Sebaknya, ketika berdepan ujian Covid-19, pelakon Serina Datuk Redzuawan diuji kehilangan ibu, Norhayate Ayub yang meninggal Rabu lalu kerana komplikasi buah pinggang dan jantung di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Cerita Serina, ketika dalam sakit tenat pun, ibunya masih mengingatkan penjaga agar memberi sedekah pada anak-anak tahfiz.
Kebaikannya yang selalu memberi kucing makan, juga menjadi asbab banyaknya kucing menunggu jenazah ibunya sebelum dikebumikan.
Malah, bekas suami arwah yang merupakan tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak pernah mengabaikan bekas isterinya ini.
Selama 34 tahun, Chef Wan tetap menyediakan nafkah dan menjaga bekas isterinya itu sehinggalah ke akhir hayatnya hingga selamat dikebumikan.
Kebaikan Ibu Serina Kongsikan
Kongsinya, “Rindu yang tiada berpenghujung, darah dagingku mengalir darahmu Ibu. Tenanglah di alam abadi, sudah lama mama menderita sakit. Mama rehatlah dengan tenang, Rina redha pemergian mama.”
“Moga segala amalan yang mama lakukan menjadi bekalan di akhirat, Mama. Kak Natrah penjaga mama ada bagi tau di saat mama sakit tenat pun mama masih ingat minta dia hantarkan sedekah pada anak anak tahfiz.
Ads
“Allahuakhbar! Rina bangga jadi anak mama.”
“Mama sayang pada kucing kucing, selalu kasi makan kucing sampaikan di masjid kucing penuh tunggu mama jaga jenazah mama sebelum di kebumikan. I Love u so much!!! Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Ibu Serina (HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH)”
Urusan Pengebumian Bekas Arwah Isteri Dipermudahkan
Akui Chef Wan, biar pun pada mulanya dia berasa risau dengan urusan pengebumian jenazah arwah isterinya itu. Namun, urusan itu dipermudahkanNya.
“Waktu tu saya panik, tak tahu nak buat apa. Jadi, saya ke Masjid Ampang, yang mana dah bertahun-tahun saya menyumbangkan derma di sana.”
Ads
“Nasib ada ahli jawatan kuasa masjid ketika itu dan imam yang kata.. “CW jangan susah kan ini..”
“Memandangkan dia tinggal di sini (Ampang) dan CW selalu bantu kami, biar kami bantu uruskan semua ini.”
Lega hati Chef Wan dan sebaik dapat surat forensik dari hospital, kenderaan jenazah membawa jenazah bekas isterinya pada malam (Rabu) itu. Urusan seterusnya dikendalikan oleh pihak masjid. Keesokan hari, barulah urusan pengebumian dijalankan.
Catatan 34 Tahun Tanpa Culas Menjaga Bekas Isteri
Tulis Chef Wan, pernah dulu arwah ibu berkongsi cerita dengan Serina. Katanya, Chef Wan adalah bekas suami terbaik, mana-mana wanita harapkan. Sentiasa pemurah, menyayangi dan baik budi dengannya.
Demi memastikan bekas isteri dan ahli keluarga terjaga dengan baik, Chef Wan sentiasa bekerja keras. Tidak mudah, namun Chef Wan sentiasa memastikan segalanya berjalandengan baik.
Ads
Allahyarham Norhayate mendirikan rumah tangga dengan Chef Wan pada tahun 1982, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.
Hasil perkahwinan, keduanya dikurniakan dua orang anak, Mohd Nadzri dan Serina.
MW : Al Fatihah.. salam takziah buat Serina dan Chef Wan sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Norhayate Binti Fatimah ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang yang soleh.
Liyana Jasmay kehilangan bapa tercinta, salam takziah diucapkan buat pelakon serba boleh, Liyana Jasmay di atas pemergian bapa tercinta.
Perkhabaran duka tersebut dikongsi oleh Liyana menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Liyana Jasmay Kehilangan Bapa Tercinta
Allahyarham Jasmay Md Shah, 68, dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi akibat kanser paru-paru.
“Semoga babah diampunkan segala dosa, semoga babah ditempatkan bersama orang beriman, semoga babah dijauhi azab kubur.
Arwah Bapa Terbaik Kepada Keluarga
“Anda adalah bapa terbaik kepada keluarga, rakan. Anda bawa cahaya dan kegembiraan kepada orang lain. Awak seorang pemberi.
“Babah beri saya macam-macam dan saya bersyukur kerana babah sudah besarkan saya dengan baik. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang.
“Adik harap dapat jumpa babah di Jannah nanti. Insya-ALLAH,” luah Liyana.
Jenazah arwah bapa Liyana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor petang ini.
Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan semasa hayatnya meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33.
“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadah umrahku dan selamatkanlah ibuku, Juriana Bt Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.
“Saya Sayang Ibu Lebih Daripada Segala-Galanya Di Dunia Ini”
Pemergian Ibunda khabar sedih dari Aaron
“Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh. Tempatkanlah ibuku di antara hamba-hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” luahnya,
Sebelum ini menerusi entri di Instagram, Aaron ada berkongsi mengenai dirinya yang kini menjalani kuarantin wajib tujuh hari selepas pulang ke Singapura bagi menziarahi ibunya yang kurang sihat dan ketika itu Aaron berharap arwah akan terus kuat.
Dek kerana penat sangat nak memasak. Isteri ini Puan Amira Aziz order saja makanan segera secara online untuk dia dan anak-anak. Yang jadi lucunya, bila rider makanan sampai depan rumah, tengok-tengok suami sendiri yang hantar.
Sudahnya, terkantoilah dengan suami sendiri yang dia tak masak hari itu.
Apa pun, mereka suami isteri ini sama-sama bekerja dan faham akan situasi yang dihadapi oleh pasangan masing-masing. Dan kisah sweet ini dikongsikan oleh Puan Amira dalam grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Anak-anak Kita Order McD Je..
“Nie bukan masak tak jadi.. nie kantoi tak masak dengan suami.
Suami saya rider mcd..hari nie tiba-tiba malas nak masak.. cakap dengan anak-anak kita order mcd jew laa hari nie. Anak-anak pun suka laa..saya ingat kan dapat dekat rider lain..saya tunggu jugak rider tu call saya..tapi tak call-call.. tunggu dalam setengah jam dengar bunyi hon.. sekali keluar tengok suami sendiri yang hantar order tu.. patut laa dia tak call..hehe”
Perkongsiannya itu mendapat 85k tanda suka dan lebih 6K komen, membuatkan Puan Amira menegaskan sekali lagi dalam postingnya itu yang dia bukannya ibu yang malas masak.
“Saya cuma penat.. sebab saya pun berkerja jugak.. bila balik kerja saya sambung tengok anak-anak dekat rumah.. sebab suami saya buat order sampai malam..takut orang salah faham pulak.. ingat saya pemalas”
Dua-dua Bekerja, Asuh Anak-anak Sendiri Depan Mata
Pasangan suami isteri ini adalah pekerja di restoran makanan segera McDonald. Yang mana, Puan Amira bekerja sebagai pekerja sambilan dan suaminya penghantar makanan.
Katanya, “ Aku dengan laki aku dua-dua ada SKM(Sijil Kemahiran Malaysia) boleh jew minta kerja hotel.. tapi masing-masing tak nak terikat dan kena ikut shift.. sebab kita orang dah ada anak-anak.. walaupun kitaorang dua-dua kerja.. anak-anak kitaorang yang jaga sendiri.
Alhamdulillah rezeki aku dapat masuk pagi jew.. tu pun dah kira rezeki kan..suami aku kerja tak ada waktu.. pukul berapa dia nak pergi, pukul berapa dia nak balik.. ikut suka dia.. pun kira rezeki jugak kan.. anak-anak pun membesar dekat rumah sendiri, membesar depan mata kitaorang.. aku tak malu pun aku hanya pekerja mcd jew.. walaupun gaji tak banyak mana..j anji kerja aku Halal dan Allah pun permudahkan banyak urusan kami laki bini.”
MW : Alhamdulillah.. semoga keluarga Puan Amira dilimpahi rezeki yang banyak. Sebenarnya beruntung dapat besarkan anak-anak depan mata dengan tangan sendiri ini.