Bayangkan dunia ini tanpa kehadiran wanita! Maka hilanglah seri dunia dan kekuatan untuk lelaki. Jangan perkecilkan pengaruh dan peranan wanita dalam kehidupan kita selama ini. Mereka memainkan peranan yang besar dalam rumahtangga iaitu sebagai isteri, ibu, guru, tukang masak, pekerja, sahabat, jiran dan tidak terkecuali sebagai penasihat kewangan keluarga juga.
Selalu kita dengar, wanita digelar sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga. Jelas gelaran ini satu pengiktirafan dan bukti betapa wanita cukup bijak menyusun perancangan kewangan keluarga! Justeru itu, perancangan kewangan yang betul sepatutnya menjadi perkara penting dalam senarai keutamaan komitmen wanita. Sikap ini sebenarnya menunjukkan wanita cukup mengambil berat dalam perancangan kewangan yang kukuh demi masa hadapan keluarga.
Perancangan Kewangan Adalah Satu Proses, Ia Bukannya Produk
Sebagaimana gahnya KLCC setinggi 88 tingkat dibina atas asas tanah yang kuat, begitu jugalah dengan perancangan kewangan kita. Semua maklum bahawa perancangan kewangan melibatkan satu proses yang panjang dan bersistematik. Sememangnya perancangan yang kukuh diperlukan untuk mengurus kewangan secara menyeluruh.
Tidak dinafikan adakalanya wanita dilihat suka berbelanja, namun anda masih boleh mencapai apa sahaja matlamat atau impian sekiranya status kewangan dianalisis dengan baik dan seawal mungkin.
Sebagai permulaan untuk satu perancangan kewangan yang tersusun, segala data akan dianalisis. Proses ini sangat penting untuk mengenal pasti apa yang utama dan sebaliknya.
Sebenarnya analisis ini mampu membantu anda mengelak masalah kewangan yang boleh berlaku di setiap fasa kehidupan. Cabaran di setiap fasa kehidupan kita berbeza-beza, tidak mengenal sama ada kita bujang, telah berkahwin, berkeluarga, tua, muda atau apa sahaja status kita dalam masyarakat.
Elakkan apabila tersepit baharu nak bertindak. Oleh itu, pemantauan secara berterusan adalah sangat penting untuk mencapai matlamat kewangan secara lebih efektif.
Disamping itu, perancangan kewangan boleh dilakukan secara bebas mahupun dengan bantuan perancang kewangan yang bertauliah.
Tetapi perlu diingat ya, perancangan kewangan adalah satu proses jangka masa panjang, ia bukanlah satu produk!
Ads
Adakah Ada Perbezaan Perancangan Kewangan Konvensional & Perancangan Kewangan Islam Ini?
Adakalanya kita dalam dilema sama ada ingin memilih perancangan kewangan konvensional atau Islam. Namun jika kita bercakap dari segi objektif, kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu masyarakat mengumpul, melindungi dan mengagihkan kekayaan mereka.
Seperkara yang jelas, perancangan kewangan Islam adalah patuh Syariah; elemen yang sangat penting bagi kita sebagai orang Islam. Selain itu, perancangan kewangan Islam juga perlu selaras dengan prinsip Syariah iaitu tiada unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maysir (perjudian).
Terdapat beberapa komponen penting dalam perancangan kewangan Islam antaranya pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan Takaful, perancangan pelaburan Islam, zakat dan cukai, persaraan serta harta pusaka dan wakaf.
Tidak perlu lagi ragu-ragu, buat para wanita yang ingin merancang masa depan berlandaskan nilai-nilai Islam, inilah jalan terbaik untuk anda.
Mendapat Keberkatan dan Keseimbangan Dunia & Akhirat
Sebenarnya dengan memilih perancangan kewangan Islam, ia bukanlah semata-mata untuk mendidik kita menjadi kaya. Berbanding perancangan kewangan konvensional, perancangan kewangan Islam sangat menitikberatkan keseimbangan antara dunia dan akhirat.
Kita mengambil kira perkara seperti ibadah, sedekah, wakaf , menginfakkan (memanfaatkan) harta dan melaksanakan rukun-rukun Islam (seperti menunaikan haji dan membayar zakat) dalam perancangan kewangan Islam.
Benarkah Wanita Sukar Merancang Kewangan?
Persoalan ini mungkin benar untuk sebahagian wanita berikutan isu perancangan kewangan agak jarang diketengahkan. Soal gaji kecil, komitmen terhadap keluarga, masalah rumahtangga dan pengurusan kewangan lemah seharusnya tidak menghalang kita memahami kepentingan perancangan kewangan. Ia amat penting agar kita bersedia hadapi cabaran kewangan pada hari ini.
Terdapat beberapa faktor mengapa masih ada wanita sukar merancang kewangan mereka. Antaranya ialah wanita lebih cenderung untuk berhenti kerja atau bekerja sambilan demi menjaga anak.
Ads
Selain itu kebanyakan wanita bergantung kepada wang pemberian suami untuk simpanan akaun peribadi mahupun akaun persaraan.
Bukan itu sahaja, purata pendapatan atau gaji wanita biasanya lebih rendah dari lelaki. Kewangan dan pelaburan sering dilihat ‘sinonim’ untuk lelaki dan kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang isu kewangan.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana kita sering rasa kita sudah cukup bersedia untuk masa depan tetapi bencana mahupun kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, malah sekecil-kecil bencana pun boleh menjejaskan situasi kewangan kita. Pada waktu itu sudah tentu kita tidak mahu sentuh wang persaraan!
Perancangan Kewangan Demi Keselesaan Di Hari Tua
Berdasarkan kajian*, wanita lebih cenderung untuk hidup lebih lama berbanding lelaki. Maka wanita perlu memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup sekiranya sesuatu terjadi kepada pasangan.
Tambahan pula, statistik* menunjukkan bahawa purata pendapatan atau gaji wanita biasanya lebih rendah dari lelaki. Sama ada bujang mahupun sudah berumah tangga, kebebasan kewangan merupakan perkara paling penting kerana ia mampu mempersiapkan wanita untuk masa hadapan yang belum pasti.
Oleh yang demikian, penting bagi semua orang untuk merancang kewangan masing-masing, terutamanya wanita.
Semat Azam Untuk Capai Kebebasan Kewangan
Apa juga yang perlukan komitmen kewangan, sebaiknya kita fikir untuk jangka panjang. Perancangan kewangan mengajar kita untuk selalu beringat tentang kemampuan kewangan. Jika dahulu boros berbelanja, namun kini kita akan kaji terlebih dahulu perbelanjaan dan simpanan.
Ads
Percayalah dengan adanya perancangan kewangan yang baik, ia dapat membantu kita mencapai financial freedom apatah lagi jika ia tercapai di usia muda. Siapa yang tak suka kan?
Semestinya ia memerlukan disiplin dan usaha yang berterusan. Pilihlah perancangan kewangan Islam agar kita mendapat keberkatan harta walaupun sedikit, tapi besar impaknya dalam kehidupan.
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Bijak Urus Kewangan, Selepas Bersara Tidak Perlu Lagi Bergantung Pada Anak-Anak
Zaman dimana menjadi satu kelaziman untuk ibu bapa bergantung harap pada anak-anak, sudah berlalu. Terutamanya dari segi kewangan tatkala menjangkau usia persaraan, menurut Pengarah Eksekutif yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, Ismitz Matthew De Alwis.
“Kehidupan pada hari ini sangat mencabar. Ibu bapa tidak boleh lagi berharap pada anak-anak selepas bersara. Kos sara hidup yang tinggi, ditambah pula dengan kos sara hidup ibu-bapa yang telah bersara, memerlukan anak-anak menyediakan kewangan dua kali ganda untuk meneruskan kehidupan.”
“Anak-anak yang menampung kos sara hidup ibu bapa yang telah bersara boleh diibaratkan sebagai ‘Generasi Tersepit’ atau ‘Sandwich Generation’. Mereka perlu menanggung kepayahan menguruskan kewangan mereka sendiri dan pada masa yang sama menyediakan keperluan ibu bapa.”
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia menambahkan lagi kekusutan dan mencetus pergolakan hidup ramai rakyat Malaysia, ekoran peraturan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai yang berdepan dengan pemotongan gaji, malah ada yang hilang pekerjaan. Keadaan ini menambah tekanan hidup mereka yang terjejas.
“Hakikatnya rakyat Malaysia yang bersara hari ini mempunyai taraf hidup mereka jauh lebih rendah berbanding mereka yang bersara 20 tahun lalu. Perkara ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan dalam hal ehwal kewangan mereka,” jelas Ismitz Matthew.
Perlu Kikis Sikap Sambil Lewa Terhadap Pengurusan Kewangan
Pendidikan kewangan memerlukan jangka masa yang panjang, terutamanya apabila kita tidak peka dengan masalah kewangan sendiri dan terus leka berbelanja tanpa memikirkan masa depan.
Dengan mengambil kira purata jangka hayat rakyat Malaysia yang dianggarkan sekitar usia 75 tahun, simpanan yang mencukupi untuk menampung kelangsungan hidup sehingga 15-20 tahun diperlukan sekiranya mereka memilih untuk bersara pada usia 60 tahun.
“Malah kajian menunjukkan wang persaraan dibelanjakan lebih dari simpanan yang ada, hanya dalam suku pertama selepas bersara. Perkara ini berlaku kerana tidak ada perancangan kewangan yang baik ketika mereka masih aktif bekerja. Matlamat utama adalah untuk merancang simpanan mencukupi supaya boleh bertahan hingga 20 tahun tempoh persaraan.”
Jika dibandingkan dengan negara lain, Malaysia masih lagi di peringkat awal dari segi penyediaan skim persaraan. Disebabkan itu, terdapat permintaan untuk pihak berwajib menyediakan pendekatan yang lebih menyeluruh selain simpanan wajib melalui KWSP.
“Menurut kajian, hanya 7.6 juta pencarum yang aktif mencarum dalam KWSP berbanding jumlah warga kerja yang seramai 14.5 Juta. Persoalannya, selebihnya itu bagaimana? Adakah mereka akan mempunyai dana persaraan yang cukup nanti?”
“Rakyat Malaysia perlu memberi lebih fokus kepada perancangan dana persaraan agar mereka tidak susah hati selepas bersara. Kini terdapat banyak pengurus dana dan perancang kewangan yang boleh membantu rakyat Malaysia untuk merancang kewangan mereka. Bukan itu saja, institusi ini juga boleh memberi nasihat mengenai portfolio pelaburan yang selamat untuk jangka waktu yang panjang, bersesuaian dengan strategi pelaburan masing-masing” kongsi Ismitz Matthew.
Ismitz Matthew De Alwis merupakan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, salah sebuah syarikat pengurusan aset yang terkemuka di Malaysia. Beliau merupakan presiden Financial Planning Association of Malaysia (FPAM). Selain dari itu, beliau juga pemegang lesen perancang kewangan berdaftar (Certified Financial Planner), perancang kewangan Islamik, (Islamic Financial Planner) dan turut memegang lesen Capital Market Services Representative’s License (CMSRL) dari Suruhanjaya Sekuriti dalam pengurusan dana dan pelaburan.
Beliau percaya pengetahuan kewangan yang bagus akan menjadikan rakyat Malaysia lebih celik pelaburan dalam pasaran kewangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hampir dua tahun negara bergelumang dengan pandemik wabak Covid-19. Apatah lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), impaknya ada sesetengah bisnes yang terpaksa gulung tikar dek kerana tiada permintaan yang boleh menguntungkan.
Sememangnya rasa takut dan gelisah sentiasa bermain di fikiran setiap di antara kita. Tak kiralah yang masih makan gaji atau bergelar seorang usahawan. Risiko dibuang kerja dan mereka yang berbisnes secara kecil juga pasti gusar untuk memastikan jualan masih berlaku kerana jika tidak ada jualan jadi tidak akan ada wang yang masuk dalam bisnes.
Lonjakkan Bisnes, Jangan Takut Nak Beli Iklan
Ada yang mengeluh panjang kerana usaha yang dilakukan terpaksa dihentikan seketika bagi memberi laluan dan memudahkan kerajaan menangani penularan Covid-19. Namun kehidupan perlu diteruskan seperti biasa, bagi mereka yang berbisnes perlu bijak dan lakukan jualan bisnes kecil anda menerusi digitalises pemasaran.
Mungkin ada sesetengah peniaga menganggap membeli iklan satu usaha yang membazir namun hakikatnya produk atau jenama yang berjaya di dunia jika dilihat, mereka mempraktikkan idea, strategi dan melakukan pertaruhan besar dalam pemasaran.
Lebih Mudah & Berpatutan Dengan SME360 Dikuasakan Oleh Astro Media Solutions
Astro Media Solutions (AMS) baru-baru ini telah melancarkan sebuah portal, SME360, yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk inisiatif pengiklanan serta pemasaran yang mampu membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana untuk menjangkau pelanggan dengan penglibatan atau hubungan yang lebih konsisten.
Diwujudkan istimewa untuk golongan SME yang hadir dari pelbagai latar belakang dan saiz, SME360 menawarkan pakej media yang paling optimum bagi menyasarkan kumpulan pasaran yang lebih efektif, didukung oleh rangkaian pengguna Astro yang kukuh dan memiliki ekosistem media yang mantap secara keseluruhannya.
Portal ini dibina bertujuan untuk memacu perniagaan masing-masing dengan lebih efektif namun pada kadar pengiklanan yang berpatutan sebagai penyelesaian kepada situasi semasa, seterusnya memastikan komunikasi berpanjangan dengan pelanggan kekal berlangsung agar dapat menggalakkan pembelian.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SME360 ini merentasi pakej pengiklanan yang sekata, penyiaran di platform media sosial, pemasaran e-dagang, penglibatan figura berpengaruh di media sosial atau ‘influencer’ untuk membantu mempromosikan produk, sehinggalah ke sesi konsultasi secara percuma untuk perkara-perkara yang melibatkan cetusan idea atau pembentukan sesebuah produksi kandungan dengan merujuk kepada amalan terbaik.
Kisah Bisnes Anda Pun Boleh Disiarkan Di Mingguan Wanita Tau!
Menerusi SME360 anda terutamanya golongan usahawanita boleh berkongsi produk dan bisnes di portal Mingguan Wanita juga tau! Platform Mingguan Wanita merupakan salah satu jenama IP Nu Ideaktiv di bawah Astro Malaysia.
Bukti Kejayaan
Paling membanggakan antara mereka yang pernah memasarkan produk bersama Astro Malaysia ialah Aura White, Sugar Bomb dan Dato’ Dr Nazri Khan. Sememangnya nama-nama besar ini, mereka cukup bangga melabur iklan bersama kami.
Bantu Usahawan Ketika Pandemik
Malah Pengarah Astro Media Solutions, Wong See Wei juga menerangkan pelan pemasaran ini boleh membantu usahwan ketika pandemik.
“Di Astro Media Solutions, kami sentiasa berusaha dalam memperkenalkan pakej perkhidmatan pengiklanan yang inovatif, efektif dan efisien. Pelancaran SME360 ini dilihat bertepatan dengan waktunya kerana dapat membantu para SME memacu pelan pemasaran masing-masing di sebalik pandemik yang berlaku ini.
“Dengan ketidaktentuan dalam pasaran hari ini, adalah menjadi keutamaan untuk golongan SME memastikan hubungan dengan pelanggan mereka terus berlangsung dan mampu mencetuskan kepastian bahawa mereka sentiasa ada untuk pelanggan di luar sana.
“Justeru itu, penting untuk pemain SME mengekalkan kedudukan jenama masing-masing dan penglibatan ini amatlah perlu terutamanya di ketika ini. Lebih 900,000 pemilik SME di Malaysia ini akan memiliki akses kepada keseluruhan spektrum SME360 yang merangkumi solusi atau penyelesaian kepada perkara berkaitan pemasaran, yang dipakejkan khas untuk menepati setiap jenis perniagaan dan peruntukan kewangan masing-masing.
Komited Bantu Para SME Tempuhi Waktu Mencabar
“Ia meliputi pakej media merentasi TV, Radio, Digital dan platform e-dagang serta menerusi penglibatan influencer atau figura berpengaruh di media sosial. Kami komited untuk membantu para SME menempuhi waktu mencabar ini dengan memacu perniagaan mereka menerusi pelan pemasaran yang berkesan. Kami yakin, jika komuniti kita berjaya, kami turut sama meraikan kejayaan tersebut dan bersama, kita pasti boleh,” ungkap Wong See Wei.
Pakej-pakej yang ditawarkan di bawah SME360 adalah cukup berpatutan, dengan produksi komplimentari sehingga bernilai RM7,000 (bagi pakej TV dan radio). Juga, untuk setiap peluang perniagaan yang dirujuk kepada kami menerusi portal SME360 akan menerima kredit pengiklanan istimewa.
Pemasaran yang lebih efektif kini lebih mudah dan mampu milik dengan SME360. Layari https://sme.quake.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan ini dan cara-cara membelanjakan peruntukan pengiklanan anda, menerusi pakar pemasaran kami di Astro Media Solutions, yang dikuasakan oleh ekosistem transmedia, dan disokong oleh rangkaian pengguna terhebat.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Kehidupan semakin mencabar dan salah satu puncanya adalah, tekanan ekonomi keluarga yang meruncing. Beban kewangan semakin besar apabila komitmen perbelanjaan meningkat. Apabila harga barang keperluan asas naik, terasa sangat pendapatan bulanan mengecil. Dalam situasi ini, perbelanjaan terpaksa dilakukan secara berhemat. Ini hakikat hidup hari ini.
Bagi wanita bujang, situasi ini kurang membebankan kerana belum banyak tanggungjawab. Sebenarnya, ini lah masa terbaik untuk urus kewangan dengan bijak namun ada juga sebaliknya; berbelanja semahunya.
Apa pun status kita, ingat satu perkara, wang bukanlah segalanya, namun tanpa pengurusan wang yang bijak, ia akan memberikan tekanan hidup yang hebat sehingga menjejaskan kesihatan dan keupayaan berfikir. Jangan ambil ringan ya. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Tekanan, Kurang Bijak Berbelanja Punca Wanita Tertekan
Kita mampu mengawal perbelanjaan kita; apa yang nak dibelanjakan sebaiknya kita kaji baik buruknya. Belanja ikut keperluan berdasarkan perancangan kewangan yang jelas. Ke mana dan di mana kita di penghujung jalan.
Apabila sudah ada perancangan, kita dapat tahu kedudukan kewangan kita. Hati pun tidak lah risau. Berikut adalah sebahagian punca mengapa wanita berasa tertekan kesan daripada cara urus perbelanjaan:
1. Ada wanita yang kurang yakin dalam hal-hal melibatkan pengurusan kewangan. Sebahagiannya kurang jelas menentukan hala tuju kedudukan kewangan sendiri.
2. Hari ini kita bekerja, tak mustahil esok kita hilang pekerjaan apatah lagi terpaksa bersaing dalam bidang yang didominasi lelaki. Tambah malang jika ada pula amalan diskriminasi lain. Oleh itu, andai kita tidak merancang kewangan dari awal, ia menjerumuskan kita dalam situasi tekanan.
3. Tiada persediaan hadapi kemungkinan buruk. Kita tidak tahu nasib kita di masa hadapan. Suka atau tidak, kita perlu juga fikirkan perkara buruk bakal menimpa. Contohnya perceraian, kemalangan atau jatuh sakit. Ramai yang tidak fikir musibah seperti ini. Hidup ada turun naik. Jika gagal rancang kewangan baik dari awal, maka hiduplah kita dalam keadaan tertekan. Mampukah kita?
4. Terlalu tertumpu kepada pengurusan mikro. Kita memang terbukti sangat baik dalam pengurusan tetapi lemah dalam merancang. Tanpa perancangan, sukar untuk kita atur tindakan secara sistematik dan selamat.
Jaminan Kewangan Masa Hadapan
Sama ada berkahwin atau bujang, kesukaran menyimpan kerana memenuhi keinginan berbanding keperluan serta kurang fikirkan masa hadapan, harus dihentikan segera. Jika tidak, bersedialah hadapi hidup dalam tekanan berikutan tiadanya jaminan kewangan kukuh.
Kerap kali juga kita dengar, rumahtangga musnah atau di ambang perceraian banyak disumbangkan oleh faktor tiadanya kedudukan kewangan yang mantap. Jika masih bersama sekali pun, masing-masing hidup dalam keadaan tidak mesra dan aman seperti di awal perkahwinan.
Apa yang dimaksudkan dengan, jaminan kewangan berupaya mengurangkan tekanan kewangan dalam kehidupan seharian?
Sebahagian daripada kita beranggapan bahawa jaminan kewangan (financial security) bermaksud kita mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil, hutang-hutang pinjaman, mampu menyimpan untuk persaraan dan masih ada wang untuk berbelanja tanpa masalah.
Ada juga yang beranggapan, jaminan kewangan merujuk kepada memiliki sejumlah wang, banyak aset dan portfolio pelaburan yang menghasilkan pulangan konsisten seiring masa. Tidak perlu pening kerana yakin sudah menguruskannya dengan baik dari awal.
Apa pun juga definasinya, jaminan kewangan secara amnya ialah, kita memiliki wang yang mencukupi bagi membiayai gaya hidup serta sentiasa berusaha memastikan matlamat kewangan yang dirangka tercapai dengan lancar.
Tidak dinafikan, jaminan kewangan menyebabkan kita terikat dengan permainan ‘nombor-nombor’ seperti berapa banyak perolehan atau pendapatan bulanan atau tahunan, berapa banyak pula yang dibelanjakan dan disimpan?
Kita tidak dapat lari daripada berfikir dan merasakan bagaimana kedudukan kewangan kita secara keseluruhan pengakhirannya. Kedudukan kewangan yang selesa, akan mempengaruhi emosi yang stabil dan fikiran yang tenang. Semakin usia meningkat seboleh mungkin kita elakkan tekanan. Kedudukan kewangan yang terjamin adalah jawapan bagi menghadapi situasi di luar jangkaan.
Percayalah, akibat daripada kurangnya kesedaran terhadap jaminan kewangan, ia akan melorongkan kita hidup dalam tekanan. Wang bukan segalanya, tetapi tanpa wang kita sukar untuk menjalani kehidupan yang lancar sebagaimana diimpikan.
Ingat! Ambil tahu keadaan kewangan kita! Wanita harus mementingkan diri dari aspek kewangan. Wanita memiliki sifat ‘pemberi’ secara semula jadi, terutamanya apabila ia berkaitan dengan kewangan. Sebagai contoh, kita mungkin menangguhkan rawatan pergigian untuk membeli pakaian kembali ke sekolah, anak-anak. Kita juga mampu berhenti kerja untuk membesarkan anak-anak dan menjaga ibu bapa yang semakin tua. Pilihan sedemikian menunjukan yang wanita tidak mementingkan diri sendiri, walau bagaimanapun, ini boleh meletakkan wanita dalam kedudukan kewangan yang tidak menentu.
Jika anda merancang dan anda tahu apa yang akan berlaku dari segi kewangan, anda lebih gembira dan kurang berasa tertekan.
Wanita bijak dalam urus kewangan perlu sentiasa mencari ilmu tentang cara urus kewangan. Jadikan ini sebagai satu peluang pelajaran yang boleh dipelajari oleh semua, tidak kira yang sudah berumah tangga, mahupun bujang, muda juga yang lanjut usia. Bila ada ilmu, kita tak akan terikut-ikut dengan orang lain, sentiasa berdikari dan mencari peluang untuk membuat duit lagi!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kenangainvestors.com.my
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...