau pun mungkin bukan salah dia, dia seorang yang sangat ‘berlapang dada’. Dia rela tepis ego demi menjaga ikatan silaturahim.
Kesimpulannya, walau atas alasan apa sekali pun, jaga silaturahim dengan adik beradik. Bermasam muka dan berbeza pendapat dan fikiran tu biasalah. TAPI jangan panjangkan ye!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIMADUKAN, DICERAIKAN Wanita Sedarlah KEHILANGAN SUAMI Kecil Berbanding Nikmat Tubuh Badan Allah Pinjamkan
Isi Kandungan
ToggleDimadukan, diceraikan wanita sedarlah kehilangan suami kecil berbanding nikmat tubuh badan Allah pinjamkan. Bila perempuan tawar hati, kebahagiaan rumah tangga akan mula hilang serinya.
Jika hatinya tidak bahagia pastinya akan berasa diri sangat kerdil dan disisihkan. Namun sedarlah bahawa kehilangan suami adalah kecil berbanding dengan nikmat sempurna tubuh badan yang Allah pinjamkan kepada kita.
Insan bernama isteri ini membawa aura tersendiri. Jika dirinya dianiaya dan ditinggalkan di tidak boleh terlalu leka sebaliknya perlu bangkit membuktikan kebolehan diri dan terus kuat mengubah nasib tanpa insan bergelar suami. Semangat dan tekad wanita perlu ditanamkan dalam diri demi anak-anak tersayang. Pastinya mereka tidak akan biarkan anak-anak hidup merempat jika tidak ada suami di sisi.
DIMADUKAN, DICERAIKAN Wanita Sedarlah KEHILANGAN SUAMI Kecil
Seperti mana perkongsian wanita kuat dan juga pempengaruh di media sosial, Puan Dzuriasikim Dzulkefli punya perkongsian yang boleh memberikan manfaat kepada wanita yang berhadapan dengan masalah rumah tangga dan ditinggalkan suami.
WANITA, USAH MENANGIS. BACA 13 LANGKAH UNTUK BANGKIT.
Tidak kira apa status anda, wanita adalah kaum yang lemah lembut hati dan jiwanya serta mudah tersentuh perasaan.
Bertenang dan baca ini:
- SEKIRANYA DIUJI DENGAN PERPISAHAN, DIMADUKAN ATAU APA DALAM RUMAHTANGGA.
PERKARA PERTAMA YANG HARUS ANDA LAKUKAN…
Hitung dan bersyukurlah atas berapa banyak nikmat yang kita masih ada. Walaupun sebaiknya bersyukur ini dilakukan pada setiap hari (di kala senang dan susah), namun ramai yang terlupa untuk melakukannya bukan?
Cuba bayangkan jika pada suatu pagi kita bangun tanpa kedua belah tangan atau kedua belah kaki. (Pejam mata dan bayangkan…).
Atau tanpa nikmat penglihatan kedua belah mata. Bukankah kita akan mula berkata…
“Ya Allah, hamba bermohon kepada Mu Ya Allah. Hamba lupa akan nikmat Mu Ya Allah. Kembalikan kedua belah kaki ku Ya Allah.”.
Kerana saat itu mungkin baru kita akan sedar bahawa kehilangan suami adalah kecil berbanding dengan nikmat sempurna tubuh badan yang Allah pinjamkan kepada kita.
Count every single thing that we still have… Anak-anak di hadapan mata. Pernafasan tanpa bantuan, jantung yang masih berfungsi, malah.. memiliki rambut dan kuku itu pun nikmat!
Jangan lupa akan itu semua.
MasyaAllah tabarakallah.
- INGAT ALLAH
Ingat Allah. Usah menangis keterlaluan siang dan malam. Apa lagi merintih memohon simpati dengan orang lain. Menangis tidak akan dapat merubah nasib kita.
Selalu saat kita terlalu bersedih, kita berasa seolah-olah bahagia tidak akan datang lagi. Dan di saat kita bahagia, kita berasa seolah kita tidak akan menangis semula. Selalu cepat terlupa bahawa bahagia dan derita itu juga pinjaman dari Allah.
Sabar adalah sebaik-baik ubat hati. Dan Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu.
Bersangka baik selalu.
- LIHAT MATA ANAK-ANAK
Jika punya anak, usah diabaikan hanya kerana kita berasa kita ini sedang tertekan. Usah kita layan kesedihan kita sehingga kita abaikan tanggungjawab. Anak-anak sangat memerlukan kita. Bangkit dan peluk mereka semua. Biar 10 atau 12 orang anak sekalipun. InsyaAllah akan ada rezeki buat mereka. MasyaAllah, anda kena yakin dengan rezeki Allah. Dia Maha Memberi. Dan Dia memberikan sesuatu dengan sungguh luarbiasa.
- PILIH KAWAN
Pilih dengan siapa anda berkawan. Ada ramai wanita yang tersalah memilih kawan serta memilih jalan yang salah untuk hilangkan derita. Apa lagi ketika mereka dalam keadaan baru berpisah dengan pasangan. Baru putus tunang. Baru ditinggalkan.
Jika hati kita lemah, kita akan mudah terikut dengan rakan-rakan. Pilih kawan-kawan yang positif, membina dan berkualiti. Tidak selalu mengingatkan kita tentang masa silam hingga timbul dendam dan kesedihan. Yang tidak suka menyalahkan orang lain serta menghasut minda kita untuk melakukan perkara yang tidak baik.
“Tapis” rakan termasuk di media sosial.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
- JIKA ADA YANG MENJAUHKAN DIRI
Saat kita susah, itu adalah perkara biasa. Yang luarbiasa adalah ketika rakan dan saudara masih mahu bersama kita ketika susah.
Sahabat Rasulullah Muhammad SAW, Sayyidina Ali Bin Abi Thalib Radiallahu anh. Ilham menuturkan, ketika Sayyidina Ali ditanya salah seorang sahabat terkait siapa yang dimaksud teman-teman dan sahabat Ali.
“Ya Ali kulihat sahabat-sahabatmu begitu setia sehingga banyak sekali, berapakah sahabatmu itu?”.
Sayyidina Ali menjawab,
“Nanti akan kuhitung setelah aku tertimpa musibah.”
Begitulah jawapan Sayyidina Ali.
Letakkan kebergantungan kita hanya kepada Allah. Orang yang meletakkan kebahagiaan diri pada orang lain dan bukan Allah ini akan mudah kecewa. Kasih manusia berubah-ubah. Sedang kasih Allah tanpa syarat. Allah mencintai tanpa ada kenapa dan mengapa.
- BETULKAN NIAT
Betulkan niat dalam diri dan terhadap orang lain. Perlu ada alignment dalam diri dan ini adalah sangat penting dalam hidup. Tidak kira samada dalam urusan perhubungan keluarga, sahabat, perniagaan, pekerjaan atau apa sahaja….
The power of Niat. Sama-sama kita semak dan perbaharui niat setiap hari. Pastikan apa yang ada dalam minda selari dengan mata, lidah dan hati. Jaga mulut dari mengata, jaga hati diri dan hati orang dan jauhi sifat bersangka-sangka, jaga mata agar sentiasa melihat kebaikan dalam setiap perkara. Jadi mata lebah dan bukan mata lalat.
Sebab syaitan memang selalu menggunakan cara halus untuk pesongkan niat kita. Akhirnya pergantungan kita kepada Rabb akan tergelincir sedikit demi sedikit.
- TINGKATKAN DIRI
Cuba baca buku-buku yang boleh memberikan inspirasi dan semangat. Jika tidak mampu untuk membeli buku, cuba buat carian di internet dan baca kisah kejayaan ramai wanita hebat dunia dan bagaimana mereka berjaya bangkit semula dalam hidup. Jika tidak mampu beli data, anda boleh cuba menggunakan wifi percuma yang disediakan di kebanyakan tempat awam. Sentiasa penuhi masa dengan perkara berfaedah dan elakkan dari termenung.
- FORGIVE AND FORGET
Cuba sebaik mungkin untuk lupakan kisah silam. Anda perlu melangkah ke hadapan. Melihat ke belakang tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Cari kekuatan itu and you need to move on.
- APAKAH ANDA PUNYA IMPIAN?
Fikirkan apa cita-cita anda sebelum ini. Inilah masa terbaik untuk anda memenuhi segala impian anda. Cari jalan dan usah sesekali putus asa. Sekiranya ramai yang memburukkan anda kerana bergelar janda, kerana putus tunang, kerana ditinggalkan pasangan, kerana dimadukan… pekakkan telinga sahaja. Jika tiada teman rapat, ingat selalu bahawa kita ada Allah.
Hidup ini biarlah dipuji tak terbang, dihina tak tumbang.
- JADI KUAT!
Cuba kawal minda anda. Letakkan masalah peribadi dalam satu “kotak” berbeza. Sentiasa senyum bila berhadapan dengan orang sekeliling terutama anak-anak. Usah sesekali menyalahkan atau memburukkan orang lain (contohnya bekas pasangan) atas apa yang berlaku. Usah salahkan takdir Allah!
Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
_”Aku sesuai dengan sangkaan hamba pada-Ku.”_
(Muttafaqun ‘alaih)
Seburuk manapun bekas pasangan anda, dia tetap ayah kepada anak-anak anda. Usah heret anak-anak ke dalam emosi. Minda anak-anak yang positif dan ceria akan mempengaruhi keperibadian serta pencapaian akademik mereka.
- CARI REZEKI YANG HALAL
Jika sukar meninggalkan anak untuk keluar bekerja atau mencari rezeki, usahakanlah sesuatu dari rumah sahaja. Ambil upah jahit butang baju pun tidak mengapa. Ada banyak pekerjaan yang boleh dilakukan selagi kita mahu berusaha. Upah yang diperolehi itu nanti bolehlah dibelanjakan sedikit dan simpanlah juga (walau sedikit untuk kecemasan dan untuk mengejar impian yang ada). Susah sedikit tidak mengapa… belajarlah untuk berdikari.
Sabar sedikit. Ianya mungkin akan memakan masa. Orang yang sabar pasti akan memperoleh kemenangan. Bertahanlah. Saya yakin anda boleh!
- JATUH CINTA LAGI
Usah mudah jatuh cinta pula. Belajar dari kesilapan lalu. Jika mahu bernikah lagi, pilihlah pasangan dengan lebih berhati-hati. Sebaiknya anda berikan sedikit ruang untuk diri sendiri. Tingkatkan penjagaan dan kualiti diri. Pastikan anda tampil bersih, berseri, kemas dan rapi walau seteruk manapun kesedihan anda. Utamakan kebahagiaan diri dan anak-anak (jika ada). Ingat, alam perkahwinan tidak sama dengan alam bercinta. Langsung tidak sama seperti dalam kisah Cerekarama atau Sinetron. Usah tersilap langkah untuk kali kedua.
- SABAR, DOA DAN TAHAJJUD
Saya suka ingatkan. Usah putus asa untuk berdoa. Jangan lupa bertahajjud. Sehina manapun kita di mata manusia, hanya Allah sahaja yang menentukan untuk menerima segala amal dan doa kita. Percayalah, tidak akan sia-sia untuk bangun pada setiap malam dan bertahajjud.
Solat Tahajjud adalah solat malam, makna Tahajjud adalah solat yang dikerjakan setelah tidur. Waktunya terbentang mulai setelah Isya’ hingga sebelum Subuh, dengan didahului tidur. Dan waktu paling utamanya adalah di sepertiga malam yang terakhir.
“Dan pada sebagian malam hari, solat tahajud-lah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”
(QS. Al Isra’: 79).
“Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.”
(Imam Syafie)
Saya terjumpa kedua ayat ini dulu yang membuatkan saya bangkit! Jangan lupa untuk bersihkan hati. Maafkan orang sekeliling. Jangan berdendam. Yakinlah dengan Tuhan. Strong women never give up,” kongsi Dzuriasikim Dzulkefli.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Baca Disini : Bercerai 48 Tahun Lepas, Lelaki KENCING Atas Kubur BEKAS Isteri Setiap Hari
Mingguan Wanita : Kuatnya wanita kerana tekad untuk membesarkan anak-anak kesayangan. Tanpa suami pun insyaAllah wanita boleh berjaya.
Sumber : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Serik Tengok Wayang Dengan Anak? Cuba Tip Ini, Baru Boleh ‘Enjoy’ Sampai Habis!
Hujung minggu biasanya mak-mak akan dedikasikan waktu bersama keluarga tersayang. Selain menghabiskan masa di rumah, menonton wayang bersama keluarga juga salah satu cara untuk ‘bonding’ bersama anak-anak. Bolehlah anda habiskan masa berkualiti dengan keluarga dengan kos yang tidak terlalu mahal. Namun yang sering menjadi masalah adalah sikap anak-anak terutamanya yang masih kecil kadang-kadang memeningkan kepala ketika menonton. Ada yang tidak duduk diam dan juga mula bosan setelah beberapa ketika menonton. Tip di bawah ini boleh anda praktikkan untuk anda dan sikecil supaya dapat menikmati filem yang ditonton dengan tenang dan gembira sepanjang siaran.
- Pastikan filem yang bakal anda tonton disukai oleh anak-anak anda. tunjukkan kepada mereka preview atau sedikit sedutan menarik yang ada untuk ketahui adakah anak-anak anda akan suka dengan filem yang akan ditonton nanti. Jika mereka menyukainya pasti mereka akan fokus dan menonton dengan tenang di dalam pawagam.
- Jangan lupa untuk membeli snek dan juga minuman kegemaran mereka untuk dibawa ke dalam pawagam. Makanan dan minuman tersebut akan membuatkan mereka bertambah seronok untuk menonton filem nanti.
- Bawa beberapa permainan kesayangan mereka bersama jika mereka bosan, bolehlah mereka bermain dengan permainan tersebut. Tetapi jika permainan tersebut boleh menimbulkan bunyi bising, maka sebaiknya anda membawa buku mewarna atau tablet bersama fon telinga untuk mereka tonton atau bermain permainan video di dalamnya.
- Sebelum filem bermula, sebaiknya anda menerangkan kepada anak-anak anda bahawa bukan keluarga anda sahaja yang ada di dalam pawagam tersebut. Oleh itu amat penting untuk mereka menjaga kelakuan dan kekal tenang sepanjang tayangan filem tersebut supaya orang lain juga dapat menikmati filem yang ditayangkan dengan baik.
- Memastikan keperluan anak-anak didahulukan sepanjang menonton wayang. Jika anak-anak anda sudah boleh duduk sendiri, pastikan mereka boleh Nampak layar di hadapan supaya tidak menimbulkan bunyi bising kerana mereka tidak dapat menonton filem yang ditayangkan. Sediakan kusyen atau benda yang sedikit tinggi untuk keselesaan mereka sepanjang tayangan.
- Buat satu ‘silent game’ sepanjang filem ditayangkan. Siapa yang kalah akan di denda dan siapa yang menang akan diberi hadiah selepas selesai menonton. Pasti mereka lebih diam dan tenang sepanjang menonton.
- Jika anak-anak berkelakuan baik sepanjang menonton, bawalah mereka makan ke restaurant kegemaran mereka atau belikan permainan yang mereka suka. Pasti mereka teruja dan mahukan aktiviti tersebut berulang lagi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Info, Garis Panduan Pemasangan Car Seat Januari 2020
Isi Kandungan
ToggleBermula Januari 2020, kerajaan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi (child car seat) dalam kenderaan persendirian.
Ramai yang menyambut baik peraturan itu, ada juga mak ayah yang mula susah hati. Bukan tidak mahu sokong arahan kerajaan. Tetapi lebih memikirkan kos car seat yang bukan murah untuk setiap anak, malah kenderaan kecil yang dibayangkan akan dipenuhi car seat anak-anak.
Mak ayah, meriba bayi dalam kenderaan adalah posisi paling bahaya sekali. Bila berlaku kemalangan, bayi dengan mudahnya akan tercampak keluar. Hadamkan perkongsian Wana Abas ini, yang mengikuti taklimat daripada JPJ tentang penggunaan car seat.
Tambah Wana, “Kalau cerita bakal kena kecam, tapi kalau saya tak sampaikan siapa lagi nak cerita.”
“Pada 10.11.19, kami wakil penjual dan pekedai mendengar taklimat garis panduan kerusi keselamatan kanak kanak / child restraint system atau bahasa pasar orang pakai ialah child carseat.”
“Antara yang memberi taklimat ialah pengarah penguatkuasa JPJ, pegawai bahagian kelulusan komponen JPJ, wakil Miros dan wakil Kpdnhep.”
7 Info Penting Pemasangan Car Seat Januari 2020
Saya senaraikan point utama dan soal jawab pada hari tersebut
1. JPJ akan menggunakan 2 punca kuasa untuk kuatkuasa arahan “wajib menggunakan child carseat bagi kanak kanak” iaitu kaedah JPJ seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child carseat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang.
2. Maksudnya bermula 1 Januari, semua child carseat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.
3. Tugas JPJ adalah memastikan child carseat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child carseat tak lulus piawai selepas ini.
4. Bagi child carseat yang masuk sebelum 1 Januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman. Jadi kalau pakai child carseat sebelum 1 Januari tiada kelulusan CTA tidak akan disaman.
5. Akta child carseat ini adalah sangat sama dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu:
a. tidak memakai helmet,
b. pakai helmet tapi tidak ikat
c. kesalahan memakai helmet yang tak lulus spesifikasi.
Jadi untuk carseat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai carseat. Tidaklah JPJ nak tahan tengok carseat ada lulus CTA ke tiada ke. Janji anak duduk atas carseat.
6. Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai carseat sebab kena saman RM300. Carseat dalam RM300 juga. Baiklah beli carseat dari kena saman.
7. Kerajaan kena juga kuatkuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah pembunuh no. 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.
Soal Jawab Pemakaian Child Car Seat Januari 2020
Pada pendapat saya, perjuangan kesedaran penggunaan carseat sama macam pejuangan penyusuan di Malaysia. Kempen dan kuatkuasa perlu dimulakan sekarang kerana ambil masa lama untuk didik dan kesan kesedaran akan nampak 10 tahun akan datang.
Ini antara soalan biasa didengar;
1. Kenapa kena pakai child carseat?
Kerusi kereta sekarang memang tidak dicipta untuk membawa bayi. Bayi perlukan kerusi istimewa jika nak naik kereta. Macam letak bayi dalam roller coster. Memang tak selamat.
2. Bagaimana dengan mereka anak ramai?
Cadangan ialah utamakan yang paling kecil dahulu. Sebab posisi bayi paling bahaya adalah atas riba ibu kerana terlalu banyak kes bila kemalangan baby tercampak keluar manakala ibu dan ayah selamat.
3. Buat apa pakai carseat, kalau dah ajal anak akan mati juga?
Dalam Islam Nabi Muhammad pun suruh ikat unta bukan biar je unta tu lepas kerana ikat unta itu juga ikhtiar. Ikat anak ke carseat itu satu ikhtiar.
4. Bagaimana dengan mereka yang miskin dan tiada duit?
Ada program kutu carseat RM50 sebulan oleh CPSM, dan kos carseat hanya RM0.29 sen sehari. Bakal ada juga program charity selepas ini. Tunggu je la.
Kita letak tepi dulu isu golongan B40, ada ramai lagi golongan M40 dan T20 yang tak pakai dan tak peduli nak pakai walaupun mampu. Baju mak berjenama RM700 tapi selfie letak anak atas riba. Ayah pula spotrim kereta RM2000, tapi child carseat kata tak mampu beli. Tak cerita lagi bab telefon yang model sentiasa upgrade dan koleksi tupperware kat dapur tapi bab CRS berkira.
Wajib Pakai Car Seat, Bukan Agenda Untungkan Peniaga
Ada yang kata agenda ni saja nak untungkan perniaga. Percayalah jual carseat tak besar untung pun.
Pertama : saiz carseat besar, makan ruang untuk simpan dan kos pengangkutan mahal.
Kedua : terlalu banyak saingan dan buang harga menyebabkan untung tersangat kecil. Belum kira faktor sewa dan gaji pekerja.
Ketiga : kos melatih staf untuk pandai carseat amat mahal mencecah ribuan ringgit. Nak kaya, untung banyak kena jual baju bukan carseat. Jual carseat ni macam khidmat masyarakat je.
5. Anak saya langsung tak nak duduk dalam carseat, macamana?
Anak kami masa umur setahun tak nak duduk carseat dan masih menyusu badan. Tapi memang paksa ikat dan tahan telinga. Anak menangis lagi baik dari anak tak bernyawa.
Selepas setahun, sekarang naik kereta dia sendiri tunjuk dan nak duduk carseat. Kesemua 4 anak begitu. Tiada yang lahir terus diam pandai duduk carseat. Ada banyak tips dan trick untuk ajar mereka duduk carseat. Belajarlah.
Kesimpulan, nak mengamuk dan maki semua orang silakan. Sama seperti larangan merokok. Tapi cuba sekali berlapang dada dan buka hati. Kalau kita tak mampu diam diam dan cari jalan. Kalau kita mampu beli dan pakai lah. Jangan sebarkan kebencian hanya kerana kita tak faham sesuatu.
Kami mempunyai kesedaran awal kerana 2 sahabat kami kehilangan anak akibat kemalangan jalan raya. Tak perlu tunggu anak sendiri jadi mangsa untuk ambil peduli.
MW : Semoga penjelasan ini lebih memudahkan mak ayah faham kenapa penting untuk meletakkan bayi, anak kecil di dalam car seat dalam kenderaan yang bergerak. Nyawa anak cuma satu, tiada dua atau tiga. Hargailah!
Sumber/Foto : Wana Abas
Makluman : Artikel ini disiarkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI