Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengejutkan peminatnya selepas diumumkan antara tiga selebriti dan pengkarya yang nama mereka bakal diabadikan Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia.
Penyanyi terunggul tanahair ini juga merupakan penggiat seni Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan itu di sana.
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya baru-baru ini.
Siti Nurhaliza Bersyukur Pengiktirafan Pentas Seni Adelaide Festival Centre
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya itu juga, Siti Nurhaliza amat bersyukur ke atas penghargaan tersebut.
“ALHAMDULILLAH, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.”
“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya,” tulis penyanyi disayangi ramai itu.
Pecahkan Rekod Undian Terbuka & Memenangi Kategori Pilihan Ramai
Difahamkan, ibu kepada Siti Aafiyah ini dipilih selepas memecahkan rekod undian terbuka yang dijalankan secara dalam talian dan penyanyi itu berjaya memenangi kategori Pilihan Ramai.
Menyertai Siti untuk diberi pengiktirafan itu adalah dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih, iaitu pemuzikterkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori Pilihan AFCT dan Penari Australia, Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.
Setiap tahun sebanyak tiga bintang antarabangsa akan dipahat di Walk Of Fame berkenaan di mana pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas seni Adelaide Festival Centre sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1973.
Siti juga pernah membuat persembahan di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun 2019.
Meskipun Kondisi Kesihatan Siti Nurhaliza Tidak Baik Namun Tampil Yakin Penuh Amanah – Rozi
Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh Pengurus Peribadinya, Rozi atau dipanggil mesra Rozi Sang Dewi.
Katanya, ketika Siti Nurhaliza ke Adelaide mengadakan konsert solo di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun lalu, meski kondisi kesihatannya tidak begitu baik tetapi tampil yakin penuh amanah hingga ke akhir acara.
Baca Disini Juga:
“Tiada Niat Berdiam Diri..” Siti Nurhaliza ‘Buka Mulut’ Hamil Anak Kedua
Siti Nurhaliza Hamil Anak Lelaki, “Tentulah Seronok Bila Ada Girl & Boy” Datuk K
Siti Nurhaliza Kongsi Kelebihan SELAWAT, Salah Satu Tanda Kecintaan Kepada Nabi SAW
Hadiah Buat Siti Nurhaliza
“Saya kira ini hadiah buat beliau. Penganjur, penonton, peminat adalah saksi hidup akan satu kesungguhan. Terima kasih semua.
“Tak pernah terfikir di Adelaide ada Walk Of Fame Siti Nurhaliza, jauh tetapi itulah perjalanan seseorang.
“Di mana ada rezeki, di situlah bertapaknya prasasti,” katanya.
MW: Tahniah juga diucapkan buat Siti Nurhaliza yang tidak pernah jemu mengharumkan nama negara sejak berada di pentas seni hiburan,
Sumber/Sumber Foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza (CTDK)
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI