Bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan mahupun obesiti, macam-macam cara diusahakan untuk menurunkannya. Melalui senaman, kawal pengambilan makanan dan sebagainya. Selalu yang menjadi punca berat badan berlebihan ini apabila sukar untuk mengawal pengambilan makanan dan suka makan dalam kuantiti yang banyak.
Bagi mengatasi masalah ini, sekumpulan penyelidik dari New Zealand mencipta sejenis alat menurunkan berat badan dengan mengunci rahang pemakai daripada terbuka luas sekali gus menahan diri daripada makan dalam kuantiti yang banyak, lapor akhbar The Sun semalam.
Alat Turunkan Berat Badan
Digelar sebagai ‘alat menurunkan berat badan pertama di dunia’ peranti menggunakan magnet itu menghalang mulut daripada terbuka melebihi 2 milimeter.
Menurut perekanya, alat tersebut dapat mengehadkan amalan pemakanan kepada diet berasaskan cecair.
Bagaimanapun, pemakai masih boleh bercakap dan bernafas dengan normal selain terdapat fungsi keselamatan yang membolehkan alat tersebut dicabut jika berlakunya serangan panik atau tercekik.
Bantu Cegah Obesiti
Menurut Pro-Naib Canselor Sains Kesihatan Universiti Otago merangkap ketua penyelidik, Profesor Paul Brunton, alat itu adalah selamat digunakan untuk membantu mencegah obesiti.
“Alat tersebut akan dimasukkan di sekeliling gigi oleh doktor gigi dan ia merupakan alternatif kepada prosedur pembedahan yang tidak invasif, boleh dicabut, menjimatkan dan menarik.
“Tidak ada kesan buruk jika memakai alat ini,” katanya.
Pro-Naib Canselor Sains Kesihatan Universiti Otago merangkap ketua penyelidik, Profesor Paul Brunton
Berat Badan Berkurangan
Menurut penerbitan British Dental Journal, enam responden yang mengambil bahagian dalam ujian pemakaian alat tersebut menunjukkan mereka hilang berat badan secara purata 6.36 kilogram dalam masa dua minggu.
Dalam pada itu, alat tersebut mencetuskan kontroversi di internet selepas ramai pengguna berpendapat ia tidak sesuai untuk digunakan.
Ads
“Saya rasa ia agak teruk dan menjatuhkan maruah,” tulis seorang pengguna di Twitter.
“Masalah kami, golongan berbadan gempal ini adalah kami tidak boleh menutup mulut kami (daripada untuk terus makan),” tulis seorang lagi pengguna.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Ads
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Kulit rapuh seakan sayap rama-rama, ibu ini takut anaknya tersentuh orang kerana mereka berdua mudah tercedera dan terluka.
Bayangkan bila kulit mak, ayah terlalu rapuh pasti saja mudah terluka dan berdarah. Membayangkan saja cukup menakutkan, apatah lagi berada di tempat ibu ini yang memiliki anak berkulit rapuh.
Kulit Rapuh Seakan Sayap Rama-Rama
Dua beradik di Sydney, Australia disahkan menghidap penyakit yang jarang-jarang berlaku iaitu Epidermolysis bullosa (EB).
Ia menyebabkan kulit mereka sangat rapuh di samping digelar ‘bayi rama-rama’ kerana keadaan kulit seperti sayap serangga itu, lapor The Independent.
Nur Siddiqah, 10, dan adiknya Muhammad Azraqee, 8, mewarisi genetik EB daripada ibu bapa yang juga pembawa genetik itu.
Itu menjadikan ibu mereka, Kida Azny, 36, sangat takut jika kulit anaknya itu ‘terkoyak’ akibat disentuh atau tersentuh dengan orang lain.
Anak sulungnya bersama suami, Mohd Aidil Aiman, 35, itu disahkan menghidap penyakit berkenaan beberapa hari selepas dilahirkan.
Ibu Ini Takut Anaknya Tersentuh Orang
“Kadang-kadang mereka bangun menjerit pada waktu malam kerana kesakitan atau mereka boleh tercekik makanan mereka semasa makan kerana EB juga menjejaskan saluran makanan,” kata Kida.
EB menjejaskan seorang dalam setiap 50,000 kanak-kanak dan ia jarang diwarisi.
Ia menyebabkan kulit menjadi sangat rapuh, mengakibatkan lepuh menyakitkan, jika ada trauma atau geseran pada kulit.
Keluarga itu pernah tinggal di Malaysia, di mana Kida merasakan kurang pemahaman mengenai gangguan masalah berkenaan.
“Sering orang bertanya, sama ada saya menjirus air panas ke atas anak-anak saya atau membakar mereka,” katanya.
Dia menambah, beban mental akibat EB adalah sama sukarnya dengan cabaran fizikal.
Anaknya perlu bangun tiga jam sebelum sekolah untuk memulakan proses membalut kulit mereka.
Mingguan Wanita : Semoga ibu dan kedua anak ini terus kuat berdepan penyakit yang dialami. Ternyata bukan mudah bagi seorang ibu untuk berdepan dengan masalah ini pabila melihat kesengsaraan anak-anaknya setiap kali terluka atau cedera.
Sebelum ini tular video seorang wanita berbaju kurung, bertudung merah jambu yang bertindak di luar kawalan selepas kenderaan miliknya yang diparkir di tepi jalan mahu ditunda oleh petugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ketika petugas mahu meneruskan kerja-kerja menunda, wanita terbabit mula bertindak agresif, melompat-lompat tidak berpuas hati. Apabila cuba ditenangkan petugas dan orang awam, tindakannya lebih berani dengan meludah ke arah mereka. Malah membaling kon ke arah petugas.
Video yang dimuat naik di Twitter milik Duurianne itu menjadi tular, sehingga mencecah 7,000 retweet dan 4,300 like.
Tentunya ramai netizen memberikan reaksi balas, segelintirnya mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan cuba menghalang petugas dari melaksanakan kerja mereka.
Apa pun, petugas tetap tenang berhadapan dengan situasi panik sebegitu.
Kredit foto : Francis Ngu Hown Hua.
Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain
Daripada komen yang dikongsikan, menerusi pengguna facebook, Francis Ngu Hown Hua mendakwa punca yang menyebabkan wanita berkenaan mengamuk adalah disebabkan masalah depresi yang dihadapinya.
Dia dikatakan pernah menjadi pensyarah di kolej matrikulasi. Bagaimana pun, anak keduanya meninggal selepas dilahirkan. Manakala suaminya berkahwin lain dan menceraikannya.
Suami kemudiannya mengambil anak sulung daripada wanita berkenaan dan tinggallah ibu itu dalam sakit depresi.
Dakwanya lagi, “wanita ini menanggung kesakitan dalaman yang keterlaluan. Bagi mereka yang menganggap tindakannya lucu, saya berharap anda tidak akan melalui apa yang wanita ini alami.”
Francis juga menegaskan yang dia tidak menyokong tindakan wanita berkenaan yang melanggar undang-undang. Namun, sekadar menjelaskan kemurungan yang dialami wanita itulah penyebab dia bertindak di luar kawalan sedemikian rupa.
Keluarga Bawa Wanita Itu Ke Hospital
Bagaimana pun, tindakan menghalang petugas PBT daripada melaksanakan tugas mereka tetap menjadi satu kesalahan untuk mana-mana individu sekali pun.
Ada juga netizen yang memberikan maklumbalas, ketika ini keluarga wanita berkenaan telah membawanya ke hospital. Memandangkan, wanita ini tidak konsisten mengambil ubat untuk mengawal sakitnya.
MW : Logiknya siapa pun yang normal, tidak mungkin akan bertindak di luar kawalan sebegitu. Dan sebagai seorang netizen yang bertanggungjawab, seharusnya fikir dalam-dalam sebelum mendedahkan aib seseorang.
Jika petugas PBT boleh bersabar melayan kerenah seorang wanita yang sedang mengamuk seperti itu. Tentunya anda juga perlu lebih bertenang dan bermuhasabah diri. Fikir dulu sebelum menulis komen.
Cukup bahagia bila membaca kisah penghijrahan Abby Abadi, daripada artis yang tidak memakai tudung sehingga dia mampu menutup aurat dengan sempurna. Malah lagi gembira melihat cara dia mendidik anaknya sehingga mampu menjadi anak soleh dan solehah.
Terbaru, Abby Abadi sendiri ada trowback kisahnya menerusi Instagram macam mana dia boleh menutup aurat dan begitu istiqamah melakukan perubahan dalam hidupnya. Jemput renungkan dan moga boleh menjadi inspirasi untuk kita semua dan kepada mereka yang masih belum menutup aurat dengan sempurna.
Throwback Umrah March/April 2012 ♥️
Google benda lain, jumpa artikel ni: Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang wanita beragama ISLAM.
“Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana ALLAH SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus bertudung.
“Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-NYA. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya,” kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah”
Nota:
Tergerak untuk mengerjakan Umrah yang pertama ni sebab kecewa dengan cinta manusia (bukan Oman) Dah tak tahu mana nak pergi masa tu, baru pandai cari ALLAH (padan muka). Syukur sangat-sangat ALLAH SWT terima saya sebagai hamba yang memerlukan DIA (nasib sempat) . ALLAH lalukan semua kesalahan2 Sy sewaktu disana. Allahu..tak terluah dgn kata2. Sblm balik, depan Kaabah, Sy minta peluang sekali lagi pada ALLAH, utk tebus segala kesalahan Saya dan Alhamdullillah, saya dapat rasakan ALLAH bagi ruang pada saya. Hidayah Petunjuk Milik ALLAH. Itulah hadiah dan peluang yang ternilai untuk saya.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Throwback lagi…
Tak ingat ni gambar tahun bila, yang Saya ingat masa ni pakai tudung waktu shooting je. Suka pakai tudung bukan sbb ALLAH, tapi sebab rasa mcm cute bila pakai. Pastu pakaipun ikut suka, pakai ikut majlis, pakai bila rasa nak pakai. Pakai bila ada org meninggal. Cam apa je saya la tu dulu.
Kesilapan besar kalau begitu Sahabat, sebab bila kita beragama ISLAM, wajib faham yang wanita ISLAM yang sudah akil baligh wajib menutup aurat seluruh badan kecuali muka & tapak tangan. Tapi sakitnya Sy dulu, tahu dah tentang ini. Tahu tak pakai tudung berdosa, tapi nak pakai terus. Memang taklah! Sebab rasa cam hot sgt rambut mengerbang sana sini. Pergi saloon berjam-jam sebab nak blow rambut (lelaki pulak tu yang basuh & potongkan) Paling sakit, sibuk pagi petang siang mlm nak cantik-cantik, nak bersiap-siap, sampai tak heran pun nak solat sebab sayang ank padam make up. Kalau solat pun, tah iya ke tah tidak dulu. Kejap solat. Kejap tak. Perangai macam apa je, Aduhai. bertahun mcm tu. Bila teringat semula, malu dekat diri sendiri. Paling malu dengan ALLAH.
ALLAH SWT bagi pinjam macam-macam nikmat kt kita. Tapi solat taknak, tutup aurat taknak, tak sedar diri la tu. ALLAH cipta kita ni utk beramal ibadat pada DIA semata-mata. Dah bila kita tak taat pada DIA, tak solat, tak tutup aurat, tak jaga pergaulan dan sebagainya, Kita buat yang ditegah olehNYA, kita berpakaian menjolok mata, tertonjol tang sini, terdedah tang sana. Kita ikut siapa? FIKIRLAH SENDIRI YE.
Antara sebab saya disini… sebab nak share perkara-perkara macam ni la. Biar jadi peringatan bersama. ALLAH sedarkan saya supaya kembali pada DIA & Sy terpanggil untuk share pengalaman, sebarkan dan bagi peringatan tentang janji-janji ALLAH setiap hari disini, sebab dulu takde siapa ingatkan saya tentang semua ni. Saya letakkan diri saya bekerja dengan ALLAH sekarang ni. Kalau ada yang tak suka pun, tiada masalah pada saya kerana semua milik ALLAH. Ingatkan utk solat kerana ALLAH. Saya berusaha Sahabat nak tebus kesalahan-kesalahan dan saya tak nak ulang lagi kesalahan yang sama. Sy usahakan juga unuk sedarkan ahli keluarga saya, sahabat-sahabat lain juga supaya hidup dan mati kita biarlah semata kerna DIA. Dan bergantunglah hanya pada DIA. Solat jangan tinggal. Rugi mati tak solat.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Nampak tak macam mana Allah mudahkan satu-satu apa yang Abby Abadi perlu, sebenarnya semua wanita mampu. Cuma nak atau tak nak sahaja, jika mahu mulakan… sila bergerak ke arah itu perlahan-lahan. Moga penghijrahan kita akan menjemput rezeki yang lebih berkat dan berganda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...