Penghijrahan selangkah demi selangkah “Mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini”. Begitulah doa dan harapan daripada pelakon, Nelydia Senrose yang kini sedang belajar ke arah menjadi Muslimah yang baik.
Penampilan bertudung Nelydia Senrose sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga dan diikuti kembara percutian ke negara Timur Tengah baru-baru ini begitu mencuri perhatian ramai.
Isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ini begitu cantik dan ramai peminat yang mendoakan Nelydia terus istiqamah dalam menggenakan hijab.
Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah
Akui dirinya masih bertatih, Nelydia tidak mahu terlalu drastik dalam penghijrahannya.
“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah tapi pasti. Saya memang ke arah itu. Saya cuma tak berani nak cakap lebih.
“Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.
“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya.
Hormati Bulan Ramadan
“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.
“Kita pun nak sambut Ramadan, jadi ia juga satu cara menghormati bulan itu.
“Sekaligus saya mahu menjadi muslimah yang lebih baik.
“Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” ungkap adik kepada Uqasha Senrose ini.
Ads
Doa Yang Baik-Baik
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu juga takut jika tersilap percaturan.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut juga andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okay, esok jadi lain. Namun saya tak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat. Tak semua akan faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.
“Cuma saya percaya dan berharap mereka tahu proses untuk terus istiqamah mengambil masa, berdepan cabaran dan ujian. Saya harap mereka dan peminat boleh terus menyokong diri ini,” ungkapnya.
Wajah MINAZ Hijab
Nelydia juga telah disunting jenama MINAZ Hijab sebagai wajah wakilan koleksi raya, dipanggil MINAZ Blooming Raya.
“Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.
Ads
“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pija MINAZ.
Wanita luah rasa kecewa duit simpanan RM11,668 lesap dari Public Bank dalam tempoh 2 saat, tiada TAC diterima. Jika semalam kecoh isu wang hilang dari akaun simpanan CIMB bank seorang doktor perubatan, Dr Rafidah, isu yang sama juga terpalit menimpa seorang penyimpan di Public Bank.
Kali ini ia menimpa Lily Natty yang berkongsi luahan hati di fb miliknya Lily Natty Elegance. Bayangkan dalam tempoh 2 saat, dakwanya tiada TAC diperlukan dan dengan hanya dua transaksi iaitu RM5834.08 dan kedua RM5834.08,wang simpanannya terus lesap ke akaun individu bernama MOHAMED AZRI ARBI BIN ABDULLAH yang memiliki akaun di Hong Leong Bank.
Tak tahulah sama ada sekuriti bank yang mudah ditembusi atau scammer yang semakin pintar menyamun duit orang ramai tanpa belas kasihan. Moga pihak berkuasa ada jalan penyelesaian akan hal ini. Bukan senang mencari duit zaman ini dan bukan semua orang senang yang memiliki duit berjuta-juta dalam akaun. Kalau itulah saja simpanannya, ia sesuatu yang sangat perit diterima. Ini kerana dalam kebanyakan kes yang dibaca di media sosial, agak sukar pemiliki mendapatkan semula hak mereka yang sudah hilang.
Wanita Berpantang Nyaris Jadi Mangsa Scammer, Dikaitkan Tunggakkan Bayaran Pinjaman & Kes Dadah
Baca perkongsiannya :-
Assalamualaikum sahabat , warga FB ..
Wang Natty , berjumlah RM11, 668.16 hilang dalam 2 saat , zero amount yang tinggal dari company current account AGELESS HAVEN RESOURCES . .Langsung tidak ada minta TAC, sms , panggilan atau apa2. saya hilang kepercayaan kepada PUBLIC BANK .MEREKA LANGSUNG TIDAK BERI KERJASAMA SE-OLAHOLAH SAYA LAH YANG BERI TAC NUMBER , sedangkan saya tidak terima langsung sms atau panggilan . simap lepas tangan dan tak bertanggung jawab langsung . Saya tak download any apps.
Saya sudah buat report polis dan juga cyber security Public bank. mereka soal saya macam saya nak scam mereka. They (public bank confirm it was a scammer and my hp been hacked ) and got advise to to cancel internet banking sebab tidak selamat.
investigation confirmed : transaction were unable recovered as they been withdrawn from the beneficiary account name MOHAMED AZRI ARBI BIN ABDULLAH to HONG LEONG BANK.
AS SUCH WE REGRET FOR THE UNSUCCESFUL RECOVERY OF FUNDS . AND SUSGEST ME TO CHANGE MY PASSWORD, DELETE INTERNET BANKING AND TRANSACTION DO OVER THE COUNTER .
What a reply ???? !!! 2 tahun PKP , hilang punce rezeki saya untuk mengajar , bila dah reda dan mula aktif … habis semua hilang. natty terkejut utk beberapa hari , tiada air mata tapi satu malam lepas maghrib i really break down .
duit kita tak selamat langsung di bank , siapakah yang bertanggung jawab ? siapakah gerangan MOHAMAD AZRI ARBI BIN ABDULLAH ini?
Mohon share supaya Tak berlaku pada ahli keluarga Dan sahabat2 Kita. Sumber : FB Lily Natty Elegance.
Pelakon Rozlinawaty Ismail,37 atau lebih dikenali sebagi Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan,34 mengesahkan telah selamat bersalin anak kelima baru-baru ini. Ia juga merupakan kelahiran puteri kedua bagi pasangan bahagia ini.
Dalam rakaman video dan gambar-gambar yang dimuat naik, Ozlynn sekaligus menjawab pertanyaan para pengikut dilaman instagram mereka, yang bertanyakan khabar sama ada dirinya telah bersalin.
Menurut Ozlynn,tarikh jangkaan bersalin adalah pada raya ketiga. Meskipun bayi ‘dipaksa’ lahir, namun kelahirannya tetap secara normal. Apa yang paling penting adalah, puteri kedua yang masih belum diberi nama ini dan dirinya berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Selain itu, pasangan ini juga turut meminta maaf serta menyatakan masih belum bersedia untuk menerima kunjungan tetamu yang berhasrat datang ziarah bayinya.Ini kerana demi memastikan diri benar-benar sihat serta mereka masih dalam proses membiasakan diri dengan keadaan bayi yang masih kecil.
“Maafkan kami suami isteri sebab buat semua tertanya-tanya.. dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama macam mama dia..raya ke 3 dia tak mahu juga keluar so kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal.So now papa nak mama berehat puas-puas memandangkan nanti malam dah mula berjaga untuk baby.. al maklum la kami tiada helper.. jadi semuanya sendiri.”
“Bukan tidak mahu menerima kunjungan.. tapi papa bagi mama berehat dulu seminggu dua. Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan baby yang masih fragile.So harap semua faham.. tapi kami akan belanja wajah puteri kedua kami.. ok jangan panik tengok video tuh.. pastinya keselamatan diutamakan.. maklumlah sakit pun tak habis lagi.. InsyaAllah bila ozlynn ready hangpa boleh mai umahhhh naaa…”
Ingat!! Jangan berniat untuk kenyam anak aku.. aku tau ada yang dah kancing-kancing gigi tengok gambar anak aku. Selamat datang baby #familyhanania .. #mambono5 #3.9kg
Terdahulu, perkahwinan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga orang lelaki bernama Ariq, Sodiq, Haziq dan seorang perempuan Nur Latifah Chantiq Hanania.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran bayi tersebut. Semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna serta melimpahkan rezeki buat keluarga ini. Buat yang berhasrat ingin datang berziarah, tangguhkan dulu hajat tersebut, hormatilah permintaan pasangan ini.
Ketika ini pelakon terkenal, Emma Maembong sedang jalani tempoh berpantang di rumahnya. Selepas melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu jam 2.38 pagi, di pusat perubatan di Shah Alam.
Emma bersalin kan bayi lelakinya itu secara normal dengan berat 3.2 kilogram. “Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar.”
Cerita Emma, “saya dimasukkan ke hospital sehari sebelum bersalin selepas beberapa kali mengalami kontraksi dan tak dapat menahan kesakitan.
Ketika membuat pemeriksaan doktor maklumkan ‘jalan untuk bersalin’ dah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang. Akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokan harinya.
Alhamdulillah, suami saya banyak memberi semangat dan ada di sisi saya sepanjang waktu.”
Kata Emma, yang bersyukur suaminya, Muhammad Shazli Azhar sentiasa ada di sebelahnya sepanjang dia melalui tempoh paling mendebarkan bagi seorang ibu yang bakal melahirkan.
Malah, suami emma turut berkongsikan berita gembira kelahiran putera sulung mereka di instagramnya. Dengan caption,
“Alhamdulillah.. 8.11.20 Allah is the greatest. Baby boy.” Beserta video yang memaparkan wajah anak lelaki mereka.
Emma Maembong Jalani Tempoh Berpantang Di Rumah
Menurut Emma lagi ketika ini dia sedang menjalani tempoh berpantang di rumah dengan bantuan seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang.
“Khidmat mereka membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi.
Setakat ini semua berada dalam keadaan baik. Saya dan anak dijaga dengan rapi. Jadi, saya tak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tak selepas bersalin.”
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.
MW : Tahniah! Emma dan Shazli, buat Emma selamat menempuhi tempoh berpantang tenang dan membahagiakan. Semoga baby membesar sihat. Tak sabar nak tahu nama baby boy Emma ni.