Tidak dinafikan, kebiasaannya pengharapan kita pada manusia selalu buatkan kita kecewa, jadi letaklah harap pada Allah kerana dia sebaik-baik Pemberi.
Sebagai manusia biasa kita tak lari daripada mengharapkan balasan kasih sayang atau tanda penghargaan daripada pasangan kita. Kadang-kadang apabila kita terlalu berharap, kita akan merasa kecewa bila harapan kita hanya tinggal harapan.
Ikuti perkongsian Puan Nur Farhana Fizal dan fahami apa yang cuba disampaikan:
“Jangan takut untuk lebih dahulu memberi, dan menjadi yang lebih mencintai.”
Ada kawan minta saya huraikan sikit tagline motivasi diri saya ini.
Pertama dan selamanya, saya ajar diri, untuk selalu letakkan niat dalam hati, aku memberi dan mencintai ini, demi meraih cinta Allah. Bukan cinta suami atau isteri, bukan balasan daripada suami atau isteri. Jika kita dapat, itu bonus.
Ads
Pengharapan Pada Manusia Selalu Buat Kita Kecewa
Kita memberi dan mencintai pasangan tanpa syarat. Tanpa perlu ada walau sezarah, rasa ingin dibalas pemberian kita, walau dalam bentuk apa sekalipun. Sebab kita letak keyakinan dalam diri, yang akan balas itu Allah.
Namun, sebagai manusia biasa, ada hati ada perasaan, ada juga nafsu, maka akan hadir juga dalam pemikiran kita, dan pengharapan kita untuk mendapat kembali balasan daripada pasangan, hatta hanya kata-kata penghargaan.
Waktu ini, memujuk hati dan mendidik diri dengan istiqomah melakukan ‘positive self-talk’ sangat penting. Bercakap dengan diri kita bahawa, perbuatan memberi yang kita lakukan adalah untuk meraih cinta Allah juga membina kehidupan kita di syurga.
Ads
Beritahu juga pada diri, pengharapan kita pada manusia akan buat kita kecewa. Letaklah harap kita pada Allah, dengan Allah pasti akan beri yang sebaik-baiknya pada kita.
Bila kita tahu dan sedar, apa kita dapat daripada pasangan, adalah apa yang Allah beri, kita mudah berlapang dada.
Self-talk ini setiap hari. Kalau boleh prescribe self-talk ni macam makan ubat tu. Sehari, mesti bagi positif self-talk 4 kali, 5 kali pada diri kita. Supaya kita beri affirmation yang baik pada diri kita.
Cakap pada diri kita, “Akulah pemberi paling baik!” Setiap hari, tanpa jemu. Bukan untuk orang lain, tapi kita beri, untuk kebaikan diri kita semula.
InsyaAllah.
#senimenjadiisteri
MW: Cubalah menjadi isteri yang banyak memberi, insyallah dengan setiap pengorbanan dan keikhlasan yang mak-mak berikan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Sebaiknya bila suami meluahkan hasrat untuk berpoligami, minta si dia gunakan saluran yang betul, isytiharkan harta serta nafkah untuk elakkan hal-hal berbangkit selepas berpoligami.
Ramai wanita di luar sana terlepas perkara ini dan akhirnya merana hidup berpoligami gara-gara percaya dengan janji manis suami.
Jika ada di kalangan suami anda berkata, “Sayang jangan bimbang, abang tetap akan adil dan saksama dalam tunaikan hak dan tanggungjawab”. Atau “Sayang jangan risau, madu sayang tak nak apa-apa harta pun dari abang, dia hanya nak menumpang kasih sahaja”.
Jangan percaya bulat-bulat melainkan kalian benar-benar tak kisah untuk bermadu. Gunakanlah saluran yang tepat dengan cara mengisytiharkan harta dan nafkah apa yang selayaknya untuk kalian dan anak-anak bagi mengelakkan hal-hal berbangkit di masa mendatang.
Dalam hal ini, anda sebagai isteri perlu bijak. Dan jika anda suami, dari sinilah sikap anda akan dihidu oleh isteri sedia ada jika anda sedang “cuba” untuk menipu.
Kebiasaannya malang tidak berbau, dan habis madu sepah dibuang. Jadi, wanita perlu bijak.
Pada yang berhajat untuk berpoligami, ikutlah landasan yang ditetapkan syarak, jangan dek kerana sunnah yang satu itu, habis kewajipan yang lain dizalimi dan diingkari.
Sudahlah tidak cukup, dikurangkan pula apa yang sudah sedia diberi.
Jangan begitu ye tuan-tuan. Jika anda tidak bertaubat. Nantikan saja saat kejatuhan pasti kunjung tiba.
MW: Poligami tidak salah sebenarnya, namun lelaki hari ini mengambil mudah soal berpoligami. Poligami bukan sekadar menambah isteri tetapi ia disertai dengan tanggungjawab, dan setiap kekurangan terhadap isteri-isteri akan disoal kelak. Jadi fikir dahulu, ukur kemampuan diri dan jangan fikirkan keseronokan semata-mata.
Aduhai, lesunya mak buyung. Puasa kali ni lain macam rasanya, badan cepat letih, tendangan anak dalam kandungan pun lemah. Mahu berbuka, rasa bersalah pula.
Percaya tidak, inilah antara kemusykilan ibu-ibu hamil sepanjang bulan Ramadan. Dilema tak puasa dan rasa keberatan untuk mengganti puasa selalu memeningkan kepala.
Ya, meskipun ibu hamil mampu untuk menahan makan dan minum selama lebih kurang sembilan jam namun keadaan kandungan yang memerlukan nutrisi penuh untuk tumbesaran harus diambil kira.
Tambahan pula apabila usia kandungan sudah mencecah trimester ketiga. Justeru, sebelum memutuskan untuk berpuasa ibu hamil wajar mengetahui inti pati penting di sebalik kewajipan berpuasa.
MANFAAT PUASA UNTUK IBU HAMIL
Menstabilkan tahap insulin
Memperbaiki sel tubuh
Membantu meningkatkan fungsi otak
Menjana daya tumpuan yang tinggi
Meningkatkan sistem keupayaan tubuh / imunisasi
Menjauhi ketagihan makanan dan minuman
Melancarkan sistem pencernaan
Berat badan ideal
Pun begitu, usah rasa terbeban jika tak mampu berpuasa di bulan Ramadan kerana Islam membenarkan ibu hamil yang tidak berupaya menunaikan puasa dengan menggantikannya dalam bentuk fidyah. Perkara utama yang harus dipertimbangkan terlebih dahulu adalah kondisi dan kemampuan diri sendiri.
(a) Ada baiknya ibu hamil mendapatkan kaunseling daripada doktor pakar untuk mengetahui kesihatan bayi yang dikandung sebelum berpuasa.
(b) Jika tiada sebarang masalah, ibu hamil perlu menghindari pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh dan coklat serta minuman berkarbonat yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan ibu serta bayi.
(c) Awas, ibu hamil dilarang berpuasa jika mengalami simptom berikut yang memerlukan rawatan segera daripada doktor!
Sakit kepala
Terganggu dengan pergerakan bayi berlebihan
Bayi tidak bergerak
Ibu berada dalam keadaan letih, pengsan atau tertekan
Kehadiran kontraksi yang keterlaluan
Rasa dahaga yang berpanjangan yang juga petanda dehidrasi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau nak baca Al Quran pun malas, tak payah nak pelik sangat kenapa hubungan laki bini selalu bermasalah.
Ada yang setiap bulan rezeki tak cukup, kadang ada benda hilang. Akhirnya sampai bertikam lidah dengan pasangan. Puncanya apa?
Haa… Cuba renungkan perkongsian Ustaz Farid Rashidikejap, mungkin kita pun dah jauh dengan Allah. Malah langsung tak mengaji Al Quran walau cuma sepuluh ayat. Betapa ‘miskinnya’ kita.
Langsung Tak Baca Al Quran
Rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.
Nauzubillahhi minzalik.
Bahkan Jin Syaitan suka ganggu rumah tangga yang melupai Allah SWT tau. Itu yang suami isteri selalu bergaduh, anak-anak bermasalah, tak tenteram, asal balik rumah jadi serabut.
Di dalam kitab Fiqhu Qiraatil Quranil Kareem, yang dikarang oleh Syeikh Said Yusof menyebutkan agar selalulah mengingati Allah SWT dengan membaca surah Al-Baqarah agar terhindar gangguan Syaitan.
DaripadaAbu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.
[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]
Jadi, kalau tak mahu hantu Jin kacau di rumah bacalah surah Al-Baqarah selalu ya. Paling utama niat kerana Allah SWT. Pastinya akan jadi ibadah yang ada ganjaran istimewa.
Jangan Bagi Alasan, Semuanya Makin Mudah
Tak pandai baca al-Quran, belajarlah. Tak perlu malu walaupun usia dah lanjut. Gigi ada ke tak ada, itu bukan alasan. Janji usaha ada.
Yang muda, jangan tunggu tua. Game boleh install di Handphone, apatah lagi nak install software al-Quran kan?
Yang dah pandai, apalagi dah hafaz. Alhamdulillah, kalian hebat dan insan terpilih. Jangan sia-siakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...