Penghijrahan Aliff Aziz ternyata memberikan impak yang cukup besar dalam kehidupan selebriti yang berasal dari Kota Singa ini.
Seperti mana yang umum ketahui sebelum ini Aliff telah melalui pelbagai kontroversi antaranya kes curang, mabuk, berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta mencuri.
Suami kepada Bella Astillah yang juga ayah kepada dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun juga sebelum ini berasa tertekan hingga mengheret keluarga dalam kancah kontroversi kini meneruskan langkah positif dalam meneruskan kehidupan.
Penghijrahan Aliff Aziz
Akuinya Aliff kehidupannya yang dahulu mengalami pasang surut merupakan satu proses pembelajaran buat dirinya.
“Tidak dinafikan memang rasa agak teruk kerana membabitkan ahli keluarga, tapi saya anggap itu satu proses pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang akan sentiasa diperhati rapat netizen namun bukan semua netizen begitu.
“Secara perlahan-lahan saya mula terfikir yang kita tak mampu puaskan semua orang. Walaupun kita jadi terbaik, pasti akan ada orang yang tak suka dan pandang buruk.
“Kita kena tahu yang tiada siapa yang sempurna, malah kalau kitarasa ingin berada di landasan untuk jadi orang sempurna, itu mustahil,” luah Aliff.
Ads
Sertai Jemaah Tabligh
Aliff yang muncul secara langsung bersama Ustaz Farkhan Daie, wakil tabligh Amar Sufi Ali dan rakan pelakon, Saharul Ridzwan menerusi sesi live membincangkan tajuk ‘Pengertian Sebuah Penghijrahan’ membongkar kisahnya yang terbuka hati untuk menyertai jemaah tabligh.
Aliff menyatakan dia terlihat perkongsian mengenai penghijrahan Faizal Ismail (FBI) menerusi ruangan explore di Instagramnya.
Dari detik itu dirinya mula tergerak hati untuk menghantar mesej kepada Dakwah Tabligh Malaysia.
“Saya tanya macam mana nak kenal jemaah tabligh. Lepas itu mereka balas dan minta saya tinggalkan nombor telefon dan akan hubungi saya semula.
“Bagaimanapun hanya selepas tiga, empat hari kemudian baharu saya dihubungi oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Amar. Kemudian dia menjemput saya untuk keluar menyertai jemaah tabligh selama tiga hari.
“Sehari sebelum hari untuk keluar bersama mereka, saya rasa resah dan gelisah. Tiba-tiba teringat ada temu janji di klinik dan buatkan saya rasa tak mahu pergi.
Ads
“Namun Amar tidak memaksa dan minta saya selesaikan dahulu perkara yang lebih penting. Kata-kata ringkasnya itu telah memberi kesan pada saya.
“Kemudian saya terus mesej klinik pada jam 3 pagi memaklumkan saya terpaksa tunda temu janji dan beritahu Amar akan menyertainya.
“Kuasa Allah, pagi itu, pihak klinik beritahu memang perlu aturkan temujanji baru kerana doktor yang sepatutnya merawat saya mengambil cuti hari itu. Bayangkan kalau saya batalkan untuk sertai tabligh sebelum itu,” kata Aliff.
Aliff juga menerangkan pada awal penghijrahan timbul perasaan segan.
“Mereka ini bermacam-macam latar belakang, tetapi persamaannya mereka tak menilai siapa kita dahulu. Semua sama, atas usaha yang sama.
“Allah bagi saya rasa manis itu. Tapi tak sama macam mana kita rasa sendiri kemanisan itu. Selepas 30 tahun hidup, saya sedar inilah yang saya terlepas selama ini.
“Selama di sana, saya belajar mengenai adab dan dengar cerita mengenai Rasulullah SAW. Saya berjumpa dengan Saharul di sana, langsung tiada berborak tentang kerjaya seni. Fokus kami memang nak cari kebesaran Allah,” ungkapnya. ‘
Dua beradik meninggal dalam perjalanan ke sekolah, tragedi Ramadan yang sangat menyayat hati. Hari terakhir persekolahan menjadi insiden menyayat hati bagi seorang ibu bila mana dua anaknya meninggal dunia.
Berbaki lima hari sebelum sambutan Aidilftri, dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut dalam nahas langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak Jaya di sini pada Jumaat.
Dua Beradik Meninggal Dalam Perjalanan Ke Sekolah
Dalam nahas itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.
Tragedi Ramadan Yang Sangat Menyayat Hati
Memetik laporan Sinar Harian, sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh dipercayai telah memasuki simpang kanan secara mengejut menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit telah melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Polis telah menerima panggilan kemalangan tersebut pada jam 7.12 lagi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Raya tak lama lagi, bagi yang tak sempat nak tukar duit raya baru di kaunter bank, sebenarnya boleh lakukannya hanya di kaunter ATM sahaja. Bagaimanapun ia pengeluaran bagi wang kertas bernilai RM10, RM20 dan RM50.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sebanyak 101 mesin ATM Maybank di seluruh Malaysia telah disediakan dengan kemudahan pengeluaran duit raya.
Untuk senarai lokasi mesin ATM Maybank terpilih boleh klik disini.
Sementara itu, menerusi perkongsian Mohd Shukur, beliau ada kongsikan caranya tukar duit raya baru menerusi mesin ATM Maybank
Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine. Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru :
1. Pergi ke Maybank yang besar sket ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.
2. Pilih ATM yang ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti gambar ).
3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.
4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.
5. OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Bagusnya perkhidmatan pengeluaran duit raya menerusi mesin ATM. Memudahkan kerja boleh tukar duit pada bila-bila masa, tak perlu bersesak dan beratur di kaunter pada waktu operasi bank.
“Masih tidak boleh bergerak, bercakap.” Setiap kali menyentuh anak, pasti air mata mengalir.
Begitulah apa yang dilalui oleh ibu ini, walaupun tidak mampu bergerak dan meluahkan kata kata yang terbuku di hati, namun air mata yang mengalir menjelaskan segala isi hatinya.
Masih Tidak Boleh Bergerak, Bercakap
Berat sungguh ujian buat keduanya, dia dipukul hingga koma. Kemudian anaknya pula bila dilahirkan tiada ibu di sisi. Allahuakbar, sedih sungguh perjalanan hidup ibu dan anak ini.
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” kata adik kepada Jahidah Nordin, wanita yang koma selepas dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei tahun lalu.
Setiap Kali Menyentuh Anak
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.
“Kakak masih tidak boleh bergerak dan bercakap dan hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.
“Namun terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata.
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” katanya di sini, hari ini.
Jahidah melahirkan anaknya di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban di sini, pada 30 November lalu melalui pembedahan.
Fauziah berkata, Eshan berada dalam keadaan sihat dengan diberikan susu formula, malah berat badannya juga bertambah.
“Melihat keadaan kakak, memang rasa sebak kerana keadaan ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga dia pulih.
“Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan daripada bank kerana dipercayai berkaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah.
“Buat masa ini kami terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank Fauziah Nordin, 7617797037.
Sebelum itu, bagi yang mengikuti perkembangan kes ini, sebenarnya Jahidah merupakan seorang penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei tahun lalu.
Mingguan Wanita : Semoga Jahidah cepat sihat dan dapat bersatu dengan anaknya. Buat keluarga Jahidah, harapnya terus kuat dan tabah berdepan dengan ujian berat ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.