Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.

Baca perkongsian tip lembutkan daging dan relevannya secara sains daripada ChM Dr Fatimah Salim ini sebagai rujukan;

Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.

Perap Sekejap Dengan Soda Bikarbonat, DAGING Cepat Lembut, Empuk & ‘Juicy’!

Artikel Menarik:PETUA Paling Mudah Lembutkan Daging Guna MINYAK, Tak Perlu Rebus!

TIP 1 (SODA BIKARBONAT)

1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.

2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.

3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).

4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.

Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.

Perap Sekejap Dengan Soda Bikarbonat, DAGING Cepat Lembut, Empuk & ‘Juicy’!

TIP 2 (AIR PERAHAN BETIK/NANAS)

1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit

Ads

2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.

3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas

TIP 3 (AIS BATU)

1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.

2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.

Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.

a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.

Perap Sekejap Dengan Soda Bikarbonat, DAGING Cepat Lembut, Empuk & ‘Juicy’!

Ads

Dapatan Ujikaji dan Perbincangan:

Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.

Konsep Entropy

Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.

Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.

Perap Sekejap Dengan Soda Bikarbonat, DAGING Cepat Lembut, Empuk & ‘Juicy’!

Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.

Perap Sekejap Dengan Soda Bikarbonat, DAGING Cepat Lembut, Empuk & ‘Juicy’!

Ads

Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.

Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.

Baca Lagi Di Sini:CARA MASAK Daging Goreng Kunyit Sedap, Tetap Lembut Walaupun Bukan Batang Pinang!

Mesti Baca:Cara Mudah Buang Lemak Daging Dalam Sup, Guna ‘Senduk Sejuk’

Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.

Sumber: Fatimah Salim, Faizzuddin Abd Razak

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Berhutang dengan isteri jangan tak bayar iya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI